Friday, May 12, 2006

Ukhuwwah Fillah

Photobucket - Video and Image Hosting


Bismillahirrahmanirraheem..

Assalamualaikum wbt…

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa..

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa,
Menjadi satu yang sempurna.

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam.

Allah telah berpesan,
Innamal mu’minunal ikhwah,
Sudah jelas pesanan
Kita semua bersaudara sedarah…
Jadi sahabatku,
Bersahabatlah kerana Allah,
Kerana kau dan aku..
Hanyalah seorang `abdullah.,

`Abdullah itu, sahabatku
Tidak punya apa-apa,,
Melainkan hanya satu,
Itulah Allah yang Esa.,

Maafkanlah kesilapannya,
Kerana kau juga banyak silap,
Raikanlah kelebihannya,
Dia raikan dirimu terlalu acap.

Berlapang dadalah sahabat.
Kerana itu serendah ukhwah
Berkorbanlah sahabat,
Kerana itu setinggi ukhwah.

Marilah sahabat,marilah temanku,
Kita pupuk persaudaraan bersama,
Persaudaaraan kerana Ar Rahman Ar Raheem,
Supaya kita bersama ke syurgaNya..

Itulah setinggi harapan,
Bersama bersua di syurga indah,
Moga doa dimakbulkan tulus ini,
Bertemu berpisah kerana Allah


Photobucket - Video and Image Hosting

"TENTANG CINTA"

Assalamua'laykum...
InsyaAllah ana nak share somethin' ttg apa yg diadakan kat KYUEM aritu...

FORUM TENTANG CINTA
Date :7th April 2006
Time : 8.30 pm - 11.15 pm

Photobucket - Video and Image Hosting


Forum ni membincangkan tentang isu kebanyakan remaja masa kini..
iaitu isu "TENTANG CINTA" ... Panel2 forum neh didatangkan khas dr 'fitrah perkasa sdn bhd' (salah satu syarikat yg menyediakan khidmat konsultansi kat M'sia)

Panel2 :
Ustaz Haji Hashim bin Ahmad
Ustaz Pahrol bin Mohamad Juoi
Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil

Moderator :
Mohd Nurul Imran bin Koyube



n boleh dikatekan forum ni adelah lanjutan drp buku "Tentang cinta" yang ditulis oleh Ustaz Pahrol keluaran Telaga Biru... kalau nak tau lbeh lanjut pasal buku ni... layari http://tentangcinta.fitrahperkasa.net


Photobucket - Video and Image Hosting
"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya..."

Jadi...kat sini ana nak berkongsi serbe sdikitlah pasal forum nih...
Anda bleh download forum ni through

http://www.sdar993.com/php-files/forumtentangcinta.zip (24.11 Mb)



antare HIGHLIGHT2 dlm forum neh...

Apakah yang telah mendorong ustaz untuk menulis buku 'tentang cinta' ini??
-ust pahrol

Bagaimana melihat cinta dlm perspektif / persepsi yg betul?
-ust pahrol

Generasi hari ini lebih bebas untuk memilih jodoh berbanding zaman2 dahulu dimana perkahwinan pd zaman dahulu jarang2 sekali digunakan dengan percintaan...jadi, apa pandangan ustaz tentang 'trend' cinta zaman sekarang ini?
-ust hashim

Bagaimanakah budaya cinta dan perkahwinan tentang pelajar2 yg berada di luar negara terutamanya pelajar2 Malaysia...
-ust hasrizal

Adakah kedua-dua cinta iaitu CINTA kepada Allah dan cinta kepada makhluk yg lain merupakan 2 perkara yg bertentangan?
-ust pahrol

Adakah kita perlu memutuskan / 'sacrifice' hubungan cinta kita dgn seseorang yang istimewa untuk membuktikan cinta kita terhadap Allah swt?
-ust pahrol

Secara fitrahnya manusia sukakan kepada kecantikan, adakah salah bg kita untuk menjadikan kecantikan itu sbg salah satu faktor / syarat dlm mencari bakal pasangan kita....adakah ia juga faktor yang penting? & apakah kriteria2 lain yg boleh kte ambil sbg garis panduan utk kita mencari jodoh?
-ust hashim

Adakah cinta sebelum perkahwinan itu lebih manis drp cinta selepas perkahwinan atau sebaliknya?
-ust hashim

Apa pandangan ustaz tentang budaya 'couple' pada masa kini dan sejauhmanakah perlanggaran terhadap hukum2 Allah ini memberi implikasi terhadap rumahtangga yg akan dibina kelak?
-ust hasrizal

Q & A session~


Jadi.. moga2... setelah mendengar forum ini & setelah berpeluang membaca buku 'Tentang Cinta' ini... diharapkan agar segala persoalan yg tertanya2 sblm ini dpt dijawab..insyaAllah dgn izinNya ^_^ ...kte renung2kanlah kembali...di mana Allah dalam cinta kita?..kenapa Allah kurniakan kita perasaan cinta? perasaan cinta kepada makhluk...cinta kepada binatang....cinta kepada ibubapa...cinta guru2 kita...cinta sahabat2 kita...kenapa? sama2lah kte renungkan... ^_^ Moga apa yg disampaikan ni dpt beri manfaat kpd kte semua...terutamanya kpd dri ana...
InsyaAllah...
FastaQim kama Umirta...
Assalamua'Laykum

Dari Anas r.a. dari Nabi saw ia bersabda:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh Allah di dunia: isteri solehah, berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang".
(Riwayat Ahmad dan An Nasai)

Sebuah pesanan : Amal soleh
Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagiaan daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagiaan lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain AMAL YANG SOLEH. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.
-Imam Ghazali...


p/s: anda bleh juga download forum nih through:

http://rapidshare.de/files/17620116/tentangcinta.zip.html (8849 Kb)
http://rapidshare.de/files/17554229/tentang_cinta_wave_2.rm.html (24962 Kb)
http://rapidshare.de/files/17549603/tentang_cinta_wave_2.wav.html (75548 Kb)

RAPIDSHARE.de
*The quality of the audio file varies according to its size. The bigger the size, the better the quality audio file you get.
*choose 'free download' not 'premium download'.
*Wait for Download-Ticket reservation (about 30 seconds).

-RENZOKUKEN MFS-
http://www.sdar993.com/php-files/forum/viewthread.php?forum_id=25&thread_id=55#286