Wednesday, July 22, 2009

Kisah Marwa, bukan kisah 'biasa-biasa' untuk kita pinggirkan......

Kisah Marwa Al-Syerbini mungkin sudah hampir sebulan berlalu. Namun samada kita umat Islam di serata dunia concern tentangnya atau tidak, dan terkesan dengan kes pembunuhan kejam yang berlaku, sama-samalah kita checklist diri sendiri. Maruah umat Islam diinjak-injak, islamophobia dan salah faham semakin menular. Adakah kita hanya mahu terus berdiam diri tanpa rasa 'apa-apa'... Isu global sebegini, sewajarnya membuka mata kita untuk lebih mencintai Islam dan meletakkannya di tempat tertinggi. Sama-samalah kita duduk sejenak berfikir apa yang harus kita lakukan untuk Islam. Moga-moga tiada lagi umat Islam menjadi mangsa tragedi seperti Syahidah Marwa.

Untuk Marwa, Terima kasih kerana mempertahankan maruah tertinggi Islam. Moga syahid milikmu..

Original posting :
DIBUNUH KERANA BERTUDUNG, MENGAPA BERITA INI DITUTUP?

(dipetik dari laman sahabat-Wann)
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html
)

JENDELA GLOBAL


Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?
However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.
Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Di angkat dari:
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html




Komen Blog Ibnu Hasyim: Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak.


http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/kisah-wanita-pahlawan-jilbab.html

2 comments:

Anonymous said...

bila pertama kali dengar berita ni memang rasa geram yang amat sangat bagai kt dunia ni dah tak ada apa yg dinamakan keadilan.Orang islam dibunuh dengan begitu shj dan pihak media tak keluarkan berita ini secara detail.Yang peliknya penikam tu boleh bawa pisau masuk mahkamah...apa cerita dengan pihak polis yg jaga pintu masuk?...bagai semua telah dirancang...oleh musuh2 islam.

Anonymous said...

salam..syukaran mus share bite ni..umat islm perlu sensitif nga isu ni..lihat lah..umat islm dibunuh begitu shj..hmm.nk tambah skit..umat islam xyah lah simpati sgt2 ttg kematian setiausaha politik tu...hadir mjlis keagamaan diorg..masih ramai umat islam yg mati tanpa simpati n pembelaan ..diorg xder simpati kpd umat islam..maaf ..emo skit..wallahualam...wslm