Sunday, February 28, 2010

Apabila Doktor ber'sastera'.....

Hadiah untuk bakal2 doktor...






Jika di Malaysia dulu, diri tidak lepas berulang-ulang kali membaca novel motivasi : Pemilik Cintaku Setelah Allah dan rasul, hasil nukilan Fatimah Syarha, dan daripada novel tu diri dah cukup kagum dengan yang dikisahkan 'suami Qanaah ataupun Dr Muslih.. Begitu juga buku2 hebatnya yang lain seperti "Seindah mawar Berduri: dan Syabab Musafir Kasih..

Alhamdulillah kini khabarnya telah keluar buku terbaru. Tapi sedikit specialnya kerana kali ini bukan buku dari fatimah Syarha tapi hasil tulisan suaminya sendiri, Dr Farhan Hadi. malah berkait dengan dunia perubatan..=)

Baru seminggu di Pasaran.

Sebuah novel baru yang mengisahkan suka duka kehidupan houseman di Malaysia yang digarap oleh seorg bekas HO our batch (HO 2007). Novel ini sarat dengan ilmu dan kisah2 yg sangat menarik dan realistik berbeza dengan apa yg dipertontonkan di TV mengenai kehidupan seorang doktor. Terbitan Telaga Biru, Februari 2010. (Komen Dr Adam-MO,USM grad)

Nak tahu lebih lanjut cerita 'Dr Muslih'?..
Silalah dapatkannya....


p/s: ada siapa2 yang baik hati boleh tolong poskan ke mesir?.....

Friday, February 26, 2010

Lahirnya Mujahid 12 Rabiulawwal..



Allahummasolli a'la Muhammad, wa a'la alihi saiydina Muhammad....





Alhamdulillah... malam Jumaat yang hening. Hujan yang jarang sekali didapati di bumi Mesir hari ini malah turun bersama ais. Berlari2 ahli bait mengejar ke sutuh. Maklumlah pertama kali bertemu dengan hujan, malah hujan ais pula tu. Orang tua-tua kata cerdik jika dapat makan hujan ais. Roomate sayalah orang yang paling excited skali makan sampai puasa pun terlupa. =p Mungkin barakah Jumaat dan mungkin juga sekali untuk meraikan ingatan kepada sebuah kelahiran yang agung...Maka Allah menurunkan rezeki dari awan =) alhamdulillah....

Itu sedikit kisah permulaan 12 Rabiulawwal tahun ni. Kisah dari Zaqaziq.

Saban tahun Ia merupakan tarikh yang cukup dekat dihati umat islam. Pada tarikh inilah dikatakan Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw dilahirkan.. Syukur alhamdulillah, kami disini tiada sampai membuat perarakan. Cuma alhamdulillah malam tadi cukup dengan sedikit inzar dan usaha dari dpmz, menjemput penceramah khas dari cairo, tidak lain dan tidak bukan Ustaz Tibyan kami, Ustaz Azrul untuk sedikit perkongsian tentang maulidurrasul beserta perasmian Dewan Darul Wehdah kami yang mengumpulkan pelajar2 zaqsiq dirasat dan perubatan untuk sebuah majlis ilmu menadah kitab, yang dinamakan Madrasah Imam Syafie. Seronok dapat belajar Fiqh perubatan dari Ust Salman Maskuri dan yang lainnya.
Lebih seronok dapat mengingati kembali kisah2 perjuangan Nabi dan seluruhnya...




Berbalik kepada Tajuk Utama..

Penulis sebenarnya sedang gembira dan terharu.

Hari ni juga alhamdulillah lahirnya seorang permata hati dari Malaysia.

Bukan calang2 baby,

tapi beliaulah Anak saudara yang 'pertama' dalam hidup ini dan cucu pertama dalam keluarga.. =)

Alhamdulillahirabbil A'lamin....

setelah wahnan a'la wahnin...kakak akhirnya selamat melahirkan bayi sulungnya pada petang Jumaat ini, bersamaan dengan Maulidurrasul...

Alhamdulillah...bertambah Umat Nabi Muhammad...

Ahlan wasahlan cahaya hati Cik Ah... x sedar air mata menitis. dapat dengar berita dari jauh je. x dapat peluk dan dukung baby...

Tahniah Abah, Abah dah dapat cucu =) Mesti abah dan semua ahli keluarga sedang gembira dapat tengok baby kat rumah. Cepat2 kirim gambar Ok...


x dapat gambar anak sdara sendiri..gambar anak sdara sahabat pun jadilah...:'....


Mesej dekat kak n abg ipar, cadangkan nama "Muhammad Sabhi Wajdi"- pejuang kesayanganku..) He...comel kan.... ada gabungan Nama Nabi Muhammad. dan seterusnya melambangkan matlamat... (eh eh... mcm anak sendiri pulak..mak saudara pula terlebih excited..). ^_^ hajar bangun2 tidur je terus bgtau nama ni. mana x excitednya....

(tapi rasanya dpa dah bincang nak letak 'Adam Syauki'... ye ke ejaannya macam ni abah?)

Xpolah gapo2 pun asal yang baik dan terbaik..... =)

Apapun doa cik Ah, moga baby sihat2 slalu, jadi anak soleh untuk mak dan ayah k...

Bertuah lahir sama tarikh dengan Nabi lahir... Awal sbulan pulak tu... Hebat Perancangan Allah.....

Moga ahklakmu seindah peribadi Rasulullah, dan menjadi cahaya yang penyambung usaha perjuangan Nabi kita yang tercinta ini... Insyaallah.

Teruslah membesar dalam iman dan cinta kpd Allah dan Rasul-Nya..

Salam sayang,
Cik Ah yang sangat rindu nak tengok baby.

AHLAN WASAHLAN MUJAHID 12 RABIULAWWAL~

p/s: Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw....
Kerana perjuanganmu kami beroleh cahaya Islam... Kerana perjuanganmu kami dapat bersama dalam satu keluarga kini dalam satu akidah... Terima kasih Ya Rasulullah.... Terlalu besar jasamu... Terlalu agung pengorbananmu... Lahirmu membawa cahaya menerangi alam... Moga kami bisa mengikut jejak langkahmu dan memperoleh syafaat darimu di hari pembalasan....

Saturday, February 13, 2010

Rehlah Sinai Akhawat Zaqaziq (Day 2)







HARI KEDUA ( Journey To the TOP)
MENDAKI GUNUNG TURSINA....






Alhamdulillah.. Ba’da Subuh.semua telah bersiap2.


Walaupun diuji dengan masalah air pada paginya, dan pada malamnya pula tersangatlah sejuk,namun masing2 tetap bersemangat untuk meneruskan kembara seterusnya. Maka tibalah masanya untuk bertolak ke tempat kemuncak dari jaulah ke Sinai ini. Iaitu untuk mendaki Jabal Musa. Jika sebelum ini tidak pernah tergambar pun akan sampai, insyallah hari ini benar2 akan menjadi sejarah buat kami.. Sebelum bertolak kami membuat warming up sedikit supaya tak terkejut sangat muscle2 kami...

Dengan lafaz Bismillah kami memulakan perjalanan sebuah pendakian dengan harapan yang tinggi.Masing2 mahu selamat dan bertemu di puncak Jabal Musa insyaallah.. mahu menikmati ibrah di sepanjang perjalanan... menggapai sejarah2 Nabi yang sekian lama dicitakan semenjak pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Mesir...

Alhamdulillah kegusaran bagaimanapun sedikit terubat kerana pendakian kami turut dipantau oleh mereka2 yang dah berpengalaman untuk kawalan keselamatan dan penunjuk jalan sepanjang pendakian. Insyaallah.









Jabal Musa

Bercerita sedikit tentang jabal Musa.

Gunung ini merupakan tempat suci di dataran Sinai. Ia sebenarnya terletak bersebelahan dengan Gunung Catherine yang merupakan Gunung tertinggi di Mesir. Jabal Musa ini dikatakan tempat dimana Nabi Musa dan kaum Bani Israel bermukim selepas mereka berjaya melarikan dari kekejaman Firaun.Di tempat inilah Nabi Musa a.s berbicara dengan Allah swt (Al-A’raf 142-155)

Terletak pada ketinggian 2500 m dari permukaan laut sehingga udaranya sangat dingin bahkan kadang-kadang ia dituruni salji ketika puncak musim dingin,

Untuk mencapai puncak gunung, dapat ditempuh selama 3 jam pendakian.Di atas puncak akan dapat dilihat pemandangan yang indah iaitu gunung-gunung berbatu. Kami perlu mendaki dan melalui7 checkpoint untuk sampai ke Kemuncak Tursina… Diri agak terkejut sebenarnya kerana tidak terbayangkan setinggi ini yang harus didaki. Ditambah dengan persiapan fizikal yang tidak terlalu banyak, hanya tawakkal dan berbekalkan azam yang tinggi sahaja kami sertakan sepanjang pendakian.




Di beberapa tempat kelihatan beberapa arab nomad menuntun unta masing2 sambil menawarkan unta mereka untuk membawa naik ke atas. Tapi kerana terasa tidak puas jika tidak mendaki dengan hasil penat peluh sendiri, maka semangat tetap dikuatkan untuk terus mendaki tanpa bantuan gamal2 yang ada…tambahan caj yang agak mahal, maka lebih baik untuk merasai sendiri keperitan dan kesungguhan yang telah dilalui oleh Nabi...


Di tengah2 perjalanan, kami turut terserempak dengan beberapa rombongan yang baru turun dari puncak. Kemungkinan besar itu adalah rombongan2 yang mendaki pada sebelah malamnya. Dari Europe, China, Jepun, ke mane ntah.... malah bertemu rakan pelajar sendiri iaitu rombongan dari Alexandria. Bagi mereka yang mendaki malam, pastinya berkesempatan menikmati matahari terbit dari atas puncak Tursina, walaupun terpaksa bersempit2 di atas bersama rombongan yang ramai dan tidur di tengah2 kesejukan puncak gunung pada malamnya.Tapi kami memilih siang memandangkan majoriti adalah akhawat dan demi menjaga maslahah seluruhnya.

(yang sedihnya ada dengar crita warga jepun ke warga apa ni naik atas ni sebab nak sembah matahari!...aStaghfirullah...mencemarkan tursina!!) =(



Pendakian sememangnya memerlukan tidak hanya kekuatan fizikal, tetapi juga kekuatan emosi dan selainnya. Mujurlah ada sahabat sejati menemani saya sepanjang pendakian. Beliaulah yang tak putus2 bagi semangat untuk terus kuat mendaki. Tangan dihulurkan, menarik saya di saat kelemahan, malah yang paling terharu, siap pasangkan lagu kegemaran saya dihansetnya dan sematkan di poket kecil winter coat. Lagu2 dari Maher Zain memecah kesunyian gunung, menyegarkan semangat buat saya tersenyum di sepanjang perjalanan. Dan pastinya meninggalkan bekas memori buat diri .... Syukran Hajar...=j




ni baru separuh pendakian.... Agak2nya dulu macam manala Nabi panjat gunung ni ye..



jom kita berhenti rehat smeta.. kita kitkat dlu...




Alhamdulillah...kurang Lebih 3 jam pendakian akhirnya tibalah kami di tempat yang dituju..

Segala puji dan syukur hanya dipanjatkan kepada Allah taala.... tidak sedar air mata menitis di puncak Tursina... sungguh diri terharu disampaikan Allah untuk melihat dengan sendiri kesan peninggalan sejarah ini..... Inilah tempat yang pernah menjadi saksi keAgungan Mu Ya Rabbi....dihadapan Nabi Mu Kau membenarkan janji...







dari puncak Tursina...



Gunung Tur ada diceritakan beberapa kali dalam Al-Quran. Antaranya...:

Firman Allah yang bermaksud...

"Demi Gunung Tur."
(Surah At-Tuur: Ayat 1)


juga peristiwa dimana setelah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel melarikan diri dari kekejaman Firaun, (cerita lanjut boleh dibaca disini, thank jhazkitaro =j )

...dimana mereka berhenti seketika di Jabal Musa. Nabi Musa kemudiannya meninggalkan kaumnya beberapa hari untuk bermunajat kepada Allah Swt.. Baginda dikatakan telah bermunajat selama 40 hari 40 malam dan berpuasa sepanjang tempoh tersebut. Sewaktu bermunajat inilah baginda pernah meminta dari Allah swt supaya menunjukkan zatNya. Allah swt kemudiannya mengarahkan Nabi Musa a.s melihat ke suatu sudut bukit, lalu kemudian bukit itu hancur luluh dan Nabi Musa jatuh pengsan. Setelah baginda sedar, baginda bertasbih memuji Allah dan memohon taubat atas kesalahannya.
Itulah peristiwa agung pencarian keyakinan yang telah dilakukan oleh Nabi Musa....dan juga dimana berlakunya penurunan Kitab Taurat..

[142]
Dan kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang-orang yang melakukan kerosakan".
[143]
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
[144]
Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur".
[145]
Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik - derhaka".

(Al-A'raaf : 142-145)




tempat munajat nabi musa...



LembaranMu ku tadabbur......


[43]
Dan demi sesungguhnya, Kami berikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat sesudah Kami binasakan kaum-kaum yang telah lalu, untuk membuka hati dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat, semoga mereka beringat.
[44]
Dan engkau (wahai Muhammad) tidak ada di sebelah barat (tempat Nabi Musa menerima wahyu) ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadanya, dan engkau juga tidak termasuk dalam golongan yang menyaksikan peristiwa itu.
[45]
Akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah ugama yang mereka anuti). Dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana), tetapi Kamilah yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu).
[46]
Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan Kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya).

(Surah Al-Qasas : ayat 43-46)




Sebuah Jaulah Tarbiyah dari Tursina.

Sirah Inspired, Success Achieved.

Alhamdulillah....





[to be continued......] Insyaallah

Rehlah Sinai Akhawat Zaqaziq (Day 1)

Alhamdulillah, berakhir sudah pengembaraan kami ke semenanjung Sinai, Iskandariah dan juga Seminar Perubatan di Kaherah. Insyaallah jika diberi kelapangan waktu akan saya akan cuba kongsikan sedikit pengalaman sepanjang keberadaan di sana secara bersiri. Insyaallah..

Rehlah Sinai Akhawat Zaqaziq merupakan yang julung2 kalinya diadakan oleh Organisasi Perubatan Zaqaziq… Dengan temanya "Journey To The Top @ J3T," Sirah Inspired, Success Achieved" ia membawa makna yang tersendiri untuk kami... Jika sebelum ini senior2 telah mengikuti rombongan dibawah Perubatan mahupun Dpm sendiri. tapi Opz dengan langkah proaktifnya telah menganjurkan jaulah yang bermakna kali ini. Istimewanya juga rehlah kali ini kerana semua peserta adalah dari kalangan akhawat. Hanya beberapa ikhwah turut hadir bersama sebagai Mushrif kami selama permusafiran dan juga beberapa ajk perlaksana penting di sebalik tabir.Alhamdulillah, orang pakar dengan bumi Mesir seperti Ustaz Mumtaz, Kak Fai dan si kecil wirdani turut menemani kami ke Sinai.


Sedikit info tentang Sinai.

Sinai adalah sebuah dataran yang mirip sebuah pulau. Ia diapit oleh Teluk Suez dan Teluk A’qabah.Keluasannya adalah 61 ribu km2. Sinai terbahagi kepada 2 wilayah iaitu Sinai Utara dan Sinai Selatan. Hampir seluruh dataran Sinai diliputi oleh padang pasir dan gunung ganang. Sinai cukup kaya dengan hasil tambang sehingga selalu menjadi pertikaian antara Mesir dan negara2 tetangga.Pernah dijajah sebanyak 15 kali semenjak zaman Mesir kuno.Kali terakhir dijajah oleh Israel dan Berjaya ditewaskan sewaktu perang Oktober 1973.

Di dataran ini juga pernah terjadi pelbagai peristiwa kenabian dan sejarah2 silam yang terakam dalam Al-Quran. Bermula dengan Nabi Ibrahim dalam perjalanan ke Syam, Nabi Musa yang berbicara dengan Tuhan di puncak Gunung Sinai. (Toha:12)

Tempat ini juga terdapat kisah Bani Israel ketika dihukum tinggal di kawasan gersang Sinai (al-Maidah :20-26), al-A’raf (138-162)

Penaklukan Mesir yang dipimpin oleh ‘Amru al-Asr juga melalui dataran ini.Di samping itu, Sinai juga dikatakan sebagai tanah suci agama Islam, Kristian dan Yahudi.

Sinai diambil sempena nama tuhan mesir kuno, iaitu “sin” yang bermaksud “tuhan bulan”.

Kedudukan Sinai sangat strategic kerana menghubungkan 2 laut iaitu Laut Meditteranena dan laut Merah.

Seluruh wilayahnya dikelilingi laut kecuali sebelah Timur yang bersempadan dengan Palestin.


TEROWONG AHMAD HAMDI

Ba'da Subuh, perjalanan diteruskan kembali. Pemandangan sungguh indah pagi itu. Kami melalui terusan suez dan terowong Ahmad Hamdi yang menghubungkan tanah besar semenanjung mesir (barat) dan sinai (timur). Terowong ini siap dibina oleh kerajaan British pada 1983 tetapi mengalami beberapa kerosakan .Namun pada 1992, kerajaan Jepun memberikan sumbangan untuk proses baik pulih.

Terowong ini berfungsi sebagai penyambung antara benua bahagian Mesir di Asia iaitu Sinai dan pekan Suez di sebelah tanah besar Afrika bagi mesir. Dan nama Ahmad Hamdi diambil sempena nama jeneral tentera mesir semasa perang Oktober 1973.


BAR LEV LINE

Destinasi pertama yang kami tuju adalah “Bar lev Line” atau Bekas Kem Tentera Israel Laknatullah. Sebelum tiba, di dalam bas musyrif kami Ustaz Zuhaili menceritakan serba sedikit tentang sejarah kem ini. Hebat juga dengan fakta ustaz, Kagum dengan anak2 muda macam ni, sejarah islam seolah semuanya sudah dalam tangan.

Kem ini terletak ditengah2 padang pasir. Ia dinamakan sempena jeneral Israel yang menjaga Sinai iaitu jeneral Haim Bar Lev yang mana mempunyai kelengkapan canggih untuk melindungi kedudukan tentera Israel di semenanjung Sinai serta kedudukan kubu yang strategic.




Kubu ini ditawan pada perang Oktober 1973 selepas sheikul Azhar, Syeikh Abd Halim Mahmud mendapat mimpi tentang strategi penawanannya (iaitu dengan menjirus dan menyembur air ke arah padang pasir, sehingga terserlahlah kubu2nya yang selama ini terselindung di sebalik timbunan rel keretapi, daun2 dan dikelabui oleh padang pasir yang luas.

Begitulah.

“wamakaru wamakarallah… wallahukhairulmakirin…”

Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua… Seterer2 israel, sesombong2 mereka, semuanya tidak dapat melawan kekuatan dari Allah Swt.

jika dilihat di atas bumbung kubu ni, penuh dengan daun2 dan rel keretapi yang digunakan untuk mengelabui pandangan tentera dan satelit dari mengesan kedudukan kubu. Tapi mimpi sheikul azhar merupakan mimpi ngeri buat tentera israel ketika itu. hanya dengan semburan air, kubu mereka berjaya ditawan. padang pasir sendiri menzahirkan kubu2 mereka.




merasa masuk kubu...


syair berbahasa hebrew. nak translate ada bahasa arab kat situ..


U'YUN MUSA

Setelah puas menjelajah di sekitar kem, kami meneruskan perjalanan. Destinasi yang seterusnya adalah U’yun Musa (Mata air Musa).

Sedikit info tentang U’yun Musa.

Terletak pada kejauhan 143km dari kota Cairo. Ia merupakan 12 mata air yang berasal dari sebuah batu yang dipecahkan nabi Musa a.s dengan tongkatnya untuk memberi minum 12 suku kaumnya sebagaimana dikisahkan dalam Al-Quran (al-Baqarah : 60). Namun kedua belas sumur itu tidak seluruhnya dapat ditemukan kerana sebahagiannya telah ditutup pasir akibat pengaruh angin gurun.


salah satu daripada mata air yang dijumpai..

Di sana kami juga kami dibawa ke Bir Ayub (telaga Nabi Ayub). Kami meredah padang pasir yang luas untuk sampai ke sana. Seronok juga sebab terasa macam di gurun sahara.. Terimbas kembali sejarah2 para anbiya dan para mereka terdahulu… betapa kehidupan mereka tidak lepas dari kehidupan padang pasir..


Akhirnya kami tiba di telaga Ayub, telaga inilah dipercayai tempat Nabi AYub yang ditimpa penyakit saat itu mendapat penawar bagi penyakitnya. Berhampiran dengan telaga tersebut, nun jauh disana terbentang luas laut merah yang dapat dilihat dari tempat kami berdiri.

.

telaga Nabi Ayub...sesuam airnya..


laut merah di belakang kami...


HAMMAN FIRAUN

9 am – bertolak ke Hamman Firaun . Ianya terletak dalam kawasan Sinai Selatan. Dulunya tempat ini adalah tempat permandian air panas yang keluar dari salah satu gunung di pinggir teluk Suez. Dinamakan Hamman Firaun kerana menurut cerita tempat ini pernah disinggahi Raja Firaun dan kini masih dijumpai sisa guanya yang hamper tertutup. Jaraknya dari Kota Kaherah ialah 224km atau 50 km dari Ra’su Sidr.

Berhadapan dengan gua terbentang luas laut yang sangat cantik ... satu biru tua dan satu biru muda... Hati saya terdetik adakah ini laut yang dimaksudkan Allah dalam surah Ar-Rahman...

"Dia membiarkan dua laut mengalir yang keduanya kemudiannya bertemu.Antara keduanya ada bata yang tidak dilampaui oleh batas masing2.Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (Ar-Rahman 19-21)




LEMBU SAMIRI & MAKAM NABI HARUN

10.46 am --- bertolak ke Makam Nabi Harun dan Lembu Samiri (‘ijil) yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dalam perjalanan kami berhenti di sebuah kawasan kedai makan untuk solat zohor dan makan. Terima kasih buat para ustaz dan ajk pelaksana yang menyediakan makanan yang enak untuk kami. Malah tempat letak beg bas menjadi dapur setia sepanjang jaulah kami ke Sinai.

Supposedly kami singgah ke Makam Nabi saleh terlebih dahulu tetapi ammu bas terlepas pandang. Maka kami meneruskan perjalanan ke makam nabi harun dan lembu samiri. Insyaallah pulang dari Sinai nanti akan singgah kembali ke makam nabi saleh,

Akhirnya tibalah ke tempat yang dituju. Nun jauh diatas bukit berbatu kelihatan ukiran seakan2 berbentuk lembu. Saya teruja tatkala melihatnya kerana ia adalah gambara yang sama yang saya lihat dari blog jhazkitaro pada malam sebelum bertolak, Cuma bezanya kini saya melihatnya live dengan mata sendiri.


Lembu samiri..


di Makam Nabi Harun


Adik2 arab yang ditemui di sekitar pergunungan menjual batu


12 MATA AIR & WADI ARBAIEN


Di sebelah petangnya kami bertolak ke Wadi arbaen. Walaupun hampir maghrib, kami cuba juga mengejar masa agar dapat tiba di 12 mata air. Disinilah bermulanya pendakian kami yang pertama. 12 mata air ini agak jauh ke dalam. Di kiri kanan terdapat rumah2 arab nomad mungkin, unta2 . agak kedalam sedikit maka sampai jualah kami ke tempat bersejarah ini. Pertama kali melihat 12 mata air, sebelum ini tidak pernah dapat saya bayangkan. Satu batu yang mempunyai pecahan jalur 12 padanya. 6 di hadapan dan 6 dibelakang.

12 mata air

Merupakan tempat dimana terdapatnya sebuah batu yang mempunyai 12 punca air yang terbentuk setelah Nabi Musa mengetuknya dengan tongkat. Ini juga merupakan dari 8 mukjizat yang dikurniakan Allah untuk Nabi Musa. 12 punca air melambangkan 12 puak Bani Israel.


Wadi arbaen lebih ke dalam tapi memandangkan malam sudah melabuhkan jubah hitamnya, maka kami beransur pulang ke tempat asal dan tempat penginapan.. mungkin untuk persiapan hari esok yang lebih mencabar…

Malam dihiasi bintang2. Sempat lagi kami hiasi dengan nasyid2 nostalgia….lagu2 masa kecik2 dlu..lagu bintang2..ia juga mengembalikan rindu saya pada DOE ketika alevel dulu. Turun naik bukit,. Bermalam di tengah2 hutan… pasang khemah, bawa rucksack, masak atas penunu Bunsen, survive sendiri bersama teman2 seperjuangan.. Betapa saya amat meminati outdoor activities sebegini, saya merindukan itu semua dan Alhamdulillah kini ia terubat kembali.

Alhamdulillah setelah puas meredah kegelapan malam, tiba kembali ke tempat bas. Sebelum tu singgah di kedai ammu arab dulu membeli bekal biskut dan coklat2 yang bakal kami bawa sebagai bekal ke Tursina pada hari esoknya. Setelah Makan malam dan setelah khidmat diri dan menunaikan solat jamak, kami kembali ke dewan untuk sesi taklimat pendakian pada pagi esoknya..

Iaitu Aktiviti kemuncak kami...

TURSINA..

kami menujumu.... insyaallah

(to be continued..)

Hikmah Kembara...

"Mengembaralah untuk mengenal ketamadunan & hayatilah ia dengan mata hati. Moga akan terbuka jalan terbaik untuk kita membina sejarah akan datang..."


Alhamdulillah. Berakhir sudah cuti musim sejuk kami... Udara dingin menghembus lembut pergi, hawa panas kian dirasai. Namun segalanya mengiringi perjalanan ilmu yang masih belum berakhir. Selamat memulakan kuliah kembali buat semua warga Mesir khususnya pelajar perubatan di muhafazah Syarqiyah. Insyaallah mudahan permulaan ini menjadi permulaan yang baik bagi kita semua.

Segala puji bagi Allah, sinai akhirnya dijelajahi, jaulah ke Alexandria sudah ditempuhi, Seminar Perubatan juga sudah selamat dijalani.

Manusia merancang, Allah jua merancang, tapi Perancangan Allahlah di atas segalaNya.. Cuti yang singkat, namun Alhamdulillah saya bersyukur sekurangnya ianya sangat terisi dan berisi.. Dan segalanya ini takkan terjadi tanpa izin dariNya...

Segala puji bagi Allah dengan Sifat Ar-RahmanNya masih memberi ruang untuk kita bernafas, malah dengan Sifat Ar-RahimNya Dia memberikan kita umat yang beriman peluang memerhatikan di seluruh ufuk bumi akan tanda-tanda kebesaranNya..menikmati keindahan alam ciptaAnNya, menyaksikan kebenaran Kalam-kalamNya..... malah mengambil ibrah dari sebuah ketamadunan yang besar dan panjang...

masih terbayang kenangan indah mendaki Tursina... masih rindu saya pada gunung2 berbatu dikiri dan kanan....masih terasa indahnya ukhwah bersama mereka yang bermusafir bersama....masih terharu tatkala teringatkan ibrah2 dan kisah benar yang dibawa dari Al-Quran..

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati dengan itu mereka dapat memahami atau telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati di dalam dada."
-Alhajj, ayat 78
-

Ya Allah..

Sungguh Luas bumiMu....
Sungguh benar kalam-kalamMu....
Hatiku terduduk, terbuka mata hati melihat kebesaran2Mu..

Kerdilnya aku Ya Rabbi...
Sungguh Engkau adalah Benar.
NabiMu adalah benar...
Al-Quran Mu adalah benar...
Segala yang datang dariMu adalah KEBENARAN.

Maka nikmat yang mana lagi harus kami dustakan...

Nun disana..
Kaum yang mulia melakar sejarah
Kaum yang derhaka Kau jadikan ibrah...

"Beruntunglah siapa yang mensucikan..
Rugilah bagi yang mengotorinya..."

(Asy-syams:9-10)

Tuesday, February 09, 2010

Berangkat ke Sinai...

Bismillahirahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Insyaallah dalam beberapa minit lagi akan berangkat ke Sinai..
Mohon doa dari semua..mudahan jaulah dan kembara ini penuh barakah dan rahmat dari Allah..

Insyaallah .

Monday, February 08, 2010

Bersangka-Sangka?


(Peringatan buat diriku dan dirimu...)



Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
.........
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya


Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api..
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

haa..kang dh pengsan... jgn brsangka2 ye! =)



Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Friday, February 05, 2010

Ketika 'Cuti' Bertasbih...



Assalamua'laikum wbt.

Alhamdulillah, baru pulang dari International Cairo Airport, menghantar sahabat2 yang pulang ke Malaysia.. Imtihan juga sudah berakhir, bukan setakat kami di zaqaziq sahaja tapi juga termasuk beberapa muhafazah lain yang rata2 sudah awal habis exam atau mungkin cuti dahulu baru exam. Jadi tidak hairanlah melihat kebanjiran muka melayu di airport tadi.. Tersentuh juga disaat ramai yang dapat balik Malaysia berjumpa family, kita pula disini. Tetapi tidak mengapa, insyaallah moga cuti 2 minggu ni dapat digunakan sepenuhnya untuk menikmati keberadaan di bumi Mesir..Insyaallah =j

Seperti biasa, cuti2 sebegini jaulah2, makan2, balik bakkan, pergi program agama/menadah kitab dan pelbagai program lain menjadi pengisian diri bagi pelajar2 di Mesir. Masa cuti sebegini merupakan masa terbaik untuk keluar dari tempat sendiri, merantau ke tempat lain untuk mencari pengalaman dan makna dari sebuah kembara yang lebih luas. Mujurlah kawan2 ada di serata muhafazah, Cairo, mansurah dan Alexandria menjadi antara target utama kami untuk berjaulah.

Insyaallah untuk penulis, jika diizinkan Allah..inilah sedikit perancangan yang bisa dinukilkan...

-pulang ke Bkan. (Rumah Klate kami di Mesir merangkap kapum kami) nak gi godek2 apa ada disana...dah x dapat kelik klate, kelik kawasan klate pun jadilah pengubat rindu...Insyaallah

-Maa'rad Kitab (Pesta Buku Antarabangsa Kaherah).
kalu di malaysia dulu, selalu tak lepaskan peluang pergi pesta buku kat PWTc, dah nama pun kaki buku... alhamdulillah kat sini pun ada pesta buku rupanya.. kedua terbesar didunia..dengar katanya besar sampai 7 bangunan.[sampaikan pljr2 siap bawak luggage nak borong buku..yeke?] mungkin ustaz ustazahla maklumlah depa kan kena pakai banyak kitab ;p
bolehla tengok2 apa buku medik n kitab2 agama yg ada kat sana. .insyaallah..


wArdatus Syauqah 10'
Dijemput semua dukturah n sahabat2 muslimat hadir memeriahkan..
Jom kita pakat2 ber'Warqah'=j\






-Aktiviti tahunan musim sejuk...


10-12 Feb
Rehlah ke Sinai, Insyaallah..

tempat Nabi Musa menerima wahyu pertama...
Teringat surah Taha..terngiang sejarah tentang Sinai dan gunung tursina..

tergambar esq tempat pak ary buat gaya demi matahari surah asy-syams...huhu

(...alangkah bersyukurnya andai diri ini juga dipilih Allah untuk menjejakkan kaki kesana...)

Insyaallah..izinkan kami menjejakkan kaki ke tempat suci itu..
memaknai makna di sebalik sebuah sejarah yang agung.. insyaallah....
Hanya dengan iziN-Mu ya Allah...Amin..

15 Feb
-Ketika Cinta "Berjalan2?" di Alexandria..=j Layan~

17 & 18 Feb


-Seminar Perubatan Mesir ke-3
Alhamdulillah, dengan izin Allah jua terpilih untuk menghadiri seminar kali ini.
Penyertaan sampai 610 orang dengar katanya seluruh mesir..
Tahniah buat penganjur.=j
Insyaallah..kita jumpa disana....

Aktiviti2 lain --> Insyaallah...
-nak khatam buku, [betapala banyak buku2 yang x sempat dikhatam lagi]
-habiskan Arrivals the Series
-Jika sempat tengok Qamar Bani Hashim
-khatam KCB kali ke??...
-Barbeque imarah hijau..
-update blog?
-check iluvislam..apa critala medik team saya,...
-dll...update2!..jgn x update. Guna masa sebelum bizi kembali..
-ha..ni penting...Cuti2 jugak, Jangan lupa STUDY!
Kalu boleh bawak nota medik tu kehulu kehilir dalam beg...
manfaatkan masa sebaiknya...Jadi Dr yang faqih, bukan yang halabalai ok...

Kita merancang, Allah Merancang. Moga semuanya Terbaik menurut Perancangan Allah...

JUga buat peringatan saya dan sahabat2 semua..
Ayuh kita penuhi masa cuti dengan sebaiknya..

JAuhkan dari benda2 lagha...Jangan masa nak exam je berdoa dan beribadah bagai nak rak..
kesian diri kita.

insyaallah moga menuju mumtaz dalam keredhaan Allah...
"
7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

(Surah Alam Nasyrah : 7,8)



Moga istiqamah,Semoga cuti ini penuh dengan keberkatan, penuh pengisian, penuh manfaat, dan redha dari Nya....
insyaallah...




Selamat Bercuti dalam kesejukan!.

Salam mujahadah,
Ahyana