Saturday, June 04, 2005

SeNyuM seiNdah SuRia..

"SeNyuM seIndah suRia.."
"Senyum seindah suria,yg membawa cahaya.."



SENYUM adalah bahasa dunia.
Ia menunjukkan keceriaan.
SENYUM adalah perhiasan batin
yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna
"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM adalah satu pelaburan yang pastinya tidak akan merugikan.
Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan.....
William Shakespere mengatakan
"Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM
daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.
Pujangga menyebut..
"SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya"

Senyum adalah sedekah yang paaaling mudah..

SENYUMLAH =) kerana seluruh isi dunia akan tersenyum kepada anda...

0 comments: