Sunday, July 12, 2009

Love all, with sincere love and concern...


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamua'laikum wbt.

Maaf sekali dah lama tidak berupdate kerana kekangan waktu yang tidak mengizinkan. Ditambah pula dengan keletihan yang melampau sekembali dari institut perubatan hari-hari dan beberapa program yang penuh sepanjang hujung minggu lepas, makanya idea-idea yang banyak hanya mampu terakam dalam memori, tidak sempat terzahir di laman ahyanasolehah.blogspot.com.=j

Apepun alhamdulillah. As times goes on, setiap saat merupakan pengalaman yang mematangkan. Minggu lepas merupakan antara kenangan berharga, beberapa hari berkampung di HUKM di surgery ward menemani ibu saudara, cikNa yang terpaksa menjalani pembedahan diagnostic laparoscopy & adhesiolysis. She's being diagnosed to hv adhesion colic, dimana uterus beliau melekat pada dinding anterior abdomen due to previous surgery. (ceaseran cause). Sudah lama menanggung kesakitan yang sama, having recurrent pain on and off, akhirnya peluang untuk membuat laparoscopy dan pemisahan dinding uterus berjaya dilakukan di HUkm.

Untuk beberapa hari beliau tidak mampu menguruskan diri sendiri, namun syukurlah ada beberapa yang menemani. Sesekali bertukar shift dengan makcik lagi seorang di Kuala Lumpur, dan sekembali dari IPR saya terus bergegas ke Hukm untuk 2nd ward round di Hukm pula. =) Walaupun atmosphere 'hospital'nya lebih kurang sama, tapi keadaannya tetap berbeza memandangkan Ipr lebih memfokuskan pada patients with respiratory problem, manakala Hukm lebih dari respiratori problem. Selain itu Hukm yang merupakan kampus clinical bagi medical studentsnya memberikan seribu satu kelebihan kepada saya untuk melihat secara dekat bagaimana mereka bertugas. Thanx to kak Long for accompanied me for the most of the times in HUKm, bawak2 round satu Hukm sambil bajet pakai labcoat, bawak jalan2 ke asrama and membaca di Syurga Library sana begitu mengujakan.=p Tidak termasuk lagi diculik ke Restoran belakang tasik stadium malam2 untuk membeli makanan kepada patient.. kak Long..kak Long...what a sweet adorable friend...

2nd HALF at IPR

Banyak cerita menarik di IPR sepanjang minggu kedua. Antaranya pengalaman duduk bersembang bersama seorang bekas drug dealer dan IV drug user di ward 6 yang menempatkan pesakit-pesakit tibi kronik. Orangnya masih muda lagi, berumur 27 tahun, peramah, cerdik, malah bekas pelajar asrama penuh, namun sayang sekali hidupnya musnah kerana dadah. Selain didiagnosed menghidapi HIV, beliau kini juga menghidap Hep C dan beberapa penyakit lain yang kronik walaupun diusia yang muda. Namun kuat sekali semangatnya, saya sendiri terharu melihat kesungguhannya untuk sharing kepada kami semua tentang apa yang beliau sedang lalui dan semangat dia untuk mengubah diri. Namun stigma masyarakat yang terlalu memandang hina kepada pesakit-pesakit HIV dan drug addict, seolah menjadikan mereka tiada tempat dihati masyakat dan tidak memberikan ruang untuk mereka bertaubat dan berubah menjadi individu yang lebih baik..

Seek to understand then to be understood.

Dia sedang berusaha untuk berubah. Malah tatu dibadannya sanggup dibakar dengan seterika dan sebahagiannya telah ditoreh dengan pisau untuk memadamkan kembali kejahilan dan dosa-dosa nya ketika dahulu. Apakah kita sebagai masyakarat tidak mahu membantu mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Malah Tidak saya sangkakan ada 'ustz' dengan lantangnya mengatakan mereka tiada tempat disisi Tuhan di saat pesalah-pesalah ini bertanya di satu sesi ceramah ditempat mereka. Tidak termasuk lagi penduduk kampung yang tidak mahu menguruskan jenazah rakan-rakan mereka yang telah meninggal.. mereka sendiri perlu melalukakannya mengenangkan itu sebuah kefardhuan fardhu kifayah. Bayangkanlah bagaimana perasaan mereka dikala self esteem mereka dijatuhkan begitu sekali. Justeru tidak hairan kenapa golongan-golongan ini ramai yang berputus asa dengan hidup mereka dan akhirnya kembali kepada dadah dan pelbagai gejala tidak bermoral yang lain.. Adakah kita penghukum tegar, tidak langsung memberi ruang kepada golongan ini untuk berubah..

Fikirkanlah, Apakah hak kita untuk menghukum manusia. Belum tentu kita lebih baik daripada seorang bekas penagih dadah yang bertaubat. Sedangkan rahmat Allah mengatasi segalanya..





"Dan serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah...."

1 comments:

Anonymous said...

Thanks for sharing such a good thinking, piece of writing is nice, thats why i have read it completely

Feel free to surf to my web site :: Corporate Movers