Thursday, September 03, 2009

Kualiti itu, Persoalkanlah...




"Hari ini sudah hari ke-14 tuan-tuan, puasa berturut-turut pulak tu, takkan langsung tak rasa apa?", soalan ustaz Najib memecah kesunyian malam.

"err, rasa yang macam mana tu ustaz?", soal Karim ingin sedikit pencerahan.

"rasa apa-apalah, yang kamu tak pernah rasa dalam bulan-bulan lain", jawab ustaz Najib bersahaja, cuba membuat mereka lebih berfikir.

"rasa penat la ustaz", Ajim menyampuk selamba. "Mana taknya ustaz, puasa lagi, kerja lagi. Hish, memang penat lah!" Macam la dalam bulan lain tak rasa penat.

"saya rasa bosan yang teramat la ustaz. Duduk rumah tak tau nak buat apa. Kalau dulu boleh jugak main bukak tutup peti ais tu. Ada la jugak pekdahnya", Karim membalas. Faedah apa entah yang dimaksudkannya.

"kamu ni, takkan la tak rasa seronok langsung?", ustaz Najib kembali bersuara. Seronok berpuasa? ish, pelik ustaz ni. ada ke ustaz yang dikatanya pelik?

"haa, ada ustaz. Waktu berbuka tu la. Erm, masa jalan-jalan kat bazar Ramadhan tu pun boleh jugak la nak rasa seronok sikit-sikit",Eman pula cuba masuk dalam perbualan mereka. Tapi kalau duit takda tak seronok la jugak.

Begitulah gamaknya sembang-sembang moreh malam itu. Ibadah ini adalah antara 'manual hamba' yang telah ditetapkan Allah. Harini depa boleh yakin beno dengan manual yang dikeluarkan Acer untuk memastikan ciptaan mereka sentiasa baik dan berfungsi secara optimum. Tapi tidak ramai yang yakin dengan panduan Allah untuk ciptaannya. Eh, manual tu untuk apa? Untuk hampa la, sapa lagi. Haish, tanya lain jawab lain. Untuk apa la, bukan sapa!. Aa, untuk berfungsi secara optimum la, sama macam komputer tadi.

Esok masuk hari ke-15 puasa, setengah bulan sudah. Kalau dalam kursus tu dah boleh nak buat mid exam. Yelah, nak uji apa la agaknya ini orang dapat selepas setengah kursus. Dan semestinya, markah mid exam mempengaruhi final exam nanti. Eh, buat tak faham pulak, raya tu lah final examnya.

Kualiti ke Kuantiti?

"saya nak tanya kamu, ada tak orang puasa Ramadhan 60 hari?", ustaz bertanya lagi..

"eh, ada ke? tak pernah dengar pulak. Ko pernah dengar ke Karim?",sambung Ajim. Orang tanya dia, dia tanya orang lain pulak.

"setakat ni belum lagi ustaz. Tak tau lah kalau ustaz sebenarnya memang puasa 60 hari selama ni. Boleh kami ikut ustaz." "Macam nak buat ajaran sesat pulak kita ni. Tapi kalau ustaz suruh, kami ikut aje.", tambah Ajim lagi, memang selamba ini budak.

"hish kamu nih! Ke situ pulak. Cuba jawab ikut skema jawapan aje, kan senang. mesti tak pernah dengar kan?..",bingung juga ustaz ni melayan mereka.

Itulah, bilangan hari puasa pastinya mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan. Kalau 30 hari, 30 lah. 29 hari, 29 lah (ramai juga yang harap 29 hari tu). itupun mungkin tambah lagi 6 hari dalam bulan syawal. Akan tetapi 1 Syawal masih hukumnya haram untuk berpuasa. atau dengan istilah sains sikit, hari berpuasa itu menjadi pembolehubah yang dimalarkan. (boleh tahan jugak ini ustaz)
"Jadinya....", ustaz cuba membiarkan mereka membuat kesimpulan. "jadinya apa ustaz?",Eman bersuara.
"jadinya, tak jadi la kita nak buat ajaran sesat baru. Selamat la kita..", Ajim makin selamba. Masih tak mahu ketinggalan dengan isu ajaran sesatnya.
"jadinya, persoalannya adalah persoalan Kualiti puasa kita, bukannya Kuantiti" Nak jugak diketuk si Ajim tu, biar longgar sikit otaknya.

Dalam banyak perkara kita melihat kuantiti dan kualiti itu saling berkait. tetapi dalam sesetengah perkara, kualiti itu jelas lebih bermakna. Dengan jumlah duit yang sama, dua chef diminta membeli sendiri dan memasak resepi masing-masing. Chef terkemuka hotel pun memasak resepi rahsianya. Yang diberi untuk dirasa adalah sepinggan kecil sahaja(kedekut beno), tapi rasa dan kualiti masakannya tiada tandingannya. Berbanding chef mamak yang mungkin memasak masakan biasa yang kualitinya kurang dan membosankan,ditambah dengan bahan masakan yang kurang kualiti dan murah. Silap-silap lepas tu sakit perut. (chef mamak pon masak sedap jugak ustaz..).

Jadinya... kesan akhir nanti bergantung kepada kualiti itu, bukannya kuantiti. Tinggi kualitinya, banyaklah kesan baiknya insyaAllah. Mudahnya, teliti betul-betul apa yang dibuat daripada lepas sahur tu, dengan solat fardhunya, qurannya, urusan kerjanya, tvnya, motornya, hanphonenya, ish.. semuanya.. sampai lah berbuka. Sudah cantik elok niat puasanya kerana Allah, dan berbukanya pun diulangi 'kernaMu dan untukMu aku berpuasa'. Dan esoknya diulang, dan diulang lagi. Maka 'isi'nya pun biarlah benar mengikut apa yang sering diulanginya.

"kalau harini saya buat exam pertengahan bulan kamu sedia tak? boleh lulus tak?"
"err... aaa.. uuu.. erm.. eee.. ", dan entah apa lagi reaksi mereka. Yang pastinya baki puasa ada lagi setengah bulan.

Jika 14 hari ini masih tidak dirasakan apa-apa.. Iman juga masih segan bersuara sedangkan nafsu masih memegang takhta, walaupun rakan karibnya tiada... makanya, KUALITI itu persoalkanlah segera...

"dah, balik..balik.. tido awal.. esok tambah 2 rakaat lagi daripada qiam sebelum ni..", Ajim pantas menepuk rakan-rakannya.



sumber: shbt Ikatan Siswa Perubatan
Mohamad Ashraf M.Isa

Jzkk!
(",)