

Perbaiki dirimu dan serulah orang lain..
Inspirasi Diri.
Nukilan buat anak-anak bergelar pelajar perubatan (dan ibu bapa mereka juga! :)Salam Syawal,Khusus buat:Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)Ibu dan ayah kepada anak-anak di atasSedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.Anak-anakku,Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui. Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar.Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu.Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.-Dr.Harsaya pinjam dari : muslimdoktor.blogspot.comInsyaAllah..semoga bidang Perubatan ini menjadikan hati-hati ini lebih TAQARRUB kepada Allah...Kuatkan kami di jalan yang telah dipilih olehmu ini Ya Allah!...
Bantulah kami untuk meneroka ilmu-ilmu Mu..
Melihat KebesaranMu. Dari penciptaan diri kami yang kerdil sebagai makhluk ciptaanMu.
FAqihkan kami Ya Allah dalam Agama dan bidang kami.dan bantulah kami untuk memanfaatkannya kepada Agama dan Ummah ini kelak.InsyaAllah.
menjadi Dukturah of d Ummah,.mewakili saudari2 muslimah kami.di seluruh dunia.InsyaAllah.Maka pimpinlah kami dengan Cahaya dan IlmuMu Ya A'lim..Agar kami mampu menjadi pengamal perubatanyang bukan sekadar mampu merawat fizikal ummah,tetapi juga jiwa-jiwa Ummah.Dr yg muslih dan mem'perbaiki.InsyaAllah.-semoga diri ini terus terpilih untuk terus mencintai Medik dan seisinya-
Dukturah Ahyana,Kuliyyah Tibb
Ars Syarqiyah Zagazig
APAKAH UJIAN MANTOUX?
Ujian Mantoux adalah ujian yang di lakukan untuk menyiasat samada individu itu dijangkiti kuman Tibi
| ||||
sumber : |
Tiada jalan yang mudah
Andainya beburung terbang kerana sayapnya
Hanya yang kuinginkan
-Menerjah Awan-
Tuju cita-cita
Selama kaki melangkah
Dugaan menderap
Untuk miliki sesuatu yang berharga
Harus berani yakin dan tabah
Menghadapi segala
Aku terbang menerjah awan
Demi hasrat membara
Gunung dan ganang
Lautan yang terbentang
Hanya sesayup mata memandang
Bukanlah halangan
Rampaian doa
Agar tiap langkah
Diiringi restu semua
Azrif baru sahaja menunaikan solat dhuha. Rutin yang memang jarang sekali ditinggalkannya sejak dari bangku sekolah. Ganjaran pahala dan kemurahan rezeki yang dijanjikan nabi sangat memotivasikannya untuk menyempatkan barang seminit dua untuk melakukannya walaupun masanya amat sempit. Keluar sahaja daripada surau, terdengar bunyi pintu surau perempuan dibuka.‘Aik, ada juga minah hospital ni solat dhuha?’ Bisik hatinya.Lalu keluar seorang wanita berbaju kurung biru gelap. Tudungnya biru muda. Labuh.‘Aik, ustazah mana pulak ni? Tak pe lah. Aku dah lambat ni. Nanti marah pulak patient tunggu.’“Maaf saudara,” Tiba-tiba perempuan itu bersuara.
'Erk? Dia panggil aku ke?'
Azrif menoleh dan memandang wanita itu sekilas. Wajahnya tertunduk. Matanya memandang ke lantai. Di tangannya tergantung sebuah kot. Milik seorang doktor. Ada stetoskop terjulur keluar daripada poket kot itu.“Ya?”“Pen awak, jatuh.” Sambil menunjukkan ke arah lantai. Matanya masih tertunduk."Owh, terima kasih."'Nasib baik dia ingatkan. Dahlah pen kesayangan aku ni.'Secara tidak sengaja Azrif terpandang tag nama yang terlekat pada kot itu. Dalam keadaan terbalik, namun masih dapat dibacanya.
NURUL‘Owh, doktor rupanya dia ni. Bagusnya, solat dhuha lagi. Pakaian pun sopan. Lawa pulak tu. Astaghfirullah..bahaya hati aku ni.’"Sama-sama."
“Er, saya pergi dulu. Assalamu’alaikum.”“Baik. Wa’alaikumussalam.”Sejak hari itu Azrif tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Dr. Nurul? Ataupun sebenarnya tertunggu-tunggu, bilakah dapat bertemu lagi dengan doktor perempuan yang bertudung labuh itu. Dia mengakui wanita itu mempunyai pesonanya yang tersendiri. Pakaian labuhnya itu amat menambat hatinya. Matanya yang sentiasa tertunduk itu amat menambat hatinya. Sukar dicari wanita apatah lagi doktor yang masih mahu menutup aurat dengan sempurna dan menjaga pandangan seperti Dr. Nurul.Seringkali tatkala bersendirian dia akan terfikir akan wanita itu. Namun hatinya segera beristighfar. Dia tidak mahu hatinya larut dengan bayangan wanita yang masih belum ada apa-apa hubungan yang sah dengannya. Dia mencuba melupakan bayangan wajah manis yang sering berkunjung itu. Terkadang berjaya, tetapi biasanya dia tewas.Pernah terniat di hatinya untuk mengenali lebih Nurul dengan lebih dekat, tetapi niatnya itu diurungkannya. ‘Nanti aku orang ingat aku ni tak tahu malu pulak. Entah-entah dia tu dah kahwin, tak pun dah mesti bertunang.’
Kupinang Engkau Dengan Al-Quran
~Gradasi~
Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamahHarungi bersama samudra duniaJika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNyaHadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakalHarungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya
Hadiah untuk bakal2 doktor...
Jika di Malaysia dulu, diri tidak lepas berulang-ulang kali membaca novel motivasi : Pemilik Cintaku Setelah Allah dan rasul, hasil nukilan Fatimah Syarha, dan daripada novel tu diri dah cukup kagum dengan yang dikisahkan 'suami Qanaah ataupun Dr Muslih.. Begitu juga buku2 hebatnya yang lain seperti "Seindah mawar Berduri: dan Syabab Musafir Kasih..
Alhamdulillah kini khabarnya telah keluar buku terbaru. Tapi sedikit specialnya kerana kali ini bukan buku dari fatimah Syarha tapi hasil tulisan suaminya sendiri, Dr Farhan Hadi. malah berkait dengan dunia perubatan..=)
Baru seminggu di Pasaran.
Sebuah novel baru yang mengisahkan suka duka kehidupan houseman di Malaysia yang digarap oleh seorg bekas HO our batch (HO 2007). Novel ini sarat dengan ilmu dan kisah2 yg sangat menarik dan realistik berbeza dengan apa yg dipertontonkan di TV mengenai kehidupan seorang doktor. Terbitan Telaga Biru, Februari 2010. (Komen Dr Adam-MO,USM grad)
Nak tahu lebih lanjut cerita 'Dr Muslih'?..
Silalah dapatkannya....
p/s: ada siapa2 yang baik hati boleh tolong poskan ke mesir?.....
Assalamua'laikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya kepada-Nya. Perancangan dari tahun lepas untuk turut sama mengikuti National Conference of Medical doctors pada tahun ini dimakbulkan lagi oleh Allah.. 4 hari berkampung di Terengganu .. Dengan diberi nafas dan nama baru, NICE [National Ibnu Sina Conference & Community Engagement], konference kali ini lebih bersifat 'down to earth' dan dekat dengan masyarakat. Jika tahun sebelumnya, Papisma memilih Kuis sebagai tempat untuk mengumpulkan kami [yang kebanyakannya terdiri dari students and science based students luar dan dalam negara, ada dari Mesir, Uk, eire, Chezh Repuplic, Russian, Ukraine, Hukm, Usm KK, RCMP, dll...] tahun ini Terengganu di pilih sebagai tempat konference kedua. Apa yang lebih menarik, tahun ini lebih mencabar dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang sukar diperoleh dari program lain. Tahniah buat semua Dr2 yang telah bertungkus lumus sampai tak tidur malam untuk membuat program kepada kami ini. Huhu. memang terharu.
*****************************************************************
salam
saya nak mtk pandangan shbt2 mgenai kerajaya sebagai seorang Dr perempuan@ Dukturah.. yang katanya sanagt sibuk (wallahua'lam..belum lalui fasa tersebut)
saya still belajar dalam bidang ni di Fak perubatan,Tahun5, HUKM
jika anda lelalki, apa pandangan anda jika telah djodohkan isteri anda adalah seorang Dr? yang mitosnya snagat sibuk, n xkan dapat mgurus rumah-ttangga dengan baik
..bakal Dr yang risau
-kaklong_srikandi-
Original posting : ILUVISLAM.com-Apakah risiko menjadi seorang doktor-forum
******************************************************************
secangkir respon :-
Assalamua'laikum wbt.
Untuk kak Long, Alhamdulillah, sikit lagi nak bergelar Dr, selamat berusaha.
semoga berjaya menjadi doktor terbaik nanti untuk Ummah k =) Insyaallah.
Pada pendapat ana, jika nak bincang tentang risiko, setiap perkara yang kita lakukan memang tidak dapat lari dari risiko. Bukan doktor sahaja, jika berada di bidang-bidang yang lain seperti guru, arkitek, ustaz, tentera marin dan sebagainya turut berdepan dengan pelbagai risiko masing-masing, yang mungkin jauh lebih besar dari kehidupan seorang yang bergelar doktor yang tidak kita ketahui melainkan diri sendri merasainya. Semuanya mempunyai cabaran masing2.
Pepatah ada mengatakan "Andai takut dengan risiko, Usah bicara tentang perjuangan"..
Dalam maksudnya. Nak berjuang, ada pengorbanan yang perlu dihulurkan. Nak Syurga, ada 'harga' yang perlu dibayar.. Justeru jangan takut jika seringkali tidak mendapatkan 'rehat' yang cukup di dunia.. bersibuk2lah sekarang, mudahan kelak kita akan bertemu rehat yang lebih abadi di akhirat sana insyaallah.
[saja bagi semangat pada seorang doktor =) ] caiyok2...
Bila bergelar seorang doktor, ia tidak hanya pada gelaran "Dr" dipangkal nama anda, dan MBBS atau MD @ MbChB dibelakangnya. Tapi doktor mempunyai tanggungjawab yang besar kepada orang lain. Anda tidak bekerja untuk hidup anda sendiri, tetapi anda sedang berdepan dengan nyawa dan 'kehidupan' orang lain. Kesediaan untuk membantu, keikhlasan untuk berkorban masa dan tenaga, kepakaran ilmu dan kesabaran dalam berhubung dengan manusia adalah suatu pengorbanan yang sangat dituntut dari jiwa seorang doktor. mungkin agak hectic pada permulaannya, terutama ketika bergelar HO dan MO. malah dari zaman belajar lagi memang susah. Tapi insyaallah, jika anda meyakini manfaatnya sungguh besar untuk Ummah.. Anda akan bermotivasi untuk meneruskan perjuangan ini. Apatah lagi jika anda bercita-cita besar menjadikan lapangan 'doktor' ini sebagai medan untuk anda berdakwah dan membawa manusia kembali kejalan Allah. amatlah besar pahalanya. Janganlah terlalu khuatir dengan risiko2nya, persediakan diri dengan mental dan fizikal yang kuat, insyaallah semoga semuanya kuat menempuh dugaan yang mendatang.
Yakinlah, Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kesanggupannya. =)
Bayangkan jika semua wanita di dunia ini tidak mahu memilih profesion doktor ini, kerana takutkan risiko2 yang mendatang dan takut tidak mampu memberi kepuasan kepada diri, [takut terlalu sibuk, takut x dapat luangkan masa bersama keluarga, takut itu dan ini dan sebagainya,] maka tidak akan adalah doktor-doktor wanita. Betapa kasihan kepada muslimah-muslimah di luar sana atau kaum ibu dan wanita yang lain, yang mungkin lebih memerlukan pertolongan kita untuk merawat mereka. Inilah satu kefardhuan Fardhu kifayah yang ana begitu rasakan dari sudut keperluan menjadi seorang doktor Muslimah.
Malah telah ramai doktor wanita atau muslimah yang membuktikan mereka berjaya menjadi doktor yang baik, malah anak dan isteri yang baik juga kepada keluarga.
=) Mereka boleh survive, malah tidak kurang yang menjadi icon terbaik masyarakat dan keluarga. Tidak mustahil semua itu kerana doktor juga seorang manusia. yang penting bagaimana kita menguruskan masa dan kehidupan untuk menjadi hamba Allah dan khalifahNya yang terbaik walau apa saja posisi kerjaya kita.
Bercita-citalah untuk menjadi yang "nafiun lighairihi", yakni yang bermanfaat kepada masyarakat.. dan insyaallah, doktor salah satu cabang yang anda semua muslimat boleh pilih untuk merealisasikan misi terbesar ini.
Orang terpilih 'kena lebih'... Jgn takut untuk bermimpi & menjadikannya satu realiti.
p/s: utk rmhtangga, ana sarankan para bakal2 dukturah berbincanglah baik2 dengan suami terutamanya dari masa awal pemilihan calon lagi. Kesefahaman itu penting. andai kita saling meyakini bahawa tiada apa yang lebih diutamakan melainkan redha Allah, pasti keduanya akan saling memahami kerja dan pengorbanan pasangan juga adalah kerana Allah.. insyaallah keduanya akan saling menyokong dan membantu antara satu sama lain walau sebesar mana dugaan yang mendatang..malah x mustahil pasangan siap menjadi penasihat terbaik kita.. =) Insyaallah sama2lah doakan dpt pasangan yang sporting dan memahami
Salam perjuangan untuk semua doktor2 muslimat or doctor-to-be.
Buktikan yang anda can do d best and give d best in everything..
Always begin with d end in mind.
Jadikan kerja sebagai sebuah ibadah, tasbih2 pengabdian menuju Tuhan.
Mudahan dipermudahkan semuanya. Insyaallah..
FOkus, dan Mujahadah menujunya. Koreklah kembali sehingga ke dasarnya :-
"Apa tujuan anda menjadi seorang Doktor"..
Slmt menjadi doktor kepada ummah!
-Ahyana-
Medik team ILI
**********************************************************************
Begitulah sedikit respons saya di forum Ili pagi tadi. x layak pun sebenarnya nak bagi pencerahan, tapi sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang bergaul dengan orang2 medik dan mereka yang telah pun berkecimpung dan akan berkecimpung dalam bidang ini..bagi saya Medicine is a never ending subject. It's challenging but awarding. Ia adalah medan untuk memberi dan berkongsi tentang 'tujuan hidup' kepada manusia. Dan dekat dengan masyarakat. Itulah kenapa saya terinspirasi dengannya. [dan banyak lagi sebenarnya sbb kenapa saya berminat untuk menjadi doktor..huhu..x tahulah, macamla xde keje lain kan.hmm...susah juga nak explain. makin hari makin berbunga2 nak jadik doktor.makin susah blajar pun, makin kuat pula cita2 nak jadi doktor..makin ke hospital, makin bersemangat nak tahu apa yang doktor tahu..terutama bila melihat patient2 dengan muka yang penuh mengharap..mengharapkan sinar senyuman kembali di wajah mereka. Suasana hospital yang sangat menginsafkan tentang kematian dan mengingatkan diri untuk mensyukuri nikmat sihat menyebabkan diri suka berada dalam kelompok dan suasana itu.Tapi bukan dalam kondisi sebagai pesakit. Tapi sebagai orang yang 'memberi'.Itulah azam saya. Apapun nantazir wa naraa,...saya pun tidak dapat pastikan apa yang ada dihadapan saya kelak. biarlah Allah yang menentukannya. Kerana Dia MahaTahu Yang terbaik. Itu pasti.
yang penting kita harus berani untuk bermimpi dan bercita-cita tinggi. Malah setiap orang lain mungkin lain minat dan bidangnya, semuanya terpulang kepada diri masing-masing kemana anda ingin memanfaatkan kepakaran tersendiri. Mungkin minat saya lebih kepada manusia, maka saya melihat bidang kedoktoran adalah satu cabang yang menarik dan adventure untuk di'explore'. wallahualam....=) Mg Allah permudahkan...Tapi saya perlukan doa-doa kalian untuk membantu saya. boleh kan?
Buat semua doktor2 Muslimah yang membuktikan kalian juga adalah ibu dan sayap kiri terbaik, mereka juga antara inspirasi saya. Dr Ummi (klinikummi.blogspot.com),
Dr Muna (ummusaif), Datin Dr Aziah IPR, Dr Muhaya Stf, Dr Lo'Lo', Dr Sofia, kakak2 senior, shbt2 medical students, dan semua doktor2 Muslimah. u guys really inspired me.
Buat abah dan arwah MA.
Terima kasih kerana pernah melorongkan saya ke jalan ini..
walaupun masih bertatih, akan kucuba untuk berlari selagi diizinkan Tuhan.
Kerana saya yakin, Success is not a destination, it is a journey. Dan ijazah terbaik itu dari sebuah perjalanan dan pengalaman- bak kata abe fatih.
Jadi doktor atau jadi apapun kita, moga sentiasa menjadi hamba Allah yang terbaik dan bermanfaat kepada ummah. Insyaallah
Aja aja fighting.
ayuh, Fastabiqul khairat mengejar Ahsanu Amala
p/s: buat kaklong, slmt menempuh dunia Medik sebenar. kalu boleh biar sampai tahap jadi consultant @ snr cnsultant ye. Amin..=)
Siapa kata umat Islam tidak boleh?
Related links :
Impikan Doktor Sebagai Suami/ Isteri : Apa Pendapat Anda?
Kenapa Nak Jadi Doktor?
Apa yang Menarik Jika Jadi Doktor?
"TUHAN...
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
|