Thursday, September 08, 2011

Subhanallah, IndahNya Hidayah-MU.



Saya yakin ianya terlahir dari sebuah getaran keimanan.
Alhamdulillah, sejuk hati tengok semakin ramai artis-artis Malaysia dah ramai yang berubah ke arah yang lebih baik dan semakin memahami Islam. InsyaAllah semoga perubahan ini akan memberi lebih banyak inspirasi kepada mereka yang masih tercari2 apa makna kebahagiaan hidup selama ini. Kebahagiaan itu Bukan terletak pada populariti, wang yang banyak, kecantikan dan pangkat, tetapi Kebahagiaan dan Ketenangan itu adalah apabila kita mengingati Allah...dan kembali kepada jalan-Nya yang sebenar.. kembali kepada SATU2nya jalan keselamatan yakni ISLAM.

Subhanallah, Betapa tidak mustahil untuk seseorang itu berubah dengan izin Allah,
tetapi Hidayah itu mestilah dicari..bukan dinanti..

[credit to TV9 yang menghasilkan siaran yang menarik untuk ditontoni sepanjang Ramadan yang lepas]...semoga memberi manfaat buat semua.

Firman Allah dalam surah Al-Qasas yang bermaksud :

28-56: "Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah), dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk."


kepada mereka2 yang terpilih ini, semoga terus istiqamah dengan penghijrahan. dan semoga menjadi icon yang baik untuk semua masyarakat. Insyaallah.

Teruskan belajar dan mencari ilmu. Kerana dari Ilmulah kita mampu mengenal Islam.
mengenal sirah baginda dan perjuangan.
mengenal tujuan Agung sebuah kehidupan.

semoga kita semua terus lurus di jalan yang Lurus....... InsyaAllah..

Saksikan bagaimana mereka mencari dan bertemu Cahaya Kebenaran..~

Ini Kisahku : Wardina Safiyyah



Ini Kisahku : Syam Kamikaze



Ini Kisahku : Catrionna Ross


Ini Kisahku : Amer Munawer



Ini KIsah Mereka, bagaimana Pula dengan kisah Kita?...

p/s: dan Apa alasan lagi buat mereka2 yang tidak mahu berubah?..

~sama2 muhasabah~



0 comments: