Monday, July 20, 2009

Durian Cinta

Alhamdulillahirabbil a'lamin.

Syukur kepada Allah, setelah beberapa hari berkampung di Kelantan, kini kembali semula meneruskan perjuangan di medan permusafiran ilmu. Adik (Haniff) juga sudah selamat tiba di Malaysia pada pagi khamis yang lalu. Alhamdulillah, tak terkata gembiranya menyambut di KLIA tempoh hari. Bagaikan berjanji, sampai-sampai saja terus nampak kelibat beliau yang baru berjalan keluar dari entrance gate kLia. Setahun setengah tak berjumpa, pastinya banyak perubahan yang berlaku. Antara yang paling ketara cakapnya semakin laju, malah berjalan pun mengalahkan doktor yang diketahui bergerak pantas. Sehinggakan tak terlarat nak kejar, alih-alih diri ini yang kena sound "kalu kat german jalan macam ni mesti kena tinggal doh"..heheheh..

Alhamdulillah, rezeki juga berpeluang menaiki pesawat MH5 Malaysia Airlines bersama adinda tersayang. Awalnya langsung tidak dirancang, dan merancang hanya untuk balik dengan bas, tetapi memandangkan lecture tiba-tiba dipostpone last minute, maka memberi ruang kepada diri untuk balik bercuti secara aman dan 'sah'.=) Pucuk dicita ulam mendatang, Sungguh perancangan Allah adalah yang terbaik.

Di airport Kota Bharu family telah setia menanti bersama keluarga pakcik dan makcik yang ramai. Semuanya tidak sabar nak bertemu 'orang german'., Paling mengujakan haniff sehingga menyebabkan beliau sedikit 'menjerit'adalah apabila melihat adik Dihah yang tembam dan sungguh berisi, 10 kali beza pada saat beliau berangkat ke german dulu. Ha..baru tahu.... inilah budak kecik yang sangat suka makan. Terutama sekarang musim durian, itulah buah fevretnya, pendek kata satu bijik tu tak cukup untuk beliau seorang.

Adik itu memang pantang nampak durian.

Balik ke kelantan hujung minggu lepas memang cukup puas hati. Selain dapat jumpa haniff, 2,3 hari memang memulun durian dengan jayanya. Abah dah borong satu bonet kereta durian untuk kami. Maklumlah kebun Abah warisan guru besar Sk Peria menjadi lagi tahun ni. Memang puas hati anak-anak abah dapat me'ranggoh' raja buah ni. Malah Pulut durian menjadi penyambut kami untuk hari pertama di rumah. Alhamdulillah, hasrat kali ini tertunai jua akhirnya. Untuk balas dendam makan durian. =)




Pulut durian memang juadah wajib kami bila tiba musim durian sebegini. Yang paling significant, Inilah merupakan makanan kegemaran arwah ma. Jika dulu masa arwah ma masih ada, beliaulah yang selalu buat pulut durian dan siap adakan majlis makan-makan bersama keluarga. Maka akan datanglah pakcik dan makcik ke rumah kami semata-mata untuk menjamu pulut durian air tangan ma. Duduk ramai-ramai bersila di ruang dapur menikmati durian yang manis lagi melazatkan sambil2 berkongsi cerita mengerat ukhwah.Rugilah bagi mereka yang tidak suka atau tidak pernah merasai buah durian, sama seperti jauhari mengenal manikam, kerana rasanya tidak mampu digambarkan dengan kata-kata atau diekspresikan melalui teori. Hanya yang pernah rasa sahaja akan mengetahui bagaimana rasanya durian.

Jemput durian dan lepok durian juga merupakan antara favourite saya. Apatah lagi tempoyak. Anak abah yang seorang ini memang hantu budu dan tempoyak. Jika beri saja nasi putih,bersama ikan bakar atau ulam-ulam seperti 'pucuk teghe', petai, kacang botol, plus budu (yang didalamnya wajib letak asam limau dan cili padi), dan juga tambahan aksesori-tempoyak, maka bersiap sedialah untuk diri ini menambah 2,3 pinggan. Cukuplah lauk itu, hari-hari pun xpe saya boleh makan. Saya pun tidak tahu kenapa terlalu minat akan hidangan ini, ta;i itulah juadah kesukaan saya sejak dari kecil. Sampaikan dulu jika balik saja bercuti dari Sekolah (masa tu duk asrama kat johor dan jarang-jarang dapat balik kelantan), arwah ma mesti awal-awal lagi menyiapkan tempoyak untuk anaknya yang seorang ini. Dan saya tahu ma tak pernah lupa kegemaran saya. Begitu juga abah, petai akan dibeli bila Muslihahnya ini balik ke rumah. Jika budu habis maka silalah dibeli.Masa itu famous budu cap ayam @ budu cap teghe lah. Budu kampung lagi sedap.(Yang buat sendiri tu) Apatah lagi kalu makan dengan tempoyak.


nyum..nyum.... (ha...Inilah rupanya budu bagi sape yang tak tahu)
sedap tau.... sehingga menjilat jari =p rugi kalau tak cuba


Pernah ada jiran yang tahu saya suka makan tempoyak, satu botolnya diberi. Tapi ia tidaklah rasa seperti tempoyak arwah ma.. Hanya tempoyak buatan ma yang menjadi kesukaan saya. Sejak ma pergi, saya sudah lama tidak merasakan tempoyak itu. Terlalu rindu rasanya. Pernah air mata saya mengalir teringatkan saat-saat manis jika saya pulang ke kampung, Ma mesti tak pernah lupakan makanan kegemaran anakandanya yang seorang ini. Saya tahu setiap anak mak pasti ada masakan kegemaran masing2, dan mak akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan favourite kami masing2 setiap kali pulang ke rumah. (Masa zaman duk asrama dulu-dululah). Ada yang suka ayam masak pedas, ada yang suka sup tulang, ada yang suka goreng-goreng saja. Namun saya antara yang paling mudah untuk diingat, kerana ma dan abah tahu, saya amat suka makanan kampung ini. Cukup budu, ulam dan tempoyak, dan ada sikit ikan bakar pun jadilah, itu dah boleh menjamin saya makan dengan seleranya. Itulah trademark saya, tidak susah, tapi penuh value dan significant kerana saya tahu tidak semua orang suka makan budu, tapi sayalah seorang peminatnya!

Sekarang bila arwah mak dah tiada, diri agak merindukan kenangan-kenangan bersama arwah. Kini tiada lagi tempoyak sedap ma. Jika buat sendiri pun belum tentu sesedap itu. Tiada lagi orang yang akan bersemangat menyediakan makanan kegemaran anaknya ini. Namun Saya akui, tak selamanya kita akan didepani dengan apa yang kita suka. Saya bersyukur, tiap kali balik kelantan, saya masih sukakan budu dan masakan kampung ini. Saya tidak mahu menjadi seperti si tanggang, baru sahaja keluar ke bandar terus menjadi orang yang lupakan kulit. Makanan kegemarannya yang dulu hanyalah pisang rebus, tapi bila dah jadi orang mewah, terus melupakan mana asal-usulnya. Malah emak yang tidak pernah lupa untuk menyediakan makanan kegemarannya pun diherdik malah makanan itu dilempar ke tepi. Apa hina sangatkah makanan kampung di kaca mata orang berpangkat?. Saya berdoa saya tidak benci budu satu hari nanti. Tak sanggup rasanya berpisah dengan budu dan tempoyak, biarlah ada orang tak suka, tapi saya suka. Saya pernah dibesarkan kasih sayang budu dan tempoyak airtangan ma. Dan saya bangga kerana saya pernah berjaya kerananya.=)

Balik rumah hari tu, saya menelefon abah dari shah alam. walaupun abah sibuk dengan Prk manik urai masa tu, saya tahu manik urai juga masih lagi berpesta durian. Ada kebun durian di depan rumah kami.

"Abah, durian banyak lagi kan? Balik ni nak makan durian, Abah bawak banyak2 deh"

He...macam diri ni pulak yang duk german. Saya pulak yang mengidam lebih. Saya buat permintaan tu pun untuk haniff sebenarnya.

"Ho..buleh..mesti doh".. kata abah kat gagang telefon sambil hati saya berbunga-bunga riang.

Senyum sampai ke telinga saya dibuatnya.

Sampai Kota Bharu first time masuk kereta dari airport, bau durian terus menusuk hidung. Satu kereta bau durian. mana taknya, sebonet punggah durian semalam. Semua dah tunggu kat rumah. Mesti staff2 sekolah abah yang tolong kutip buah durian untuk kami.hehehe., Tima kasih smua! Pulun durian la nampaknya kami. Macam2 dah terlintas kat kepala, pulut durian, jemput durian, pengat durian, durian makan dengan budu, tempoyak, lempok durian makan dengan roti dan segala-galanya berkaitan dengan durian menerjah ruang fikiran dan merangsang enzim amilase dengan jayanya. Durian bukan selalu, setahun sekali dan tak salah saya meraikan.

Dan malam itu Abah berjaga malam membuat tempoyak tanpa pengetahuan saya.

Satu balang besar abah siapkan. Siap bekalan untuk saya bawak pulang ke kampus nanti.

Saya terharu. Tak sempat saya nak buat, Abah dah buatkan untuk anaknya yang sorang ini. Abah masih ingat makanan kegemaran saya.Saya tak pernah tahu abah tahu buat tempoyak, dan tempoyaknya saling tak tumpah tempoyak arwah ma..

Terima kasih abah, dah buat saya menangis lagi kali ni.!

Terima kasih kepada Allah, kerana hanya di sebalik sebiji durian yang diciptakanNya, Kau selitkan cinta keluarga yang bEsar dicelahnya.

Itulah cerita di sebalik musim durian yang penuh Hikmah.

Sungguh Dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, semuanya adalah nikmat untuk hamba2-Nya..

3 comments:

kak ct said...

salam...best nyer dgn cerita mus...wah mus cuti sakan rupanya...kita serupa..suka sgt2 kt durian..dlm fmly akak...umi ckp akak la juara mkn durian pling byk...heheh..nk wat cam ner..da best (~ ^)

Ahyana Solehah said...

lg satu, perasan x yang durian ni meng'enhance'kan lagi smgt hidup berjemaah. smgt hidup berkeluarga. Betapa seronok makan durian ramai2. yang x suka pun otomatik akan suka durian time tu. pulun sbijik memang x cukup. hehe.. cuba bayangkan makan durian sorang2,nescaya x sebest dan x sesyok makan bermai2. kan?kan?

Durian meraikan Ukhuwwah. =)

Miss jane said...

成人論壇,080聊天室,080苗栗人,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人電影,成人遊戲,成人文學,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,正妹牆