Monday, August 24, 2009

Returning back to Kelantan

Pepatah melayu ada mengatakan :

"Hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Lebih baik di negeri sendiri"...

=)



(saje buat selingan, seronok tgk pok arab ni kecek klate..hebat2..=p ada orang luar yang mau celen x?)



ALHAMDULILLAH.KELIK KLATE..

Inilah benda yang paling ditunggu2 oleh anak2 kelate yang berada diperantauan.
[huhu.. perantauan lah sangat ye =) ]

Insyaallah, doakan saya selamat sampai berbuka puasa berjemaah esok di rumah. dah lama x rasa suasana macam ni. Semua ada ni, insyaallah..=)... Abah, hanif, kak, abg, adik2...


Alhamdulillah.

rindu kat warga kampung...

rindu terawih kat surau depan rumah..

rindu dengan aura kekampungan yang jauh dari asap jelaga dan sebagainya..


Rindu pada tempat kita dibesarkan,

tidak sama walau diganti dengan segunung tempat peranginan..



SAYONARA S.A..?

Dalam gembira pastinya terselit duka,
yang jika ditelan dengan ikhlas dan keteguhan hati terhadap 'hikmah a'la kulli syaik'-setiap sesuatu ada hikmahnya, insyaallah manis kan terasa..

Kegembiraan nak kelik klate kali ni sebenarnya bercampur baur dengan perasaan nak tinggalkan segala yang best di tempat yang sedikit duabanyak telah 'mendidik dan mentarbiyah diri' diri...

Subhanallah. Sayonara Shah Alam. pastinya a lot of sweet memories..

Tersangat banyak untuk dikenang. Tersangat banyak untk dituliskan. Yang pastinya kenangan terindah yang xkan terlupakan...

[Insyaallah, andai ada masa akan saya cuba nukilkan di blog ini kisah2 suka duka sepanjang menghabiskan 3 tahun usia di shah alam].

Semoga ianya terus menjadi inspirasi hati menuju langkah yang lebih panjang penuh kedewasaan. Sebuah perjalanan sementara menuju Tuhan.

Insyaallah. [Untuk sahabat2 ku tersayang terutamanya di RN, jangan sedih2 ya.. insyaallah andai ada ruang dan peluang daku pasti akan menyusul lagi di sini.] Teruskan kekuatan..

Apapun
Selamat kelik kapum!

Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna,
dengan perhimpunan sesama keluarga.

Kembali ke asalnya. Menuju sebuah permusafiran yang lebih panjang. Insyaallah.

Kullu Aa'm wa antum bikhayr...

Thursday, August 20, 2009

Ku mengharap Ramadhan kali ini penuh makna..



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna...

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua


Ya Allah... Sampaikanlah kami pada Ramadhan-Mu... Hati terasa basah, mengenangkan betapa bertuahnya diri andai menjadi pilihanMu.....teruslah memilih kami Ya Allah... untuk berada di bulan sucimu ini.. Kamilah hamba-Mu yang lemah dan hina... Mengharap kasih sayang-Mu... Mengharap tarbiyah dari-Mu... Mengharap maghfirah keampunan-Mu... Mengharap fadilat Ramadhan-Mu...Ya Allah... Siapalah kami tanpa rahmat keampunanMu...

jadikanlah ia taman tarbiyyah...hari2 yang lebih baik dari hari semalam....buat penghapus dosa, pembaik amalan, buat sekalian hamba-Mu yang hina dina ini...

Hanya kepada-Mu lah Ya Allah,
kami berserah diri...

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN.........
kami merindui kedatanganmu.


Ahyana
30 Sya'aban 1430H

Monday, August 17, 2009

NICE o9' in memory

Assalamua'laikum wbt..



Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya kepada-Nya. Perancangan dari tahun lepas untuk turut sama mengikuti National Conference of Medical doctors pada tahun ini dimakbulkan lagi oleh Allah.. 4 hari berkampung di Terengganu .. Dengan diberi nafas dan nama baru, NICE [National Ibnu Sina Conference & Community Engagement], konference kali ini lebih bersifat 'down to earth' dan dekat dengan masyarakat. Jika tahun sebelumnya, Papisma memilih Kuis sebagai tempat untuk mengumpulkan kami [yang kebanyakannya terdiri dari students and science based students luar dan dalam negara, ada dari Mesir, Uk, eire, Chezh Repuplic, Russian, Ukraine, Hukm, Usm KK, RCMP, dll...] tahun ini Terengganu di pilih sebagai tempat konference kedua. Apa yang lebih menarik, tahun ini lebih mencabar dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang sukar diperoleh dari program lain. Tahniah buat semua Dr2 yang telah bertungkus lumus sampai tak tidur malam untuk membuat program kepada kami ini. Huhu. memang terharu.

Specialnya kali ini konference dikembarkan dengan Community Engagement, yakni Bakti Siswa bersama masyarakat di sekitar Dun ladang terengganu. Memang best sangat, apatah lagi kami semua mendapat keluarga angkat masing2 yang sangat sedikit sebanyak mengubat kerinduan kepada kampung.

Apapun NICE kali ini sangat2 bermakna... One of d most best event i've ever joined!..Subhanallah. Terima kasih buat semua yang menjayakan, terutama untuk akak2 dan abang2 papisma. Segala jasa kalian pastikan dikenang.. Syukran juga buat semua shbt2 medik dan kesihatan yang datang dari seluruh ceruk negara untuk sama2 mengutip secebis ilmu dan pengalaman bersama2, yang pastinya sukar ditukar ganti.. Dengan izin Allah kita dipertemukan. Semoga diberi kesempatan lagi untuk bertemu di Nice yang akan datang, insyaallah..





untuk laporan panjang penuh rentetan emosi boleh kunjungi KlinikUmmi.com yang sangat best lagi ilmiah =) thanxx alot kak Han

GONNA MISS u ALL A LOt..

Mudah2n kita semua bakal menjadi Doktor Soleh Solehah/ profesional Mukmin yang berjaya memaknai sebuah kehidupan & menjadi yang bermanfaat pada ummah, insyaallah..

Siruu A'la barakatillah. =)

Monday, August 10, 2009

Meaningful Weekend with ILI : (Bhgn II)

DIALOGUE WITH CREW - (DK 1)



Alhamdulillah. Sehari selepas Wacana Ilmu di Inspen Bangi, sebahagian dari crew berkumpul di Mashid Usamah bin Zaid, berhampiran dengan Lrt wangsa Maju untuk DK 1 kami. Ini merupakan antara pertemuan terbesar crew2 iluvislam.com yang selama ini mungkin hanya bergerak melalui laman maya. Seronok juga dapat mengenali susuk2 badan empunya nickname. Sahabat baru, sahabat lama, semuanya mengundang rasa yang sama, melestari izzah melalui sebuah platform yang sama, yakni iluvislam [walaupun ddlmnya mgkin sja berbeza fikrah & ideologi] =p..

x sempat untuk saya ulas panjang, apapun boleh layari laman sahabat2 crew Ili di sidebar saya di sebelah untuk melihat laporan dari mereka =p Dah cukup panjang dan berhemah rasanya.

Apapun DK1 kali ni memang sangat2 best... Insyaallah, semoga banyak manfaat yang telah diperoleh dan semoga ini menjadi permulaan untuk kita menjadi jundullah-Nya.

Insyaallah...

Takbir, Allahuakbar!

Selayang pandang~ =p



hah, tu dia...



ustak lisam dgn smgtnya memberikan taklimat pd ahli grup macam mana cara nak menge'bom' israel..=p





Ice breaking yang unik from ili ---> al-ankabut. sweet sangat =)
besar makna UKHUWAH di baliknya...




ikatan yg terjalin krn Allah =)..diratib hny krn-Nya...



presiden yang mmg 'down to earth' =p



macam biasa... 'krew ili n potluck' mcm 'henset dgn credit topup'. x boleh dipisahkan.



nyum2.. makaroni best ni...tq syitah!!



ehem2...diimport khas dr johor..jemput2..



hasil rewangan kaksu and kmi d geng di markas tetap ili...=p kek batik cloud 10.
tq kaksu! nice 'new' recipe utk spupu sepapat kek batik. blhla try raya ni, siap ada kacang tu


Alhamdulillah.. Sebahagian dr KAMI2 yang diizinkan Allah utk hadir ke DK1


p/s: credit utk Ainaa 4 d pics. Insyaallah mudah-mudahan bertemu lagi ya semua.

"Jangan diucap selamat tinggal, bahkan hingga ketemu lagi,
Andai tidak dibumi Tuhan, mudah-mudahan di Syurga nanti"..

Insyaallah..

Siruu a'la barakatillah,
Ahyana
Medic Team


Sunday, August 09, 2009

Meaningful Weekend with ILI : (Bhgn 1)

(refleksi Wacana Ilmu 'Monyetnya Cinta Kita')












Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. 2 hari hujung minggu yang sememangnya dari awal lagi dikosongkan dari program lain telah pun berjaya diisi untuk WWI-Weekend with Iluvislam.com bersama sahabat-sahabat krew dan rakan2 lain yang turut hadir dari seluruh Malaysia. Best dan menyeronokkan, apatah lagi dapat berkumpul beramai-ramai bersama teman baru dan lama., terutama sekali yang sebelum ni hanya dengar dan kenal nama dari laman maya sahaja. Kini baru kenal muka dan tuan empunya badan =) Alhamdulillah. bertambah sahabat dan saudara baru.

Untuk program pertama - Forum Wacana Ilmu, di Inspen Bangi, kehadiran alhamdulillah saya boleh katakan amat memberangsangkan. Dewan penuh dalam 700 orang yang hadir. Saya tidak tahu samada tajuk forum yang catchy "Monyetnya Cinta Kita" itu yang menjadi tarikan semua untuk hadir, atau adakah pada panelist2 forum yang hebat - Ustaz Hasrizal, Ustaz Zahir dan Pak Firdaus ESq yang menjadi tarikan. Yang pastinya Forum tersebut sangat-sangat memberikan input yang banyak dan penting. Walaupun dah bosan juga sebenarnya dengan topik cinta ni, tapi sejujurnya dari hati, saya tetap berpendapat ia bukanlah sesuatu yang melukut di tepi gantang untuk dipinggirkan atau acuh x acuh mendengarnya. Masalah cinta bukan masalah remeh, tapi inilah punca kepAda banyak masalah yang berlaku dari dahulu sehingga kini. Terutama untuk circle of concern dan circle of influence yang terbesar yakni --REMAJA dan golongan mahasiswa seusia. Walaupun kita kata kita dah faham, namun sejauh mana kefahaman kita itu mampu menyelesaikan masalah kita terhadap persoalan CINTA yang sebenar?. Sejauh mana kita dapat memberi nasihat dan peringatan kepada rakan-rakan yang terjebak dengan cinta monyet atau puppy love ini, atau sejauh manakah kita dapat membetulkan masyarakat kita yang jauh rosak kerana cinta yang salah?

Ramai yang memberi respon kepada saya dengan bermaksud "buat apa enti \ ke forum-forum cinta sebegini".. buang karanlah.. ada yang lebih pentinglah...Itu terpulang kepada pendapat masing-masing...Bagi saya isu cinta bukan isu yang kecil, isu yang tidak pernah habis, dan selamanya kita tidak akan dapat pernah khatamkan. Cinta yang salahlah merupakan jalan terbesar kepada permulaan maksiat dan gejala sosial yang besar di negara kita mahupun seluruh dunia.Hatta profesor yang dah PHd (Pengajian Habis Dah) atau Dr cinta sendiri tidak mampu menjawab semua persoalan tentang cinta. Betapa ramai rakan saya yang rosak kerana cinta. Berapa ramai yang sedang dibius cinta?namun saya tidak berbuat apa2 melainkan hanya mampu menasihat?..Action speak louder than words...Insyaallah..mg Saya tidak berhenti berjuang untuk diri dan mereka memahami makna di sebalik CINTA sebenar. Tidak salah untuk kita terus menambah ilmu dan kefahaman walaupun berulang-ulang, agar ia terus melekat dalam hati kita, dan semoga dengannya kita lebih jelas jalan untuk berdakwah. Kita sendiri pun jangan lupa, mungkin satu hari nanti kita juga akan duji dengan cinta..Jadi bersedialah dengan sebanyak-banyaknya agar kita mempunyai bekalan untuk menguruskan cinta dengan jalan sebaiknya yang diredhai Allah...

Hanya satu niat saya jika menghadiri Forum-forum Cinta sebegini. Saya mahu menambahkan ilmu dan kefahaman saya tentang perspektif cinta menurut ISlam, agar dengannya saya dapat Memperbaiki diri saya dan mudahan dalam masa yang sama dapat pula mendidik orang lain. Sejujurnya Saya akui, diri saya sendiri masih banyak kekurangan dan kelemahan.... Justeru saya tidak boleh berhenti belajar...(Aslih nafsak, wad'u ghairak, seperti header saya di atas blog ini..saya tidak mahu hanya pandai berkata2..) Nak membaiki diri harus dengan ilmu, nak membaiki Ummah juga harus dengan ilmu. Biarlah banyak kita belajar, justeru dengannya kita akan dapat meluaskan pemahaman agar kita mudah dan dengan jelas dapat menyampaikan. Kalau kita pun x faham-faham, susahla kan?bagi hukum pun salah, silap2 haribulan kita sendiri yang tak sedar betapa 'monyetnya cinta kita' bagi yang sama-sama bergelar daie. Berhati-hatilah dengan talbis syaitan yang tidak pernah bosan memerangkap manusia... waiyyadzubillah.

Untuk beberapa pengisian di Wacana, saya tidak bercadang untuk mengulas panjang disini. Mungkin apa yang saya boleh cadangkan adalah untuk melihat di Refleksi Forum di iluvislam dan juga perkongsian peribadi sahabat Ili saya di laman blog beliau. Aman, time kasih ye 4 good sharing. =)

Apapun sedikit highlight yang saya boleh berikan, antaranya adalah point2 berikut: .mdh2n bermanfaat pada semua...Insyaallah..

Ustaz Hasrizal

-Memaknai Hadis ke 13 dalam susunan Hadis Arbain dengan sebaik-baiknya

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. "
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Kata Ustaz HAsrizal, ada 3 point penting kat situ, Kesempurnaan Iman, Perbuatan Memberi dan Juga Memberi dengan kasih sayang..

-Cinta adalah sandaran untuk menjadikan manusia tunduk..Cinta yang sejati hanya kerana Allah taala sahaja yang akan menjadikan kita hamba yang tunduk dan patuh kepada Allah Swt..

-Ibrah dari sifat cinta dan kasih sayang Kaum Muhajirin dan ANsar ketika peristiwa hijrah. Cinta yang tiada galang gantinya. Itulah makna Persaudaraan kerana Allah.

-Dulu pada waktu zaman nabi, andai ada kematian, jiran2 keluarga simati itulah yang dengan perasaan cintanya diminta oleh nabi untuk memasakkan dan membntu keluarga si mati (seperti kisah keluarga Jaafar) (justeru ini akan meringa,kan beban dan keluarga simati).. Cuba bandingkan dengan situasi masyarakat kita sekarang... Bila ada kematian, siapa yang sibuk menguruskan makanan dan sebagainya?.. Kita jiran-jiran mereka atau keluarga si mati?

-Cinta adalah alat untuk memperhambakan diri sbg hamba Allah, supaya dengan cinta itu kita akan mendapat kesungguhan untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk Islam.Malah untuk Perjuangan Islam.

-Cinta Monyet meruntuhkan TAMADUN?... ya, benar sekali. Bukti sudah ada pada kejatuhan Andalusia apabila pemudanya menangis di bawah pokok kerana cinta!..

Sekarang kalau kita tengok pun, berapa ramai pemuda pemudi kita yang rosak bahana cinta.. Orang-orang yang khayal macam nikah yang kita mahu angkat sebagai pemimpin?..

Tamadun bukan KLCC, bukan twin tower, tapi TAMADUN adalah MANUSIA...

Apa yang menghebatkan manusia, itulah yang akan membangkitkan Tamadun..

Marilah keluar dari kesesatan yang nyata. "Qod syaghofahahubba"-Aku dibius cinta..

-Gunakanlah cinta untuk membangkitkan tamadun, bukan sebaliknya.


-CINTA vs PERHATIAN...

-Tabiat manusia, fitrah manusia tidak pernah berubah berubah walaupun zaman berubah. Hanya teknologi yang berkembang, tetapi perasaan cinta tidak pernah akan hilang dari generasi ke generasi

-REal Problem vs Presented Problem? Kita harus bijak membezakan apa masalah yang kelihatan dan juga apa masalah sebenar. Adakah cinta itu masalah atau adakah ia sebenarnya merupakan 'symptom' penanda kepada 'PENYAKIT yang lain'... cinta sbg symtom atau penyakit?

-Kesimpulan ustaz terhadap gejala CInta masa kini-----> SEBUAH PERHATIAN. mmg betulpun, ramai yang bercinta kerana nakkan perhatian... Apa tidak cukup perhatian dari ibu2 dan ayah2...sehingga sanggup mencari orang lain..?yang baru kenal 3,4 hari, sbulan dua....sampai sanggup ikut lari...
bukankah keluarga itu lebih berpuluh2 tahun dekat dengan kita....
bagaimanakah institusi keluarga kita sekarang...sehingga hilang kepercayaan anak2 terhadap ibu bapa...bukankah mak dan ayah guru pertama kita...atau adakah mak dan ayah sibuk sangat sampai tidak sempat untuk mengambil tahu perihal anak2... Istilah "Dia sudah besar.." bukan bermakna anak sudah besar dari sudut kematangannya... Didiklah anak dengan agama dan me
ncintai Allah, nescaya mereka akan matang dan benar dalam segala tindakan...

-Cinta harus datang dengan pakej.... Cinta harus datang dengan tanggungjawab..peranan.... Begin with d end in mind....

-Hati saya tersentuh dengan makna ayat dari surah A-Zukhruf yang dibacakan ustaz, antaranya ada menyebut, "Para kekasih akan menjadi musuh antara satu sama lain, melainkan yang bertaqwa.."dalam maknanya..

-Benarlah, Kemanisan tetap berada pada apa yang dihalalkan oleh Allah..

-Jadikan pertemuan pertama adalah sebagai kenangan yang indah untuk dikenang... Kenangan yang halal. (ya Allah..kurniakanlah aku kenangan sebegitu rupa,kenangan yang indah pada pandanganMu...) ..dapat kenangan mcm ustaz hasrizal jumpa dengan Kak Muna pun jadilah..sangat seronok walau berulang kali dengar kisah pertemuan mereka ni.

-Saya juga tertarik dengan analogi ustaz hasrizal tentang soalan Aina tentang Perigi Mencari Timba...

kata ustaz, samada Perigi Mencari Timba atau Timba Mencari Perigi.. Mereka x dapat berjalan sendiri untk menuju masing2...perlu 'ada' yang membuatnya.. perlu 'ada' yang mengoreknya...

dan 'ada' disitu bermakna orang tengah...

sebab tu ustaz sangat sukakan konsep 'orang tengah' dalam bab mencari jodoh....
Hujah yang sangat relevan bagi ana! Subhanallah.... x terfikir pun selama ni...Syukran ustaz...=) (ada hujah untuk meramaikan orang isi borang BM..hehe...)

Ust Zahiruddin:

(penasihat ili =p)



-Cinta- Keperluan atau Kehendak?
Semuanya berbeza mengikut kapasiti dan usia.
Seperti zamannya kita masih bayi, kasih sayang seorang ibu itu bukankah keperluan untuk kita..
cinta remaja?atau cinta yang disaatnya kita belum bersedia mengikut jalan yang halal?keperluan atau kehendak?

-Apabila terbitnya rasa cinta, cubalah koreksi diri, bermonolog dengan diri. "Sesuaikah sekarang?", "Sesuaikah dengan kapasiti?"..sebagai seorang pelajar."Adakah sekarang waktunya"...dan pelbagai persoalan lain yang harus kita fikirkan untuk jangka masa yang panjang. Sasarkanlah matlamat dan letakkan di tempat yang sepatutnya...

-Cinta sebagai MOTIVASI. Tak cukupkah cinta ALLAH sebagai Motivasi tertinggi kita? Cinta Rasulullah... Cinta Mak Ayah................ X cukupkah???


Pak Fir
-Cinta Intelektual, Cinta Emotional...itulah cinta yang biasa-biasa orang alami. namun ada satu Cinta yang lebih mendalamdan hakiki, yang sepatutnya wajib ada dalam setiap diri kita dan menjadi raja segala cinta, yakni cinta kepada Allah.Itulah cinta yang lahir dari Spiritual LOVE..

-Kisah Saidina Umar sebagai pemimpin yang humble. sanggup Turbah (turun ke bawah) melihat keadaan masyarakatnya. Dan beliau sendiri yang sanggup memikul makanan ke bawah kerana menyedari segalanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah...

-Semua MAnusia mencari kebahagiaan di balik Cinta...

Tapi sedarkah kawan-kawan, hanya CINTA ALLAh lah yang akan membawa kita kepada segala kebahagiaan itu...

-Saya turut tersentuh dengan huraian Pak Fir...tentang konsep cinta dan perkahwinan yang baik boleh dicapai hanya dengan menggunakan formula yang diperkenalkan Allah melalui Deen (agama) Nya ini. ada makna di sebalik 165. yakni bila kita pegang sungguh2 Ihsan, 6 rukun iman dan 5 rukun islam dalam kehidupan kita.... Semuanya adalah formula yang terbaik.
samada kita sebagai pelajar?boleh...
Kita sebagai pekerja?..boleh....
Kita sebagai isteri? boleh....
Sebagai suami? boleh....
Subhanallah..betapa indahnya peraturan dan jalan hidup yang dibawa oleh ISlam kepada umatnya... 1 tanpa 6 tidak bermakna... 6 tanpa 5 juga akan rosak... maka pilihlah untuk memaknai dan melaksanakan semuanya..


p/s: em..mungkin ada yang x faham apa yang saya sebutkan..nak faham lagi boleh ke esq nanti k,. jom kita timba ilmu banyak2..
Jom jumpa di Kuis nanti untuk Training ESQ with Iluvislam pd 15 & 16 August nanti..insyaallah...

Ok..sekian itu sahaja untuk kali ini.. Moral of d story is....
Janganlah berani berCinta kalu Cinta Allah pun belum kita telusuri.....Belajrlah dahulu untuk mencintai Allah, mencintai Nabi Muhammad saw... ibu bapa dan keluarga...
Raihlah PERHATIAN ALLAH dan mereka yang dilangit, nescaya engkau akan dikasihi yang ada dibumi..


Insyaallah, semoga Allah akan mempertemukan kita dengan cinta yang halal untuk pemilik kunci Syurga kita.. Amin..

Jumpa di next entry, insyaallah....