" Saya terimalah akan nikahnya dengan maskahwinnya sebanyak yang tersebut..."
Alhamdulilah. Hanya dengan sekali lafaz, dirimu sah menjadi miliknya..
~ ^_^
AlhamdulillahiRabbil a'lamin...
Syukur kepada Allah Swt..
Akhirnya pada 7 Jun 2009 yang lepas,malam isnin bersamaan 13 Rejab 1430H, kakak nan seorang telah selamat diijabkabulkan..
Walaupun sekadar majlis ‘akad nikah’, kerana majlis perempuan (atau ‘blarok’ org klate kato), insyaallah akan diadakan setelah adik (Haniff) pulang ke malaysia kelak, ia cukup merupakan sesuatu yang ‘significant’ bagi saya dan keluarga. Mana tidaknya, inilah kakak sulung pertama dan juga merupakan ‘cucu sulung’ pertama dalam keluarga kami yang berkahwin. Dengan kata lainnya, menjadi ‘perintis’ kepada keluarga dalam berbaitul muslim bagi kalangan adik beradik dan sepupu sepapat seangkatan..Alhamdulillah…
Perkenalan yang tidak lama, tapi Ketentuan Allah penentu segala. Bahawa jodoh dan segala urusan itu berada di tangan-Nya.
Saya amat kagum dengan kakak yang seorang ini, beliau amat tabah & sabar dalam menunggu dan mencari jodoh pilihannya walau pernah diuji dengan beberapa ujian.. Dialah idola saya dalam bab perhubungan dan ikhtilat. Prinsip yang dipegangnya selama ini amat teguh, jarang saya melihat beliau berurusan dengan lelaki tanpa keperluan, apatah lagi berjinak-jinak dengan ‘kapel’ atau percintaan sebelum nikah dan yang sewaktu dengannya… main-main SMS jauh sekali, atau bermanja dengan lelaki yang tidak dikenali itu semua boleh saya katakan langsung tidak ada dalam diari hidupnya. Kakak saya ini amat tegas dalam pergaulan, apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan sesuatu yang tidak jelas..dia amat tegas sekalipun perlu berdepan dengan muslimin.
Alhamdulillah, kini berakhir sebuah penantian. Beliau akhirnya menemui giliran& ‘seru’nya. Siapa sangka, Berkat keteguhan PRinsipmu & kesabaranmu Allah telah mengurniakanmu pasangan yang baik. Degup-degup taaruf yang hanya berlangsung tidak sampai beberapa bulan, disusuli dengan jalan syariat yang indah dan dalam pengetahuan keluarga, semuanya tampak mudah sekali. Perkenalan oleh orang tengah yang merupakan ‘makcik’sendiri, telah membuka ruang untuk satu jalinan suci yang panjang. Pertemuan hanya beberapa kali, itu pun ketika beliau datang untuk merisik, kemudian bersama keluarga. Pernah sekali beliau (abg ipar) ‘menelefon’ abah saya sendiri, untuk meminta izin bertemu dengan kakak saya diluar rumah, ditemani adik lelaki dan pertemuan tersebut diadakan dengan suasana yang angat makruf, itupun bagi membincangkan soal perkahwinan.
Yes….As times goes on..
Allah akan mengurniakan rasa cinta dan kecenderungan itu ke dalam hati kita..
dan Dialah yang akan memberikan petunjuk di penghujung istikharah kita….
Subhanallah…. MA, seperti impian arwah ma, ma kini dah dapat menantu seperti impian Ma…
Insyallah, inilah jodoh terbaik untuk anak Ma…yang akan menjaga anak Ma dan Abah.
Pemilik Cinta kami setelah Allah dan Rasul,
Saya sendiri tidak menyangka secepat ini beliau akan bernikah.
Benarlah jika sudah jodoh, tidak kemana.Kun fayakun Allah, Cepat atau lambat, pasti Allah akan ketemukan, malah mungkin saja dalam keadaan kita tidak tersangka-sangka..
bagi saya ia adalah ruang untuk Allah benar-benar menjaga hati kakak dan abang ipar saya. Sebelum menjadi yang benar-benar HALAL... dan subhanallah,melihatkan ketenangan sakinah yang dipancarkan oleh Allah Swt selepas mereka sah menjadi suami isteri, tahulah saya kenapa Syariat Islam itu sangat membahagiakan, bahawa andai kita benar2 menjaga Agama Allah dalam hidup kita, Segalanya insyaallah menjadi sangat mudah dan membahagiakan. Bercinta selepas menjadi yang ‘halal’itu jauh lebih manis dan barakah Allah pasti mengiringi… Tidak perlu berkenalan bertahun-tahun untuk menguji kesetiaan, tidak perlu bercinta bagai nak rak hakikatnya ia belum pasti jodoh kita selagi belum ‘akad’. Sedangkan jodoh itu telah pun tertulis di Luh mahfuz, sudah tersedia menunggu kita, tugas kita hanya perlu berusaha untuk mencari dan terlebih dahulu cuba menjadi yang terbaik untuk diri kita sendiri…agar kita turut ‘layak’ mendapat yang terbaik seperti yang dijanjikan oleh Allah Swt…
Maka barangsiapa yang berpegang teguh dengan janji Allah, Betapa Janji Allah tidak mengecewakan…
Subhanallah. Walhamdulillah. Walailahaillallah. Wallahuakbar,
********************************
Kelibat abah, yang masuk ke kamar pengantin bertemu kakRah sebelum ke Musolla sebaik saja rombongan lelaki tiba untuk majlis akad nikah, begitu meruntun jiwa saya yang setia berada di sisi kekanda dari awal.
“Abah minta izin nikahkan kak rah deh”…
Saya tersentuh. Saya lihat ada air jernih pada mata abah.PAstinya Abah menyuarakan kata-kata itu dengan makna.. Saya seperti merasakan Seperti kali terakhir saya memegang tangan arwah Ma satu ketika dulu.. seperti saat untuk satu perpisahan yang panjang.
Kutahu Betapa berat untuk Abah lepaskan amanah ini. Anak ABAH.
Kini dirimu bakal menjadi amanah orang lain.. bakal menjadi isteri orang..
Namun ketahuilah ABah, Abah boleh tersenyum melepaskan kami… Kerana ketahuilah abah dah jadi ayah yang terbaik untuk kami….dengan memilih yangterbaik untuk kami..
dan dengan didikanmu selama ini, moga kami bisa menjadi yang solehah untuk ‘Kunci Syurga’ kami..dan mampu mengorak langkah lebih jauh, menuju KEDEWASAAN YANG PANJANG. Insyaallah.
****************************************************************
Pagi Jumaat yang hening, setelah seminggu bersama keluarga untuk saling mengenali dan mengeratkan silaturrahim, kini tibalah masanya untuk mereka berdua berangkat pergi.
“Abah, terima kasih banyak dah jaga krah selama ni”-
Kulihat beliau sebak.
Beliau menyalami erat dan memeluk abah, insan yang telah mengasuh dan membesarkan kami sejak dari kecil…. Insan yang telah mencorakkan kehidupan kami bersama arwah bonda… yang telah membimbing kami sehingga menjadi seperti hari ini
Aku melihat bening dari tangga. Terasa seperti mimpi untuk berpisah dengannya. Kukuatkan hati. Walaupun selama ini sering sahaja berpisah, tapi tidak pernah kurasakan sesedih ini. Alahai, Rasa macam berpisah jauh pula.huhu. Apepun Kakakku bakal dibawa pergi dengan kehidupan yang baru...Alhamdulillah.
Terasa tidak lengkap keluarga ini tanpanya. Namun kuyakin, kehilangan ini hanyalah sementara. kehilangan ini jualah tanda kasih sayang Allah kepada kami, perpisahan ini jualah yang akan menambah lagi kerinduan dan mahabbah antara kami sekeluarga.
Dan bukankah hakikatnya perpisahan ini adalah titik pertemuan untuk ummat Nabi Muhammad yang lebih besar.Kita patut berbangga dengannya =)
Kulihat wajah adik-adik yang ada disekelilingku. Kekuatan itu serta merta datang menjelma. Suatu hari nanti aku juga pasti akan meninggalkan mereka.. Namun semoga dengan masa yang masih ada ini, aku berharap aku mampu berbakti menjadi kakak yang terbaik kepada adik-adikku yang lain.Juga kepada semuanya, sehingga ke akhirnya insyaallah..
Kereta MyVi meredah bumi Kelantan.Menuju Johor tempat mereka berbudi.
Insyaallah kalian kan pulang lagi.
Sayonara Kakakku.MOga rahmat Allah mengiringi permusafiranmu bersama orang baru dalam hidupmu.
Kutulis coretan ini bersama kenangan indah, dari
Bilik yang pernah menjadi ‘bilik kita membesar bersama’.
“Barakallahulakum wajama’a bainakuma fi khair…”
Mabruk a’laik untuk kakak tersayang, Kak Rah (Siti Maisurah bt Mohd Nor) & juga abang ipar, abe Alimi atas ikatan perkahwinan yang terbina. Moga terus disirami haruman sakeenah mawaddah wa rahmah dalam kehidupan kalian berdua.. Insyaallah
Takbir!... :-)
239, che latiff,
Kuala Besar
7.10 am
.
"Wahai Tuhan kami, kurniakan kami serikandi dan zuriat sebagai penyejuk di mata, dan jadikan kami sebagai imam kepada orang-orang yang bertaqwa "
(Surah Al-Furqaan, Ayat: 74)
5 comments:
alhamdulillah...pahni gak buleh anok sedaro la dio...ni tanda2 cik siti muslihah pon dah tak lama dah ni :P,jange lupo tu hata kad jempute ke bunut payong...
amin..insyaallah. meme x sbr nak dpt anak2 sdare ni. buleh kalahkan team saing2 hok rama anak sdara. Kita sek2 kecik sepupu sepapat jah loni rama. tu pun riuh sekapum doh dih.
^_^
insyaallah, May Allah give d Best
muslihah...hehe
tahniah buat kamu sekeluarga...kini tiba giliran kamu..=)
moga bait muslim bahagia sampai ke syurga
ayah saya masuk paper? paper mana muslihah? hehe
take care ye
Alhamdulilah, baru beberapa hari kami dikejutkan dengan berita baik dari johor...
She's now pregnant!. =)
Alhamdulillah3x...tahniah buat kakrah dan abemi.. sungguh ini adalah rezeki dari Allah..
naik pelamin bertiga nampaknya =)dan diri ini bakal menjadi 'Cik Ah' x lama lagi...
p/s: jemput semua ke majlis walimah mereka raya ke3 nanti k. Insyaallah
order xanax 10 panel drug test xanax - xanax side effects long term
Post a Comment