Wednesday, June 08, 2005

jihad

JIHAD

Assalamualaikumwbt..

hmm..tiba2 hari ni tergerak nak cite psl jihad..sbb ape..sbb smlm,tlh pi chalet sorang kwn ni utk "menengok" cd yg dia pnjm dr ustazah..critanya berkaitan kisah jihad & syahidnya kanak2 kat palestin n ngra2 arab yg lain..(kisah benar ni)
huhu..tak tahu nak crita cmmn..ble tgk cd tu,mcm2 prsn adela..tak kurang jugak yg sampai duk kesat2 air mata..paling sdih skali bab dia tunjuk part2 mujahid2 muda ni (umuq depa around 7-18 thn)sggup kluar berjuang',n ada yg syahid..menangis ibunya,krn tlh kehilangan sebutir permata,mengalir air mata ayah,krn tlh kehilangan seorang mujahid muda..namun yg pastinya,mereka ttp redha kerana Syahid menjadi milik buah hati mereka..MasyaAllah,itulah cita2 kita sbg umat islam dlm perjuangn di dunia ini..syahid di jalan Allah. Mereka rela mati krn mati mereka adalah SYahId di sisi Allah..mereka masih mampu tersenyum krn inilah jihad yg mereka lakukn utk Islam..Ajal menanti,Syahid melambai..Allahuakbar!!

bayangkan insan yang bertubuh2 kecil ni sanggup keluar brjihad..tak hirau dah yahudi tu bdn besar ka,kecik ka..dlm kepala mereka mgkn smgt inilah yg menjadi pembakar jiwa.."Mari mujahidin semua.Syurga sdg menanti kita.Allah itu SATu.keRana itulah Kita LAWAN mereka." (ambik kata2 faisal tehrani lam novel jihad 1511H Kombat..=p) ya itu diaa..Allah tak tengok pada hasil nya,tapi Allah tgk pd usaha hamba-hambaNya..
mereka pi serang tank dgn melempar batu2, siap pi dekat2 lagi,tanpa rs gentar sdikit punn..malah smangat sgt kentall demi IslaM..tu baru tgk,bkn btul2 ada kat dpn mata..bayangkan klau kita yg ada kat sn..huhu..mmg nmpk la smgt org2 islam kt sn bjuang menentang musuh2 islam Yahudi & tentera zionis yg kejamm bangatt!!!!(ms tgk ni kita yg tgk pun rs nak tampar2 je..tapi,nak wat cmna,nasib lantai jerla jadik mangse..) namun,kite kat mesia ni x merasai smua itu..baru trase yg kita ni sgt lemah jika nak dibndingkan dgn saudara2 kita yg sdg berjuang di sn..bersyukurlah kita..sbb tu kita takleh lupa,kita juga mujahid mujhahidah islam..cuma jalan perjuangn kita je yang lain..mgkn tidak sama dgn saudara2 kita di palestin,d ngra2 lain..mereka berjuang di medan perang..kitA pula berjuang di medan apa?ya..masih byk sudut yg kita turut sm blh b'jihad..namun,Apakah kita sudah berjuang untuk Islam?..tepuk dada tanyalah iman..

jihad itu bukan satu..bukan sekadar di medan perang mempertahankan ancaman musuh.. jihad melawan hawa nafsu..jihad dlm menuntut ilmu..d mcm2 lagi..niatkan lah semuanya krn Allah..krn Islam..utk membantu saudara2 kita kelak..Sbg org Islam, kita dituntut menCiNtai Jihad.Menyukai Jihad dan sentiasa menginginkan jihad. Sahabatku,jihad tidak mengenal rehat..ambik kata2 faisal tehrani "tindak harus cepat, gegas harus tangkas..andai kita ketinggalan, musuh akan merosakkan.."
Jemaah kita, syahadah kita sdg digugat oleh org2 kafir. Sbg org mukmin,kita takde pilihan selain menentang mereka ini.

Firman Allah :

"HAi orang2 kafir! Aku tidak sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukKu lah agamaku."
-Surah Al-Kafirun(1-5)-


"Ya Allah, Engakulah pelindung kami.jika kami syahid, redhalah kami dengan penghujung yang suci ini..Aamiin.."

kepada para syuhada' dan mujahid mujahidah kita..
brsabarlah saudara seislamku, Tuhan akan bayarmu dengan harga yang tinggi..


Image hosted by Photobucket.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bacaan tmbhn...

Dipetik dari: Mempertajamkan Mata Hati
Oleh Ibnu Athoillah Assukandari


Kata "mujahadah" berasal dari kata "al-jihad" iaitu mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini oleh manusia bahawa jalan itulah yang hak dan benar. Namun demikian, kata al-jihad itu telah sering dipakai dalam erti perang sabil, memerangi musuh-musuh, dan membela diri dari serangan dan gangguan mereka.

Seorang ahli bahasa yang terkenal, Ibnul Atsir menerangkan bahawa al-jihad adalah memerangi orang kafir dengan sungguh-sungguh menghabiskan daya dan tenaga dalam menghadapi mereka, baik dengan perkataan atau perbuatan.

Sebagaimana mafhum firman Allah
"Berjihadlah dijalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka"(Surah At-Taubah: 20)

Kata jihad boleh juga diertikan dengan perjuangan dalam mencari rezeki yang halal; berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
"Mencari (rezeki) yang halal itu adalah jihad".
(Hadith riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar)

Namun dalam dunia tasauf, kata jihad diertikan dengan memerangi hawa nafsu. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bahawa memerangi hawa nafsu itu lebih berat dan lebih besar daripada memerangi orang-orang kafir. Bahkan Rasulullah s.a.w. setelah kembali dari satu peperangan besar bersabda kepada sahabat-sahabatnya:

"
Kita ini kembali dari peperangan yang paling kecil, menuju peperangan yang lebih besar"Setelah Rasulullah s.a.w. ditanya sahabat, beliau menjawab bahawa peperangan yang lebih besar itu ialah memerangi hawa nafsu.
Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w menggambarkan bagaimana besarnya bahaya hawa nafsu:
"Bukanlah orang yang gagah berani itu lantaran dia cepat melompati musuhnya didalam pertempuran, tetapi orang yang berani ialah orang yang boleh menahan dirinya dari kemarahan".(Hadith riwayat Abu Daud)

Imam Qusayiri menerangkan bahawa mujahid ialah mereka yang berusaha membebaskan diri dari kekangan hawa nafsu yang menjadi sifat manusia, dan berusaha mengendalikan diri serta tidak memperturutkan kehendaknya dalam kebanyakan waktunya. Imam Ghazali menerangkan erti mujahadah iaitu pengerahan kesungguhan dalam menyingkirkan nafsu dan syahwat atau menghapuskannya sama sekali.

Menurut Prof. Dr. Hamka bahawa perjuangan melawan hawa nafsu, manusia terbahagi kepada tiga bahagian.
1. Kalah sama sekali dengan ajakan hawa nafsu, sehingga dirinya ditahan dan diperbudak oleh hawa nafsunya sendiri, bahkan hawa nafsunya itu dijadikan tuhannya. Sebagaimana mafhum firman Allah, "Apakah yang engkau lihat (Muhammad) orang yang mengikuti hawa nafsunya menjadi tuhannya?".
2. Peperangan antara keduanya berganti-ganti, terkadang kalah dan menang, jatuh dan tegak. Orang yang begini yang patut disebut MUJAHID. Kalau dia mati dalam keadaan menang, matinya mati syahid. Kerana memerangi hawa nafsu itu lebih berat daripada melawan musuh yang kelihatan.
3. Orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya, sehingga ia dapat menguasai hawa nafsunya, bukannya dikuasai oleh hawa nafsu. Malah tidak diperbudakkan oleh hawa nafsunya. Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak seorangpun di antara kita yang tidak bersyaitan, saya sendiri pun juga bersyaitan. Tetapi sesungguhnya Allah telah menolong saya menghadapi syaitan saya, sehingga syaitan itu dapat saya kalahkan". (Hadith riwayat Ibnu Jauzi dan Ibnu Abdurrahman Salmi).

Umar bin Khatab juga mendapat darjat yang ke-3 ini kerana Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada Umar, "Demi tuhan yang menguasai diriku di dalam tangan Nya, tidaklah engkau bertemu dengan syaitan pada satu jalan, melainkan syaitan itu menyingkir kepada jalan lain yang tidak engkau lalui". (Hadith riwayat Muslin dan Saad bin Abi Waqash).
Darjat yang ke-3 ini adalah darjat nabi dan wali. Ada pun yang disebut wali di sini ialah Waliur Rahman, yang disebut Allah dalam Al-Quran yang telah taqarrub kepada Allah dengan amal ibadahnya, bukan wali menurut sesetengah umat yang telah diperjual belikan oleh ulama-ulama yang mengubah-ubah pelajaran agama. Memerangi hawa nafsu adalah suatu perjuangan yang benar-benar berat, maka kalau manusia kurang berhati-hati tentu akan tergelincir dan kalah. Sehingga akan diperbudakkan oleh hawa nafsunya sendiri..

Wallahualam..

0 comments: