Saturday, May 30, 2009

“Barakallahulakum, wajama’a bainakuma fi khair…”

Alhamdulillah. Pagi ini 2 orang lagi sahabat telah membina masjid.


skdr gmbr hiasan=p, gambar pengantin tiada ditangan

Pasangan pertama dalam PMi =). Sayang sekali saya tidak dapat hadir hari ini kerana Majlisnya di Kelantan manakala yang lelakinya pada minggu hadapan. Saya tidak berpeluang balik kerana beberapa kekangan, namun insyaallah akan cuba menebusnya kelak.
(sampai merajuk saiful) Xpe, nanti buat majlis di sini 1 bas kami bawak ye saiful.=)

Apapun Tahniah buat Saiful Ariff dan Kak Hajar. Moga ikatan suci yang terbina terus mengundang redha Allah dan barakah buat kalian berdua.

"Barakallahulakum wajama'a bainakuma fi khair"




MAbruk a'laik juga untuk beberapa sahabat-sahabat saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dalam beberapa bulan ini :

Qistin (shbt baik saya di Stf ) & Hazman (keduanya dah kembali ke Jepun)




Nik Zihana (shbt kesayangan dikyuem) & Abe Amri =) (PJJ sorang di india, sorang di malaysia)


Shbt suka dan duka saya daripada dulu lagi, kini beliau mendahului =p


Akhi Bad (abg kami yang banyak berjasa) & Kak Khulailah :) (taman meru)


sama-sama kiut. sama-sama hebat dlm dakwah =)



Kak Zila (mantan bendahari PMiMsu sesi lepas) dan suami (Johor )


jodoh se'taman', siapa sangka? =)

....dan juga kepada mereka yang tidak diletakkan disini, yang sedang menuju atau telah menyempurnakan separuh dari agama kalian dengan berbaitul muslim, Tahniah diucapkan dan semoga sakinah mawaddah wa rahmah Ilahi terus mengiringi setiap langkah perjalanan yang pastinya lebih mendewasakan, pasca ikrar "Aku Terima Nikahnya"

Teringat bait kata-kata ustaz hasrizal dalam mukadimah bukunya Bercinta Sampai ke Syurga,

"Sesungguhnya rumah tangga itu adalah cermin untuk melihat Ummah. Setiap bata yang membentuk binaannya, adalah hasil 'air tangan' sebuah rumah tangga. Ia medan suami mendidik isteri, gelanggang isteri memimpin suami, tempat ibu bapa mengasuh anak, dunia anak-anak berihsan dengan ibubapa. Semua itu adalah 'dunia kecil' yang Allah anugerahkan kepada setiap kita untuk belajar membentuk manusia, sebelum berjuang membina massa. Rumah itu medan pertama, sebelum Ummah matlamat besarnya."

Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai satu seruan untuk kita BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Ia adalah sebuah komitmen,
ia juga adalah sebuah kepercayaan,
manifestasi cinta kepada Tuhan!....


Salam perjuangan menuju 'training sebenar' kehidupan..
terutamanya buat kekanda tersayang, SITI MAISURAH yang bakal memulakan hidup baru pada hujung minggu hadapan insyaallah (7/6/09).


Alhamdulillah. Moga dihujani Rahmat Kasih Sayang, SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH berterusan daripada Tuhan....dan dipermudahkan segala urusan..

Allahuakbar.Allahuakbar. Allahuakbar. walillahilhamd~ =)


*N-I-K-A-h* - connecting people in a 'HALAL way'.....





Thursday, May 28, 2009

Adik-adikku, Kalian inspirasi hati

TRIBUTE UNTUK HANIFF (Alles Gute zum Geburtstag.!)~ =)

Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, yang menganugerahkan kita rasa kasih sayang kepada semua makhluk di bumi Allah ini.

Hari ini merupakan hari yang agak pack untuk saya, juga hari yang agak tersentuh. Tersentuh yang bagaimana, itu sukar nak di ceritakan,=p kecuali orang-orang yang terdekat dengan saya sahaja mungkin perasan dengan perubahan yang sedikit ini. Mungkin kerana fitrah seorang kakak, juga kerana memikirkan tanggungjawab yang berubah 180 darjah setelah kehilangan ibu tercinta, menjadikan saya seorang yang amat sensitif dengan apa saja yang berlaku kepada ahli keluarga, terutamanya adik-adik.

Haniff 1st raya@ deutchland =p

28 Mei hari ini adalah hari istimewa untuk adik saya-Mohd Haniff. Dialah satu-satunya ahli keluarga yang setakat ini duduk 'JAuh' dari kami. (Terlalu jauh bagi orang yang tak mampu 'membeli' tiket kapal terbang ke Germany ^) Jika setahun lebih beliau berkorban menahan rindu dan 'rasa' di sana demi perjuangan sebuah ilmu, berganda-gandalah jualah rindunya kami dan ingatan kami kepada adik nan seorang itu. Tambahan beliau tidak pernah lagi berpeluang pulang ke Malaysia, (insyaalah, July ini the time will come =p) Saya tidak tahu bagaimana dia menyambut hari lahirnya kali ini. Mudah-mudahan beliau selalu gembira dan bahagia dengan apa saja yang dia lalui di sana. =)


Itulah kenapa saya sedikit tersentuh dalam minggu ini. Hati x keruan, memandangkan saya dan ahli keluarga belum mengepos apa-apa lagi kepadanya sebagai tanda ingatan, padahal tarikhnya semakin hampir. Jika adik Syahmi (alhamdulillah hari lahirnya juga pada hari Khamis (14 mei) kami sudah membuat 'kejutan surprise untuk dia' di asrama Faris Petra. Ditemani jiran (Mokcik dan KakSoh) juga Ibu saudara kesayangan K'Iniey dan si kecil HAurul - (kerana Abah tiba-tiba mendapat panggilan untuk jadi wakil PPD ke Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan) maka menjadikan rancangan sedikit berubah. Namun alhamdulillah, ia tetap berjalan dengan baik, dan kami dapat meraikannya ramai-ramai di sana dengan insan yang ada. Makan-makan kFc, juga mee goreng sedap masakan K'Iniey, air cendol dan sirap ais buatan kakak di bawah pohon rendang Faris, beli-beli buku PMR setengah dozen untuk dia seorang, juga mnyediakan perlengkapan untuk dia exam supaya lebih bersemangat, menjadikan saya puas kerana kami mampu memberikan senyuman kepadanya di hari istimewa (walaupun lewat sehari kerana hanya Jumaat waktu untuk melawat). DAn supaya dia tahu, kami juga tidak lupa kepadanya,
walaupun tanpa MA.


syahmi, adik yg matang dari usianya :)


Ini kerana Ini jualah yang sering dilakukan MA.

Mengingati hari penting anak-anak dan menziarah kami di kediaman adalah antara manifestasi Cinta yang sering dilakukan MA & Abah kepada kami anak-anak sepanjang hidupnya. Saban orang akan diraikan, malah sering saja hari jadi atau saat kami mendapat anugerah disambut sederhana dirumah atau dimana-mana (yang femesnya di sbelah Pantai Timur. siapa dapat nombor 1 dapatlah merasa kFc =p). Untuk sambutan hari jadi, Arwah akan memasak mihun goreng kesukaannya, juga sesekali Ma akan membuat kek masa kami kecil-kecil dulu. Setidaknya MA akan menempah kek untuk kami dan menjemput anak-anak yang selainnya dikampung kami untuk turut serta. Abah akan mengaminkan. Seorang MA yang sangat meraikan.. Dan seorang yang sering memberikan kebahagiaan tatkala siapapun kami. Sekecil mana dan sejauh mana pun kami, adik-beradik Ma tidak bezakan, semuanya berkongsi kebahagiaan yang sama di bawah kasih luar biasa seorang ibu bernama MA yang mengasuh kami sejak dari sentuhan pertamanya. Dan saya yakin rata-rata diantara kita semua bertuah kerana pernah dan masih merasai kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari seseorang yang bernama MA, IBU atau UMMI dan sebagainya ini.

Itulah insan yang tidak pernah kering perhatian dan kasih sayang kepada anak-anaknya. Tiada galang gantinya.

Justeru itulah kenapa saya sangat-sangat tersentuh apabila membicarakan soal adik-adik.Saya tahu sebagai seorang kakak, bererti saya terlebih dahulu merasakan kasih sayang seorang MA dan keluarga berbanding mereka. Dan kasih sayang itu mungkin 'lebih lama' saya meraihnya dihadapan mata berbanding yang adik-adik yang datang kemudian. Terutama adik saya yang bongsu, Madihah yang hanya sempat 6 tahun mengecapi hidup bersama seorang MA, maka apakah yang patut saya expect daripada beliau. Adakah saya harus marah dan mengarahnya memberus kasut sekolah sendiri ketika ini, atau memberus baju sekolah sendiri sampai putih melepak seperti asal, mengarahkannya memasak telor goreng sendiri, atau membiarkan saja dia mengexpresikan perangainya dengan menangis tak berhenti 'meraung-raung' tidak difahami apabila tidak kena apa kehendaknya. PAdahal apa yang diharapkannya pada umur itu hanyalah 'pujukan'dan 'belaian' seorang ibu, atau seseorang yang boleh membela dirinya..Mahu kita memahami apa mahunya dia dengan seadanya..




afiqah, kak iyah & dik dihah =p

Jika diingat-ingat sewaktu umurnya, bukankah MA lah yang membuat segalanya juga ketika saya kecil sebegitu. Malah mungkin insan inilah yang paling sabar melayan karenah ke-7-7 anaknya sejak dari merah tapak kaki hinggalah menerjah ke alam dewasa demi membesarkan setiap orang daripada kita. Maka pernahkah kita bersyukur dan berterima kasih pada Allah yang memberi peluang kepada kita merasai 'kasih sayang tanpa syarat seorang ibu' ini walaupun hanya sekejap cuma...

Itulah kenapa Allah sangat-sangat memperingatkan kita tentang peri pentingnya berbuat baik untuk anak-anak yatim. Kita bertuah jika pernah mendapat kasih sayang yang sempurna dari ibu bapa sejak dari kecil.. pernah kah kita terfikir dengan mereka yang 'tidak pernah' atau hanya 'sekejap cuma' berpeluang merasai nikmat merasai kasih sayang seorang ibu dan ayah. Atau mungkin kepada adik-adik kita sendiri, yang mahunya mungkin seorang ibu yang sama. YAng kasihnya tidak berubah walau zaman sudah berubah.


Haniff dengan arwah ma,
sebelum berangkat ke german..


HANIFF. Inilah adik dan 'abang 'yang sangat bermakna dalam kehidupan kami. Meniti hari-hari tanpanya disisi, membuatkan hati semakin rindu untuk bertemu dengannya. Apapun alhamdulillah, Mendengar suara ceria Haniff dan membaca perkembangannya di blog sudah cukup membuatkan saya tersenyum dalam keharuan. Adik ini sangat tabah dan kuat. Saya pun mungkin tidak sekuat beliau.. Walaupun adik, tapi dialah seolah 'abang' untuk kami, sentiasa berada dekat melindungi, sentiasa memaknakan diri untuk memberi dan men'jadi' walau dengan jasadnya yang agak jauh dari kami. Tidak pernah lupa kepada keluarga malah seseorang yang sangat optimis diri. Dialah penasihat yang sering berada disisi, memberi motivasi disaat saya rasakan dialah yang seharusnya mendapat perhatian yang lebih dari yang lain. Namun tidak pernah sesekali dia merungut atau menunjukkan kesedihannya kepada kami.

Ujian yang dialaminya tentu lebih perit dari apa yang pernah saya rasakan.
Namun saya tahu, betapa Allah sangat menyayanginya... Bukankah ujian-ujian itu didatangkan untuk mematangkanmu. Yakinlah adikku, Allah sedang mempersiapkan mu untuk menjadi Imam yang terbaik kepada orang di sekelilingmu kelak dan menggantikan kesabaran mu dengan sesuatu yang lebih berharga daripada itu.

Saya tidak tahu ucapan bagaimana lagi harus diucapkan kepadanya.
Betapa kami amat bangga dan bersyukur dikurniakan seorang adik yang sangat 'luar biasa' .

Sekarang Haniff sudah 20. tapi saya yakin jiwanya lebih besar dan matang dari usia itu.


Alhamdulillah..doamu dimakbulkan jua


Terima kasih adikku,

Yakinlah Betapa 'MA' & Abah pasti amat berbangga dengan mu..

Thanx for every single thing, and may Allah grant u strength and happiness in every seconds of your life.

Teruslah menerjah awan, mencari makna besar dari sebuah pencarian hakiki.
Milik Ilahi.

SELAMAT HARI JADI. Terima kasih kepada Ma yang telah melahirkanmu. Juga kepada Abah yang terus tabah membesarkan kita semua.

BerteRIMA KASIHlah kepada ALLAH,
kerana dengan izin-Nya jualah kita semua dipertemukan,
dan kelak kepada-Nya jualah kita akan dikembalikan..

EID MILAD SAIED, MOGA TERUS DEWASA DENGAN IMAN.

Salam sayang penuh kecintaan,
-ABAH, Abe Pu, Kak Rah, Kak Ah, Syahmi, Mahirah & Adik MAdihah.
Kuala Besar, KB.

untuk adik-adikku, kalian INSPIRASI HATI untukku terus berjuang!
terima kasih atas segalanya...




Sabda Baginda saw:
"Orang yang terbaik di antara kamu ialah orang yang berbuat baik
kepada keluarganya, dan akulah yang paling baik terhadap keluargaku."


Tuesday, May 26, 2009

Ukhwah Fillah




Alhamdulillah. akhirnya dapat juga meng'upload' lagu 'Ukhwah Fillah' yang didendangkan oleh bro Muadz, yang ada saya ceritakan di entri sebelumnya, (which disampaikan live ketika gathering iluvislam @ karangkraf baru-baru ini). Walaupun kamera agak bermasalah pada ketika itu (maaf- memang tidak menyempat untuk setting mode, lighting, malah position-main-redah =p), agak kelam kabut kerana 'on d spot' baru terinitiate untuk merakamkannya, syukurlah sempat terakam apa yang termampu..dan x sangka ada dalam 'simpanan' akhirnya.
=)

Lagu yang amat menyentuh hati pastinya.

Selamat mendengar.

dan semoga kita sama-sama dapat hayati..
makna sebenar di sebalik hebatnya sebuah 'ukhuwwah fillah'..

(Thanx akh for d lyric ..=j)
jazakallahu khayr..



UKHWAH FILLAH

Di bumi ini, kita ditemukan
Satu arah, satu perjuangan
Satu aqidah, satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

(chorus)
Ukhuwah fillah, tidak kan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah

Bertemu, berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita kan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi

Demikian manisnya, mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-nur suci dari-Mu Rabbi

Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni


~:Lagu ini saya dedikasikan buat semua sahabat-sahabat seperjuangan yang dicintai kerana Allah, keluarga tercinta, rakan-rakan alumni stf, kyuem, Msu, Muscom, sahabat2 fc lamega, sahabat2 G4, teman2 Ats, PmiMsu, Raudhatunnisa', sahabat2 iluvislam, sahabat-sahabat yang pernah menangis dan ketawa bersama-sama saya.., sahabat-sahabat setautan akidah saya dan 'mereka2' yang sentiasa dekat dihati ini..lau ta'lamin kam uhibbukum!
dan kalian semua yang kutautkan ukhwah kerana Allah...

Subhanallah.Dengan ismullah kita berbaiah.

Ukhwah Fillah Abadan Abada...
-forever bond3d by Aqidah-




Monday, May 25, 2009

B2B- .: An InspiriNg Liqa' with IluvisLam :.






Alhamdulillah..

Beberapa hari sebelumnya mendapat panggilan dari sahabat saya exKyuem merangkap presiden iluvislam.com (saudara Imran koyube), bertanyakan tentang kelapangan pada hari Sabtu yang lepas. Sudah lama tidak bertemu dengan Im semenjak beliau pulang dari UK, paling terakhir pun rasanya ketika Training lanjutan MCB sewaktu saya menjadi Ats terakhir untuk Training Esq Mcb di Putrajaya pada tahun lepas. :) Ketika itu sangat2 impress dengan pertemuan dengan orang hebat di sebalik Iluvislam ini (beliau berlima sahabat memang sungguh komited orangnya mengusahakan misi dakwah yang direncanakan). Tidak putus mengikuti perkembangan di iluvislam, menjadikan saya sentiasa update apa saja perkembangan yang berlaku di portal islamik rujukan ramai ini.

Alhamdulillah, sekali lagi Allah mempertemukan kami dan juga bersama sahabat-sahabat iluvislam yang lain pada satu pertemuan yang tidak saya duga terpilih untuk menghadirinya, iaitu B2B @Back to Basics yang merupakan 'gathering' terbaru, anjuran iLuvislam.com dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd(KKSB)yang dibuat di Garden Kafe Karangkraf sendiri pada Sabtu yang lepas.

Nyaris-nyaris tidak dapat menghadirkan diri last minute kerana 'ketiadaan peneman' dari msu, memandangkan rata-rata sahabat bertindan dengan beberapa program (ada yang incaj kursus sembelihan di kolej anjuran pmi, ada yang berExam, ada yang mempunyai kuliah dan ada juga yang last minute membuat decision untuk ke Majlis Penerangan Esq yang berlangsung juga pada masa yang sama di Matrade. Sedangkan janji telah saya berikan pada imran untuk sama-sama menjadi wakil ke gathering iluvislam (yang saya sendiri pun x tahu apa agendanya sehinggalah sampai ke sana baru tahu B2B namanya rupanya ;), bagi mewakili ipt & ukhwah yg terjalin insyaallah. Alhamdulillah usai Subuh mendapat pencerahan dari seorang sahabat merangkap juga adik saya (credit to SU@yati) yang sudi menemankan saya dan merempitlah kami muslimah solehah di celah kotaraya shah alam menuju ke ibupejabat karangkraf yang terletak lebih kurang stengah jam dari kediaman kami...

Alhamdulillah. ketibaan kami seiring dengan ketibaan bro muadz,kak susi dan juga anak mereka amira kami sambut dengan salaman mesra diluar pintu garden kafe. Perasaan gembira lebih-lebih lagi apabila bersua muka dengan beberapa sahabat iluvislam yang sudahpun tiba dari awal pagi di tempat yang dijanjikan.



Tahniah pada sahabat ana im dan seluruh krew serta sahabat2 iluvislam,

Liqa' yang simple, santai tapi padat dan sangat informative dan penuh huluran ukhuwwah..

Berikut merupakan antara komentar saya di portal iluvislam di bawah tajuk yang sama
yang membincangkan tentang gathering ini.sekadar untuk perkongsian semua.. moga bermanfaat.

boleh layari LINK ini untuk paparan penuh :

"paling terharu dengan sharing dari datuk yang tersangat humble orangnya, dan juga sharing dari rumaysa sahlah, bro yahya, en nazri dan yang lainnya...

Skdr berkongsi antara rumusan yang ana boleh highlightkan dari perkongsian2 mereka buat sharing utk shbt2 yg x dpt hadir...

Sekian..wallahualam. mg bermanfaat

Dato' Hussamuddin atau 'pakcik' ceo =)
:



kita semua mesti berani untuk bermimpi & berusaha menjadi yang terbaik dan paling berjaya untuk Islam..Letakkan cita-cita setinggi bintang & belajar selalu untuk melangkah lebih jauh ke hadapan. sebarkan dakwah di sebalik apa saja profesion kita (tidak kira siapapun kita atau apa saja posisi anda. Grab all d opportunities (spt yang sdg dilakukan oleh karangkraf & iluvislam) untuk sama2 complement each other, untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain untuk kesejahteraan Ummah.

satu 'king' media cetak, satu 'king' media dkwh online (insyaallah)... gabungannya kan bakal menggegarkan dunia dengan cahaya Islam yang lebih mantap insyaallah!..sm2lah kita doakan mg usaha ini kan diberkati-Nya dan menjadikan peluang dakwah untuk orang lebih 'iluvislam' tersebar luas ke seantero alam...

lgi satu yg saya tersentuh dr pakcik,

"semua orang berpeluang masuk Syurga" and lets we woRk for it.insyaAllah.. =) subhanallah...

En Afif
: "d power of influence & How important for us to get 'BiG biG biG' social networking nowadays...(itulah knp influence dari facebook, bloggers, fs, etc sgt tggi). dari seorang menjadi 2, 3 dan seterusnya, dari satu 'titik' menjadi line yang panjang... Maklumat itu akan tersebar dengan mudah hanya melalui 'jaringan networking' yang hebat...dan krn ciri2 mereka yang hebat dan 'lain dari yang lain' itulah mybbkan sesuatu tu mudah mnjadi ikutan (cthnya face bookyg digemari ramai). Maka kita diportalislam @ komuniti islam diluar ni pun boleh jadi lebih hebat dari itu jika itu yang kita mahu, dan mahu manfaatkan. Always THink 'out of box' n jangan sia2kan networking dan peluang yang ada skrg untuk kita membangunkan ummah krn inilah cara yang paling effektif pada zaman ini untuk penyebaran maklumat. Jangan biarkan dakyah luar lebih menguasainya daripada kita kerana itu hanya akan membinasakan umat islam!




pn firdaus :
siapa kata muslimah tidak boleh bergaya?....heheheilmu ni pun kena belajar k... dan ayuh kita selarikan ikut syariat. Penampilan anda melambangkan jati diri anda dan islam yang anda bawa....jadi berhati2lah muslimat! (muslimin pun sama...kita jangan selekeh je k!) bahaya2....

en nazri : '
partnership' is a part of memaknakan erti hidup pada memberi...=) jdi jgn takut untuk bekerjasama memperkasakan ekonomi islam. jadi orang yang membantu, mcm makna 'al-ansar' =p (gembira bertemu encik nazri yang sebelum ni asyik bertemu di kelantan saja)

mr pres:
always hungry to search...hidup jangan berhenti mencari & mgkaji dan apa yang kita buat kita mesti mahukan yang lebih baik dan terbaik! =) btul tu im! ana u aiyid

bro gio/yahya yusuf :
How beautiful islam is..... and benarlah "hidayah itu milik Allah,Dia akan memberinya kepada sesiapa saja yang dikehendakinya...." Allahuakbar!

(Insyaallah Beliau akan berkahwin x lama lgi dan subhanallah dengan orang pilihan dari Malaysia juga (iaitu adik bro muadz sendiri- ukhti kautsar) yang juga turut hadir semalam utk gath ili=) So sweet.. Sama2 hebat. doakan mereka k!

sis adawiyah martin:



Subhanallah.... sangat2 kagum dengan sahabat baru sorang ni.

"Hijab is ur modesty...ur dignity... "
-itulah antara kata-kata beliau yang cukup terkesan di hati kecil saya. (dan saya yakin buat semua yang mendengar terutamanya rkn2 muslimah juga merasai yang sana).. Malah menelusuri pengalaman hidup anda adalah sesuatu yang cukup memuhasabahkan diri..

Ahlan wasahlan ya ukhti fil islam...enti andalah saudara kami! saudari seakidah kami.. Moga ukhti rumaysah sahlah akan trus menjadi mujahidah Islam yang bersinar dan terus kuat membela Agama-Nya. Yakinlah Kami di iluvislam akan sentiasa ada untuk membantu enti mengenal agam tercinta ini.. Malah kami berbangga sekali dapat menjadi sahabat2 adawiyah..jazakallah. Do keep in touch k.

Alhamdulillah...Allah telah memilihmu untuk berada di jalan ini,. maka berbahagialah! =)

Bro muadz:



Salah seorang dari penasyid yang saya minati.

Lagu Hijrah yang memang x dapat dipisahkan,=) trm kasih juga atas dendangan lagu Muallim (Sami Yusuf) dari beliau, malah Lagu 'ukhuwwah fillah' cukup menyentuh hati!.. Mana nak cari lirik n lagu nilagi ye. Hope bro muadz masukkan dalam album terbaru nanti buat tatapan semua. I'm looking for it! krn liriknya sangat bermakna.. tahniah juga utk kak Susi yang banyak sharing personal dengan kami rakan2 muslimat ili & juga adik Amira yang cute. Kecik2 lagi dah dibawa mengenal islam.Alhamdulillah. Trm ksh juga sbb dah promote iluvislam kat ikim.fm pada carta nasyid malam sebelumnya.

Great Exposure

Alhamdulillah Kami juga dibawa bersiar2 ke office dan 'kilang' karangkraf oleh abg RJ & teamnya...mmg banyak yang didedahkan. kerja2 di sebalik tabir, di sebalik berdirinya sebuah company yang hebat : Karangkraf Sdn Bhd... ya...memang bukan mudah untuk berjaya dan disana adalah hasil dari berkat sebuah kesabaran dan cita-cita yang tinggi untuk menggapai impian yang pasti!



belajar version terbaru men'design gambar :p

Moga karangkraf juga akan terus berjaya dengan misinya dan terus berkongsi tips dengan kita anak2 di iluvislam.com untuk sama2 menyebarkan dakwah kepada masyarakat melalui platform yang ada.. insyaAllah

A'la kulli haal. Alhamdulillah...syukur pada Allah kerana telah mengizinkan untuk pertemuan ini berlaku. Tanpa izin dan inayahNya, tiadalah lahirnya iluvislam.com dan mungkin tiada siapa yang sangka dapat berkumpul di taman indah garden kafe (karangkraf pulak tu kan). Pelik lagi memelikkan.. Tapi ssghnya tiada yang pelik kerana ini semua 'kerja Tuhan'. =) Smuanya boleh berlaku.

Syukran pada im and team. Mg terus istiqamah dalam usaha ini.jazakallah

Looking for d next gath n events, insyaallah mg lebih ramai dari kita dapat berkumpul dan berbuat sesuatu utk Islam di luar maya iluvislam.com pula.

B2B in action... insyaAllah. Barakallahu fikum!"

Ayuh bekerja untuk ISLAM...... Kerana Setiap hari adalah untuk perjuangan Islam...:)

Together & forever we luv islam.... Insyaallah...

TAKBIR!..............................


=)

Berita penuh boleh dilihat di sini : Iluvislam.com

Maaf sayangku, Pertunangan bukan lesen 'P'




Petikan ini diambil dari blog adinda saya,
imtiyaz, buat renungan semua.

Selamat membaca, 'fikir' & 'zikir' k........ Bacalah dengan mata hati..

Insyaallah.

zass~


Situasi 1 :

Ketika ahmad dan zul tengah rancak bersembang...tiba-tiba datang Leha yang baru habis kuliahnya....terus menuju kepada Ahmad,salam dan cium tangan Ahmad....

Leha : Assalamualaikum abang...maaf lambat..tadi lecturer bagi extra kelas.

Ahmad : Waalaikumussalam...owh..xper2..abang pun baru je sampai..kebetulan jumpa Zul...

Zul : amboi sopannya...eh...ahmad...bini kau ke nih..owh..kawin tak bagitau member pun eh...

Ahmad : taklah...tunang aku...

Dengan slumber...Ahmad dan Leha yang membonceng motosikal terus berlalu meninggalkan Zul yang terpinga-pinga macam orang tak jumpa jalan balik...

Situasi 2 :

Selepas hampir 1 jam Rita "bergayut" di telefon....tiba-tiba datang Ina dari biliknya..

Ina : wahhhh..lamanya bergayut kat telefon...kalu ader dahan..dah lama patah tuh...ko bergayut ngan sape tuh...

Rita : Ala..dengan tunang aku lah..bukannya pakwe pun...salah ke...sebab tuh la kalau boleh...aku nak bagitau semua orang yang aku dah tunang supaya tak adalah timbul fitnah kalu aku bergayut lama-lama pun kat telefon...

Situasi 3 :

Nur : wahhhh...sedapnya bau..masak aper nih..eh...hari nih kan giliran aku masak...

Siti : eh..nih aku masak untuk tunang aku lah..jap lagi dia datang...aku nak kasi la dia rasa masakan aku nih..kesian dia asyik makan kat kedai je...

Situasi 4 :

beberapa muslimat sedang rancak berdiskusi...

Mila : Ana,mengharap sangat2 adik2 semua jagalah pergaulan antara muslimin muslimat...jangan selalu berjumpa sangat..kalau ada hal penting...boleh jumpa..tapi biarlah berteman...tak elok..nanti timbul fitnah...kita semua nih dalam persatuan islam...kita bawa nama Islam....tambah-tambah kita semua nih bertudung labuh...Orang semua pandang kita..orang tengok cara kita berkawan...Ana pun sakit mata nih tengok couple2 yang berselerak kat kolej kita nih...asyik berjalan berdua-duaan je...

Lina : betul tuh kak...ana tengok banyak sangat couple2 kat kolej nih...tuh lah tugas kita..nak sedarkan diorang....

Tiba-tiba handphone berbunyi lagu 'ketulusan hati'-aqso dan madina...jeng..jeng..jeng..

Mila : maafkan ana yer...ana ada hal..adik2 sambung la perbincangan kita tadi..ana nak jumpa seseorang sekejap...

Tak lama kemudian....kelihatan Mila meninggalkan sahabat2nya..terus berjumpa tunangnya...dan berjalan berdua-duaan seiringan di tengah2 kolej...ai cik Mila dan si tunang...orang lain perhatikan kamu berdua nih...kata pakai tudung labuh...tak elok la macam tuh cik Mila oi...

Situasi 5 :

Sedang asyik Salima dan Fasehah berjalan2 di tengah2 shopping complex...Tiba-tiba mereka terserempak dengan Qaira dan tunangnya...

Salima : amboi...berdua-duaan tuh....

Tunang Qaira : eh..kami beli barang kahwin...

Situasi 6 :

Suatu hari....karina, zainab dan lily berjalan-jalan di taman untuk menenangkn fikiran setelah seminggu exam...sewaktu hendak pulang ke rumah...

Lily : eh...tuh bukan ke Ramizah..apa hal tunang dia buat kat depan rumah dia tuh....

Zainab : ha'ah lah..apa hal tunang dia datang rumah dia tuh...ishk...tak elok la dia buat macam tuh...dia pakai tudung labuh....aktif usrah...tapi kenapa dia buat macam tuh...

Karina : kak lily...saya rasa lain la tengok macam tuh...saya tau saya nih tak lah pakai tudung labuh..ilmu agama pun tak tinggi mana...kalau macam Ramizah tuh lain lah..pakai tudung labuh..ilmu agama pun tinggi..gayat tuhhh....tapi at least saya tau pergaulan antara lelaki dan perempuan....adab-adab sewaktu bertunang...bukan ke tak elok macam tuh....

Situasi 7 :

Nurul : eh thirah...ada lagi tak jual top up??

Thirah : wahhh..ko nih nurul..tengah2 malam mcm nih nak top up...yer2..ko nak berapa...bukan ke baru 2 hari lepas ko top up RM10...
(untuk pengetahuan...konon2 nya si thirah tuh bisnes top up la)

Nurul : ala thirah..aku meseg2 nih hah..bukan orang lain pun..ngan tunang aku juga...

Berdasarkan situasi-situasi di atas...apa pendapat anda semua...adakah tuh adab2 bertunang dalam islam...

Bertunang tak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri.

Paling sedih sekali...ada tuh yang bawa nama islam...join usrah sana sini...aktif persatuan islam...tapi kenapa tak jaga juga adab2 dalam tempoh bertunang...

takkan selama nih tak tau kot adab2 dalam tempoh bertunang..tuh pun nak kena habaq gak ka???????mai nak ketuk kepala sikit..kasi ingat balik apa yang ustaz ustazah ajar....

Bila ditegur..melenting....naik darah...kata kawan tak faham hati kawan..oit kawan..sebab si kawan tuh faham la dia tegur kawan..kalu kawan tuh tak faham kawan..dibiarkan je kawan..yerlah..ada setengah tuh kata apa..."kubur lain2.."amboi...sedapnya ayat...sekeh kepala kang....

nak ke sebelum tiba hari akad nikah tuh...kita yang mengharapkan redha Allah..tapi bergelumang dengan maksiat...nauzubillah...tolong lah....please lah..nak merayu macam mana lagi..sedarlah...jangan jadikan diri kita nih penfitnah agama...jangan jadikan diri ini..penfitnah kepada muslimat yang cun2 yang bertudung labuh di luar sana....Ada tuh..sebelum bertunang..bukan main tentang dan marah kat sapa2 yang keluar lelaki perempuan...tak jaga ikhtilat...tapi kenapa bila dah bertunang..
DIA TAK BUAT PULA APA YANG DIA KATA...LIHAT LAH..KAU SEDANG DIUJI....


"wahai orang yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"(as-saff : 2-3)

of course lah ada orang akan kata..."ala..tudung labuh pun sama je macam budak perempuan yang lain..keluar juga dengan lelaki...walaupun baru bertunang...meseg2 sayang2..rindu2 gak ngan tunang dia...calling2 tengah2 malam gak ngan tunang dia..sama je semua..tak ada beza pun.."

Hati nih kecewa dengar macam tuh....kecewa yang amat amat amat sangat..nak dirawat pun tak tau macam mana lagi...Sedih...rasa macam dipijak2 kepala..selama nih muslimat yang bertudung labuh jaga maruah...akhirnya...terima padah macam tuh atas sebab kesalahan yang dilakukan sahabat sendiri.... (Bukankah ini dah menjadi fitnah kepada agama namanya!?)...

Renung-renungkan lah...Fikir-fikirkan lah...adakah kita terlibat sama.....

Istighfarlah.




(p/s: untuk melihat respons yang 'panas & membina' dari pembaca tentang artikel ni, boleh klik link ini.) (",)


Another suggested entries :

Pertunangan bukan lesen 'P' by : Ustaz Fauzi

Adat berkenalan sebelum pernikahan

Bertunang






Tuesday, May 19, 2009

'Bidadari' dari Timur? - Tarbiyyah yang Bagaimana...





MUSLIMAT DAN TARBIYYAHNYA


Secara fizikalnya, batinnya, hatinya, perasaannya, tutur katanya, sentuhannya amat berbeza sama sekali dengan kaum muslimin. Selalu benar muslimah itu dikatakan sebagai sayap kiri perjuangan muslimin ataupun berdiri hebatnya seorang wira ada muslimah di sebaliknya.. Jika kena dengan cara didiknya, betul niatnya, dan beragama pula maka tenanglah dunia ini dan damailah hidup ini kerana di sebalik kejadian seorang wanita telah tersurat yang dia merupakan fitnah kepada dunia..Songsang langkahnya maka ramailah yang terjerat, salah niatnya maka ramailah yang merana..

Lembut bukan bererti lemah

….tangan yang lembut menghayun buaian boleh menggoncang dunia…..
Barangkali muslimat ( yang belum mempunyai anak sendiri ) belum lagi merasakan bagaimana yang dimaksudkan atau apa keadaannya daripada menghayun buaian kepada menggoncang dunia..Menghayun buaian di sini bukanlah diertikan sebagai ‘post’ babysitter yang mendodoikan si kecil agar segera melelapkan matanya, bukan juga menyusukan atau memberikan si kecil makan tetapi melebihi daripada itu.
Dia dilihat sopan menghayunkan langkah, kadang-kadang sekali-sekala melihat mentari luar. Dia adalah seorang suri dan juga seorang ibu bukan sekadar kepada anak-anak tetapi juga seorang pendidik kepada pemimpin dunia! (Isk, ada kalanya, jangan dilihat zahirnya sahaja, kadang-kadang muslimat yang tegas dan garang yang itulah sebenarnya muslimah yang halus dan lembut…lepas kahwin baru tahu…..! )

1.Didikan untuk muslimah


Muslimat merupakan sayap kiri perjuangan…dia mesti dididik ke arah itu. Tatkala kawan-kawan wanita yang lain berperap di dalam bilik mengulangkaji pelajaran, atau juga ketika mereka selalu pulang ke rumah untuk menjalankan amanah kepada keluarga, atau juga ketika mereka menjadi puteri lilin yang sangat menjaga penampilan diri daripada habuk kotoron,pancaran matahari dan sebagainya, tetapi ini jauh berbeza dengan muslimat kita yang betul-betul berjuang.

Mereka menguis jauh keinginan itu, mereka memendam rasa dalam perkara itu, mereka tidak mengutamakan perkara lain melainkan rasa kuat ingin berjuang dan bersusah payah dan berpenat lelah di belakang perjuangan muslimin. Namun dalam masa yang sama mereka tetap mencari ruang seberapa yang ada untuk urusan itu, bukan kosong semata-mata…

…” ana tak kisah enti, berjuang macam mana pun,di posisi manapun, jadi menyapu sampah pun..kalau tugas menyapu sampah itu boleh menjadi asbab kemenangan Islam ana rela melakukannya…” bisik seorang sahabat muslimat suatu ketika…
Ainul mardhiyyah..seharum kuntuman di taman syurga…
Bisakah dicari di dunia ini sepertinya lagi…?

Sahabat- sahabat muslimat sekalian,

Tahu kisah Ummu ‘Imarah yang mulia itu?Ummu ‘Imarah (Nusaibah) zaman sekarang mungkin anda sekalianlah…Beliau merupakan pejuang muslimah sulung dalam Islam…
Imam Al-Zahabi pernah menyebut : “ Ummu ‘Imarah yang mulia adalah seorang mujahidah, ikut serta menyaksikan Bait’at Al-‘Aqabah, Perang Uhud, Perang Al-Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah.

Aduhai muslimat, nak cakap hebatnya Ummu ‘Imarah ni beliau bukan sahaja memberikan minuman dan merawat pejuang muslimin yang haus dan yang tercedera ketika perang Uhud tetapi beliau berani menghunus pedang sambil memakai perisai perang untuk menjadi back up tentera muslimin yang ketika itu ramai yang telah syahid dan lari setelah diasak tentera musuh..Ummu ‘Imarah juga telah melindungi nabi kita, Rasulullah SAW daripada pihak musuh sepanjang keadaan genting itu sehinggakan Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “ Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu ‘Imarah berperang di hadapanku” … MasyaAllah..Subhanallah… Segala puji hanya bagi Allah…
Hebat berperang memang Ummu ‘Imarah hebat tetapi beliau juga berusaha untuk mengusai ilmu agama kerana antara ahli ilmu dan ahli ibadah ternyata ahli ilmu lebih ditakuti oleh syaitan kerana mereka bukan golongan yang mudah dihasuti… Mereka beribadah atas dasar ilmu dan kefahaman….Yea, Ummu ‘Imarah juga telah menunjukkan selain mantap di medan peperangan tetapi beliau juga memahami Al-Quran setanding hebatnya beliau ketika berperang..Seperti yang diriwayatkan dalam sebuah kitab yang berjudul ‘nisa’ min ‘asadul nubuwwah hasil tulisan Abu Azka Al-Madani dan Harun Ar-Rasyid Hj Tuskan yang menceritakan tentang peristiwa ini. Suatu ketika Ummu ‘Imarah datang menghadap Rasulullah SAW sambil berkata …’Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat kaum wanita disebut di dalam Al-Quran sebagaimana halnya kaum lelaki’… Maka turunlah firman ALLAH SWT yang bermaksud : ‘Sesungguhnya lelaki muslimin dan perempuan-perempuan muslimah, lelaki yang mukmin dan perempuan-perempuan yang mukminah…’(Surah Al-Ahzab : 35 ).
( Mungkin kita perlu katakan kepada muslimat kita yang bertungkus lumus dalam gerak kerja Islam di kampus sebagai muslimah obor perjuangan…ini sebagai ganti kepada ayat tangan yang menghayun buaian itu tadi. Namun pepatah menghayun tadi perlu dipegang sekuat-kuatnya oleh muslimat kerana kita perlu ‘menghayun buaian’ juga suatu hari nanti…InsyaAllah… )

Persediaan



Bonda kepada Imam Al-Ghazaali telah melakukan persediaan sekian tahunnya sebelum melahirkan seorang anak yang menjadi cahaya dalam Islam…itu tidak termasuk lagi amalan sepanjang mengandung yang menjadi bayangan kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.
Duhai muslimah…. Untuk mendapatkan generasi yang memahami agama yang sebenarnya dan menghafaz kalamullah ini juga datangnya daripada ibu yang mengandungkannya. Jika bonda para ilmuan Islam dahulu telah melakukan persediaan melebihi hampir 20 tahun sebelum melahirkan seorang anak cuba kita hitung dengan umur kita sekarang.Sekiranya anda sudah berumur 22 tahun adakah anda patut bersalin ketika berumur 42 tahun?atau sepatutnya anda sudah melakukan persediaan itu seawal usia kanak-kanak yang mumayyiz lagi….? Kita renungkan bersama.

Wanita yang Faqih dan Al-Hafizah

Antara wanita yang mulia yang banyak menghafaz hadith NABI SAW ialah Ummu ‘Athiah. Hafalannya cukup bagus dan beliau sering berusaha untuk mendalami ilmu agama. Imam Nawawi telah berkata bahawa telah diriwayatkan dari Ummu ‘Athiah hadith yang diriwayatkannya daripada Rasulullah SAW adalah sebanyak 40 hadith. Enam hadith yang sama telah diriwayatkan bersama Bukhari dan Muslim dalam buku mereka.

Ayuh akhawat sekalian…

tidak pernah mendapat pentarbiyyah sekolah agama atau latar belakang keluarga yang bukan islamik bukan sebab untuk kalian dan diri ini daripada tidak faqih tentang ilmu agama..dan usahlah sekali-sekali perkara ini menjadikan kita bersifat rendah diri untuk bersuara atau membidas pendapat orang lain sekiranya perlu. Malu? ye. Mungkin betul tetapi jika niat kalian untuk mencari redha Sang Pencipta pasti akan terpecahlah tembok itu.

Sehari selembar benang…lama-lama jadi kain..Sehari hafaz satu ayat lama-lama lengkap satu surah..InsyaALLAH boleh.

Mendalami ilmu keduniaan bagi menyempurnakan tarbiyyah fardhiah sangat-sangat dituntut dalam Islam.Walaupun ia jatuh kepada sunat muakkad mengikut sesetengah pendapat, namun mencari ilmu agama itu wajib. Sebelum kita pandai sembahyang sudah tentu kita menuntut ilmu tentangnya.Sebelum kita pandai buat blog,tentu kita belajar mengenainya…bahkan sebelum kita ke Petaling Jaya dari arah Serdang tentu menuntut kita bertanyakan orang arah tujunya walaupun papan tanda jelas ‘berterbangan’ dipandangan mata. Ilmu ini banyak seperti ilmu akademik, ilmu falak, ilmu agama, ilmu perubatan, ilmu kemanusiaan dan sebagainya. Antara contoh ilmu akademik yang dapat dinyatakan di sini ialah fizik,kimia,biologi, matematik dan sebagainya..
Apa salahnya mencari ilmu tanpa henti.Datang ke majlis ilmu sebanyak mungkin dan sesempat mungkin.Fitnah jika keluar rumah sudah tidak berlaku pada zaman sekarang bahkan ramai muslimat keluar rumah untuk melaksanakan kewajiban dan memenuhi tuntutan. Mereka dilihat keluar untuk bekerja, menuntut ilmu, ke pasar, rumah saudara bahkan ke masjid atau surau secara berjemaah. Di masjid, surau, fakulti, pondok, usrah, blog atau buku.. Ye,buku. Pelbagaikanlah buku dan sumber rujukan. Sebolehnya bukan kita sekadar membaca buku tetapi menelaah..bukan sekadar memahami tetapi menjiwai..dan bukan sekadar mengingati bait-baitnya yang indah tetapi mengupas. Jika dapat, mintalah para murobbi mengupasnya..

Terkenang pula kepada arwah kak Shafa yang kuat menghafaz Al-Quran…..

Penutup

Lembut tuturmu tegas membela agama..
Gagah berani tiada tandingnya..
Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian…
Menyintainya adalah suatu ‘ibadah..
Puteri kesayangan Rasulullah …

Muslimah gerakan hari ini bukan tak hebat, bukan tak kuat, bukan tak mantap tetapi kita tak cukup menguatkan antara satu sama lain lagi... Ramai antara kalian yang tinggi mujahadahnya, unggul dalam bait al-muslimnya, maju mendepani masalah ummahnya, tinggi pengorbanannya..Namun berapa ramai yang mampu bertahan dan istiqomah sehingga ke hujung nyawa. Berapa ramai pula yang mampu melahirkan dan mendidik generasi pembela agama? Untuk melahirkan muslimah yang tegar tarbiyyah, kuat kakinya dalam perjuangan, tabahnya melalui saat-saat kesunyian dan cekal memikul amanah sayap kiri perjuangan sedangkan kita mempunytai had – hadnya, batasannya dan terciptanya kita daripada tulang rusuk kiri kaum adam memerlukan muhasabah dan persediaan yang cukup rapi dan perbincangan yang matang. Memang wanita dikenali sebagai golongan yang halus hatinya, teliti pemikirannya dan sarat dengan emosi malah cepat mengalir air matanya tatkala berhadapan situasi yang menyentuh hati tetapi katakanlah kepada diri yang kita akan banyak menangis di tikar sejadah…tak mudah untuk tersungkur lemah tetapi cepat sujud mengharap kekuatan hanya daripada-NYA…


Demi Allah Yang Maha Esa,
Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah
untuk menuju cinta-Mu,
Menitis air mata, tatkala merindu,
Menitis air mata, tatkala semakin menjauh,
Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar
tanpa pengkhianatan,
Kerana ku tetap yakini,
Allah menyatakan "Wajiblah cintaku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"


Nukilan :
CAHAYA_PENYAIR

Nota kaki ;
1 Tahzab Al-Asma wal-Lughat(2/364)
dipetik dan diedit dari laman shbt saya buat prkongsian bersama :)
http://redupkanhati.blogspot.com/

P/s: Alhamdulillah... baru usai membaca buku memoir seorang isteri "Bidadari dari Timur" catatan Datin Tuan Sabariah @ 'Chik' yang amat saya hormati, (saya & keluarga mesra memanggil beliau dengan nama tersebut) yang mana isi catatannya cukup menjadi inspirasi hati & patut dibaca oleh semua yang ingin menjadi Qurratun A'yun pada suami dan keluarga. Benarlah, bukan calang-calang wanita di sebalik kejayaan seorang lelaki..



Buat sahabat2, selamat mentarbiyah diri! Didiklah dirimu sebaik mungkin..

Selamat berusaha menjadi yang solehah jika anda mahukan yang soleh =)

"Sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah....." tidak kira anda dari Timur...Barat...Utara..mahupun Selatan....

anda mampu menjadi yang dicemburui bidadari!

Monday, May 18, 2009

محاسبة چينتاكو...



واهاي ڤميليك ڽاواكو
بتاڤ لمه ديريكو اين
برت اوجين دريمو
كوڤسرهكن سموا ڤدمو

توهن بارو كو سادر
اينده نعمت سهات ايت
تق ڤنداي اكو برشكور
كيني كوهراڤكن چينتامو

كات-كات چينتا تروچڤ اينده
مڠالون برذيكير د كيدوڠ دعاكو
ساكيت يڠ كوراسا بيار جادي ڤناور دوساكو

بوتير-بوتير چينتا ايرماتكو
تريڠت سموا يڠ كاو بري اونتوقكو
امڤوني خلاف دان ساله
سلاما اين
يا الهي..


محاسبة چينتاكو...


توهن كواتكن اكو
ليندوڠيكو دري ڤوتوس اسا
جك كو هاروس ماتي
ڤرتموكن اكو دڠنمو

Friday, May 15, 2009

TERIMA KASIH GURUKU



Terima kasih guruku

pagiku cerahku
matahari bersinar…
ku gendong tas merahku di pundak…
slamat pagi semua
ku nantikan dirimu
di depan kelasku menantikan kami..
guruku tersayang
guru tercinta
tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…
nakalnya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..
reff::
guruku tersayang …
guru tercinta tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal…
guruku terima kasihku…


Assalamua'laikum wbt.

Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk meletakkan lagu ini diblog sempena Hari Guru. Kali pertama mendengarnya adalah ketika saya sedang hangat di'lamun cinta' dengan filem LASKAR PELANGI baru-baru ini. =) Filem yang cukup menggugah perasaan seorang yang berjiwa guru. Lagu ini pula saya ketemukan di episod terakhir temubual dengan penulis buku Laskar Pelangi di Rancangan Kick Andy, yang turut mengeluarkan airmata bagi siapa yang menontonnya. Sebuah cerita yang benar dan ikhlas dan sangat menusuk kalbu saya sebagai seorang yang banyak berhadapan dengan guru dari kecil mahupun sehingga kini..

Alhamdulillah begitu cepat masa berlalu, masih terakam saat memori indah mula-mula menjadi pelajar darjah 1 dahulu. Hari ini 16 Mei 2009,Antara tarikh yang mungkin cukup dekat sekali dengan hidup kita yang saban tahun diraikan. Jika dari dahulu lagi, samada di sekolah rendah, menengah, kolej mahupun di universiti, tidak putus diraikan hari yang bersejarah ini sebagai hadiah buat semua pendidik. Dan itulah kehebatan Hari Guru, Hari dimana untuk meraikan jasa-jasa mereka yang telah banyak mencurah bakti dan ilmu buat kita semua, walaupun setiap hari adalah hari Guru.

Syukurlah Abah merupakan seorang cikgu, saya dan adik-beradik memang diasuh mementingkan pendidikan sejak dari kecil. Semakin diri menginjak dewasa, pelbagai 'sekolah' telah ditempuh bagi menjadikan diri kita seorang yang dewasa dan berilmu. Di sana juga bererti berpuluh (malah mungkin beratus) guru yang telah mengajar kita. Terlalu besar rasanya jasa guru-guru ini kepada kita, tidak terhitung. Samada kita lupa atau ingat kepada mereka, hanya kita sahaja yang mampu menjawabnya. Semoga seringkali kita mendoakan guru-guru ini, kerana berkat bimbingan dan bantuan mereka jualah kita mungkin mampu menjadi orang yang berpengalaman dan Berjaya seperti hari ini.


ABAH, GURU YANG LUAR BIASA


Hidup dalam keluarga seorang guru, menjadikan saya amat memahami kerjaya seorang pendidik serba boleh dan kerjaya mulia ini. Abah antara guru yang paling dekat dengan saya dan adik-beradik. Jika di sekolah dialah guru, di rumah juga dialah merupakan guru kami. Dari bantuan akademik, sehinggalah kepada mengajar Al-Quran dan memberi pendidikan agama, Abah adalah orang yang sangat berperanan dalam menjadikan kami seorang manusiawi yang cemerlang dan hamba Allah yang muslih. Pelbagai pengalaman saya telah tempuh bersama-sama abah. Saya pernah menjadi student abah, (matematik). Abah juga cikgu BM dan BI saya.Abah sangat banyak koleksi Reader’s Digest yang zaman dulu punya, tahulah saya dari mana dia terer BI. Abah juga sangat kreatif orangnya, Abah pernah ajar saya melukis sampai menang peringkat sekolah. Lukisan itu masih saya ingat sampai sekarang, ada rumah yang lebih kurang rumah kami coraknya. Dan lukisan itu saya perturunkan pula kepada adik-adik saya disekolah rendah. Abah juga pandai menulis sajak =) Siapa sangka kan, memang bakat seni beliau tidak terendam. Bermain alat muzik pun boleh abah lakukan jika itu yang anda mahu lihat.

Abah memang antara guru yang sangat komited dengan kerjanya. Di saat abah menjadi PK disekolahnya, dialah antara guru yang paling sibuk. Masa jadi cikgu biasa-biasa dulu pun, dialah antara yang sibuk dan memanjang ke sekolah. Apabila bertanya, abah hanya berkata, “Abah bukan cikgu besar. Jadi banyaklah kerja.” Tapi hatta dah jadi cikgu besar pun, (dah masuk tahun ke3 menjadi guru besar di SK Peria) aBah tetap masih seperti dulu, seorang yang sangat sibuk malah bertambah-tambah ‘rajin’nya. Bila masa nak berehat pun tidak tahu lah saya =). Malah dah jadi cikgu besar pun abah masih lagi masuk ke kelas untuk mengajar anak-anak muridnya.

Alhamdulillah, seharusnya pencen tahun lepas, tapi abah mengambil keputusan untuk sambung lagi dua tahun sebelum bersara dari profesion perguruan di sekolah. (Tawaran dari kerajaan lagi 2 tahun,gembiralah dia!) Tidaklah boring sangat abah kat rumah. Tapi saya yakin, itulah minat abah. Dan itulah Abah yang tidak pernah jemu dari tugasnya sebagai seorang guru. Abah pencen nanti pun title ‘Guru’ atau ‘Cikgu Nor’ @ Tuan Haji tu tetap akan kekal padanya. Cikgu selamanya yang memberi Cahaya!. insyaallah.


Abah- 'imam' untuk warga sekolah SK Peria yang sangat mesra rakyat.
(bila abah nak bertanding pulok ni.hehe =p)


WARISAN



cikgu mai & 'anak-anak muridnya' =) mana satu cikgu ni?

Alhamdulillah, kakak saya, Kak Mai mengikuti jejak langkah Abah menjadi seorang guru, walau masih setahun jagung, saya dapat merasai ketabahan beliau dalam mendidik anak buahnya.. Mendapat posting di sebuah sekolah yang semuanya lelaki di selatan tanah air, bukanlah calang-calang cabaran bagi seorang guru yang baru dan ‘kecik’ seperti beliau. Tapi insyaallah, berkat dengan kesabaran, keikhlasan, ketegasan, kemahiran ilmu dan semangat juangnya yang tinggi, saya yakin kekanda saya ini mampu mengikut jejak langkah abah menjadi Guru yang terbaik dan terus istiqamah memaknakan ‘erti hidup pada memberi’ pada profesionnya. She’s really Strong n superb & caring teacher! malah bekas anak-anak muridnya yang sama besar dengannya pun masih berhubung dengan beliau sampai sekarang walaupun dah keluar sekolah. Cikgu Praktikal yang sentiasa diingatan katanya =) Ya, kecik2 cili padi. moga terus kuat mendidik generasi masa hadapan Negara, insyaallah!

Selamat HARI GURU buat Abah & Kak Rah..

Saya mungkin tidak se'kuat' kalian untuk menjadi seorang guru =)
Doakan anak abah ni dapat jadi 'cikgu merawat pesakit kat hospital' & 'cikgu rumah tangga' yang baik pun jadilah.... hu... amin.:-) insyaallah!

ada lagi...

GURU & LASKAR PELANGI

Bagi semua yang belum membaca buku ini, atau menonton filemnya, saya sarankan antum untuk berbuat demikian kerana insyaallah sangat banyak manfaat yang boleh diambil dari filem/buku ini. Bagi saya ia mengangkat martabat guru ,dan usaha mereka ini wajar dicontohi oleh semua warga pendidik di negara kita jika benar-benar ingin memastikan semua masyarakat berilmu dan maju ke hadapan. Kali pertama menonton filem Laskar Pelangi, cukup menjadikan hati saya tersentuh dan merasa terharu melihat kisah hidup segelintir anak-anak yang mungkin tidak sebertuah kita untuk mendapat pendidikan di sekolah yang lengkap dan tersusun facilitiesnya. Begitu juga dengan pengorbanan guru-gurunya yang sangat luar biasa yang mahukan pendidikan berterusan kepada anak bangsanya walaupun dalam serba kekurangan.

Ia juga meningatkan saya tentang pendidikan yang sudah saya jalani sejak sekolah rendah sampai saya lulus & juga Ijazah Pertama sekarang. Banyak flashback pengalaman saya saat bersekolah dan juga kenangan saya dengan semua guru-guru saya turut terimbas kembali. Begitu banyak yang telah diajarkan pada saya, dari tidak memahami banyak perkara sampai seperti sekarang ini. Terima kasih buat semua guruku baik sekolah nonformal maupun formal, dari sekolah rendah sampai ke Universiti. Posting ini saya tujukan buat anda semua.

Juga buat Abah & arwah ma, yang merupakan Guru pertama, Madrasah pertama saya menuntut ilmu dari sejak awal mencelik mata.. merekalah GURU TERbaik yang Pernah saya ada... TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA....

Saya abadikan kata-kata abah disini.:

“AJarlah walau Seayat, Belajarlah Sepanjang Hayat.”

Engkaulah guruku yang terbaik sepanjang usiaku
Yang telah membimbing masa kecilku meniti jalan Tuhanku

TERIMA KASIH BUAT SEMUA GURU-GURU YANG PERNAH MENGAJARKAN SAYA.....samada di Sek Keb Kedai Buloh 1(djah1-2), Sek Keb Che Latiff(djah 2,3,5,6), Sekolah Tun Fatimah JB (form1-5) , KmPP (sbulan), Kyuem (04-06), inst Yakin Pandu- Mkcikjah yg sabar melayan saya bawak kereta smpai melompat2), juga semua pensyarah2 saya di MSU dari tahun pertama smpailah tahun terakhir kini...yang walau nama kalian tidak tertulis disini, ilmu dan kasih sayangmu mendidik kami tetap terpahat teguh dihati nurani.

TERIMA KASIH DENGAN SANGAT.

walau dengan hanya sebutir Huruf. Kalian telah men'DEWASA'kan saya..

JASAMU KUABADIKAN SELAMANYA. Insyaallah..

SELAMAT HARI GURU! =)


P/s: Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad saw... Rasul trcinta...Dikaulah Guru Teragung sepanjang zaman... kerana berkat ajaran dan perjuangannya jugalah kita mampu menikmati Islam & sgl ilMU yANg BenAr hingga ke hari ini.

Allahuakbar..Allahuakbar... Walillahilhamd!




Saturday, May 09, 2009

Untukmu IBU.....






Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

(Al-Isra' 17:24)






Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku

Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali

Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi
dugaan-Mu

Rahmatilah...Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

Al-fatihah utk bonda tersayang..Azizah Bt Ab Rahman yg telah kembali ke Rahmatullah pd 23 Jan 2008 bersamaan 14 Muharram 1429H...
Mg rohmu ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh lagi diCintai-Nya..



Hanya Seorang MA sahaja yang ku ada.....
satu dalam berjuta..... Tiada galang gantinya...
kan ku cintai selamanya.....

Duhai Bonda.
Terima kasih Atas segalanya.
Moga SYurga Allah milikmu....

Yang Teramat menyayangimu kerana Allah!...
-Anak-anakmu-

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”..



p/s: Jemput ramai-ramai Ahad ini (17/5/09)...

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis



Alhamdulillah,

Pagi tadi selepas subuh lagi telah bergegas ke KTM Batu 3 untuk menuju ke PWTC.
Ada program besar yang ditunggu-tunggu hari ini, iaitu "Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis" atau lebih dikenali sebagai KBAZ
yang julung-julung kalinya diadakan bertempat di Dewan Merdeka PWTC. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang keemasaan ini, walaupun pada malam sebelumnya semangat hampir punah apabila mendengar khabar bahawa tempat penyertaan telah pun penuh. (>3000 orang telah mendaftar). Namun Alhamdulillah, Allah membulatkan tekad saya untuk pergi sahaja sebagai satu ikhtiar, dan selebihnya memang saya menyerahkan kepada Allah untuk menentukan. Andai ada rezeki alhamdulillah, jika tidak terpilih maka insyaallah saya akan pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya. Mungkin untuk saya lebih muhasabah supaya tidak menangguh-nangguhkan kerja (cthnya mendaftar online untuk apa-apa event) lagi selepas ini, jika itu yang direquestkan dari pihak penganjur terlebih awal.

Alhamdulillah, saya sudah lama mendapat mesej dan ternampak banner tentang kbaz ini, tapi ketika itu tidak terlintas untuk mengetahui lanjut tentangnya. Sehinggalah suatu hari, saya terpanggil untuk pergi setelah melihat websitenya yang begitu 'superb' dan attractive (yang ada dilinkkan di iluvislam.com) dan apabila membaca beberapa detail, barulah saya tahu bahawa ia bukanlah calang-calang program. Sebuah event yang sangat global dan dihadiri oleh speaker2 yang sangat hebat, Sangat rugi sekali jika saya yang berada di sekitar Klang valley ini tidak memanfaatkannya. Apatah lagi ia melibatkan isu Palestin (yang saya sendiri akui masih lemah tahap penguasaan saya terhadap 'isu bersama' ini). Maka dari situlah saya mula teruja dan benar-benar mengharap untuk dapat menghadirinya. Walaupun keputusan dibuat sehari sebelum konvensyen berlangsung! (Alhamdulillah, rancangan untuk bersama kakak last minute dicancelkan oleh kekanda saya, dan ia memberi ruang untuk saya menukar plan ke konvensyen ini) Alhamdulillah, semuanya adalah Agenda Allah!...

Sampai sahaja dalam jam 8 lebih, berpusu-pusu orang memasuk dewan PWTC dan suasana dihadapan kaunter pendaftaran begitu sesak sekali. MasyaAllah Sungguh ramai Umat Nabi Muhammad, yang insyaallah saya yakin mahu sama-sama mengambil manfaat dari konvensyen ini,=) sehinggakan 15 kaunter dan urusetia yang ramai belum cukup untuk meng'handle' semua peserta. Majoritinya adalah dari kalangan pelajar dan mahasiswa, tapi tidak kurang yang hadir mewakili badan-badan profesional, dan NGO serta yang membawa keluarga. Alhamdulillah saya kira pemandangan ini cukup merupakan sesuatu yang positif kepada kebangkitan ummah dan membuktikan concernnya masyarakat kini terhadap isu-isu agama.

Dewan Merdeka (yang sering digunakan sbg tempat persidangan Um** ) adalah suatu dewan yang sangat besar dan luas, tapi tidak saya sangka ianya mampu dipenuhi oleh sebahagiaan besar dari rakyat Malaysia yang hadir pagi tadi dengan penuh semangat.Speaker2nya juga adalah hebat-hebat belaka, dan saya paling mengagumi tokoh Dr Azzam Tamimi yang subhanallah, semangat jihadnya sangat terserlah dari perwatakan dan perkataannya. Sebagai seorang Palestinian, pastinya jiwa beliau sangat dekat dengan Palestin. Begitu juga dengan panelist yang lain yakni Dr Roslan, Dr Mohsen dan juga Sahibussamahah Mufti perlis Dr Juanda Jaya yang merasmikan konvensyen ini dan konteks ucapannya mengingatkan masyarakat tentang Perjuangan rakyat Palestin yang mana tidak lain tidak bukan untuk kembalikan kembali tanah milik mereka dari ISrael dan sekutunya.Dan tanggungjawab ini pastinya menjadi tanggunjawab kita bersama untuk memastikan Islam diletakkan ditempat tertinggi.insyaallah.

Insyaallah, apa2 sharing tentang KBAZ akan dibawakan lebih lanjut nanti..dan mudaha2n kita tidak putus mendoakan keselamatan dan kebahagiaan buat saudara2 kita diPalestin, dan untuk kebebasan tanah suci hak umat Islam ini... insyaallah. Sama2lah kita menghayati kisah dan sejarah agung di sebalik 'Ada Apa dengan Palestin' yang penuh barakah ini...

Ayuh, LAKUKAN APA SAJA untuk ISLAM! Boikot habis2n produk Yahudi & lakukan apa saja yang kita mampu untuk menghalang kemaraan Yahudi Zionist dan kuncu2nya...

Lets SAVE GAZA & FREE PALESTIN!!
Insyaallah

p/s: maaf x sempat nak share keseluruhan perbentangan, terpaksa rush untuk balik esok. boleh tgk di mana2 forum discussion nanti k! insyaallah.. =)

AHYA`

WASIAT SYUHADA’ II

(Rintih Palestin yang tak henti merintih)

Jejak bumi Palestin. Bukan lagi janggal.

Mujahid, langkahmu di sini

satu semangat. Semangat yang

diwariskan wasiat.

Wasiat yang benar.

Ahya’!

“Min ‘ilmulyaqeen”

Inginku mencari Ahya’. Pemuda

Palestin didikanBerlin

.

Songsang di awal, sesat di pangkal.

Hijrah di Subra, hijrahnya ke syurga.

Tembus peluru, bukan tolehan.

Ahya’ yang kucari.

Ahya’ yang masih “hidup”.

“Min ‘ainulyaqeen”

Langkahnya kudengar. Ahya’ masih di sini.

Nafasnya berbisik, akan pedihnya berdiam laku.

Getar marahnya terdesir, akan gelojak juang yang membara.

Berpaling.

Ahya’ yang masih hidup!

“Min haqqulyaqeen”

Azamnya terpahat. Dalam, bukan changkat.

Ijtihadnya kukuh. Jelas, bukan keruh.

Kerana yaqeennya Ahya’,

Dia memikul 16kg senapang itu,

Dia menggalas 20kg adik perempuannya,

Dan andainya masih punya daya,

Pasti ibu yang capek itu didukung bersama.

Tawakkal ‘alaLlah!

Dia yaqeen menentang la’natullah,

Mencari nuur haq di bumi yang basah disimbah darah.

Mencari nafas muthma’innah di ruang yang jenuh disesak nafsu lawwamah.

Dengan kaki yang tinggal sebelah.

Allahu Akbar! ~~


credit to aman palestin n pembina for organizing such a great event. =) barakallahu feekum!

(event--->pengisian/speakers/ sgt 5 stars, bravo slides in bi-bm =p / nice refreshments n really luv d begs!) :-)

mgkn msa pndftrn ja kelam kabut skit, tp its ok, 3000+ org bukan sng nak handle kan.. =) Mabruk a'laik n syabas buat semua..May Allah reward us with Jannah n keep up d good effort.insyaallah...


p/s: Selamat pulang ke kelantan esok buat diri saya. mudah2n dapat memanfaatkan masa dengan sebaiknya bersama keluarga tersayang....

Selamat berjihad dengan sepenuh Jiwa!