Buat jiwa2 yang ber'tuah' diuji...
YAKINLAH, YAKINLAH,
Teruskan Doa dan Usaha terBaik semampumu.
Letakkan Sepenuh pergantungan-Mu kepadaNya.
Teruslah mengharap ''Busyra'' dari Allah.
Kerana Janjinya tidak pernah mengecewakan.
“Dan apabila bertanya hamba-hamba-Ku kepada engkau tentang Aku, maka (katakanlah), ‘sesungguhnya Aku adalah Maha Dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa jika dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka memperkenankan (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka sentiasa dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah: 186)
“Janganlah kerana terlambatnya pemberian Allah itu walaupun engkau telah berdoa bersungguh-sungguh menyebabkan engkau berputus asa. Ketahuilah, bahawa Allah telah menjamin untuk memperkenankan segala permintaanmu berdasarkan yang telah dipilihkan-Nya untuk engkau, bukan atas apa yang engkau pilih untuk dirimu, dan pada waktu yang sudah dikehendaki-Nya untuk engkau, bukan pada waktu yang engkau kehendaki.” (Ibnu ‘Athaillah)
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,sedangkan ia adalah amat buruk kepadamu. Dan Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 216)
Hadith Rasulullah s.a.w:
“Tiada seseorang pun yang berdoa melainkan Allah pasti akan mengabulkan doanya atau dihindarkan bahaya daripadanya atau diampuninya sebahagian dari dosanya selama dia tidak berdoa untuk sesuatu yang mengarah kepada kemaksiatan atau untuk memutuskan hubungan silaturrahim.”
Athsar sahabat r.a:
“Sesungguhnya seorang hamba Allah berdoa kepada Tuhan Azza wa Jalla, maka berkatalah Allah kepada malaikat-Nya, ‘perkenankanlah kemahuan hamba-Ku itu, tetapi janganlah diberikan dengan segera. Tahan seberapa ketika, kerana Aku sangat suka mendengar doanya.”
IKHLAS, SABAR, REDHA, Bangkit, Ubah Strategi dan Bersangka Baik dengan Allah. :)
0 comments:
Post a Comment