Friday, July 31, 2009

Konsert Antara Dunia yang Memukau...



Menampilkan..

Rabbani
Raihan
Hijjaz
Shoutul Harokah (Indonesia) ----->> x sabarnya nak tengok live kump Shouhar ^_^
Nibras (Makkah)

dan banyak lagi...

MAri gegarkan hati dengan lagu2 jiwa dan jihad,
manifestasi dari cinta kepada-Nya...

Jumpa di sTadium Melawati esok, insyaallah... =)


Buat sahabat Gamis dan Staff Rabbani Production, Tahniah atas program yang julung2 diadakan. Melihat kesungguhan kalian selama berbulan2 ini, dan sanggup berkampung di Stadium dengan apa adanya sejak beberapa hari yang lepas bersama antum, saya amat mengagumi segala penat lelah yang dihamburkan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dalam redha-Nya. Insyaallah.

Ayuh semua, jom meramaikan dan memeriahkan stadium Melawati dengan roh islami esok malam!

Hayya Hayya Hayya bil Jihad...... Insyaallah! =)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sekadar update dari konsert : [selepas konsert]

KONSERT ANTARA DUNIA 09

Tarikh : 1 Ogos 2009 (Sabtu)
Tempat: Stadium Malawati Shah Alam
Anjuran: Gamis dan Rabbani Production

iLuvislam.Com telah menghantar seramai 10 orang krew untuk menjadi sebahagian dari urusetia konsert.Calon- calonnya adalah seperti berikut :

1. Mr. Lisam (Moderator Umum)
2.Mr Aman Shah (Artikel Team)
3. Mr Ridz (Wakil IPT)
4. Ms Aina (Event Team)
5. Ms Fiqah (Wakil IPT)
6. Ms Aimi (Artikel Team)
7. Ms Isma (Wakil IPT)
8. Ms Muslihah (Medic Team)
9. Ms Saidah (Wakil IPT)
10.Ms Fizah (Wakil IPT)

Sekilas event..

31 Julai 09
5.30 : Meeting bersama Gamis

1 ogos 09
7.30 pg : Semua berkumpul di hadapan stadium

8.00pg : Mulakan tugas utk pendaftaran pertandingan nasyid terbuka

9.00pg: Pertandingan nasyid bermula

11.00pg: Pentas Anak Muda

12.30 pg: Pertandingan mewarna

2.30ptg : Busana Muslim Si Cilik

5.30ptg : Chit Chat Dai'e

8.30mlm: Konsert Antara Dunia '09 (Rabbani,Raihan,Hijjaz,Shoutul Harakah,kump dr Saudi Arabia

1.00pg : Sidang Media

Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan dengan baik.. Konsert ini sangat2 memuhasabahkan diri..malah tidak kurang yang menitiskan air mata..Ia cukup2 bermakna dan menusuk ke hati.. Insyaallah, mudah-mudahan lebih banyak lagi event sebegini yang dapat dijalankan kelak di masa hadapan. Syabas buat semua team Gamis dan yang menjayakan. Antum telah buktikan yang mahasiswa kita tidak hanya pandai berteori. Betapa Mahasiswa Memimpin Perubahan dengan Islam.

Insyaallah, moga terus istiqamah semuanya...

Fastabiqul khairat!~

2 comments:

mushroomHONEYDEW said...

salam..kak mus jd krew utk konsert tue ek..msti seronok..non nk pg tp ade hal plak..ingt bru nk join member2 yg pergi..huhuhu

Ahyana Solehah said...

wslm wbt,..alhamdulillah, konsert dah berakhir smlm. syukur pd Allah smuanya dipermudahkan..penuh satu stadium..alhamdulillah, kakmus pun sgt2 dpt banyak manfaat msa knsert yang berlangsung ni. smpai x sedar ada air suam menitis kat pipi. sgt terharu dgn konsert semalam. Allahuakbar! Mg bertambah cinta dan rindu kepada-Nya..