Monday, June 06, 2005

Image hosted by Photobucket.com

Assalamualaikum..
ari ni dah tukaq lagu baru..lagu inayah from mestica..
enjoy dis song k..focus on its lyric plss..=)
INaYaH..
~Mestica~

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Rahmat kasih sayang-Mu
Sungguh melangit luas
Nikmat yang Kau berikan
Tak kan dapat untukku menghitunginya
C/O
Oh Tuhan yang Esa
Berilah petunjuk-Mu
Rahmatilah kami
Oh Tuhan
Oh Tuhan yang Esa
Berilah inayah-Mu
Ampunilah kami
Oh Tuhan
Selamatkan kehidupan kami
Tenang damai tiada resah
Di bumi bertuah milik-Mu
Oh Tuhan
Moga diperkenan segala permintaan
Pandangailah kami
Dengan kasih sayang-Mu
Oh Tuhan
Rahmat kasih sayang-Mu
Sungguh melangit luas…

Moga diperkenankan segala permintaan
Kau pandangilah kami
Dengan kasih sayang

Our UsWaTun HaSANaH..


Selepas membaca artikel di bawah ini, timbul rasa m
alu dan segan yg amat
sangat di hati kerana jika dibandingkan akhlak, iman dan amal kita dengan
Rasulullah saw, teramatlah berbeza bagaikan langit dengan bumi. Namun baginda tak
pernah bongkak ataupun riak. Tak macam perangai manusia zaman sekarang, baru
merasa sedikit kesenangan dunia, sudah berani mendabik dada. Nauzubillah minzalik..
Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan dan ketetapan hati
utk menjadi insan yang lebih berguna. Amin ..


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga
mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan
yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing
lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu
membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat
ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak
ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada
sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina
'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') 'Aisyah menjawab dengan agak serba
salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika
begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya.
Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab
dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia
tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi
s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang
paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,
pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh
baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak
tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai
bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung
penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya
Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa
setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan
di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi
halus setiap kali pergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan
menyatakan lapar dan tidak punya makanan,kami tidak akan mendapatkannya!
buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan
ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada
yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang
penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi
di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita...
Adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang
kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah
cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah?

Apakah yang menjadi rahsia
kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikanmereka yang hampir
dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi
baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan
dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita.

Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya,
mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap
ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung
tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk
baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi. Bila ditanya,oleh Sayidatina 'Aisyah,

"Ya Rasulullah, bukankah engkau
telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda
dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya
aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


> > > > "He encompasses all things in knowledge." (At-Talaq : 12)


Rindu padamu ya Habiballah..


Image hosted by Photobucket.com

0 comments: