Terima kasih guruku
pagiku cerahku
matahari bersinar…
ku gendong tas merahku di pundak…
slamat pagi semua
ku nantikan dirimu
di depan kelasku menantikan kami..
guruku tersayang
guru tercinta
tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis
mengerti banyak hal..
guruku terima kasihku…
nakalnya diriku kadang buatmu marah…
namun segala maaf kau berikan..
reff::
guruku tersayang …
guru tercinta tanpamu apa jadinya aku…
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal…
guruku terima kasihku…
Assalamua'laikum wbt.
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk meletakkan lagu ini diblog sempena Hari Guru. Kali pertama mendengarnya adalah ketika saya sedang hangat di'lamun cinta' dengan filem LASKAR PELANGI baru-baru ini. =) Filem yang cukup menggugah perasaan seorang yang berjiwa guru. Lagu ini pula saya ketemukan di episod terakhir temubual dengan penulis buku Laskar Pelangi di Rancangan Kick Andy, yang turut mengeluarkan airmata bagi siapa yang menontonnya. Sebuah cerita yang benar dan ikhlas dan sangat menusuk kalbu saya sebagai seorang yang banyak berhadapan dengan guru dari kecil mahupun sehingga kini..
Alhamdulillah begitu cepat masa berlalu, masih terakam saat memori indah mula-mula menjadi pelajar darjah 1 dahulu. Hari ini 16 Mei 2009,Antara tarikh yang mungkin cukup dekat sekali dengan hidup kita yang saban tahun diraikan. Jika dari dahulu lagi, samada di sekolah rendah, menengah, kolej mahupun di universiti, tidak putus diraikan hari yang bersejarah ini sebagai hadiah buat semua pendidik. Dan itulah kehebatan Hari Guru, Hari dimana untuk meraikan jasa-jasa mereka yang telah banyak mencurah bakti dan ilmu buat kita semua, walaupun setiap hari adalah hari Guru.
Syukurlah Abah merupakan seorang cikgu, saya dan adik-beradik memang diasuh mementingkan pendidikan sejak dari kecil. Semakin diri menginjak dewasa, pelbagai 'sekolah' telah ditempuh bagi menjadikan diri kita seorang yang dewasa dan berilmu. Di sana juga bererti berpuluh (malah mungkin beratus) guru yang telah mengajar kita. Terlalu besar rasanya jasa guru-guru ini kepada kita, tidak terhitung. Samada kita lupa atau ingat kepada mereka, hanya kita sahaja yang mampu menjawabnya. Semoga seringkali kita mendoakan guru-guru ini, kerana berkat bimbingan dan bantuan mereka jualah kita mungkin mampu menjadi orang yang berpengalaman dan Berjaya seperti hari ini.
ABAH, GURU YANG LUAR BIASA
Hidup dalam keluarga seorang guru, menjadikan saya amat memahami kerjaya seorang pendidik serba boleh dan kerjaya mulia ini. Abah antara guru yang paling dekat dengan saya dan adik-beradik. Jika di sekolah dialah guru, di rumah juga dialah merupakan guru kami. Dari bantuan akademik, sehinggalah kepada mengajar Al-Quran dan memberi pendidikan agama, Abah adalah orang yang sangat berperanan dalam menjadikan kami seorang manusiawi yang cemerlang dan hamba Allah yang muslih. Pelbagai pengalaman saya telah tempuh bersama-sama abah. Saya pernah menjadi student abah, (matematik). Abah juga cikgu BM dan BI saya.Abah sangat banyak koleksi Reader’s Digest yang zaman dulu punya, tahulah saya dari mana dia terer BI. Abah juga sangat kreatif orangnya, Abah pernah ajar saya melukis sampai menang peringkat sekolah. Lukisan itu masih saya ingat sampai sekarang, ada rumah yang lebih kurang rumah kami coraknya. Dan lukisan itu saya perturunkan pula kepada adik-adik saya disekolah rendah. Abah juga pandai menulis sajak =) Siapa sangka kan, memang bakat seni beliau tidak terendam. Bermain alat muzik pun boleh abah lakukan jika itu yang anda mahu lihat.
Abah memang antara guru yang sangat komited dengan kerjanya. Di saat abah menjadi PK disekolahnya, dialah antara guru yang paling sibuk. Masa jadi cikgu biasa-biasa dulu pun, dialah antara yang sibuk dan memanjang ke sekolah. Apabila bertanya, abah hanya berkata, “Abah bukan cikgu besar. Jadi banyaklah kerja.” Tapi hatta dah jadi cikgu besar pun, (dah masuk tahun ke3 menjadi guru besar di SK Peria) aBah tetap masih seperti dulu, seorang yang sangat sibuk malah bertambah-tambah ‘rajin’nya. Bila masa nak berehat pun tidak tahu lah saya =). Malah dah jadi cikgu besar pun abah masih lagi masuk ke kelas untuk mengajar anak-anak muridnya.
Alhamdulillah, seharusnya pencen tahun lepas, tapi abah mengambil keputusan untuk sambung lagi dua tahun sebelum bersara dari profesion perguruan di sekolah. (Tawaran dari kerajaan lagi 2 tahun,gembiralah dia!) Tidaklah boring sangat abah kat rumah. Tapi saya yakin, itulah minat abah. Dan itulah Abah yang tidak pernah jemu dari tugasnya sebagai seorang guru. Abah pencen nanti pun title ‘Guru’ atau ‘Cikgu Nor’ @ Tuan Haji tu tetap akan kekal padanya. Cikgu selamanya yang memberi Cahaya!. insyaallah.
(bila abah nak bertanding pulok ni.hehe =p)
Alhamdulillah, kakak saya, Kak Mai mengikuti jejak langkah Abah menjadi seorang guru, walau masih setahun jagung, saya dapat merasai ketabahan beliau dalam mendidik anak buahnya.. Mendapat posting di sebuah sekolah yang semuanya lelaki di selatan tanah air, bukanlah calang-calang cabaran bagi seorang guru yang baru dan ‘kecik’ seperti beliau. Tapi insyaallah, berkat dengan kesabaran, keikhlasan, ketegasan, kemahiran ilmu dan semangat juangnya yang tinggi, saya yakin kekanda saya ini mampu mengikut jejak langkah abah menjadi Guru yang terbaik dan terus istiqamah memaknakan ‘erti hidup pada memberi’ pada profesionnya. She’s really Strong n superb & caring teacher! malah bekas anak-anak muridnya yang sama besar dengannya pun masih berhubung dengan beliau sampai sekarang walaupun dah keluar sekolah. Cikgu Praktikal yang sentiasa diingatan katanya =) Ya, kecik2 cili padi. moga terus kuat mendidik generasi masa hadapan Negara, insyaallah!
Selamat HARI GURU buat Abah & Kak Rah..
Doakan anak abah ni dapat jadi 'cikgu merawat pesakit kat hospital' & 'cikgu rumah tangga' yang baik pun jadilah.... hu... amin.:-) insyaallah!
ada lagi...
GURU & LASKAR PELANGI
Bagi semua yang belum membaca buku ini, atau menonton filemnya, saya sarankan antum untuk berbuat demikian kerana insyaallah sangat banyak manfaat yang boleh diambil dari filem/buku ini. Bagi saya ia mengangkat martabat guru ,dan usaha mereka ini wajar dicontohi oleh semua warga pendidik di negara kita jika benar-benar ingin memastikan semua masyarakat berilmu dan maju ke hadapan. Kali pertama menonton filem Laskar Pelangi, cukup menjadikan hati saya tersentuh dan merasa terharu melihat kisah hidup segelintir anak-anak yang mungkin tidak sebertuah kita untuk mendapat pendidikan di sekolah yang lengkap dan tersusun facilitiesnya. Begitu juga dengan pengorbanan guru-gurunya yang sangat luar biasa yang mahukan pendidikan berterusan kepada anak bangsanya walaupun dalam serba kekurangan.
Ia juga meningatkan saya tentang pendidikan yang sudah saya jalani sejak sekolah rendah sampai saya lulus & juga Ijazah Pertama sekarang. Banyak flashback pengalaman saya saat bersekolah dan juga kenangan saya dengan semua guru-guru saya turut terimbas kembali. Begitu banyak yang telah diajarkan pada saya, dari tidak memahami banyak perkara sampai seperti sekarang ini. Terima kasih buat semua guruku baik sekolah nonformal maupun formal, dari sekolah rendah sampai ke Universiti. Posting ini saya tujukan buat anda semua.
Juga buat Abah & arwah ma, yang merupakan Guru pertama, Madrasah pertama saya menuntut ilmu dari sejak awal mencelik mata.. merekalah GURU TERbaik yang Pernah saya ada... TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA....
Saya abadikan kata-kata abah disini.:
“AJarlah walau Seayat, Belajarlah Sepanjang Hayat.”
Engkaulah guruku yang terbaik sepanjang usiaku
Yang telah membimbing masa kecilku meniti jalan Tuhanku
SELAMAT HARI GURU! =)
1 comments:
Buat adah, aisyah, sya n shbt2 ana hok bakal bergelar cikgu atau dah pun bergelar cikgu, "Selamat hari Guru!" moga kalian pum bakal menjadik cikgu & ustazah ummah yg best k.
Tersenyum baca msg adah d pg hr guru slps mg'wish dia bru ni :-
adah : Eh, mekasih. pg td mamai je bc msj nti. :-) xda smbutan hr doktot eh?hehe
ahyana : tang tu hok ambo jeles tu..xpe lah.doktot low profile bekali =p
adah :Xpo xdok ore smbut pn. kalu wat smbutan gak, sian ko pesakit la. doktot sibuk mnymbut hr dio kn.hehe
~ =)hehe.btul jugokla tu adah...
Post a Comment