Wednesday, September 09, 2009

Memburu erti kemenangan...


(Aslih nafsak..wad'u ghairak..
Ayuh perbaiki diri & serulah orang lain..)




Assalamua'laikum wbt. Alhamdulillah, akhirnya kembali ke laman maya.. Maaf sukar sekali untuk mendapatkan connection di saat bercuti, tapi insyaallah mudahan masa yang terluang di rumah digunakan sepenuhnya untuk perkara lain..

Kini kembali semula ke shah Alam buat sementara waktu. Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan 'clearance process' yang perlu kami lakukan untuk pengesahan keluar dari MSU. Kini sekadar menunggu untuk dapatkan sijil tamat belajar & konvokesyen yang insyaallah dijadualkan dalam oktober @ march nanti. Terima kasih buat Universiti kesayanganku ini kerana anda jualah yang telah membesarkan saya dan memberi seribu satu ijazah dari sebuah pengalaman yang bermakna.=)Apapun perjalanan baru separuh fasa pertama. Moga kaki dan hati terus kuat melangkah, menuju permusafiran yang seterusnya, insyallah...

Semalam hati terubat apabila dapat menghadirkan lagi diri ke Masjid Al'itisam untuk ifthar dan solat fardhu dan terawih berjemaah. Masjid yang penuh dengan jemaah dan aura kebersamaan, apatah lagi tautan ukhuwwah dengan makcik2 dan warga muslimin muslimat yang ada =). Makan dalam talam, solat berjemaah sampai di luar masjid. Susah nak cari suasana macam ni di masjid lain, jika adapun mungkin tak semua. And yang paling tersentuh apabila diizinkan Allah lagi untuk berjumpa dengan adik-adik tahfiz (anak-anak murid kesayangan saya di Maahad tahfiz). Dari jauh lagi duk 'teacher2'.. =)

[Terima kasih buat semua pelajar-pelajar teacher, Awe, Din, Arif, Elias, Hamizan, Lutfi & Baihaqi. Juga buat Hadi dan Azizul, kalian telah banyak mewarnai hidup ini].. Tak pernah lagi teacher jumpa student yang sesemangat antum semua untuk belajar.. Teacher doakan kejayaan semua, moga terus dewasa dengan iman dan terus menjadi permata Islam yang bersinar walau dimana saja dicampakkan, insyaallah.

Teacher sangat2 rindu nak mengajar kamu semua lagi... Teruskan perjuangan k! Doakan moga teacher juga berjaya mengejar cita-cita yang diidamkan.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan..
Nikmat usia, nikmat ilmu, nikmat kesihatan, nikmat pengalaman, nikmat kasih sayang, dan segala-galanya.Kesusahan itu merupakan ujian, kesenangan itu juga merupakan ujian. Itulah tanda Allah sayangkan kita, hamba-Nya. Andai sesuatu datang tanpa memenuhi expectation yang kita harapkan, bukankah Allah akan menjanjikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH jualah sebaik2 Perancang..

Duhai diri, Tabah dan bersyukurlah. Raikan kemenangan dengan laungkan kebesaran-Nya.

Salam 10 terakhir Ramadhan, moga terus memaknai sisa yang tinggal ini dengan sebaik2 penghayatan. Insyaallah

Selamat Memburu Lailatul Qadar..

Carilah sebenar-benar erti keMENANGAn..
Kemenangan yang hanya dari sisi-Nya.

Salam Aidilfitri..Maaf zahir batin buat semua.=)