Tuesday, July 14, 2009

Apakah risiko menjadi seorang doktor?





*****************************************************************
salam

saya nak mtk pandangan shbt2 mgenai kerajaya sebagai seorang Dr perempuan@ Dukturah.. yang katanya sanagt sibuk (wallahua'lam..belum lalui fasa tersebut)

saya still belajar dalam bidang ni di Fak perubatan,Tahun5, HUKM

jika anda lelalki, apa pandangan anda jika telah djodohkan isteri anda adalah seorang Dr? yang mitosnya snagat sibuk, n xkan dapat mgurus rumah-ttangga dengan baik

..bakal Dr yang risaucomfort
-kaklong_srikandi-

Original posting : ILUVISLAM.com-Apakah risiko menjadi seorang doktor-forum
******************************************************************

secangkir respon :-

Assalamua'laikum wbt.

Untuk kak Long, Alhamdulillah, sikit lagi nak bergelar Dr, selamat berusaha.
semoga berjaya menjadi doktor terbaik nanti untuk Ummah k =) Insyaallah.

Pada pendapat ana, jika nak bincang tentang risiko, setiap perkara yang kita lakukan memang tidak dapat lari dari risiko. Bukan doktor sahaja, jika berada di bidang-bidang yang lain seperti guru, arkitek, ustaz, tentera marin dan sebagainya turut berdepan dengan pelbagai risiko masing-masing, yang mungkin jauh lebih besar dari kehidupan seorang yang bergelar doktor yang tidak kita ketahui melainkan diri sendri merasainya. Semuanya mempunyai cabaran masing2.

Pepatah ada mengatakan "Andai takut dengan risiko, Usah bicara tentang perjuangan"..
Dalam maksudnya. Nak berjuang, ada pengorbanan yang perlu dihulurkan. Nak Syurga, ada 'harga' yang perlu dibayar.. Justeru jangan takut jika seringkali tidak mendapatkan 'rehat' yang cukup di dunia.. bersibuk2lah sekarang, mudahan kelak kita akan bertemu rehat yang lebih abadi di akhirat sana insyaallah.

[saja bagi semangat pada seorang doktor =) ] caiyok2...

Bila bergelar seorang doktor, ia tidak hanya pada gelaran "Dr" dipangkal nama anda, dan MBBS atau MD @ MbChB dibelakangnya. Tapi doktor mempunyai tanggungjawab yang besar kepada orang lain. Anda tidak bekerja untuk hidup anda sendiri, tetapi anda sedang berdepan dengan nyawa dan 'kehidupan' orang lain. Kesediaan untuk membantu, keikhlasan untuk berkorban masa dan tenaga, kepakaran ilmu dan kesabaran dalam berhubung dengan manusia adalah suatu pengorbanan yang sangat dituntut dari jiwa seorang doktor. mungkin agak hectic pada permulaannya, terutama ketika bergelar HO dan MO. malah dari zaman belajar lagi memang susah. Tapi insyaallah, jika anda meyakini manfaatnya sungguh besar untuk Ummah.. Anda akan bermotivasi untuk meneruskan perjuangan ini. Apatah lagi jika anda bercita-cita besar menjadikan lapangan 'doktor' ini sebagai medan untuk anda berdakwah dan membawa manusia kembali kejalan Allah. amatlah besar pahalanya. Janganlah terlalu khuatir dengan risiko2nya, persediakan diri dengan mental dan fizikal yang kuat, insyaallah semoga semuanya kuat menempuh dugaan yang mendatang.

Yakinlah, Allah tidak akan membebankan seseorang melebihi kesanggupannya. =)

Bayangkan jika semua wanita di dunia ini tidak mahu memilih profesion doktor ini, kerana takutkan risiko2 yang mendatang dan takut tidak mampu memberi kepuasan kepada diri, [takut terlalu sibuk, takut x dapat luangkan masa bersama keluarga, takut itu dan ini dan sebagainya,] maka tidak akan adalah doktor-doktor wanita. Betapa kasihan kepada muslimah-muslimah di luar sana atau kaum ibu dan wanita yang lain, yang mungkin lebih memerlukan pertolongan kita untuk merawat mereka. Inilah satu kefardhuan Fardhu kifayah yang ana begitu rasakan dari sudut keperluan menjadi seorang doktor Muslimah.

Malah telah ramai doktor wanita atau muslimah yang membuktikan mereka berjaya menjadi doktor yang baik, malah anak dan isteri yang baik juga kepada keluarga.
=) Mereka boleh survive, malah tidak kurang yang menjadi icon terbaik masyarakat dan keluarga. Tidak mustahil semua itu kerana doktor juga seorang manusia. yang penting bagaimana kita menguruskan masa dan kehidupan untuk menjadi hamba Allah dan khalifahNya yang terbaik walau apa saja posisi kerjaya kita.

Bercita-citalah untuk menjadi yang "nafiun lighairihi", yakni yang bermanfaat kepada masyarakat.. dan insyaallah, doktor salah satu cabang yang anda semua muslimat boleh pilih untuk merealisasikan misi terbesar ini.

Orang terpilih 'kena lebih'... Jgn takut untuk bermimpi & menjadikannya satu realiti.

p/s: utk rmhtangga, ana sarankan para bakal2 dukturah berbincanglah baik2 dengan suami terutamanya dari masa awal pemilihan calon lagi. Kesefahaman itu penting. andai kita saling meyakini bahawa tiada apa yang lebih diutamakan melainkan redha Allah, pasti keduanya akan saling memahami kerja dan pengorbanan pasangan juga adalah kerana Allah.. insyaallah keduanya akan saling menyokong dan membantu antara satu sama lain walau sebesar mana dugaan yang mendatang..malah x mustahil pasangan siap menjadi penasihat terbaik kita.. =) Insyaallah sama2lah doakan dpt pasangan yang sporting dan memahami

Salam perjuangan untuk semua doktor2 muslimat or doctor-to-be.
Buktikan yang anda can do d best and give d best in everything..

Always begin with d end in mind.

Jadikan kerja sebagai sebuah ibadah, tasbih2 pengabdian menuju Tuhan.
Mudahan dipermudahkan semuanya. Insyaallah..

FOkus, dan Mujahadah menujunya. Koreklah kembali sehingga ke dasarnya :-
"Apa tujuan anda menjadi seorang Doktor"..

Slmt menjadi doktor kepada ummah!insyaAllah

-Ahyana-

Medik team ILI
**********************************************************************

Begitulah sedikit respons saya di forum Ili pagi tadi. x layak pun sebenarnya nak bagi pencerahan, tapi sekadar berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang bergaul dengan orang2 medik dan mereka yang telah pun berkecimpung dan akan berkecimpung dalam bidang ini..bagi saya Medicine is a never ending subject. It's challenging but awarding. Ia adalah medan untuk memberi dan berkongsi tentang 'tujuan hidup' kepada manusia. Dan dekat dengan masyarakat. Itulah kenapa saya terinspirasi dengannya. [dan banyak lagi sebenarnya sbb kenapa saya berminat untuk menjadi doktor..huhu..x tahulah, macamla xde keje lain kan.hmm...susah juga nak explain. makin hari makin berbunga2 nak jadik doktor.makin susah blajar pun, makin kuat pula cita2 nak jadi doktor..makin ke hospital, makin bersemangat nak tahu apa yang doktor tahu..terutama bila melihat patient2 dengan muka yang penuh mengharap..mengharapkan sinar senyuman kembali di wajah mereka. Suasana hospital yang sangat menginsafkan tentang kematian dan mengingatkan diri untuk mensyukuri nikmat sihat menyebabkan diri suka berada dalam kelompok dan suasana itu.Tapi bukan dalam kondisi sebagai pesakit. Tapi sebagai orang yang 'memberi'.Itulah azam saya. Apapun nantazir wa naraa,...saya pun tidak dapat pastikan apa yang ada dihadapan saya kelak. biarlah Allah yang menentukannya. Kerana Dia MahaTahu Yang terbaik. Itu pasti.

yang penting kita harus berani untuk bermimpi dan bercita-cita tinggi. Malah setiap orang lain mungkin lain minat dan bidangnya, semuanya terpulang kepada diri masing-masing kemana anda ingin memanfaatkan kepakaran tersendiri. Mungkin minat saya lebih kepada manusia, maka saya melihat bidang kedoktoran adalah satu cabang yang menarik dan adventure untuk di'explore'. wallahualam....=) Mg Allah permudahkan...Tapi saya perlukan doa-doa kalian untuk membantu saya. boleh kan?

Buat semua doktor2 Muslimah yang membuktikan kalian juga adalah ibu dan sayap kiri terbaik, mereka juga antara inspirasi saya. Dr Ummi (klinikummi.blogspot.com),
Dr Muna (ummusaif), Datin Dr Aziah IPR, Dr Muhaya Stf, Dr Lo'Lo', Dr Sofia, kakak2 senior, shbt2 medical students, dan semua doktor2 Muslimah. u guys really inspired me.

Buat abah dan arwah MA.

Terima kasih kerana pernah melorongkan saya ke jalan ini..


walaupun masih bertatih, akan kucuba untuk berlari selagi diizinkan Tuhan.

Kerana saya yakin, Success is not a destination, it is a journey. Dan ijazah terbaik itu dari sebuah perjalanan dan pengalaman- bak kata abe fatih.

Jadi doktor atau jadi apapun kita, moga sentiasa menjadi hamba Allah yang terbaik dan bermanfaat kepada ummah. Insyaallah

Aja aja fighting.

ayuh, Fastabiqul khairat mengejar Ahsanu Amala


p/s: buat kaklong, slmt menempuh dunia Medik sebenar. kalu boleh biar sampai tahap jadi consultant @ snr cnsultant ye. Amin..=)

Siapa kata umat Islam tidak boleh?


Related links :
Impikan Doktor Sebagai Suami/ Isteri : Apa Pendapat Anda?
Kenapa Nak Jadi Doktor?
Apa yang Menarik Jika Jadi Doktor?

2 comments:

Lailatulema said...

Assalamualaikum mus,
moga mus shh iman dan ceria2 selalu! sedang berjuang di medan peperiksaan skang ni,dpt bc artikel mus ni mmberi semangat lebih utk teruskn perjuagan ni insyaAllah. moga Allah permudahkn segala urusan Mus. rindu sudah! hup to see u soon! insyaAllah sy pulang pd 28julai! jaga diri!

Ahyana Solehah said...

Waa'laikumussalam wbt.

ema, terima kasih. X sbr nak jumpa ema. Najah a'laiki ya shbti! Insyallah ema dpt buat yang terbaik n jadi doktor terbaik nanti.

Teruskan perjuangan sehgga ke akhrnya k! =)

Syg kamu!