Thursday, May 28, 2009

Adik-adikku, Kalian inspirasi hati

TRIBUTE UNTUK HANIFF (Alles Gute zum Geburtstag.!)~ =)

Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, yang menganugerahkan kita rasa kasih sayang kepada semua makhluk di bumi Allah ini.

Hari ini merupakan hari yang agak pack untuk saya, juga hari yang agak tersentuh. Tersentuh yang bagaimana, itu sukar nak di ceritakan,=p kecuali orang-orang yang terdekat dengan saya sahaja mungkin perasan dengan perubahan yang sedikit ini. Mungkin kerana fitrah seorang kakak, juga kerana memikirkan tanggungjawab yang berubah 180 darjah setelah kehilangan ibu tercinta, menjadikan saya seorang yang amat sensitif dengan apa saja yang berlaku kepada ahli keluarga, terutamanya adik-adik.

Haniff 1st raya@ deutchland =p

28 Mei hari ini adalah hari istimewa untuk adik saya-Mohd Haniff. Dialah satu-satunya ahli keluarga yang setakat ini duduk 'JAuh' dari kami. (Terlalu jauh bagi orang yang tak mampu 'membeli' tiket kapal terbang ke Germany ^) Jika setahun lebih beliau berkorban menahan rindu dan 'rasa' di sana demi perjuangan sebuah ilmu, berganda-gandalah jualah rindunya kami dan ingatan kami kepada adik nan seorang itu. Tambahan beliau tidak pernah lagi berpeluang pulang ke Malaysia, (insyaalah, July ini the time will come =p) Saya tidak tahu bagaimana dia menyambut hari lahirnya kali ini. Mudah-mudahan beliau selalu gembira dan bahagia dengan apa saja yang dia lalui di sana. =)


Itulah kenapa saya sedikit tersentuh dalam minggu ini. Hati x keruan, memandangkan saya dan ahli keluarga belum mengepos apa-apa lagi kepadanya sebagai tanda ingatan, padahal tarikhnya semakin hampir. Jika adik Syahmi (alhamdulillah hari lahirnya juga pada hari Khamis (14 mei) kami sudah membuat 'kejutan surprise untuk dia' di asrama Faris Petra. Ditemani jiran (Mokcik dan KakSoh) juga Ibu saudara kesayangan K'Iniey dan si kecil HAurul - (kerana Abah tiba-tiba mendapat panggilan untuk jadi wakil PPD ke Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan) maka menjadikan rancangan sedikit berubah. Namun alhamdulillah, ia tetap berjalan dengan baik, dan kami dapat meraikannya ramai-ramai di sana dengan insan yang ada. Makan-makan kFc, juga mee goreng sedap masakan K'Iniey, air cendol dan sirap ais buatan kakak di bawah pohon rendang Faris, beli-beli buku PMR setengah dozen untuk dia seorang, juga mnyediakan perlengkapan untuk dia exam supaya lebih bersemangat, menjadikan saya puas kerana kami mampu memberikan senyuman kepadanya di hari istimewa (walaupun lewat sehari kerana hanya Jumaat waktu untuk melawat). DAn supaya dia tahu, kami juga tidak lupa kepadanya,
walaupun tanpa MA.


syahmi, adik yg matang dari usianya :)


Ini kerana Ini jualah yang sering dilakukan MA.

Mengingati hari penting anak-anak dan menziarah kami di kediaman adalah antara manifestasi Cinta yang sering dilakukan MA & Abah kepada kami anak-anak sepanjang hidupnya. Saban orang akan diraikan, malah sering saja hari jadi atau saat kami mendapat anugerah disambut sederhana dirumah atau dimana-mana (yang femesnya di sbelah Pantai Timur. siapa dapat nombor 1 dapatlah merasa kFc =p). Untuk sambutan hari jadi, Arwah akan memasak mihun goreng kesukaannya, juga sesekali Ma akan membuat kek masa kami kecil-kecil dulu. Setidaknya MA akan menempah kek untuk kami dan menjemput anak-anak yang selainnya dikampung kami untuk turut serta. Abah akan mengaminkan. Seorang MA yang sangat meraikan.. Dan seorang yang sering memberikan kebahagiaan tatkala siapapun kami. Sekecil mana dan sejauh mana pun kami, adik-beradik Ma tidak bezakan, semuanya berkongsi kebahagiaan yang sama di bawah kasih luar biasa seorang ibu bernama MA yang mengasuh kami sejak dari sentuhan pertamanya. Dan saya yakin rata-rata diantara kita semua bertuah kerana pernah dan masih merasai kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari seseorang yang bernama MA, IBU atau UMMI dan sebagainya ini.

Itulah insan yang tidak pernah kering perhatian dan kasih sayang kepada anak-anaknya. Tiada galang gantinya.

Justeru itulah kenapa saya sangat-sangat tersentuh apabila membicarakan soal adik-adik.Saya tahu sebagai seorang kakak, bererti saya terlebih dahulu merasakan kasih sayang seorang MA dan keluarga berbanding mereka. Dan kasih sayang itu mungkin 'lebih lama' saya meraihnya dihadapan mata berbanding yang adik-adik yang datang kemudian. Terutama adik saya yang bongsu, Madihah yang hanya sempat 6 tahun mengecapi hidup bersama seorang MA, maka apakah yang patut saya expect daripada beliau. Adakah saya harus marah dan mengarahnya memberus kasut sekolah sendiri ketika ini, atau memberus baju sekolah sendiri sampai putih melepak seperti asal, mengarahkannya memasak telor goreng sendiri, atau membiarkan saja dia mengexpresikan perangainya dengan menangis tak berhenti 'meraung-raung' tidak difahami apabila tidak kena apa kehendaknya. PAdahal apa yang diharapkannya pada umur itu hanyalah 'pujukan'dan 'belaian' seorang ibu, atau seseorang yang boleh membela dirinya..Mahu kita memahami apa mahunya dia dengan seadanya..




afiqah, kak iyah & dik dihah =p

Jika diingat-ingat sewaktu umurnya, bukankah MA lah yang membuat segalanya juga ketika saya kecil sebegitu. Malah mungkin insan inilah yang paling sabar melayan karenah ke-7-7 anaknya sejak dari merah tapak kaki hinggalah menerjah ke alam dewasa demi membesarkan setiap orang daripada kita. Maka pernahkah kita bersyukur dan berterima kasih pada Allah yang memberi peluang kepada kita merasai 'kasih sayang tanpa syarat seorang ibu' ini walaupun hanya sekejap cuma...

Itulah kenapa Allah sangat-sangat memperingatkan kita tentang peri pentingnya berbuat baik untuk anak-anak yatim. Kita bertuah jika pernah mendapat kasih sayang yang sempurna dari ibu bapa sejak dari kecil.. pernah kah kita terfikir dengan mereka yang 'tidak pernah' atau hanya 'sekejap cuma' berpeluang merasai nikmat merasai kasih sayang seorang ibu dan ayah. Atau mungkin kepada adik-adik kita sendiri, yang mahunya mungkin seorang ibu yang sama. YAng kasihnya tidak berubah walau zaman sudah berubah.


Haniff dengan arwah ma,
sebelum berangkat ke german..


HANIFF. Inilah adik dan 'abang 'yang sangat bermakna dalam kehidupan kami. Meniti hari-hari tanpanya disisi, membuatkan hati semakin rindu untuk bertemu dengannya. Apapun alhamdulillah, Mendengar suara ceria Haniff dan membaca perkembangannya di blog sudah cukup membuatkan saya tersenyum dalam keharuan. Adik ini sangat tabah dan kuat. Saya pun mungkin tidak sekuat beliau.. Walaupun adik, tapi dialah seolah 'abang' untuk kami, sentiasa berada dekat melindungi, sentiasa memaknakan diri untuk memberi dan men'jadi' walau dengan jasadnya yang agak jauh dari kami. Tidak pernah lupa kepada keluarga malah seseorang yang sangat optimis diri. Dialah penasihat yang sering berada disisi, memberi motivasi disaat saya rasakan dialah yang seharusnya mendapat perhatian yang lebih dari yang lain. Namun tidak pernah sesekali dia merungut atau menunjukkan kesedihannya kepada kami.

Ujian yang dialaminya tentu lebih perit dari apa yang pernah saya rasakan.
Namun saya tahu, betapa Allah sangat menyayanginya... Bukankah ujian-ujian itu didatangkan untuk mematangkanmu. Yakinlah adikku, Allah sedang mempersiapkan mu untuk menjadi Imam yang terbaik kepada orang di sekelilingmu kelak dan menggantikan kesabaran mu dengan sesuatu yang lebih berharga daripada itu.

Saya tidak tahu ucapan bagaimana lagi harus diucapkan kepadanya.
Betapa kami amat bangga dan bersyukur dikurniakan seorang adik yang sangat 'luar biasa' .

Sekarang Haniff sudah 20. tapi saya yakin jiwanya lebih besar dan matang dari usia itu.


Alhamdulillah..doamu dimakbulkan jua


Terima kasih adikku,

Yakinlah Betapa 'MA' & Abah pasti amat berbangga dengan mu..

Thanx for every single thing, and may Allah grant u strength and happiness in every seconds of your life.

Teruslah menerjah awan, mencari makna besar dari sebuah pencarian hakiki.
Milik Ilahi.

SELAMAT HARI JADI. Terima kasih kepada Ma yang telah melahirkanmu. Juga kepada Abah yang terus tabah membesarkan kita semua.

BerteRIMA KASIHlah kepada ALLAH,
kerana dengan izin-Nya jualah kita semua dipertemukan,
dan kelak kepada-Nya jualah kita akan dikembalikan..

EID MILAD SAIED, MOGA TERUS DEWASA DENGAN IMAN.

Salam sayang penuh kecintaan,
-ABAH, Abe Pu, Kak Rah, Kak Ah, Syahmi, Mahirah & Adik MAdihah.
Kuala Besar, KB.

untuk adik-adikku, kalian INSPIRASI HATI untukku terus berjuang!
terima kasih atas segalanya...




Sabda Baginda saw:
"Orang yang terbaik di antara kamu ialah orang yang berbuat baik
kepada keluarganya, dan akulah yang paling baik terhadap keluargaku."


3 comments:

Yang dekat sokmo said...

Selamat HAri jadi untuk syahmi & Haniff. mg 2 org adik laki ni akan mampu jadi wakil terbaik buat keluarga kelak. =)

slm perjuangan

zaf said...

muslihah...sweet.....

hehe...sure adik haniff ni jadikan kak ah dia inspirasi hebat jugak..

kan ah kan?

tak sabar nak jumpaaaaaaa kamu!

Ahyana Solehah said...

Jzkk buat yg dekat sokmo tu dan shbt yang kucintai segenap jiwa =p ms zaffan!!... kamu dan shbt2 adalah inspirasi saya selamanya ^_^