Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Al-Isra' 17:24)
Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku
Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali
Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi
dugaan-Mu
Rahmatilah...Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia
Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci
Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu
Al-fatihah utk bonda tersayang..Azizah Bt Ab Rahman yg telah kembali ke Rahmatullah pd 23 Jan 2008 bersamaan 14 Muharram 1429H...
Mg rohmu ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh lagi diCintai-Nya..
Hanya Seorang MA sahaja yang ku ada.....
satu dalam berjuta..... Tiada galang gantinya...
kan ku cintai selamanya.....
Duhai Bonda.
Terima kasih Atas segalanya.
Moga SYurga Allah milikmu....
Yang Teramat menyayangimu kerana Allah!...
-Anak-anakmu-
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”..
p/s: Jemput ramai-ramai Ahad ini (17/5/09)...
0 comments:
Post a Comment