Assalamua'laikum wbt..
FINAL PAPER @ MSU
Alhamdulillah.. minggu lepas berakhirnya paper terakhir saya di MSU, (Medical Diagnostic II) yang memakan masa 3 jam. Syukur pada Allah SWt.. Setelah 3 tahun di Bumi MSU, akhirnya pengajian Bach Biomedicine kami hampir sampai ke penghujungnya. Mudah2n resultnya nanti juga menatijahkan keputusan yang baik dan melayakkan kami untuk meneruskan perjuangan ke medan perubatan pula selepas ini. =) insyaallah. Doakan kejayaan semua pelajar tajaan Mara 3+3 programme yang terdiri dari 43 orang ini ya!
Rancangan asal adalah untuk balik ke kelantan, pada hujung minggu lepas, kerana tiba-tiba mendapat tahu ada event penting di rumah, Namun memandangkan ianya cuti buruh dan juga menjelangnya cuti wesak, maka tiket ke kelantan semuanya telah habis terjual. Dari kaunter ke kaunter bas, sehinggalah terpaksa meminta tolong sahabat untuk tanyakan tiket keretapi di KL central, smuanya tidak memberikan jawapan yang positif. Makanya di saat-saat last minute begini jawabnya terkandaslah diri ini di shah alam.
SAYONARA BRUNSFIELD
Namun alhamdulillah, pastinya Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Di sebalik kesibukan mengemas rumah untuk berpindah (416 brunsfield transformers merempat dengan jayanya kerana kegagalan pihak kolej meng'confirmkan' tarikh,tempat dan status internship kami dengan sebenarnya dari awal), menyebabkan kami terpaksa berbidan terjun mencari rumah baru kerana kediaman lama telah di'book' oleh penghuni yang baru dan dapatlah kami menyetelkan apa yang patut.(3,4 hari juga berpindah sahaja).Bayangkan sahaja barang 3 tahun, 3 lori mungkin saja tidak cukup untuk kami. Memandangkan bayaran deposit juga telah pun dibuat oleh adik-adik rumah baru maka kami tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mencari alternatif lain dengan berpindah. Maka terpaksalah kami(housemates tercinta selama 3 tahun ini) split menjadi 1-2-4 : yang mana eca-bruns, saya & husna- ttdi jaya, diane, efi, wawa & ida berpindah ke Apt seroja (tempat pertama kami tinggal di shah alam ketika tahun pertama dahulu..)
WALIMAH AKHI BAD
Namun Alhamdulillah, di celah-celah kesibukan itu sempat juga menyempatkan diri ke walimah Akhi Bad (abg yang banyak berjasa untuk ana & sebahagian besar sahabat-sahabat di Msu!), di rumahnya di Kuala Selangor (sesi 'ngatar' @ 'nyambut natu' orang klate kato). Alhamdulillah akhi bad kami dah selamat membina Bait al-Muslimnya dengan sayap kiri pilihan sebulan yang lalu-"Kak Khulailah" (siapa yang x kenal antara aktivis muslimah yang famous di uitm.) Paling memeriahkan apabila PMI menghantar 1 trip bas ke rumah akhi bad utk menjadi tukang makan.=) dan menolong-nolong pastinya.alhamdulillah, bagus skali siap bermalam lagi mereka semua ni.. Saya dan beberapa sahabat muslimat yang tidak terkejarkan trip kerana ada halangan last minute, menyusul kemudian pada pagi esoknya dengan kereta. Syukur sampai juga kami akhinya (walaupun nyaris-nyaris saja sesat!) =)..
BERHADAPAN DENGAN 'MAYAT'~
Hari-hari diteruskan dengan tugas sebagai seorang pelajar seperti biasa (maklumlah belum grad lagi). Isnin dan Selasa yang lepas menyaksikan kami pelajar-pelajar 3+3 pgrme (43 orang ini) ke Dissection Hall of Anatomy Department UKMKL untuk mem'bedahsiasat' dan men'skodeng' 'Mayat-mayat' dan specimen yang ada di sana...(tmpt 1st n 2nd year bdk medik Ukm)
Subhanallah..hanya kata2 itu yang mampu terucap...
Dari kepala, sampai kaki....Dari otak, sampai organ-organ dalaman yang lain......Segala jenis tulang.....Tissue, Otot, Perut, Limpa, Usus, semuanya dibelek...
Alhamdulillah.SATU PENGALAMAN YANG SANGAT-SANGAT bERHARGA buat saya dan juga rakan-rakan pastinya. Inilah antara peluang yang sekian lama saya nantikan.. Dapat juga kami memegang dan belajar melalui real 'body'.. Pastinya ia lebih dekat dan mudah untuk saya dan rakan-rakan fahami berbanding sekadar membaca atau menggambarkan secara teori selama ini. Terharu, Kagum dengan kehebatan Allah Yang Menciptakan, dan macam-macam perasaan lagi yang sukar digambarkan sepanjang 2 hari bergelumang dengan mayat-mayat tersebut dapat saya rasakan. Terasa kerdil dan hina di hadapan Allah TAala.... Dialah Yang Menciptakan kita dengan penuh sempurna, Dia lah Yang Maha Hebat telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, dengan organ-organ yang kompleks, yang tidak mungkin bisa untuk manusia menciptanya... namun seringkali kita lupa kepada Pencipta kita sendiri.... Kelak kita juga akan menjadi keras seperti mayat2 itu, dan segalanya akan dikembalikan kepada Nya...
Allahuakbar! Innalillahiwainnailaihirajiun....
Sungguh aku benar-benar menginsafi kejadian diri sebagai manusia kerdil dan hina disisi-Nya....
Ampuni kami Ya Allah...Siapalah kami tanpa rahmat dan kasih-sayangMu.......
Paling terharu apabila mendengar suara abah yang gembira mendengar perkembangan pembelajaranku di kampus., apatah lagi mendengar cerita 'bergelumang' dengan mayat dari saya.
"bah, Excitedlah jugok dpt blajar dengan mayat kemarin. Trasa insaf sangat. Jadi keras kekung gitula lepas mati dih. Masa pegang otak tu, rasa kagum sungguh dengan ciptaan Allah. Xdop ore buleh wat alat sekompleks benda hok Allah buat. Abah doakan ah, dpt jadi doktor, bulehla blaja banyak benda lagi dan rawat orang k. smlm pegang tangan, kaki, kepala, selak kulit.tgk smua yg dalam perut/badan."
Terkekek2 abah, siap tanya "Pahtu guano. ah x takut ko?"
Kalu takut baca al-Qul..." =)
Itulah abah, yang sentiasa memberi nasihat dan semangat buat anak-anaknya.
Plg tersentuh tatkala mendapat balasan mesej daripada abah selepas itu, tidak tertahan airmata saat membaca mesej abah tersebut.--->
"Alhamdulillah, Kata nabi "kenali dirimu nanti kamu kenal Tuhanmu".
..................................................................................................................................
Alhamdulillah, selama pengalaman di dewan disecction anatomy ini, makin bertambah minat saya untuk menjadi seorang doktor...dan semangat untuk belajar banyak lagi semakin menebal dalam diri...Terima kasih buat Allah yang memilih saya untuk berada di bidang ini, mudahan2 Allah terus memilih saya untuk terus kuat di jalan apa pun yang saya lalui, juga terima kasih kpd arwah ma, dn juga abah...serta adik bradik dan kluarga yg tidak putus2 memberi sokongan... jg kpd pihak sponsor saya (Mara) yang dah pun byk membantu, dan pihak kolej, lctrrs, dan shbt2 seperjuangan... malah tidak dilupakan mereka yang mungkin mendoakan saya dari kejauhan... Moga kebaikan itu juga kembali kepada kalian dan mg Allah memudahkan urusan saya dalam permusafiran ilmu ini insyaallah..
Izinkan aku menjadi Doktor utk Ummah ini Ya Allah.
Menjadi mukmin profesional yang mampu menyumbang banyak kepada masyarakat dan Islam tercinta ini & bermanfaat untuk seluruhnya..insyaallah
ameen....Ya Rabbal a'lamiin.....
2 comments:
ameen
assalamualikum ya ukhti..
sy nak tanye psl biomed ni..
camne care belajar ye?
susah tak?
interesting tak?
bole cerite serba sedikit about biomed ni?syukran.
Post a Comment