Wednesday, August 24, 2011

Nur Syahadah di Bulan Ramadhan...

SESUNGGUHNYA hidayah itu datangnya mutlak dari Allah SWT. Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam.

Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.


Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam.


# Ketua AMK Cabang Sekijang, Raymond Ng Kien Seng juga telah memeluk agama Islam dan telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nor Hasnanie Jamil, Setiausaha PKR Cabang Sekijang pada 22 Ogos yang lepas. Alhamdulillah...Cahaya Ramadhan...Allahuakbar...

Alhamdulillah...

Semoga keduanya menjadi Muslim sejati dan Kembali kepada Fitrah sesuci AidilFitri yang bakal menjelang tiba. Dan semoga lebih ramai lagi yang terus menerima Cahaya Kebenaran Islam..
Kembali kepada Fitrah.


إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Sesungguhnya kamu tidak boleh memberikan hidayah terhadap orang yang kamu sayangi, tetapi Allah SWT sahaja yang boleh memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Tahu tentang orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Qasas:56)


link :

http://bloglistpolitik.blogspot.com/2011/08/akhirnya-cheryl-chew-memeluk-islam.html
http://greenboc.blogspot.com/2011/08/ketua-wanita-bukit-gelugor-ketua-amk.html


0 comments: