Saturday, May 09, 2009

Ujian ter'besar' dalam hidup..

23 Januari 2008.

Apakah masih perlu aku ingat tarikh ini?
Hari di mana aku dilanda kesedihan yang maha dahsyat.
Tidak pernah aku rasa sebelumnya.

Hilangnya seorang ibu.

Berkali-kali aku beritahu diriku, ini hanyalah mimpi.
Namun, yang pergi takkan kembali.

Hah, teresak-esak bagaikan gila.
Separuh hidup aku hilang tiba-tiba.
Tidak sampai 2 minggu aku tinggalkan Malaysia.
Begini rupanya hebat ujian Yang Maha Esa.

Hah, usah gusarkan diri aku.
Bagaimana adik-beradik aku?
Bagaimana Abah?
Bagaimana jiran-jiran tetangga?
Bagaimana ibu dan bapa saudara?
Bertahankah mereka dengan penderitaan yang sama?

Dengki tidak terkata.
Mereka berada di sisi Ma ketika dia pergi untuk selamanya.
Aku? Terperangkap di sini, beribu kilometer jauh dari mereka.
Perit menanggungnya.

Aah! Jangan diikut perasaan kamu.
Apa kata mereka nanti, kau bernada hiba?
Sudahlah sedih kehilangan manusia berjasa, tambah pula sedih memikirkan seorang perantau wakil keluarga.
Mahukah kamu begitu?

Alhamdulillah, demi adik-adik dan saudara mara, dengan bantuan rakan dan sahabat setia, aku meneruskan hidup dengan gembira.
Terharu aku dengan keprihatinan mereka, memastikan aku tidak keseorang merana.

---

Dalam minggu yang sama, aku mendapat email dari seorang guru. Seorang berbangsa Jerman, bukan Islam.

Ingin aku berkongsi bersama.



"Lieber Herr Haniff


mit grosser Bestuerzung teile ich Ihre unendliche Trauer ueber den Tod Ihrer liebsten Frau Mutter.


Die Traenen, die um die herzensgute Frau und Mutter vergossen werden, moegen sie begleiten auf dem Weg ins Paradies und moege den Zurückgebliebenen, also auch Ihnen, lieber Herr Haniff, Kraft geben, den Weg und das Leben bewusster und staerker zu gehen :


Im Namen Allahs, des Erbarmers, des Barmherzigen, so wie es auch in der 57. Sure des Al Qurans geschrieben steht.


Moege unser aller Gott Ihnen Kraft geben, auf dass Sie seine Entscheidung verstehen; denn nur ER ist der Herrscher ueber Leben und Tod, weise, gerecht und barmherzig.

Lieber Herr Haniff: moegen Sie die Kraft in Ihrem Glauben finden und sie daraus nehmen.


Im Namen Allahs

des Erbarmers, des Barmherzigen !


Lob sei Allah, dem Weltenherrn,

Dem Erbarmer, dem Barmherzigen,

Dem Koenig am Tag des Gerichts !

Dir dienen wir und zu dir rufen wir um Hilfe;

Leite uns den rechten Weg,

Den Weg derer, denen du gnäaedig bist,

Nicht derer, denen du zuernst, und nicht der Irrenden.


Sie sind nicht allein."


Terjemahan:


"Haniff,


ucapan takziah diucapkan atas kehilangan ibu tersayang.


Semoga tititan air mata yang jatuh kerana ibumu yang mulia mengiringi beliau sepanjang jalan menuju ke syurga, dan kepada yang tinggal, termasuk kamu, semoga kalian diberi kekuatan untuk meneruskan jalan dan hidup dengan berjaya.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sepertimana yang tercatat dalam surah ke 57 dalam Al-Quran.


Semoga Tuhan kita semua mengurniakan kamu kekuatan, supaya kamu memahami keputusan-Nya, kerana hanya Dialah Pemerintah yang memutuskan hidup dan mati, dengan bijaksana, adil, dan penuh kasih sayang.


Haniff yang dikasihi: semoga kamu dapat mencari kekuatan dalam agama kamu dan mengambilnya dari situ.


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!


Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Raja pada hari pembalasan!

Kepadamu kami sembah dan kami pohon pertolongan,

Tunjukkanlah kami jalan yang benar,

Jalan orang-orang yang Kau redhai,

Bukan jalan orang-orang yang Kau murkai, dan bukan yang sesat.


Kamu tidak keseorangan. "


---


Kepada Ma, semoga dirimu terus berbahagia. InsyaAllah, kami anak-anakmu tidak putus-putus akan berdoa untukmu di sana.


(dipetik dari blog adik (Haniff) : From KB to germany~23 jan 09)








0 comments: