Showing posts with label Ukhuwwah Fillah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwwah Fillah. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Di Hari Istimewamu..


Sahabat yang baik,

Dengan terpandang wajahmu
Akan mengingatkan aku kepada Allah
Mendengar cakapmu
Ilmu ku bertambah

~ Daripada Anas r.a, Nabi s.a.w. bersabda :" Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia MENGASIHI SAUDARANYA seperti ia mengasihi dirinya sendiri."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Buat adik Fidza,
I love u.. sabaar* Fillah!

sweet 20!


Terima kasih dah jadi ehli beit/sahabat/kawan/teman sepermainan dan seperjuangan terbaik akak! ^_^

semoga Allah sentiasa merahmatimu selalu...

-kakmus a.k.a umi
di Hari istimewamu
Raudhatul Basyirah.
1 zulkaedah 1432H
29 Sept. 2011

Terima kasih atas segalanya...

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-

Inspirasi seorang Doktor a.k.a Sahabat yang dirindui...




"InsyaAllah, k.cik balik malaysia nanItalicti kita spend masa sama puas2. Akak kat wad lagi. InsyaAllah, kita jadi Dr solehah wa muslihah ye kakcik :-) Akak dapat kekuatan dari program semalam, bagaimana masyarakat cukup mempercayai + hormat pada seorang Dr. Semakin bersemangat nak jadi Dr. Sama2 kita usaha untuk jadi Dr kebanggaan ummah :-).."

-kak long hukm-

02/12/2009 23:32 pm



Kak Long. :)

Mungkin ramai yang tak pernah tahu, beliaulah antara sahabat yang cukup kuat memberi semangat kepada saya untuk mencapai cita2.. dan suka berkongsi suka dan duka sewaktu di malaysia dulu.

Teringat kenangan kami berprogram bersama. Bermusafir bersama. Bersuka ria dan berkongsi 'rasa' bersama terutama sebagai pelajar perubatan. Malah turut menangis dan berair mata bersama. walau kampus berlainan, negeri berlainan, tetapi tautan Akidah dan minat yang serupa sering merapatkan.

Terlalu banyak kenangan kami.

Antara yang tidak boleh terlupakan bilamana kami berprogram di NICE dan dari situ saya mengenal pelajar2 mesir yang tidak pernah saya kenali. namun akhirnya kami dipertemukan di Ardul kinanah ini.

Dulu selalu juga ke HUKM. lepak2 dengan kaklong..kaklong akan bawak saya round2 sekitar kampus HUKM..round ward... dan sebagainya..yang mana sangat mengharukan saya yang sangat berkobar2 semangat untuk menjadi doktor waktu itu... saya sewaktu itu sangat merindui untuk bersama2 dalam kampus Perubatan.

Beliau jugalah yang sanggup turun padang menghantar saya di KLIA dahulu. walau dengan serba kesempitan dan kekurangan. namun dialah contoh sahabat yang sering menggembirakan.

She's really inspired me a lot.


Nice 09' : inspirasi kita bersama :j..menjadi syifa'ul ummah.insyaAllah..


'Kesabaran' dan 'preseverance'nyalah sangat mengagumkan saya..

Walau diuji dengan seribu ujian 'kepayahan' dalam perjalanan panjang bergelar seorang Doktor,

beliau akhirnya berjaya membuktikan.


25 September 2011.

Alhamdullah. officially graduated from school of medicine HUKM.

Tahniah Dr Munirah :j really proud of u...

Semoga kak Long saya ini terus kuat menghadapi mehnah sebagai seorang pengamal perubatan.

dia mengajar saya tiada yang mustahil dengan izin Allah.

n u can survive walau di saat yang lain pergi meninggalkanmu.

Tetapi Allah tetap ada bersama untuk membantu.


semalam2 mendapat lagi message taujihad daripadanya...

"..Kakcik, belajar rajin2. Bukan sekadar mendapat 'Dr' mcm akak tp..Biar dpt mumtaz! Akak yakin kakcik pasti lebih hebat dari akak. Bittaufiq wannajah ukhti! ^-^.."

27/9/2011


InsyaAllah.... semoga ku kan dapat menuruti jejak langkah dan semangatmu yang x pernah mengalah.

Jazakillah kaklong!....Sayang kaklong sangat2.

Selamat menjadi doktor yang competent dan ikhlas bekerja kerana Allah.

Semoga kita sama2 dapat menjadi dukturah kebanggaan ummah. Insyaallah.

more half way to become a doctor like u...

doakan kakcik!

insyaallah..

-kakchik-
egypt.


p/s: kaklong, diri ini akan merindui 'KL sentral' dan food courtnya yang sentiasa menjadi tempat pertemuan kita sekembali saya dari Mesir... :j InsyaAllah panjang umur murah rezeki semoga dapat bertemu kembali, kali ni Dr Munirah kena belanja sokmolah sebab dah 'kaya' kan.. hehe .^_^ Trus kuatkan semangat menjadi doktor... Jadilah doktor yang amanah dan ikhlas merawat jiwa2 dan fizikal ummah. Jadikan kerja itu ibadah..bekalan untuk akhirat. InsyaAllah semoga bahagia selalu dalam redha Allah..

Friday, July 02, 2010

Besarnya Nilaian sebuah Ukhuwwah.....



Hati teringin membicarakan soal ukhuwwah. Beberapa hari ini sedikit teruji dengan pelbagai tekanan. namun disudut kecil hati, saya mengakui, inilah lumrah hidup, pastinya kita akan bertemu dengan pelbagai ujian dan ragam manusia. sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula sesama kita yang masing-masing punya kekurangan dan ketidaksempurnaan..

Walaupun kita menyatakan cinta, belum tentu cinta itu terzahir dari perbuatannya.
Walaupun kita menyayangi, belum tentu yang disayangi itu benar-benar memahami atau menyedari yang kita terlalu menyayanginya...

Namun cukuplah Allah segala-galanyanya... Insyaallah, jika itu yang kita pegang, kita tidak akan pernah kecewa kerana manusia.. malah kita akan terus menyayangi saudara2 kita sehebat mana pun ujian menimpa, atau sehebat mana pun mereka menguji kita,...

Terjumpa dengan artikel dari dewan pemuda pas yang cukup menyentuh hati dan qalbu. insyaallah semoga bermanfaat buat diri saya dan semua...

Insyaallah, semoga Allah Ya Wadud, Yang Maha Penyayang terus menurunkan kesabaran dan kasih sayang kedalam hati2 kita.

Sahabat2ku, peganglah ini sungguh2..


Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Orang-orang mukmin itu ibarat satu jasad, apabila satu anggota badan sakit, maka seluruh jasad turut merasakan sakit dengan demam dan tidak dapat tidur.” (HR. Muslim)


Jagalah sungguh2 Hablumminallah kita dengan Allah,

tetapi JANGAN sesekali kita mengabaikan Hablumminannas...

bagaimana kita memelihara hubungan, menjaga ukhwah, menjaga hati sahabat2 dan sebagainya... semuaitu perlu kita pelajari dan tadabburi,..

jangan sesekali kita remehkan. Jangan sesekali kita tidak mempedulikan.

Kerana Kita takkan mampu selamanya hidup berseorangan..

Ketahuilah bahawa kita sentiasa punya mereka yang sangat menyayangi diri kita dan mahu bersama-sama kita di saat susah mahupun senang...

namun hanya diri yang mampu mengubah dan mahu menghargai kehadiran sahabat2 ini atau tidak.Sahabat2 tidak mampu mengubah kita, tetapi

hanya kita yang boleh mengubah segalanya tentang diri kita.

Sahabat2 juga pasti tidak sempurna, kita kena sama2 muhasabah dan koreksi diri, supaya kita sentiasa cuba melakukan yang terbaik dan sekurangnya sentiasa berusaha membiarkan orang lain tersenyum kerana kita. [walau seperit mana ujian yang kita hadapi]... orang yang melapangkan orang lain, Allah pasti akan melapangkan Dia....

Berkasih sayanglah kerana Allah. Hidupkanlah cinta ukhwah itu kembali. kembalikan senyum tawamu, nescaya Allah akan membalas kebahagiaan dan ketenangan yang berganda lagi kepada kita...

kerana itulah pelengkap kepada kesempurnaan iman yang sejati..


~uHIBBUKUM FILLAH~...


YANG SANGAT MENYAYANGIMU KERANA ALLAH...

" Kita tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kita dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak dapat melihat keduanya."

~

MUQADDIMAH

Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.

Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.

1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:

“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:

“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.
2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:

“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”.(Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1)Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”. (Hadis riwayat ).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).

Baginda juga bersabda:

“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).

SYARAT-SYARAT UKHWAH

a. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah swt. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.

Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.

Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”

Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”.

Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”

Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.

b. Mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.
Seseorang Muslim itu mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya. Nabi Muhammad saw telah menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan Baginda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut).” (Muntafaq ‘Alaih)

Namun demikian, ia tidak beerti kita tidak boleh langsung berkomunikasi atau bersahabat amaada kepada golongan yang tidak baik atau kafir, tetapi di dalam konteks ini kita mestilah istiqomah agar tidak terjebak atau terpengaruh dengan sebarang keburukan. Sebaliknya kita yang menguasai situasi sebagai pendakwah. Contohilah ikan yang tidak masin isinya walaupun hidup di dasar lautan.

c. Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam.
Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah swt sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian ataupun masalah mesti dirujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Sebagaimana Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya”.

Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka nerkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.

d. Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati.
Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt di dalam Surah al-Asr:

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”

e. Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samada dalam susah atau senang.
Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang teramat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah saw dan juga para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesama mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi tidak kira dalam masa Nabi berada di Mekah ataupun tatkala Islam berkuasa di Madinah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)

Hak-Hak Ukhwah
a. Memberi salam
b. Menjawab salam
c. Menziarahi sahabat yang sakit.
d. Mengiringi jenazah
e. Memenuhi undangan.
f. Mendoakan sahabat ketika bersin.
g. Menolong mereka yang dizalimi.
h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
i. Menolong mereka yang kesusahan.

Selain itu Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:

1) Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud:
“Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”

2) Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.
3) Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.
4) Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik. Saidina Umar pernah berkata: “tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang; iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam, yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.
5) Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.
6) Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.
7) Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.
8) Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.

KESATUAN AQIDAH

Ia merupakan faktor terasas dalam pembentukan Wahdatul Amal dan Wahdatul Fikr. Tumpuan utama dalam menyatupadukan Aqidah ialah dengan mentauhidkan Allah kerana tuntutan tauhid adalah bertunjangkan Rububiyyah dan Uluhiyyah. Tauhid yang diimani inilah yang menjadi asas kefahaman yang jelas seterusnya melahirkan amal Islami yang ikhlas. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada paksaan di dalam (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada taghut lalu mereka beriman kepada Allah, seungguhnya mereka telah berpegang kepada tali Allah yang amat kuat dan tidak akan ia putus. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah : 256)

Berdasarkan Sirah Rasulullah saw, baginda pada permulaannya telah menjalankan usaha memperbetulkan aqidah masyarakat daripada kekotoran syirik dan kufur kea rah mengesakan Allah bagi mencapai kesatuan ummah. Manakala menurut Hassan al-Banna pula, beliau mengelakkan daripada berlaku perpecahan dengan memberikan kefahaman yang jelas dan menutup pintu penyelewengan.

KESATUAN AMAL DAN MATLAMAT

Hasil daripada kesatuan fikrah dan kefahaman, maka akan lahirlah kesatuan amal dalam jemaah kea rah matlamat yang satu. Apa yang paling penting dalam merealisasikan kesatuan amal dan matlamat adalah wala’ dan taat yang mutlak kepada Allah, Rasul dan ketaatan kepada jalan yang benar kepada pimpinan. Segala yang diputuskan oleh pimpinan perlu ditaati selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat. Keingkaran kepada perkara tersebut dan saling merasa hebat akan mewujudkan perpecahan dalam jemaah biarpun wujudnya kesatuan fikrah di dalamnya.

Hassan Al Banna di dalam Risalah Ta’lim menganjurkan kepada Amal Islami yang serius. Menurut beilau, umat Islam apabila sibuk dengan amali, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat Islam itu akan ditimpa kelemahan dan kemunduran serta kelunturan semangat ahli sekiranya mereka hanya sibuk berdebat yang akhirnya mewujudkan perpecahan.

Kesan daripada tiadanya amal dan system di dalam gerakan Islam dan dakwah, kita dapati banyak kumpulan yang mendakwa mereka sebagai badan Islam dan dakwah, sedangkan cara yang dilakukan adalah bertentangan dengan syara’. Oleh itu, tidak harus bagi sesiapa untuk samaada menyertai atau menyokong jalan tersebut walaupun matlamatnya adalah untuk Islam (matlamat menghalalkan cara).

Jalan atau cara yang perlu dilalui oleh anggota jamaah dan ahli gerakan dakwah ialah:

a. Iman yang mendalam.
b. Kefahaman asas yang mantap.
c. Pembentukan dan perancangan yang rapi.
d. Bekerja dan beramal dengan berterusan dan ikhlas.

Manakala matlamat umum jamaah Islam adalah untuk mendapatkan Mardhatillah dengan berusaha melaksanakan tugas mendaulatkan Syariat Islam sebagai sebuah kuasa yang memerintah. Daulah Islamiyyah yang dimaksudkan adalah yang berteraskan ajaran Tauhid bukannya dari pemikiran Orientalis atau golongan Sekular dan ia menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim.

Saturday, May 30, 2009

“Barakallahulakum, wajama’a bainakuma fi khair…”

Alhamdulillah. Pagi ini 2 orang lagi sahabat telah membina masjid.


skdr gmbr hiasan=p, gambar pengantin tiada ditangan

Pasangan pertama dalam PMi =). Sayang sekali saya tidak dapat hadir hari ini kerana Majlisnya di Kelantan manakala yang lelakinya pada minggu hadapan. Saya tidak berpeluang balik kerana beberapa kekangan, namun insyaallah akan cuba menebusnya kelak.
(sampai merajuk saiful) Xpe, nanti buat majlis di sini 1 bas kami bawak ye saiful.=)

Apapun Tahniah buat Saiful Ariff dan Kak Hajar. Moga ikatan suci yang terbina terus mengundang redha Allah dan barakah buat kalian berdua.

"Barakallahulakum wajama'a bainakuma fi khair"




MAbruk a'laik juga untuk beberapa sahabat-sahabat saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dalam beberapa bulan ini :

Qistin (shbt baik saya di Stf ) & Hazman (keduanya dah kembali ke Jepun)




Nik Zihana (shbt kesayangan dikyuem) & Abe Amri =) (PJJ sorang di india, sorang di malaysia)


Shbt suka dan duka saya daripada dulu lagi, kini beliau mendahului =p


Akhi Bad (abg kami yang banyak berjasa) & Kak Khulailah :) (taman meru)


sama-sama kiut. sama-sama hebat dlm dakwah =)



Kak Zila (mantan bendahari PMiMsu sesi lepas) dan suami (Johor )


jodoh se'taman', siapa sangka? =)

....dan juga kepada mereka yang tidak diletakkan disini, yang sedang menuju atau telah menyempurnakan separuh dari agama kalian dengan berbaitul muslim, Tahniah diucapkan dan semoga sakinah mawaddah wa rahmah Ilahi terus mengiringi setiap langkah perjalanan yang pastinya lebih mendewasakan, pasca ikrar "Aku Terima Nikahnya"

Teringat bait kata-kata ustaz hasrizal dalam mukadimah bukunya Bercinta Sampai ke Syurga,

"Sesungguhnya rumah tangga itu adalah cermin untuk melihat Ummah. Setiap bata yang membentuk binaannya, adalah hasil 'air tangan' sebuah rumah tangga. Ia medan suami mendidik isteri, gelanggang isteri memimpin suami, tempat ibu bapa mengasuh anak, dunia anak-anak berihsan dengan ibubapa. Semua itu adalah 'dunia kecil' yang Allah anugerahkan kepada setiap kita untuk belajar membentuk manusia, sebelum berjuang membina massa. Rumah itu medan pertama, sebelum Ummah matlamat besarnya."

Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai satu seruan untuk kita BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

Ia adalah sebuah komitmen,
ia juga adalah sebuah kepercayaan,
manifestasi cinta kepada Tuhan!....


Salam perjuangan menuju 'training sebenar' kehidupan..
terutamanya buat kekanda tersayang, SITI MAISURAH yang bakal memulakan hidup baru pada hujung minggu hadapan insyaallah (7/6/09).


Alhamdulillah. Moga dihujani Rahmat Kasih Sayang, SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH berterusan daripada Tuhan....dan dipermudahkan segala urusan..

Allahuakbar.Allahuakbar. Allahuakbar. walillahilhamd~ =)


*N-I-K-A-h* - connecting people in a 'HALAL way'.....