"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi." ALHAMDULILLAH, KU BERSYUKUR DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG MUSLIMAH. :) credit to the writer :j : source
"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."
"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."
"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."
"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"
"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."
"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan."
"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."
"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."
"Hmm, betul tu Naim."
"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."
"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "
*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)
Tuesday, September 27, 2011
Perempuan ibarat tulang rusuk yang bengkok..
Monday, September 19, 2011
Akidah Cinta
Bila ku sedari, Diri disayangi Langkah kaki ini, Semakin berani Bila terkeliru, Ku ucap namamu Terasa diriku, Semakin dipandu Engkau yang pertama, Tiada akhirnya Aku dalam kegelapan, Engkaulah cahaya Izinkanlah aku menumpang di sini Di bawah naungan kasih dan sayangmu Ku berserah diri Sungguh. Kehadiran seorang insan yang dianggap memahami, mengambil berat dan menenangkan jiwa bisa menjadikan manusia terbang jauh ke sebuah dunia yang cukup indah. Dunia yang menjadikan hidup ini terasa tiada sesiapa, melainkan dua jiwa itu sahaja. Tiada apa-apa peraturan mahupun sempadan yang membataskan segala pergerakan dan perbuatan. Segalanya indah. Ramai orang terbang ke dunia itu. Berlarian di tamannya. Bergurau senda di tepian tasik. Membilang kata cinta dengan iringan merdu kicauan sang burung. Sesiapa jua, apabila tiba di sana, terasa bagaikan tidak mahu pulang dan mahu selamanya mengabdikan dirinya di sana. Dan dunia itu, ramai orang menamakannya sebagai ‘cinta’. TARGET UTAMA Muslim yang Mukmin, nafasnya di atas muka dunia ini hanya dengan satu tujuan sahaja. Iaitu menyerahkan segenap jiwa dan raganya kepada Sang Pencipta. Memastikan setiap detik dari hayatnya diabdikan sebaik mungkin kepada Sang Penguasa bernama Allah. Dalam hatinya terkandung perasaan cinta yang tebal sesama manusia, tetapi selepas dicurahkan sehabis mungkin kepada Allah ta’ala. Ini kerana dia memahami, bahawa kasih sayang yang dipinjamkan kepadanya, harus diabadikan terlebih dahulu kepada Allah dan Rasul-Nya. Selepas itu, barulah sesama manusia. Firman Allah ta’ala : Dan orang-orang beriman itu, sangat hebat cinta mereka kepada Allah. Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w menyebut tentang tiga golongan yang berjaya mengecapi kemanisan iman, di mana dua daripadanya adalah : 1- Mereka-mereka yang menjadikan Allah dan Rasul sebagai pemilik CINTA yang paling tinggi melebihi sekalian makhluk yang lain. 2- Mereka-mereka yang sekiranya mencintai seseorang, dia hanya akan mencintai kerana Allah ta’ala. Tiada siapa dapat menafikan bahawa perkataan ‘cinta’ itu berkait rapat dengan iman seseorang hamba kepada Allah dan RasulNya. Mencintai manusia yang lain melebihi daripada cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasul, samalah ertinya dengan menjadikan tanah jiwa kering kontang dari baja dan siraman keimanan. PELBAGAI MADAH CINTA Lirik yang saya tulis di atas mungkin hanya satu dari ribuan kata dan madah manusia dalam bercinta. Tidak hairan, sampai ke satu tahap manusia sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya kepada manusia yang lain, tetapi dia tidak sanggup melakukan perkara tersebut demi cintanya kepada Allah. Ucapan juga begitu. Manusia malu untuk menyebut bait-bait cinta dalam doanya di sepertiga malam. Manusia malu untuk mengucapkan lafaz cinta, kasih dan sayang serta hamburan kerinduan kepada Nabi s.a.w. Namun untuk mengucapkannya kepada kekasih hati, ia suatu yang sungguh menyeronokkan. Bahkan pada sebahagian besar manusia, ucapan kepada pasangan itu dianggap lebih romantik dan membahagiakan. Demikian juga dengan pengorbanan. Masa, tenaga dan wang ringgit. Untuk kekasih hati, nyatakan apa sahaja pasti akan dipenuhi. Berhabis puluhan ringgit untuk makan tengahari bersama kekasih hati jauh lebih ringan berbanding memasukkan lima ringgit ke dalam tabung masjid. Menjawab panggilan telefon dari kekasih hati dalam keadaan sibuk mahupun mengantuk jauh lebih ringan berbanding menyahut seruan Allah di kala sibuk dan mengantuk. DISKRIMINASI CINTA Situasi satu : Seronok melayan internet dan menonton video di Youtube. Sedar tak sedar, waktu zohor hampir ke hujung. Setengah jam lagi masuk waktu asar. Astaghfirullah, aku belum solat. Lantas bergegas bangkit. Tiba-tiba buah hati menegur di chat facebook. Ok sekejap, layankan dulu, nanti boleh minta masa untuk solat. Kebetulan si dia sedang bersedih, ada masalah. Berjela-jela mengadu gundah. Apa terjadi? Waktu solat makin sempit, hendak ditinggalkan tak sampai hati. Akhirnya hati kekasih lebih utama dipilih berbanding seruan Allah yang semakin larut. Situasi dua : Ok selamat malam, esok saya kejut tahajud. Mesej dihantar, dan keduanya tersenyum simpul di dua lokasi berbeza. Menjelang sepertiga malam, mula berbalas missed call. Kemudian bangun, mengambil wudhuk dan solat dua rakaat. Lama kelamaan, terasa seronok. ‘Nikmat’ bertahajud sebelum ini amat berlainan dengan sekarang. Dahulu terasa ‘sepi’, sekarang rasa ‘berteman’. Akhirnya munajat bukan lagi kepada Tuhan, tetapi dipenuhi dengan kerinduan dan angan-angan sesama insan. ‘Kebahagiaan’ yang terbawa-bawa dalam sembahyang. MENGIKAT JIWA DENGAN CINTA Semua itu berlaku disebabkan lalainya manusia dari mengawasi hati mereka dalam bercinta. Mereka bermain-main di perigi buta yang tidak berpagar. Akhirnya terjatuh ke lembah yang dalam. Prasyarat yang paling asas dalam bercinta tidak dipraktikkan, iaitu mengikat jiwa dengan CINTA Yang Esa sebelum bercinta. Akibatnya sangat buruk. Manusia bisa menjadi ibarat layang-layang putus tali. Bertemu angin lembut, seronoklah ia. Bertemu ribut taufan, hancur leburlah ia. Lalu lahirlah pelbagai ucapan yang selayaknya diutamakan kepada Yang Esa, tetapi disandarkan kepada manusia. Banyak sekali lirik kata dan madah pujangga manusia yang bersifat memuja sesama manusia. Mereka memuja cinta bagaikan tiada iman dalam jiwa. Mereka meletakkan paksi bahawa dunia ini akan gelap, andainya tiada cinta dari si dia. Bahkan sebenarnya dunia ini memang akan gelap, andainya tiada CINTA dari DIA. Mereka meletakkan nyawa mereka pada tangan si dia, walhal nyawa mereka kepunyaan Yang Esa. Mereka menjadikan si dia sebagai pelindung dan pemberi ketenangan, sedangkan semua itu hanya layak disandarkan kepada DIA. Kesemua ini memberi kesan kepada jiwa dan cara manusia berfikir. Mereka gagal melihat Allah dalam hidup mereka, sebaliknya di mata mereka hanya ada kelibat manusia yang lemah tiada kuasa. Kemabukan ini membawa kepada pelbagai musibah dan bala, atas nama ‘pengorbanan’ dan ‘kasih sayang’. Namun, ketika layang-layang tadi dirobekkan oleh ribut kencang dan dipanah tajam oleh sang petir, jatuh terduduklah ia dan gelap gelitalah dunianya. Di mana Allah ketika itu? Tiada. Apabila putus cinta, dia meraung derita. Walhal dia telah sekian lama menderita kerana putus CINTA. Bunuh diri. Gila. Sakit jiwa. Semuanya adalah bahana bercinta tanpa akidah CINTA yang betul. SYAHADAH Ajaklah hatimu untuk bercinta, raikan fitrahmu demi sebuah cinta, namun jangan sesekali kau lupa, ajak dan didik hatimu untuk CINTANYA yang lebih utama. Raikan jiwamu yang sebenarnya tandus dan bisa mati tanpa CINTA dariNya. Kembali menghayati syahadahmu saban waktu. Pastikan Allah dan Rasul tetap utuh sebagai pemilik CINTA nombor satu, biar di mana sekalipun engkau berada, pasti dan pasti engkau akan selamat dalam sebuah Akidah Cinta. Semoga Allah memberi hidayahNya. Sekian. sumber : www.myilham.com p/s : jzkk kepada penulis.. tergetar hati ini tatkala membacanya. semoga kita beroleh cinta yang sebenar...insyaAllah.
Sunday, September 18, 2011
Rahmah itu satu perkenalan..
Thursday, September 08, 2011
Subhanallah, IndahNya Hidayah-MU.
Tuesday, August 23, 2011
Modul Indah dari Nabi : mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut

Sunday, August 21, 2011
Nasrullah wa Fathun Qorib...
Hadith Rasulullah s.a.w:
“Tiada seseorang pun yang berdoa melainkan Allah pasti akan mengabulkan doanya atau dihindarkan bahaya daripadanya atau diampuninya sebahagian dari dosanya selama dia tidak berdoa untuk sesuatu yang mengarah kepada kemaksiatan atau untuk memutuskan hubungan silaturrahim.”
Athsar sahabat r.a:
“Sesungguhnya seorang hamba Allah berdoa kepada Tuhan Azza wa Jalla, maka berkatalah Allah kepada malaikat-Nya, ‘perkenankanlah kemahuan hamba-Ku itu, tetapi janganlah diberikan dengan segera. Tahan seberapa ketika, kerana Aku sangat suka mendengar doanya.”
Friday, August 19, 2011
"Dialah yang menjadikan manusia tertawa dan menangis."

Saturday, June 18, 2011
Bismillahirrahmanirrahim...

Sunday, January 16, 2011
Warkahmu. Itulah jua Doaku.
Jazakillah ukhti........
Ku menyayangimu kerana Allah.. :)
Zaqaziq, Misr.





