MUSLIMAT DAN TARBIYYAHNYA
Secara fizikalnya, batinnya, hatinya, perasaannya, tutur katanya, sentuhannya amat berbeza sama sekali dengan kaum muslimin. Selalu benar muslimah itu dikatakan sebagai sayap kiri perjuangan muslimin ataupun berdiri hebatnya seorang wira ada muslimah di sebaliknya.. Jika kena dengan cara didiknya, betul niatnya, dan beragama pula maka tenanglah dunia ini dan damailah hidup ini kerana di sebalik kejadian seorang wanita telah tersurat yang dia merupakan fitnah kepada dunia..Songsang langkahnya maka ramailah yang terjerat, salah niatnya maka ramailah yang merana..
Lembut bukan bererti lemah
….tangan yang lembut menghayun buaian boleh menggoncang dunia…..
Barangkali muslimat ( yang belum mempunyai anak sendiri ) belum lagi merasakan bagaimana yang dimaksudkan atau apa keadaannya daripada menghayun buaian kepada menggoncang dunia..Menghayun buaian di sini bukanlah diertikan sebagai ‘post’ babysitter yang mendodoikan si kecil agar segera melelapkan matanya, bukan juga menyusukan atau memberikan si kecil makan tetapi melebihi daripada itu.
Dia dilihat sopan menghayunkan langkah, kadang-kadang sekali-sekala melihat mentari luar. Dia adalah seorang suri dan juga seorang ibu bukan sekadar kepada anak-anak tetapi juga seorang pendidik kepada pemimpin dunia! (Isk, ada kalanya, jangan dilihat zahirnya sahaja, kadang-kadang muslimat yang tegas dan garang yang itulah sebenarnya muslimah yang halus dan lembut…lepas kahwin baru tahu…..! )
1.Didikan untuk muslimah
Muslimat merupakan sayap kiri perjuangan…dia mesti dididik ke arah itu. Tatkala kawan-kawan wanita yang lain berperap di dalam bilik mengulangkaji pelajaran, atau juga ketika mereka selalu pulang ke rumah untuk menjalankan amanah kepada keluarga, atau juga ketika mereka menjadi puteri lilin yang sangat menjaga penampilan diri daripada habuk kotoron,pancaran matahari dan sebagainya, tetapi ini jauh berbeza dengan muslimat kita yang betul-betul berjuang.
Mereka menguis jauh keinginan itu, mereka memendam rasa dalam perkara itu, mereka tidak mengutamakan perkara lain melainkan rasa kuat ingin berjuang dan bersusah payah dan berpenat lelah di belakang perjuangan muslimin. Namun dalam masa yang sama mereka tetap mencari ruang seberapa yang ada untuk urusan itu, bukan kosong semata-mata…
…” ana tak kisah enti, berjuang macam mana pun,di posisi manapun, jadi menyapu sampah pun..kalau tugas menyapu sampah itu boleh menjadi asbab kemenangan Islam ana rela melakukannya…” bisik seorang sahabat muslimat suatu ketika…
Ainul mardhiyyah..seharum kuntuman di taman syurga…
Bisakah dicari di dunia ini sepertinya lagi…?
Sahabat- sahabat muslimat sekalian,
Tahu kisah Ummu ‘Imarah yang mulia itu?Ummu ‘Imarah (Nusaibah) zaman sekarang mungkin anda sekalianlah…Beliau merupakan pejuang muslimah sulung dalam Islam…
Imam Al-Zahabi pernah menyebut : “ Ummu ‘Imarah yang mulia adalah seorang mujahidah, ikut serta menyaksikan Bait’at Al-‘Aqabah, Perang Uhud, Perang Al-Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah.
Aduhai muslimat, nak cakap hebatnya Ummu ‘Imarah ni beliau bukan sahaja memberikan minuman dan merawat pejuang muslimin yang haus dan yang tercedera ketika perang Uhud tetapi beliau berani menghunus pedang sambil memakai perisai perang untuk menjadi back up tentera muslimin yang ketika itu ramai yang telah syahid dan lari setelah diasak tentera musuh..Ummu ‘Imarah juga telah melindungi nabi kita, Rasulullah SAW daripada pihak musuh sepanjang keadaan genting itu sehinggakan Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “ Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu ‘Imarah berperang di hadapanku” … MasyaAllah..Subhanallah… Segala puji hanya bagi Allah…
Hebat berperang memang Ummu ‘Imarah hebat tetapi beliau juga berusaha untuk mengusai ilmu agama kerana antara ahli ilmu dan ahli ibadah ternyata ahli ilmu lebih ditakuti oleh syaitan kerana mereka bukan golongan yang mudah dihasuti… Mereka beribadah atas dasar ilmu dan kefahaman….Yea, Ummu ‘Imarah juga telah menunjukkan selain mantap di medan peperangan tetapi beliau juga memahami Al-Quran setanding hebatnya beliau ketika berperang..Seperti yang diriwayatkan dalam sebuah kitab yang berjudul ‘nisa’ min ‘asadul nubuwwah hasil tulisan Abu Azka Al-Madani dan Harun Ar-Rasyid Hj Tuskan yang menceritakan tentang peristiwa ini. Suatu ketika Ummu ‘Imarah datang menghadap Rasulullah SAW sambil berkata …’Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat kaum wanita disebut di dalam Al-Quran sebagaimana halnya kaum lelaki’… Maka turunlah firman ALLAH SWT yang bermaksud : ‘Sesungguhnya lelaki muslimin dan perempuan-perempuan muslimah, lelaki yang mukmin dan perempuan-perempuan yang mukminah…’(Surah Al-Ahzab : 35 ).
( Mungkin kita perlu katakan kepada muslimat kita yang bertungkus lumus dalam gerak kerja Islam di kampus sebagai muslimah obor perjuangan…ini sebagai ganti kepada ayat tangan yang menghayun buaian itu tadi. Namun pepatah menghayun tadi perlu dipegang sekuat-kuatnya oleh muslimat kerana kita perlu ‘menghayun buaian’ juga suatu hari nanti…InsyaAllah… )
Persediaan
Bonda kepada Imam Al-Ghazaali telah melakukan persediaan sekian tahunnya sebelum melahirkan seorang anak yang menjadi cahaya dalam Islam…itu tidak termasuk lagi amalan sepanjang mengandung yang menjadi bayangan kepada anak yang bakal dilahirkan nanti.
Duhai muslimah…. Untuk mendapatkan generasi yang memahami agama yang sebenarnya dan menghafaz kalamullah ini juga datangnya daripada ibu yang mengandungkannya. Jika bonda para ilmuan Islam dahulu telah melakukan persediaan melebihi hampir 20 tahun sebelum melahirkan seorang anak cuba kita hitung dengan umur kita sekarang.Sekiranya anda sudah berumur 22 tahun adakah anda patut bersalin ketika berumur 42 tahun?atau sepatutnya anda sudah melakukan persediaan itu seawal usia kanak-kanak yang mumayyiz lagi….? Kita renungkan bersama.
Wanita yang Faqih dan Al-Hafizah
Antara wanita yang mulia yang banyak menghafaz hadith NABI SAW ialah Ummu ‘Athiah. Hafalannya cukup bagus dan beliau sering berusaha untuk mendalami ilmu agama. Imam Nawawi telah berkata bahawa telah diriwayatkan dari Ummu ‘Athiah hadith yang diriwayatkannya daripada Rasulullah SAW adalah sebanyak 40 hadith. Enam hadith yang sama telah diriwayatkan bersama Bukhari dan Muslim dalam buku mereka.
Ayuh akhawat sekalian…
tidak pernah mendapat pentarbiyyah sekolah agama atau latar belakang keluarga yang bukan islamik bukan sebab untuk kalian dan diri ini daripada tidak faqih tentang ilmu agama..dan usahlah sekali-sekali perkara ini menjadikan kita bersifat rendah diri untuk bersuara atau membidas pendapat orang lain sekiranya perlu. Malu? ye. Mungkin betul tetapi jika niat kalian untuk mencari redha Sang Pencipta pasti akan terpecahlah tembok itu.
Sehari selembar benang…lama-lama jadi kain..Sehari hafaz satu ayat lama-lama lengkap satu surah..InsyaALLAH boleh.
Mendalami ilmu keduniaan bagi menyempurnakan tarbiyyah fardhiah sangat-sangat dituntut dalam Islam.Walaupun ia jatuh kepada sunat muakkad mengikut sesetengah pendapat, namun mencari ilmu agama itu wajib. Sebelum kita pandai sembahyang sudah tentu kita menuntut ilmu tentangnya.Sebelum kita pandai buat blog,tentu kita belajar mengenainya…bahkan sebelum kita ke Petaling Jaya dari arah Serdang tentu menuntut kita bertanyakan orang arah tujunya walaupun papan tanda jelas ‘berterbangan’ dipandangan mata. Ilmu ini banyak seperti ilmu akademik, ilmu falak, ilmu agama, ilmu perubatan, ilmu kemanusiaan dan sebagainya. Antara contoh ilmu akademik yang dapat dinyatakan di sini ialah fizik,kimia,biologi, matematik dan sebagainya..
Apa salahnya mencari ilmu tanpa henti.Datang ke majlis ilmu sebanyak mungkin dan sesempat mungkin.Fitnah jika keluar rumah sudah tidak berlaku pada zaman sekarang bahkan ramai muslimat keluar rumah untuk melaksanakan kewajiban dan memenuhi tuntutan. Mereka dilihat keluar untuk bekerja, menuntut ilmu, ke pasar, rumah saudara bahkan ke masjid atau surau secara berjemaah. Di masjid, surau, fakulti, pondok, usrah, blog atau buku.. Ye,buku. Pelbagaikanlah buku dan sumber rujukan. Sebolehnya bukan kita sekadar membaca buku tetapi menelaah..bukan sekadar memahami tetapi menjiwai..dan bukan sekadar mengingati bait-baitnya yang indah tetapi mengupas. Jika dapat, mintalah para murobbi mengupasnya..
Terkenang pula kepada arwah kak Shafa yang kuat menghafaz Al-Quran…..
Penutup
Lembut tuturmu tegas membela agama..
Gagah berani tiada tandingnya..
Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian…
Menyintainya adalah suatu ‘ibadah..
Puteri kesayangan Rasulullah …
Muslimah gerakan hari ini bukan tak hebat, bukan tak kuat, bukan tak mantap tetapi kita tak cukup menguatkan antara satu sama lain lagi... Ramai antara kalian yang tinggi mujahadahnya, unggul dalam bait al-muslimnya, maju mendepani masalah ummahnya, tinggi pengorbanannya..Namun berapa ramai yang mampu bertahan dan istiqomah sehingga ke hujung nyawa. Berapa ramai pula yang mampu melahirkan dan mendidik generasi pembela agama? Untuk melahirkan muslimah yang tegar tarbiyyah, kuat kakinya dalam perjuangan, tabahnya melalui saat-saat kesunyian dan cekal memikul amanah sayap kiri perjuangan sedangkan kita mempunytai had – hadnya, batasannya dan terciptanya kita daripada tulang rusuk kiri kaum adam memerlukan muhasabah dan persediaan yang cukup rapi dan perbincangan yang matang. Memang wanita dikenali sebagai golongan yang halus hatinya, teliti pemikirannya dan sarat dengan emosi malah cepat mengalir air matanya tatkala berhadapan situasi yang menyentuh hati tetapi katakanlah kepada diri yang kita akan banyak menangis di tikar sejadah…tak mudah untuk tersungkur lemah tetapi cepat sujud mengharap kekuatan hanya daripada-NYA…
Demi Allah Yang Maha Esa,
Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah
untuk menuju cinta-Mu,
Menitis air mata, tatkala merindu,
Menitis air mata, tatkala semakin menjauh,
Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar
tanpa pengkhianatan,
Kerana ku tetap yakini,
Allah menyatakan "Wajiblah cintaku kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada-Ku"
Nukilan :
CAHAYA_PENYAIR
Nota kaki ;
1 Tahzab Al-Asma wal-Lughat(2/364)
dipetik dan diedit dari laman shbt saya buat prkongsian bersama :)
http://redupkanhati.blogspot.com/
P/s: Alhamdulillah... baru usai membaca buku memoir seorang isteri "Bidadari dari Timur" catatan Datin Tuan Sabariah @ 'Chik' yang amat saya hormati, (saya & keluarga mesra memanggil beliau dengan nama tersebut) yang mana isi catatannya cukup menjadi inspirasi hati & patut dibaca oleh semua yang ingin menjadi Qurratun A'yun pada suami dan keluarga. Benarlah, bukan calang-calang wanita di sebalik kejayaan seorang lelaki..
Buat sahabat2, selamat mentarbiyah diri! Didiklah dirimu sebaik mungkin..
Selamat berusaha menjadi yang solehah jika anda mahukan yang soleh =)
"Sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah....." tidak kira anda dari Timur...Barat...Utara..mahupun Selatan....
anda mampu menjadi yang dicemburui bidadari!
1 comments:
tbe2 tringat lagu 'bidadari' dr munif ahmad. =)
slmt menjadi dan mencari!
Post a Comment