Tuesday, August 23, 2011
Modul Indah dari Nabi : mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut
Seusai solat terawih di Masjid Salam semalam, hati-hati kami sekali lagi dihidangkan dengan santapan moreh rohani dari ustaz. Bagus juga setiap malam (dari ahad hingga Rabu), pelajar-pelajar Malaysia diberikan ruang seketika oleh pihak masjid untuk menyampaikan tazkirah. Terasalah betapa bermaknanya terawih di Mesir ni...:j malah ustaz-ustaz dan ikhwah medik kami juga seringkali menjadi imam untuk solat isyak dan terawih. Ini merupakan satu penghargaan dari warga Arab tempatan kepada pelajar-pelajar malaysia di sini... Alhamdulillah.
Semalam tazkirah yang disampaikan oleh ustaz [alamak, x pasti la pulak ustaz apa, x dapat nak cam suara pulak semalam] menyampaikan tazkirah yg tidaklah berkaitan dengan Ramadhan, tetapi sesuatu kisah yang amat baik untuk kita sama-sama mengambil hikmah darinya. Kisah ini memang telah banyak kali saya baca dan dengar sebelum ini, tetapi semalamlah kira paling faham dan menyentuh hati. tak sangka pulak begitu bermakna kisah ni.. :) nak tahu kisah apa...
na...ini dia.... "MANGKUK YANG CANTIK, MADU & SEHELAI RAMBUT.."
Abu bakar r.a. berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.
Umar r.a. berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Utsman r.a. berkata, “ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
‘Ali r.a. berkata, “tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Fatimah r.ha.berkata, “seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah di lihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Rasulullah SAW berkata, “seorang yang mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan ‘amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat ‘amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Malaikat Jibril AS yang turut hadir berkata, “menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Allah SWT berfirman dalam hadis qudsiNya, ” Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
SUBHANALLAH... :j indahnya perumpamaan-perumpamaan yang dibuat..
Semuanya adalah tidak lain dan tidak bukan untuk kita berfikir...
“Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka tahu bahawa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, “Apa maksud Allah dengan perumpamaan ini? Dengan (perumpamaan) itu banyak orang yang dibiarkanNya sesat, dan dengan itu banyak (pula) orang yang diberiNya petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu selain orang-orang fasik” (al-Baqarah: 26)
wallahualam...
p/s: sangat tertarik dengan komentar saidatina Fatimah. betapa ia sangat mengangkat martabat wanita Islam dan solehah di sisi-Nya :)
Apatah lagi kalam dari Allah, malaikat, Rasul dan para sahabat..
Subhanallah..
beruntunglah bagi mereka yang dapat mengambil hikmah darinya.
Ahyana
pagi Subuh
Syarqiyah Zaqaziq
24 Ramadhan 1432H
"kehidupan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu,hidupnya seorang hamba allah yang bertaqwa lebih manis dari pada madu ini,namun menjalani kehidupan dengan meninggalkan dan tanpa melakukan maksiat lebih sulit daripada meniti diatas helai rambut".
Labels:
Ardhul Kinanah,
tazkiyatun nafs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment