Saturday, May 30, 2009

“Barakallahulakum, wajama’a bainakuma fi khair…”

Alhamdulillah. Pagi ini 2 orang lagi sahabat telah membina masjid.


skdr gmbr hiasan=p, gambar pengantin tiada ditangan

Pasangan pertama dalam PMi =). Sayang sekali saya tidak dapat hadir hari ini kerana Majlisnya di Kelantan manakala yang lelakinya pada minggu hadapan. Saya tidak berpeluang balik kerana beberapa kekangan, namun insyaallah akan cuba menebusnya kelak.
(sampai merajuk saiful) Xpe, nanti buat majlis di sini 1 bas kami bawak ye saiful.=)

Apapun Tahniah buat Saiful Ariff dan Kak Hajar. Moga ikatan suci yang terbina terus mengundang redha Allah dan barakah buat kalian berdua.

"Barakallahulakum wajama'a bainakuma fi khair"




MAbruk a'laik juga untuk beberapa sahabat-sahabat saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dalam beberapa bulan ini :

Qistin (shbt baik saya di Stf ) & Hazman (keduanya dah kembali ke Jepun)




Nik Zihana (shbt kesayangan dikyuem) & Abe Amri =) (PJJ sorang di india, sorang di malaysia)


Shbt suka dan duka saya daripada dulu lagi, kini beliau mendahului =p


Akhi Bad (abg kami yang banyak berjasa) & Kak Khulailah :) (taman meru)


sama-sama kiut. sama-sama hebat dlm dakwah =)



Kak Zila (mantan bendahari PMiMsu sesi lepas) dan suami (Johor )


jodoh se'taman', siapa sangka? =)

....dan juga kepada mereka yang tidak diletakkan disini, yang sedang menuju atau telah menyempurnakan separuh dari agama kalian dengan berbaitul muslim, Tahniah diucapkan dan semoga sakinah mawaddah wa rahmah Ilahi terus mengiringi setiap langkah perjalanan yang pastinya lebih mendewasakan, pasca ikrar "Aku Terima Nikahnya"

Teringat bait kata-kata ustaz hasrizal dalam mukadimah bukunya Bercinta Sampai ke Syurga,

"Sesungguhnya rumah tangga itu adalah cermin untuk melihat Ummah. Setiap bata yang membentuk binaannya, adalah hasil 'air tangan' sebuah rumah tangga. Ia medan suami mendidik isteri, gelanggang isteri memimpin suami, tempat ibu bapa mengasuh anak, dunia anak-anak berihsan dengan ibubapa. Semua itu adalah 'dunia kecil' yang Allah anugerahkan kepada setiap kita untuk belajar membentuk manusia, sebelum berjuang membina massa. Rumah itu medan pertama, sebelum Ummah matlamat besarnya."

Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai satu seruan untuk kita BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Ia adalah sebuah komitmen,
ia juga adalah sebuah kepercayaan,
manifestasi cinta kepada Tuhan!....


Salam perjuangan menuju 'training sebenar' kehidupan..
terutamanya buat kekanda tersayang, SITI MAISURAH yang bakal memulakan hidup baru pada hujung minggu hadapan insyaallah (7/6/09).


Alhamdulillah. Moga dihujani Rahmat Kasih Sayang, SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH berterusan daripada Tuhan....dan dipermudahkan segala urusan..

Allahuakbar.Allahuakbar. Allahuakbar. walillahilhamd~ =)


*N-I-K-A-h* - connecting people in a 'HALAL way'.....





6 comments:

zaf said...

lain sungguh ana kot....ya Allah..rindunya...

gembira kan..utk sahabat2...hehe


jzkk letak gmbr tu..dah lama sy tunggu

zaf said...

owh..kak rah nak kahwin dah ye..alhamdulillah...itulah muslihah..jodoh pertemuan di tangan Allah...

ternanti-nanti siapalah insan bertuah yang akan sehidup semati dengan muslihah ni...bahagia sampai ke syurga insyaAllah

=)

Ahyana Solehah said...

Subhanallah. amin insyaallah duhai shbt tersayang..=) =) Mudah2n kita mendapat yang terbaik dan bisa pula 'menjadi' yang terbaik k.

zaff, tula, maaf sgt lupa nak bagik, nati sy emel lg insyaallah. btw doakan,. mungkin saya akan berjuang dgn ana dn shbt2 pula nanti. Just pray d best 4 me k!.. ^_*

Sgl yang terbaik dr Allah

Ukhuwwah fillah melestari izzah, abadan abada...

Unknown said...

PASANGAN KT ATAS TU ADA TGK DLM FSTER DIA..VERY NICE =)

hazilla_khairul said...

salam mus,
alhamdulillah dapat jugop tgk gmbr ana..trima kasih mus ats perkongsian.rindunyoo sume org.bila la bleh jupe neh.

salam sayang dr prague,moga ceria selalu:)

Anonymous said...

generic valium valium and soma drug interactions - buy cheap valium online in uk