Monday, August 22, 2011

Abah adalah Heroku. Cintaku.




Abah..

Ku tahu..

Redha Allah itu terletak kepada redhamu

juga redha almarhumah ibu..

Allah.. Betapa Hati ini rindu.

nasihatnya. butir2 bicaranya yang menenteramkan. dan doa2nya yang mendamaikan..

tak terhitung doa mu. di setiap solat dan sujud mu, yang tanpa pengetahuan kami..

malah bila kau membawa diri ke tanah Suci, kau tetap membawa nama2 kami untuk dihadapkan kepada Allah..

Walaupun merasakan diri sudah dewasa, tapi aku masih seperti dulu.

tetap Anak Abah...


Walaupun merasakan diri ini telah mampu berdikari, rupanya aku masih memerlukan Abah.

Di saat ku merasakan adanya seseorang yang mampu 'mengganti' tempat abah untuk menjagaku,

Allah lebih tahu bahawa aku SEBENARnya masih memerlukan Abah..

apabila abah memandikan aku di dalam satu tapaknya, tangan itu jugalah yang mengusap lembut kepalaku sehingga kini memberiku semangat untuk meneruskan perjuangan.

agar terus menjadi seorang yang 'Muslihah' dan serikandi sejati yang menempa jaya.

kebanggaan diri dan keluarga.

kepuasan untuk Agama.

Ya Allah. bantulah aku untuk menggembirakan dirinya..

bantulah aku untuk menjadi anak cerdik solehah yang sentiasa membanggakannya.

anak yang mampu menjadi jalan untuk dirinya ke Syurga-Mu....

Abah yang sentiasa memberikan inspirasi untuk aku meneruskan hidup.

menghidupkan sebuah perjuangan yang berpaksikan kerana-Nya.

yang mahukan aku dan anak2 sentiasa bahagia dan berjaya mencapai apa yang terbaik dalam hidup ini dan akhirat.

Izinkan kami pula memenuhi hajat2 mereka ya Allah...

dan izinkanlah kami menjadi penyejuk2 mata yang menggembirakan mereka sepanjang hidup ini
ya Allah.

menjadi bekal berharga buat mereka. bukan yang me'nyusah'kan mereka di dunia mahupun akhirat..

Jauhkan kami dari menjadi punca kegusaran mahupun kesedihan kepada mereka..

Amin Ya Rabbal A'lamin...




"Rabbighfirlana waliwalidayya warhamhuma kama Rabbayana soghira..."

Ya Tuhan kami ampunilah dosa2 kami, dan dosa kedua ibubapa kami, dan kasihilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami semenjak dari kecil."..



-Aku yang kuat kerana Abah-
Terima kasih ALLAH untuk 'wali' kehidupanku..









2 comments:

AsSalafi said...
This comment has been removed by the author.
AsSalafi said...

subhanaAllah, Allahumma amiiin...