Thursday, September 08, 2011

Adik & alkisah MAntoux Test....



Pagi tadi seusai pulang dari Majlis Aidilfitri PERUBATAN di Kaherah, terkejut juga menerima panggilan dari Adik kecik saya di Malaysia. Sebelum ni tak pernah-pernah dia call direct macam tu dari Malaysia. Selalunya smart voip lah yang menghubungkan kami, tak pun phone2 phone yang jarang-jarang sekali kami berpeluang bercakap kerana dia kerap ke sekolah sewaktu saya menghubungi Abah dan keluarga.

Dan Adik Madihah baru je semalam2 saya hubungi. sewaktu tu beliau sedang dibawa oleh abang haniff dia ke hospital untuk buat chest X ray katanya...


"Kak Ah, Apa maksud ubat ni. M a n t o u x?" gitulah ayat pertama dia tadi sambil mengeja perkataan tu di telefon.

ha? gapo? tak dengar. [kakaknya punyala duk usaha mengatasi 'masking' sound dalam tramco dek jalan arab yang jammed penuh sesak tu]

dengan penuh semangat berulang2 dia eja lagi.

M A N T O U X. ..ubat doktor cucuk ke adik.

ha? M A N e P O U S??

[maafla dik, punyalah x dengar. dengar macam "menopous".
dlm hati ubat apa pulak Dr bagi kat adik aku ni.menopous2 pulak..dahla baru 10 tahun]

ha? x dengar la dik. gapo dio..eja balik..??

M>>A>>N>>T>>>O>>U>>X........ xputus asa dia..berulang2 kali jugakla dia duk ulang dalam tramco tdi..nasib baiklah akhirnya saya dapat tangkap..

Oo... MANTOUX TEST ke....

Ic..dgr2... oo..tu doktor cucuk ubat nak test nyakit TIBI tu... @ nama dia tuberculosis.

[saja saya bagi nama medical tu sebab adik kecik sorang ni tersangatla suka dengar istilah2 medik..dan nama2 ubat dalam medik.] :pItalic dan dia sangatla suka bertanya kepada saya apa saja berkaitan dengan kesihatan..hu....dah macam doktor dia pulak.

bakponye adik kena cucuk ke..sakit ko tu...adik tiok ke masa kena cucuk??

"dok eih...adik tok tiok pum..."

ok je..yg pntg adik jange garu.. nanti jupa doktor nanti doktor tengok. insyaallah xdok gapo2..adik jange risau ok

kemudian saya sambung bermesej dgn dia.

bukan apa, terkejut juga sampai kena buat mantoux test. suspect tibi ke adik ni? semalam kena xray, hr ni kena mantoux test pulok.. ish3x., waiyyadzubillah.... mintak dijauhkan.

kemudian saya ingatkan balik dia untuk tak garu tempat kena inject tu. tuberculin namanya.

kemudian dia membalas kepada saya.

"ok.adik x garu lagi tempat kena cucuk. Cuma adik ketika nak ambik air sembahyang tu kena basuh jugakla. Sbb tu adik nk tnyo k'ah "buleh ko tempat kena cucuk tu kena air.drpd:adik madihah.


tersenyum saya membaca mesej itu. bagusnya adik. sanggup telefon jauh2 kakaknya yang bakal Dr ni [insyaallah] semata2 utk tanya tentang Mantoux test tu.. dan dapat pula kaitkan dengan air sembahyang [pengambilan wuduk dia] dan sebagainya..

Saya jadi terharu dengan keprihatinan Adik terhadap kecaknaan kesihatan dan ibadahnya. Jika kanak-kanak sekecil ini pun mengambil berat tentang Ibadah, wuduk dan sebagainya.. walaupun dikala kesakitan.. bagaimana pula kita? apatah lagi kita yang besar2 ni.. sewajarnyalah lebih caknalah kan akan benda2 tersebut...

Itulah peri pentingnya untuk seorang Doktor bukan sekadar perlu faqih dengan ilmu medik luaran, tapi juga perlu faqih dalam ilmu Fiqh perubatan itu sndri... supaya dapat membantu pesakit2 yang muslim dalam menunaikan ibadah mereka dengan sempurna walaupun dalam keadaan yang 'kurang' sempurna.

Apapun balik tu saya terus google tentang Mantoux Test. Pernah belajar tentang penyakit ni masa degree BioMedic dlu. tapi sebab dah lama tinggal jadi kena rujuk dan study balik. dan alhamdulillah..berbekalkan sedikit pengalaman saya ketika pernah membuat mantoux test dahulu, itu jugalah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan kepada adik.

nah...bagi sapa yang tak tahu Mantoux test tu apa...meh tengok sini :j

APAKAH UJIAN MANTOUX?

Ujian Mantoux adalah ujian yang di lakukan untuk menyiasat samada individu itu dijangkiti kuman Tibi

Ujian ini dilakukan pada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Tibi paru-paru ('kontak terdekat') seperti ahli keluarga, kawan terdekat dan lain-lain.

Cecair "Tuberculin" disuntik di bahagian bawah kulit lengan. Individu yang terdedah kepada jangkitan Tibi akan menunjukkan reaski positif dalam masa 48-72 jam pada kawasan kulit yang disuntik, iaitu tanda kemerahab yang lebarnya lebih 10mm.

Individu yang menunjukkan reaksi positif diberi rawatan untuk mencegah dari mendapat penyakit Tibi.

sumber :
http://www.moh.gov.bn/tb/information_07.htm


Jadi semakin semangat nak jadi Doktor. terima kasih Adik.

InsyaAllah semoga adik tak apa-apa dan Cepat sihat ok!



paling terharu bila dia menghantar lagi mesej kepada saya.

"Adik x jerit tika cucuk. adik kena xtray sbb doktor nk thu sma ada adik ada pykt tb atau tidak.

"Insyaallah. kak ah akan menjadi doktor yg terbaik."


hu..terharu. Adik yang sentiasa memberi semangat, sentiasa berdoa.

yang sentiasa berharap saya dapat menjadi doktornya.

InsyaAllah.. semoga dapat menjadi Doktor seperti harapan Adik dan Ummah.

Sayang Adik!....

Doakan Kak Ah.









0 comments: