Friday, September 09, 2011

Man Ma'aki? "RABBI Ma Aya..."



Susai solat hajat semalam sempena imtihan dhur tani dan buat sahabat-sahabat 5th year yang akan menduduki final exam dan juga sahabat-sahabat farmasi, kami dihidangkan dengan sedikit kalam taujihad dari ukhti Syafi'ah [ketua yang handle majlis solat hajat di rumah saya]. Beliau menceritakan satu pengalaman menarik sewaktu ke Umrah baru-baru ini, dan kisah itu sememangnya sangat berkait rapat dengan kami pada waktu ini. yakni TAWAKKAL dan bagaimana pergantungan dengan Allah Swt di saat susah mahupun senang. [dalam konteks kita sebagai mahasiswa- read : bagaimana tawakkal di musim imtihan :j]

Kisahnya begini.

2 orang sahabat saya ini diuji dengan kehilangan beg mereka sewaktu di Makkah tempoh hari... banyak juga barang berharga di dalam tu, duit saja lebih kurang 400 USD.. pada niat asalnya mereka ingin iktikaf di Masjidil Haram pada malam itu, namun dek kerana kesedihan yang teramat, mereka mengambil keputusan untuk pulang setelah selesai solat hajat, dengan harapan beg yang hilang akan dijumpai kembali. Bumi Barakah, mereka yakin pastinya punya pelbagai hikmah, namun mereka juga menantikan apa hikmah yang sedang Allah ingin berikan dari ujian yang ditimpakan itu.

Dalam perjalanan pulang, mereka melalui seorang makcik tua yang kelihatan berseorangan,
dan bertanyakan sesuatu kepada mereka.

Makcik itu menanyakan kepada mereka dimana "Babul Haram".


Dalam kesedihan, terlintas juga samada hendak melayan pertanyaan makcik ini atau terus saja pergi. Ditambah pula dengan kesedihan dan fikiran yang berkecamuk baru kehilangan barang berharga. Namun Alhamdulillah akhirnya mereka gagahkan diri juga dan memilih untuk membantu. Mujurlah keduanya faham dan pandai beberapa ayat arab Fushah di campur dengan ammiyah mesir. Dapatlah juga bercakap beberapa patah perkataan dengan makcik itu.

Tengok kiri kanan, macam makcik ni keseorangan di tengah2 kota Mekah tu. Tetapi macam mustahil juga sebab melihat keadaannya yang sudah tua dan lemah bersama kerusi lipatnya, takkan lah berseorangan saja untuk membuat Umrah. Jadi mereka bertanyakan di mana ahli keluarga dan dengan siapa makcik tu datang. datang dari mana dan sebagainya. Mana tahu boleh dibawa kepada ahli keluarga mereka.

Italic
"Man maa'ki ya mama?"

[siapa bersama mu mama?/datang dengan siapa?]


sambil tersenyum, beliau menjawab,


"RABBI MA AYA."

[Allah bersama saya]


Allah.. hampir tergamam keduanya mendengarnya.

Saya yang mendengar cerita inipun hampir bergenang air dimata.

Subhanallah. hebatnya pergantungan makcik ni...

BEtapa YAKIn dia Bahawa ALLAH yang bersama dia dan akan Menjaganya,.

Walau di tengah-tengah kota Mekah yang besar dan dipenuhi ribuan dengan manusia itu.

Hebatnya keyakinan makcik ini. yang jarang-jarang kita dapat temui di kalangan kita.

Kedua sahabat saya ini akhirnya membantu makcik tersebut untuk masuk ke Masjidil haram.

Walau dengan sedikit kepayahan dan mengambil masa yang sedikit panjang untuk berjalan, namun alhamdulillah akhirnya beliau sampai jua ke tempat yang dituju. Ya . SAMPAI.

Sahabat-sahabat perasan tak apa hikmah dari kisah ini?

Di saat kita merasa sesuatu mustahil untuk dilakukan oleh seorang perempuan tua yang lemah, berseorangan, tanpa kekuatan dan bantuan orang pada awalnya, namun beliau dengan ketinggian tawakkal dan keyakinannya pada Allah, akhirnya dapat jua memenuhi hajat dan impiannya - untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.

Mungkin kah HARGA "Tawakkal" makcik ini lebih besar dari harga barang berharga sahabat2 saya yang hilang itu, sehinggakan tanpa kemampuan akal kita berfikir, akhirnya mereka menjadi asbab untuk makcik ini dapat sampai ke sana dengan izin Allah?

ya. menjadi Pilihan dan menjadi jalan pertolongan dari Allah untuk makcik ini sampai ke sana.

Mungkin dari doa-doanya. dari ketinggian TAWAKKALnya. Semuanya yang di Dengar ALLAH.

Dan saya yakin, Walaupun sahabat2 saya diuji dengan peristiwa 'kehilangan barang' pada malam itu itu, namun pastinya mereka bersyukur kerana ia menjadi asbab untuk mereka beroleh sesuatu pengajaran yang lebih besar dan lebih berharga dari perjalanan kisah makcik ini.

yakni HARGA SEBUAH TAWAKKAL.

Justeru Bagaimana tawakkal kita?

Adakah kita bertawakkal dengan 'mata' dan 'usaha' kita untuk sesuatu kejayaan?

Adakah kita bertawakkal kepada 'kecantikan kita' atau 'kelebihan kita' untuk mendapat sesuatu yang diinginkan?

Adakah kita bertawakkal dengan 'harta kita' untuk segala sesuatu menjadi kenyataan?

Maka Periksa kembali Tawakkal mu.

Kerana tiadalah sesuatu yang dapat Memberi dan Meluluskan sesuatu untuk berlaku,
melainkan dengan izin ALLAH.

Kun Fayakun.

MAKA PERCAYALAH. Jika DIA berkehendak, segalanya akan terjadi.

Pasakkan TAWAKKALmu HANYA Kepada-NYA.

Jika kamu mahukan pertolongan, mintalah kepada Dia.


YA.

HANYA KEPADA DIA.

Kerana Dia tidak pernah tidak mendengar.





-Ahyana-Bold
12 Syawal 1432H
Raudhatul Basyirah

p/s: credit to my ukhti syafi'ah & syafiyah atas perkongsian cerita dari tanah suci yang saya nukilkan menjadi sebuah 'semangat' hari ini..semoga kehilangan yang berlaku di ganti dengan sesuatu yang berharga dari Allah..insyaAllah. :j


"Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda:

Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu,

peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu,

dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah,

dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah,

dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala lembaran. "

Italic
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)


"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
QS At-talaq :2-3

0 comments: