Mencari iDentiti Diri..
BICARA KITA ADALAH BICARA SUCI...TANPA SUARA DAN KATA-KATA...KERANA PENGHUBUNG KITA ADALAH SUARA HATI...BERTEMU BERPISAH KERANA ALLAH..
"Alif for ALLAH, Ba' for BismilLah...."
Tiba2 lagu yang sering dinyanyikan adik2 terngiang2 di gegendang telinga. uhuu..rindu kat adik.. si comel yg dijaga, dikelilingi oleh malaikat.. sbb tula kita rs tenang bila tengok baby & kanak2.. Betapa mudahnya menjadi kanak-kanak. Masih suci daripada nista dunia. Masih belum mengerti hakikat dunia yang penuh pancaroba ini. Masih belum disentuh durjana dosa dan noda. Sucinya bak kain putih. Bebasnya bak helang di udara. Tiada tanggungjawab yang perlu dipikul, tiada dosa yang perlu ditanggung.
Semakin dewasa, dunia dirasakan semakin luas. Semakin mencabar. Kain putih mula dicemari hitam dosa2. Mula meregang menanggung tanggungjawab seorang khalifah. Suci putihnya cuma kenangan silam. Memori semalam. Yang tidak mungkin dapat diputar kembali. Sewaktu kecil saya selalu tanya,ayah, kenapa orang nak juga buat salah walaupun sudah jelas benar salah dalam Islam? Ayah akan cerita...dalam diri manusia ada nafsu. Nafsu kawan syaitan. Nafsu dan syaitan akan bekerjasama membawa anak Adam masuk ke jurang neraka. Sy rindukan bedtime stories mak. Mak akan cerita kisah nabi Adam, kisah kaum Lut, kisah nabi Muhammad, kisah sahabat2 nabi.
......betapa...sudah begitu jauhnya kenangan itu daripadaku...
Kini diri ini sudah memulakan sebuah perjuangan. Perjuangan mencari identiti diri di bumi Allah ini. Identiti diri? Semua manusia mencari identiti diri. Begitulah hakikat manusia di muka bumi. Sepanjang hayat, manusia mencari identiti diri. Dari mana aku datang? Apa tujuan aku berada di sini? Dan ke mana kita akan pergi? Bagi mereka yang beriman, ketiga2 soalan itu mempunyai jawapan yang jelas. Kita berasal dari Allah SWT dan kepadaNya kita akan kembali. Tujuan hidup kita ialah utk mengabdikan diri kepada-Nya serta menjadi khalifah di muka bumi-Nya. 'Sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang..' Itulah janjiNya kepada hamba2Nya.
Jadi mengapa diri ini tidak tenang? Mengapa sering sahaja terbangun di tengah2 malam merasakan debaran yang maha hebat? Mengapa hati sering diselubungi kesedihan yang tidak diketahui puncanya? Di sebalik tawa ada tangisan. Di sebalik ceria ada mendungnya awan.
Tuhan... aku sering lalai dalam mengingati-Mu. Aku sering leka dihanyut arus dunia. Aku sering diikat nafsu dan syaitan. Membawaku jauh dari rahmat kasih Ilahi.
Kadangkala, ketika tidur, kita akan bermimpi. Mimpi itu kelihatan sungguh hakiki..bagai berada di bumi nyata. Kita tidak mampu mengawal mimpi tersebut. Hidup kita ini...bagaimana kita mengetahui bahawa hidup kita bukanlah mimpi dan suatu hari kita akan dibangunkan dari mimpi itu? Di padang mahsyar semua kita akan dibangunkan dari 'mimpi' yakni kehidupan dunia. Beza mimpi ini dengan mimpi ketika tidur ialah kita mampu mengawal mimpi ini.
Jadi hendaklah kita mengawalnya sebaik2nya sebelum kita akan dibangunkan darinya buat selama2nya.
Dunia mimpi semata2. Harta, kecantikan, pangkat, kedudukan. Mimpi semata-mata. Rupanya diri ini hanya mengejar mimpi. Mimpi yang tidak hakiki. Asyiknya bak terbang di awangan. Terlupa bumi tempat berpijak. Sehinggalah sedar bahawa diri tidak bersayap. Lalu jatuhlah Mat Jenin menjunam ke bumi. Membawa bersama anganan yang tidak ke mana.
Insan. Daripada perkataan Arab yang bermaksud 'lupa'. Begitulah hakikat makhluk Allah SWT bernama manusia. Sering lupa akan perintah-Nya. Sedang di alam roh lagi manusia sudah berikrar akan taat kepada perintah sang Khaliq. Namun ramai yang lupa. Kerana mahu mengejar mimpi yang tidak nyata. Yang tidak kekal lama. Lupa yang membawa padah. Kerana bakal menjunam si hamba ke jurang api neraka. Di mana belas kasih Ilahi tiada lagi utk menyelamatkannya dari siksaan menggila.
Bangunlah dari mimpi...carilah ketenangan hakiki..gelora jiwa bak gunung berapi...mencari identiti diri...di bumi ciptaan Ilahi.
'Alif for ALLAH, ba' for bismilLah...'....bila melihat kanak2 riang menyanyi, rasa sayu pula di hati. Kerana mereka masih terlalu naif utk mengetahui, hakikat dunia yang bakal mereka tempuhi. Betapa jiwa suci itu bakal dicemari, dalam perjuangan mencari identiti diri...
WalLahua'lam...
Monday, June 13, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment