Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, 3 Syawal kini menyusul pergi. Masih tergambar keriangan hari pertama Syawal dan seterus2nya di bumi Mesir. Walaupun baru pertama kali berAidil Fitri disini, tapi pengalamannya cukup indah dan berharga untuk saya bingkaikan menjadi kenangan. Benarlah seperti kata ustaz Anhar, dimana beliau ada menukilkan satu Syair Arab kepada saya : "ightarib tatajaddad" yang bermaksud [credit to k.sal] : "Buatlah sesuatu yang pelik, kamu sdg berbuat sesuatu yang baru"..
Benar...bilamana sesuatu itu asing atau pelik pada pandangan kita, dan kita berani meletakkan diri didalamnya, di sana jualah bermakna kita sebenarnya sedang mencuba sesuatu yang baru [yakni] memproses pengalaman yang berharga untuk kita. dan disanalah proses 'belajar' sedang berlaku.Sebagaimana satu garisan, ia bermula dari satu titik garisan yang kecil. tetapi jika kita tidak berani meletakkan pensil atau pen dan bermula untuk menulis, sudah pastinya garisan itu tidak terlakar. apatah lagi untuk menghasilkan satu lukisan yang indah. pengalaman yang baru itu harus cuba untuk dilakarkan, barulah kita dapat merasainya dari kaca mata sendiri.
Alhamdulillah. Syawal pertama di Syarqiyah, seperti biasa solat Hari Raya utama untuk warga Zaqazig di laksanakan di Istad Zagaziq. [stadium yang berhadapan dengan kuliah tibb dan hospital kami]. Seawal jam 5 pagi masyarakat telah mula berpusu ke Stadium..Sayang sekali kami tiba agak lewat dan terkandas di luar stadium. tidak dapat masuk kerana keadaan yang bersesak-sesak. Syukur akhirnya bertemu shortcut dan mujurlah ada warga arab yang tolong 'angkat'kan pagar tengah2 istad tu untuk kami redah melaluinya..
Keseronokan tergambar apabila melihat kumpulan pelajar2 Malaysia zagazig yang sudah awal tiba di sana.. semuanya sibuk bergambar dan bersalam-salaman. terubat rindu kepada keluarga di tanah air. Paling istimewa sekali apabila sambutan Raya kali ni cukup meriah dengan keluarga besar ikhwanul Muslimin malah yang handle majlis tersebut pada hari itu juga adalah dr kalangan IM sendiri. memang banyak perubahan setelah revolusi Mesir yang berlaku. IM kini sudah mampu dijahkan dan men'jah'kan diri mereka tanpa segan silu lagi.. Semakin semangat apabila bergema lagu moto Al-Jihad sabiluna mereka di satu stadium. Warga2 Arab juga kelihatan semuanya bersemangat memakai banner2 IM. [maklumlah katanya zaqazig dulu antara kubu kuat pembangkang..] maka rakyat Syarqiyah ini antara penyokong kuat IM... Katanyalah. :) Tetapi keadaan di pagi raya ini cukup membuktikan segalanya.
Kami semua saling bertukar2 berita gembira.
Saling berkenalan dan menyebarkan salam.
saling berUkhwah dan mengambil semangat walau berbeza bangsa.
Ya. Mengambil semangat dari Al-Ikhwan Al-Muslimun. :)
Alhamdulillah.
HARI RAYA bersama Ikhwanul Muslimin.
Semoga memberi makna KEMENANGAN ISLAM juga semakin hampir insyaAllah.
Semoga Syawal ini memberi sinar baru buat semua.
Sinar dalam Akidah, sinar dalam Ibadah, sinar dalam Perjuangan, sinar dalam berUkhwah, sinar dalam kefahaman Islam, sinar dalam jalan menuntut Ilmu dan segala2nya. Biar CEMERLANG semuanya kerana ALLAH. InsyaAllah...
Buat keluarga di tanah air, terima kasih atas segalanya.
walau berjauhan, Syawal tetap dirai bersama.
Maaf zahir batin untuk semua yang mengenali diri ini.
Semoga kita terus istiqamah dengan amal kebaikan hasil tarbiyah Ramadhan.
dan semoga bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Insyaaallah. :)
Taqabbalallahuminna waminkum.
p/s: syukran kepada shbt2 zakzik yang membuat open house. [sahabat2 Imarah Hijau & Raudhatul Basyirah, rumah Izan, rumah K.Che', rumah K.SaL, shbt2 PERUBATAN & wakil2 dpmz].. Terasa seperti raya di Malaysia dengan rendangnya, ketupatnya. kuih rayanya. Alhamdulillah. kita tetap serupa. walau dimana dicampakkan kita tetap Anak Malaysia :j Hamba Allah yang mengAbdi kepada-Nya.
Salam Syawal dan Salam kemerdekaan.
Maknakan Aidilfitrimu sesuci Fitrah.
Salam Perantauan dari RB :)
Dukturah Ahyana
4 syawal 1432H
Raudhatul Basyirah
arsSyarqiyah
Egypt.
0 comments:
Post a Comment