Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah Swt.. kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya, dapat hasrat untuk menghidupkan kembali blog kesayangan ini terlaksana, walau setelah hampir 3 tahun menyepi tanpa alasan yang saya sendiri tidak mampu untuk memberikan jawapannya kenapa.-kenapa tidak digunakan, kenapa ditinggalkan, kenapa dibiarkan, kenapa tiada sebarang 'updation', kenapa dan kenapa. Apa yang saya boleh katakan, cukup sajalah Allah yang mengetahuinya. Dan kiranya saya yakin , apa saja yang saya lalui telahpun tercatat oleh malaikat dikir dan kanan saya, yang tidak pernah tidur dalam menjalankan tugasnya. Mungkin selama 3 tahun ini pelbagai perkara yang telah berlaku dan yang telah saya lalui, malah jika dirakamkan di blog ini, mungkin sudah beratus-ratus, atau beribu-ribu 'entry' dapat dimuatkan di blog ini, mengepilkan kenangan-kenangan indah pengalaman diri dan perkongsian ilmu yang sudah tentu dapat dikongsi dan dimanfaatkan kepada semua. Namun mungkin kerana beberapa kekangan dan juga mujahadah terhadap beberapa perkara, menyebabkan saya masih belum bersedia untuk kembali menulis di blogspot saya ini, dan mengambil keputusan untuk 'bercuti' darinya buat seketika. Segala perkara-perkara penting yang berlaku dalam hidup saya dan saya lalui ketika itu, rasa lebih berbekas terpahat dihati walau tanpa dikongsi diblog dan sebagainya, namun saya amat merugi kerana telah membiarkan hari-hari saya berlalu tanpa coretan sejarah hari semalam yang begitu saya rindukan ibrahnya. Saya cuba melawan keinginan membuak-buak untuk menulis, walau sepatah dua kata, dengan alasan kesibukan dengan komitmen luar & perkara lain yang mungkin lebih utama untuk saya fokuskan berbanding menulis atau meng'update' blog. Dan akhirnya saya sendiri tidak merasa puas apabila tidak merekodkannya, dan banyak perkara telah saya terlupa dan paling rugi sekali apabila merasakan diri tidak memanfaatkan sepenuhnya apa yang Tuhan telah berikan saya sepanjang hari-hari dalam meneruskan kehidupan ini. Kadangkala jika terlalu penting dan merasakan perkara itu PERLU dan WAJIB, atau sesuatu yang penting berlaku dalam hidup saya atau sekeliling, barulah saya akan menulisnya (itupun sekadar tumpangan di blog friendster kerana mahu express-main redah je) kerana saya tetap merasakan peri pentingnya sebuah coretan dari hati dan apa saja significant point yang berlaku dalam hidup saya pada saat itu. Namun ia tidak istiqamah kerana environment blog friendster yang sekadar dianggap sebagai 'accessori tambahan' d Fs, menjadikan saya tidak serius dalam menggunakannya. Begitu juga kerana terlalu banyak kekurangan function dan gadget yang boleh diletakkan di blog Fs, menyebabkan saya merasakan perlu kembali kepada ahyanasolehah.blogspot. yang sangat saya sayang dan rindukan ini.Niat itu sudah lama ada, Alhamdulillah, akhirnya malam ini, insyaAllah, saya dengan kekuatan yang entah dari mana muncul dengan tiba-tiba, akan cuba ber'total action' untuk cuba menghidupkannya kembali..kerana saya optimis, dengan ngeblog yang lebih tersusun dan khusus ini, SANGAT banyak perkara yang boleh saya manfaatkan kepada diri dan juga ummah. Jika Tok Guru kini pun dah ada blog sendiri, setiap ustaz ustazah, rakan-rakan dan semuanya juga memiliki blog dan mereka jelas kelebihannya, mengapa tidak saya. dan mengapa saya harus membiarkan terus-terusan potensi yang telah tersedia dari dahulu ini yang sememangnya sangat baik untuk tarbiyah diri dan juga perjuangan Islam. Dari sanalah saya berfikir untuk perlu menyuburkan kembali ahyasolehah.blogspot.com, tidak perlu pada yang baru, cukuplah saya meng'islah'kannya ke arah yang lebih baik dan memanfaatkannya. Insyaallah, biar tidak banyak, tapi sedikit sedikit akan saya cuba untuk membuang sawang-sawang yang ada, dan menggantikannya dengan 'wajah' yang baru. Yang layak untuk didiami dan bermanfaat kepada sekitarnya, dan bukan untuk ditinggalkan lagi bak 'pondok usang tidak berpenghuni'..huhu.. Maafkan saya cik blog! Sememangnya saya sangat sayang kamu. Semoga saya tidak sia-siakan kamu lagi... Maafkan saya ya.... Insyaallah. Moga melalui kamu lebih banyak hidup saya 'termakna dengan memberi'...
Semoga stiap yang tercatat dan terpamer di sini menjadi butir-butir tasbih pengabdian saya kepada Allah Swt, menjadi bukti cinta kepada Rasul-Nya, menjadi kiriman pahala buat bonda & ayahanda, juga pengerat cinta keluargaku & Ummah berserta alam seluruhnya...
Insyaallah.
Begin with d end in mind.
Sirru a'la barakatillah. (",)
-Aslih nafsak wad'u ghairak- Insyaallah...
ahyana_solehah
p/s: credit to adik saya--> imtiyaz yg benar2 telah meng'initiate' smgt saya untuk memulakan lgkah 'berani brubah' ini hri ini! tq syu.... =) Alhamdulillah.. dh hidup balik blog akak =p mg akak dpt brkgsi sesuatu kat sni, insyaallah... Praised be to Allah....
Saturday, May 09, 2009
AsLiH naFsAk, Wad'U ghAirak~ Episod Baru Sebuah Perjuangan Yang Panjang
Labels:
Tinta Ahyana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment