Sunday, July 26, 2009

PESTA BUKU datang lagi!...

Assalamua'laikum wbt..

Alhamdulillah.. HUJAN RAHMAT untuk peminat dan kaki2 buku. (macam saya!) hihihi

mungkin dah ramai tahu, tapi bagi yang tidak tahu, sekarang sedang berlangsungnya Pesta Buku di PKNS shah Alam.. Memang sangat meriah dan mengujakan, malah saya boleh kata sehebat KL International Book Fair di PWTC =) Ha..kalu macam tulah ambo boleh royak keterujaannya.

Pengunjung pula tak payah cakap, masa weekend hari tu memang ramai... dengan 106 gerai buku yang dibuka, ia menjanjikan sesuatu yang besar dan hebat.. Macam biasa booth seperti Ana Muslim, dan Upin Ipin cukup mencuri perhatian terutamanya adik2 kecil kita. Semangat mak-mak dan ayah-ayah kita bawa family jalan2 di gudang ilmu seperti ni.Alhamdulillah.. Memang suka sangatlah suasananya. Selain itu Galeri Ilmu, Karangkraf, NUFAIR bookstore dan sebagainya tetap penuh dengan warna warni buku dan curahan ilmu.

Maka bagi siapa-siapa yang berdekatan area sini, mahupun yang jauh, sila-silalah berkunjung ye... Memang Tak rugi.....


Untuk hari pertama tak berniat nak beli banyak sangat, sebab mengejar masa dan agak rush sedikit untuk mengajar pada hari tersebut (Ahad). Pergi pun dengan niat nak cari buku english untuk adik2 di sekolah tahfiz untuk saya mengajar di sebelah petang nanti. Makanya hanya beberapa saja yang berjaya dibeli. (Alhamdulillah, selamat duit..huhu.padahalnya memang tengah kering pun sebenarnya) Jadi betul2 memang kena mujahadah. Kalu diikutkan satu PKNs tu nak borong.

Takpelah, window shopping pun window shoppinglah.. Janji dapat belek2 dan bau buku tu pun dah syukur alhamdulillah. Saya cuba menyedapkan keadaan. sob2... Huhu.

maaflah kawan2.. Saya ni memang hantu buku dan obses pada buku sebenarnya. Saya tak tahu macam mana hidup saya tanpa Buku2... kalau sebulan tak beli buku tu, memang akan rasa kekurangan sikit. Ada yang x kena. Nak demam pun ada. Kalau pegi mana2 shopping complex yang ada kedai buku, minta maafla kalu saya x masuk kedai buku tu hatta selima minit. Mesti Juga MASUK.

Teruk kan penyakit saya? huhu. Terlalu suka pada buku.

boleh tak saya nak bukak satu kedai buku ala2 kedai buku Jaafar Rawas kat Kelantan. Xpun ala2 Nufair Book Store kat Jalan Pahang.... X pun mcm kinokuniya kLcc.. Mesti Syurga Buku buat saya! huhu.... hari2 boleh duk bersila baca buku.. Bestnya...

Berangan lagi.

Akhirnya inilah yang terbeli.


Barakallahulakum wajama'a bainakuma fi khair utk sahabat saya yang berkahwin semalam.....Ni hadiah untuk dia la ni. Selalunya ATN, BSKS karya ustaz hasrizal dan Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul antara buku yang kerap menjadi pilihan untuk dihadiahkan kepada sahabat2 yang membina masjid sebelum ini. Tapi sebab dah terlalu famous buku Ustaz dan dah rasa semua orang dah memilikinya, Kali ini saya kena cuba mengubah citarasa sedikit. Cari punya cari, semalam mata tertarik dengan buku USt Pahrol lagi.( alahai, x buku anak murid, sifunya pula. huhu, memang x berkembang.) =j pusing2 kat situ jugak. Nak buat macam mana, memang best dan bermanfaat buku ustaz2 ni. SRDH ini Pertama kali pernah baca kakak punya masa dia baru2 nak kawin dulu dalam KTM, memang sedap dan cukup menyentuh hati. Kisah, sketsa, dialog dan monolog tentang cinta & kasih…..adunan pengalaman dan gelombang rasa di gerbang perkahwinan dan di alam rumah tangga cukup diadun dengan baik oleh Ust pahrol. Kalu nak tahu Bagaimana mencipta cinta sepanjang perkahwinan? insyaallah, Buku ini menyediakan jawapannya. Jemputlah baca ye!

Penulis : Ust Pahrol Mohd Juoi
Harga Buku : RM22.50 (Sem M’sia)
Kalu kat Pesta Buku Shah Alam ni, dptla diskaun 10% =)

Alhamdulillah,Syukran kak Ida dah promotekan buku2 kahwin yang lain pada saya..penat kak ida promote =) alih2 satu je yang saya beli. takpe, saya punya tunggu dulu ye kak. Paling penting kawin nanti mesti dah kena khatam buku2 ni. Ok... Insyaallah...[ni pesan kat sape ni?]...





Buku yang x masuk dalam list, alih2 terbeli juga semalam.
Huhu.. Maklumlah Saya pantang sikit nampak buku2 yang ada perkataan 'medik' atau 'doktor'.. Apatah lagi sekarang sedang musim menyediakan banyak bahan tentang medik, jadi saya rasa ia cukup bermanfaat dan berguna untuk saya menelaah dan belek2 sebagai panduan. Untuk medikteam iluvislam pun sgt membntu =) insyaallah. Dan ternyata buku ini sangat banyak memberikan input, terutama bagi student2 medic dan mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang ini. Untuk ibu bapa dan kaunselor juga sangat digalakkan untuk dihadamkan. Tahniah juga untuk sahabat saya merangkap ahli bait, Diane. Mula2 punyalah dia taknak baca, tapi Malam tadi pinjam, pagi2 dah khatamkan buku ini. Terkulat-kulat sambil tersengih dia masa pulangkan buku tu...

"Baru saya tahu banyak benda mus..."

Ha...TAHU TAKPE... Nak sangat jadi doktor kan? =p

----------------------------

Dan paling penting BUKu untuk anak-anak murid kesayangan saya di Maahad Tahfiz.
ALHAMDULILLAH. Senyum sampai ke telinga saya dapat jumpa buku untuk mereka2 ini.
=)
[maaf xde gambar sebab x boleh nak upload]

Apepun teacher harap kamu suka dengan buku baru ni nanti.
Biar makin rajin dan makin pandai belajar bahasa Inggeris, Ok?

Nadi ilmu, dengan membaca.
dan nak jadi orang berilmu, kita kena suka membaca.

Sebab tu dulu2 masa sekolah, ada program NILAM. besar maknyanya.

Berilmunya kita,
Bukannya dari berapa banyak buku yang kita ADA, tetapi dari berapa banyak yang kita BACA, dan hadamkan betul-betul..

Maka Bacalah.

"IQRA' BismiRabbikallazi Kholaq!....."

Bacalah. Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan.



Jom banyakkan membaca!! AMAL, dan HAYATIkan.
dan lagi satu, berusahalah untuk --> menyAMPAIkan....

Ajarlah walau seayat...belajarlah sepanjang hayat....

p/s: tengah berniat nak beli kitab2 agama yang dalam bahasa arab. ada dapat beberapa cdgn2 kitab2 dari ustaz, yang takde terjemahan BM/indo. tapi sape nak tolong terjemahkan..

Nampaknya Malaysia pun kena lahirkan ramai lagi penterjemah2 ni..

ada berani menyahut cabaran?

3 comments:

Faridrashidi.Com said...

Salam,

Nampaknya ada persamaan entri ini dengan entri kedua terbaru di blog ana. Jadi jemputlah membaca, jangan ketinggalan.

Boleh juga bertukar pendapat dan link Insya'Allah.

Tara Forrest said...

Appreciate you bloggging this

Tara Forrest said...

I ennjoyed reading your post