Tuesday, January 24, 2006

As Long As We haVE Friendship..
Today is Beautiful!!!

Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikumwbt..

Alhamdulillah, hari ni usia telah menjangkau ke 19 tahun 5 hari.. syukur padaMu Ya Allah, krn masih memberi peluang kepada ana, untuk terus menghirup udaraMu.. mengalirkan darah di seluruh urat nadiku dlm meneruskan sisa2 permusafiran menuju akhirat yang kekal abadi..
Moga langkah2 ku seterusnya tidak tersasar dari tujuan hidupku krnMu Ya Allah.. dan moga dgn bertambahnya usia ini, semakin dekat aku padaMu.. Aamiin..

Usia 19 bererti ana harus lebih matang. Matang dalam perlakuan.matang dalam berbicara.Matang dalam segala-galanya. Ana bukan budak kecil lagi. Malah ana lah kakak, juga pemimpin pada diri yg smmgnya harus menjadi lebih matang dr Siti Muslihah yg sebelumnya.Mg hari2 yg mendatang lebih baik dr masa lepas yg semakin jauh meninggalkan ana..Itulah doa ana. dan moga Allah mempermudahkan segala2nya..dikurniakan kekuatan dlm menghadapi mehnah dan dugaan dlm kehidupan yg fana ini..InsyaAllah =p

Di kesempatan ini, ribuan terima kasih ana tujukan pd mereka2 yang meng"wish", menyambut, dan men"doa"kan kesejahteraan ana sempena melangkahnya ana ke usia yg baru ini.. syukran jazilan ya usrati wa sohabati.. pd Ma, Abah, abg pu, kak rah, dik haniff, dik syahmi, dik iyah & dik dihah, ats sokongan kalian yg x berbelah bagi pd kak Ah... kak Ah rindu pd family..

pd shbt2 muscom, shbt2 kyuem, jg shbt se"house"yg alhamdulillah,( x merancang utk membaling tepung free pd ana pd malam 17 hari tu..hehe..(tp digantikan dgn majlis yg sgt2 mengharukan ana.. buat majlis makan2, atau lbh tepat, ana katakan ia sbg suatu majlis kesyukuran..sbg tanda ingatan shbt2 pd besday ana yg ke 19 &jg deney yg ke 20 ..(kami buat skali je kat cele ana..)terharu sgt...ramai shbt2 yg dtg..Mcm biase zaffan dgn "kek coklat" nye yg mengalahkan birthday cake di kedai..hihi.. zaff jd mcnye, dan majlis dimulakan dgn memohon keberkatan drpd Allah, dgn ana mengimami doa pembukaan.. deney pula imam utk doa makan.( baru adil utk birthday girl yg sehati sejiwa ye tak..hehe)..alhamdulillah.. syukran jazilan kpda shbt2 muslimat ni.... zaff, ema, ana,pinah,zila,emie,yana alias, adrianis,nisah,ain,syana,khairun,n smua2 la yg sudi dtg...terima kasih utk majlis yg sungguh bermakna. dan hadiah2 kalian,yg purple purple itu..kad2 yg comel..Subhanallah..hanya Allah shja yg mampu membalasnya,,

Tak dilupakan juga kpd shbt2 yg jauh dimata, yg masih setia mengingati ana di sini..mmg tak lekang dgn sms kalian yg semangnya amat2 ana rindui....jazakumullahukhairan jaza' utk ukhti Solehah, Syuhadah, Fairus, Kak dib, Sya, Hanisah, akh Amir, Fareed ,Azly,n smua shbt2 ...
(jauh dimata tp kalian tetap dekat dihati..huu..)
jg pd Im, Sufi, Aida, Afiq, pokNik rusia, Abg zu, Ja, Naaini, dee, petbro Payau, Aj, petsis sArah, Adi, Qistin, Syie, dan smua2lah.. dgn msg friendsternya, dgn emelnya, yg jumpa tepi jalan, dlm surau,dlm dewan, dlm dining hall,dlm lecture hall yg siap salam n peluk ana,yg ingat pd Eid Milad ana..yg meRAIkan hari yg bermakna buat ana ini..huhu...mg Allah membalas ukhwah kalian pd ana dgn sebaik2 ganjaran..InsyaAllah..


Saturday, January 21, 2006

LA TAKHOF WALA TAHZAN,
INNALLAHAMA'ANA..

Image hosting by Photobucket


.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:.
.:dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(alankabut:2&3)

...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...
(albaqarah:286)

...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan...
...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan...
(alinsyirah:5&6)

"Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, 'When will come the Help of Allah?'
Yes, certainly the Help of Allah is near!"
[Quran 2:214]


::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran ayat 200)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."
(Ar-Ra'd: 28)


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
(Surah At-Taubah ayat 111)


"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)


"Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?"
(Quran 23:115):

?Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?
- Surah az-Zariyat: ayat 56.

.:demi masa:.
.:sesungguhnya manusia dalam kerugian:.
.:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:.
.:yang berpesan pada kebenaran:.
.:yang berpesan pada kesabaran:.
(alquran:al-asr)

..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..
(alqasas:24)


..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..
(albaqarah:216)



Subhanallah...
YA Allah..
Sungguh luas rahmat kasih sayang Mu...

SETELAH AKU DIPALING..

Sekadar berkongsi sebuah lagu yang sgt diminati..
=p

Image hosting by Photobucket

Setelah Aku Dipaling
Rast


Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti
Reput dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku
Sekelipnya mata hilang semua

Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh gelap ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Yang hanya ku idam
Di dlm pandanganMu
Bersama mereka terdahulu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah kulukai

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

Friday, January 20, 2006

Image hosting by Photobucket

"Observation dgn Mata Hati?"

"SELAMAT HARI JADI
BUAT ANAKANDA MUSLIHAH.."
Image hosting by Photobucket
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengingat kembali 17 Januari
18 tahun sudah berlalu
Kini anakanda meniti dewasa
Bersama laluan berliku di depan menerpa

Kata pendeta
'If better is possible,good is not enough'

Azamkanlah diri
Menjadi wanita sejati menempa jaya
Kebanggaan diri kebanggaan keluarga
Kegembiraan ayah dan bonda

Ayahanda bonda seisi keluarga sentiasa doakan
Ah sentiasa sihat sejahtera
Kemenangan selalu menyebelahi anakanda
Selamat berjaya!!

Dari : Abah & Ma
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahirrahmanirrahim..
..inilah kata2 yang ditaip oleh abah dlm kad harijadi yg diutuskan pd saya..
tiap kali membaca bait kata2 sajak ni, pasti saya akan menjadi sebak..
menitis air mata keharuan krn mempunyai ibu sebaik MA dan ayah sebaik ABAH..
Tatkala diri terasa ingin tersungkur,
trus berkobar diri ini bangkit tatkala ditiupkan semangat oleh mereka..
Abah mmg pandai menulis sajak..klau ingat kembali mase zaman skolah dulu2, saya takkan lepaskan peluang utk masuk bertanding sajak krn pasti jadi juara (tak pun tmpt ke 2,3 mesti menjadi tempat kami adik beradik) berkat nukilan sajak yg Abah yg dikarang sendiri..di sebalik ketegasan & kelembutan seorang pemimpin di sekolah mahupun di rumah,tak sangka abah memang berbakat dlm bidang seni..=p itulah keistimewaannya.. dan apa yang lebih penting,kekuatan abah yg paling besar tentulah kekuatan agAma yg ada padanya...itulah kunci ketenangan & kebahagiaan yg abah cuba terapkan pd baiti jannati kami...Alhamdulillah, syukurku krn dikurniakan seorang walid yg sgt2 bertanggungjawab.. doaku mg abah bisa utk terus membimbing kami agr menjadi anak2 yg soleh solehah, berjaya di dunia & akhirat insyaAllah..
MA pula~~inilah insan yang paling kusayang... terlalu banyak utk dilakarkan jasa & pengorbanannya..apatah lagi trhadap saya.. satu2nya anak Ma yg dilahirkan melalui operation..
Melihat adik2 membesar di depan mata, saya dapat merasai kasih & pengorbanan sebegitu jugalah yg Ma curahkan pada saya ketika kecik2 dulu...She has faced a lot of thing, and i know d hardship^ she had been trough.. she's very strong dan sgt2 tabah. Malah sgt penyayang apatah lg seorang yg halus jiwanya... HAblumminallah & hablumminannas sentiasa dijaga.. sgt2 menghargai tetamu & jiran tetangga.. itulah rahsia semua org mudah rapat dan terlalu sayang pd MA.. bayangkan berapa ramai org kampung yg menangis tatkala ma dimasukkan ke hospital suatu ketika dulu.. x masuk lagi ahli keluarga n snk sdare..huhu....
Subhanallah..itulah sayap kiri perjuangan abAh..
Moga aku juga bisa menjadi sehebat MA..
Seorang isteri, seorang ibu, seorang yg sgt2 disayangi oleh semua
Syukur padaMu YA Allah..krn telah menganugerahkan aku seorang ibu & ayah yg baik..
Bantulah aku dalam menggembirakan mereka & juga memelihara mereka dgn sebaiknya sebagaimana mereka telah memeliharaku dgn baik sejak dari kecil..
~~Mohon dengan sangat Ya Allah..
JAuhkan aku dr mengecewakan mereka..
Aamiin Ya Rabbal A'lamiin..
MA, ABAH,
Maybe u never realize this,
BUT
both of u truly
THE GREATEST Mom & DAd in d WorLd!!!
uhibbukum fillah...

Sunday, January 15, 2006

UMUR BARU.MISI BARU.

Image hosting by Photobucket

Assalamualaikumwbt..

Alhamdulillah..akhirnya saya kembali ke sini..
Baru pagi tadi sampai ke kolej.
Dalam usaha memulakan misi baru.insyaAllah.
DAn esok..jika masih dipanjangkan umur, insyaAllah
diri ini bakal melangkah ke usia 19 tahun..
Subhanallah..
sungguh cepat masa berlalu..
rs spt baru semalam saya dibaling tepung
dan telur oleh sahabat2 dikala menyambut ulangtahun kelahiran yg ke 18 dahulu..
namun wallahualam apa yg akan berlaku malam ni.. =p
harap shbt2 buat surprise pd eid milad yg ke 19 dgn laungan Allahuakbar =p
pastu nak baling telur kat pun balingla..janji jgn membazir..hihihi..
wlw baju comot, surprise itu jugalah yg mengeratkan ukhwah kita..
utk shbt2 yg jauh pula,
doa yg kalian taburkan itulah yg mmenyuburkan silaturrahim kita..
dan juga kenangan2 indah sewaktu kita bersama di kala suka dan duka..
akan tetap terpahat kukuh di ingatan ana..=p
insyaallah..

suka utk saya berkongsi sesuatu..
sajak di bawah merupakan hadiah dari seorang sahabat sempena ulang tahun kelahiran saya esok ..
syukran ya shbt..
peringatan yg sungguh bermakna utk eid milad kali ni
mg2 diri ini bisa menjadi seteguh zinnirah
insyaAllah..



BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH

ingatkh dikau di mana di dlm sjrh
sepasang mata m`jadi hadiah
"knp engkau mengikutku?"
"aku t`tarik dengan kecantikan matamu"
jwpn yang cukup angkuh
namun mengundang 1000 sesalan
bla bngkusan mrah diterima d tangan

Muslimat ,
contohilh wnita itu
bkn dgn mencungkil matamu
tp dgn mjaga peribadimu

Wahai muslimat ,
aku sring tertanya
bgaimna engkau masih sanggup
memaniskan muka
menghadiahkan senyuman
meramahkan bicara
kepada lelaki yg bukan muhrimmu

Apakah engkau ini berani
menguji jiwa lelaki
yg sememangnya di ciptakan Allah
dahaga kepada keindahan wanita
walaupun sekadar muka yg manis
Apatah lagi lelaki itu
yg engkau tahu cukup ego
menganggap wanita sebagai hidangan
yg boleh di belek belek dan di pilih-pilih
Benar ,
wnita itu telah menemui ajalnya
nmn di iringi keredhaan Allah
dan keinsafan seorang lelaki
yg akhirnya menjadi sufi

Muslimat ,
bgtulah jlnmu
bgtulah perjuanganmu
tundukkanlah pandanganmu
keraskanlah suaramu
seriuskanlah ketegasanmu
bila engkau di hdpn atau di belakng
atau di kiri atau di kanan lelaki
Walau atas apa alsn sekalipun
ketuk keegoan mereka
bngnknlah mereka dari mimpi
jlskanlah dgn amalmu
bhw percampurn bukan caranya
bhw keseronokn adalah palsu
bhw di sini tiada kebahagiaan
hanya kebnrn....
Muslimat ,
inilh jlnmu
lalu mungkin
engkau akn mlihat
di klngn remaja ini
akn lahir Rijaluddin
brjiwa pejuang
sbgaimn lhirnya
sbgaimn bngkitnya
Da'ie bernama HASSAN AL-BASRI..





Saturday, November 12, 2005

Sebuah Perjalanan Kehidupan

"Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan"..


sebuah perjalanan kehidupan...
walau jatuh bangun..ujian mendatang,,namun
masih lagi dapat kita rasai nikmatNya..

Dlm mencari keredhaan Ilahi
memang banyak cabaran yg perlu ditempuhi..
kene sentiasa usaha dan ada iltizam yg kuat serta istiqamah dalam amalan..
Tapi ya Allah
daku terkadang tewas dipertengahan jalan..
berikan daku secebis keinsafan
moga dengan itu dapat aku zahirkan setiap amalan
yang dapat menarik akan keredhaanMu
dengan penuh keikhlasan..

InsyaAllah..

=p

A pious muslim Woman
(poem written by Nargis Rahman)

Image hosted by Photobucket.com

See how she walks swiftly and gently
With her modesty shining through

See how her eyes never rise
Even at the sight of temptation


See how her confidence carries her through
The sniggering groups of people

See how strong willed she is
With no fear what so ever


See how respected she is
With her outstanding character

Have you ever stopped to think
Why she is like this?


Have you ever thought
What drives her to be different amongs other
women?

Have you ever thought
What makes her so special to the people of
understanding?

She is a pious muslim Woman
Who far exceeds
the value of the treasures of this world


p/s: lets be one of them =p

Wednesday, November 09, 2005

Show me the right path..


Image hosted by Photobucket.com

Monday, October 31, 2005

SALAM AIDILFITRI..

Image hosted by Photobucket.com



>> disampaikan oleh Ustaz HAsrizal (www.saifulislam.com)

BERAT bunyinya. Sukar untuk kusembunyikan. Apakah yang mahu disembunyikan itu? Pastinya, apa yang cuba saya sembunyikan bukanlah hak orang lain. Saya bukan menyembunyikan ilmu, atau berita atau apa-apa yang menjadi kewajipan saya menyampaikannya.

Apa yang cuba saya sembunyikan, adalah sesuatu yang rumit. Saya telah diajar oleh guru saya bahawa, senyuman yang biasa adalah senyuman kerana gembira. Namun, senyuman yang luar biasa adalah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Walaupun hari dilambung sedih, jiwa resah lagi gelisah, namun demi kegembiraan orang lain, saya belajar untuk terus setia melemparkan senyuman.

Ya, inilah yang sukar saya sembunyikan. Keresahan dan kesedihan hati di sebalik senyuman menjelang Aidilfitri. Hari Raya mengingatkan saya kepada banyak peristiwa sedih dan saya kehairanan melihat orang ramai terlompat-lompat girang menjelang Syawal, ketika menyinsingnya senja Ramadhan. Pergi sudah bulan lapar, pergi sudah bulan ini tak boleh itu tak boleh. Datang kembali bulan-bulan biasa. Bulan yang biasa dengan pelbagai kebiasaan yang luar biasa!

Ramadhan ini saya menelan pahit terhadap realiti di sekeliling saya. Dunia dilanda bencana sana dan sini. Kalau Amerika dipukul taufan, tidak sukar untuk saya mencari sifirnya. Tetapi bagaimana dengan Acheh dan Kashmir? Saya sedang menghitung-hitung cause and effect dan setiap kali menghitung, hati saya dibelenggu kesedihan. Tidak cukup dengan bencana alam, manusia juga semakin jauh dari Tuhan. Ramadhan seakan-akan tiada erti dan makna. Dunia sudah tidak boleh menjadi lebih buruk dan tragis daripada apa yang ada pada hari ini.


Ini adalah gambarajah yang saya petik daripada buku 'Umru Ummatil Islam wa Qurbu Dzhuhi al-Mahdi 'Alayhi as-Salaam (1996) karangan Amin Muhammad Jamaluddin (al-Maktabah at-Taufiqiyyah, Kaherah, Mesir). Ia diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan tajuk "Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi dan Munculnya Dajjal) terbitan Penerbitan Cendekia, Jakarta, Indonesia). Ia adalah satu sinopsis daripada himpunan hadith-hadith yang sahih serta hadith kategori lain yang masih di lingkungan yang sah untuk dirujuk.

Mahu atau tidak mahu, peristiwa di atas pasti akan berlaku. Mengingatkan orang ramai tentang Kiamat bukanlah suatu bid'ah atau pencetus huru hara, namun ia adalah pendekatan al-Quran yang sering diulang-ulang. Malah Rasulullah SAW juga selalu mengingatkan para Sahabat dan sekalian umat Islam agar bersiap sedia, kerana dengan terutusnya Baginda SAW, bererti telah sampailah tamadun manusia ke akhir zaman.

Namun, penting untuk saya tegaskan di sini bahawa, kita tidak seharusnya paranoid. Sama juga dengan tazkirah al-maut. Kita tidak diajar supaya takut kepada kematian dan kiamat. Sebaliknya hendaklah kita mengambilnya secara positif.

Inilah yang saya belajar daripada peristiwa Lailatul Qadr. Allah SWT membiarkan ia datang pada suatu malam yang tidak dapat dikenal pasti tarikhnya melainkan dengan sedikit sebanyak panduan agar Umat Islam dapat mengejarnya. Sesuatu yang tidak pasti, jika diambil secara positif, akan menjadikan kita cemerlang. Kita tidak pasti bila kita akan mati, bila akan kiamat, bila kemenangan Islam akan berlaku, bilakah Lailatul Qadr dan sebagainya. Semuanya ini, jika diambil secara positif, akan menjadikan kita bersungguh-sungguh meningkatkan usaha. Malah mungkin kerana itu jugalah kita dianjurkan Islam supaya berniaga. Perniagaan tidak seperti kerja makan gaji. Kerja makan gaji menjadikan kita selesa di zon selamat. Produktif atau tidak, gaji tetap sama.

Namun bagi yang berniaga, jika rajin berusaha, Insya Allah banyaklah hasilnya. Apa yang penting ialah, memaksimumkan usaha di ambang ukuran masa yang tidak pasti, akan menjadikan kita cemerlang.

Inilah yang saya kehendaki dari tazkirah Kiamat di ambang Aidilfitri itu. Fikir saya ialah, untuk menuju Akhirat, saya mesti mengambil falsafah tok wan kita menanam pokok durian. Mereka tahu mereka tidak akan sempat merasa buahnya. Namun mereka menanam untuk dinikmati oleh anak cucu selepas ketiadaan mereka. Mereka memberi tanpa ada terdetik rasa mahu dibalas dan menerima... melainkan ganjaran kebaikan dari Allah semata.

Mungkin umur saya bukan umur untuk bertemu dengan kehuru haraan peperangan Yakjuj Makjuj, Dajjal dan lain-lain. Namun, ia mungkin era anak saya, mungkin era cucu saya, maka tugas saya adalah untuk membesarkan anak-anak saya dengan didikan Tauhid yang jitu kerana di ambang kemunculan al-Mahdi, amat bimbang untuk saya fikirkan, adakah anak saya akan menjadi tentera Tauhid atau pengikut Dajjal yang menipu... Allah.... segeralah kita bercucuk tanam, sebelum datangnya kiamat, sebelum berlakunya kematian diri...

Salam Aidilfitri, tangisilah pemergian Ramadhan kerana berlalunya ia tanpa keampunan dari Allah, kita hidup di ambang neraka.. Amin Amin Amin... kata Rasulullah SAW.

Wassalamualaikum wbt.

@ABU SAIF

Cheras 56000
30 November 2005 / 27 Ramadhan 1426H




p/s: sm2 koreksi diri..muhasabah diri..


The 6 Significances Of Eid Ul-Fitr....

Eid is a Thanksgiving Day for muslims : as muslims assemble in a brotherly and joyful atmosphere to offer their gratitude to Allah for helping them to fulfill their spiritual obligations prior to the Eid...


Eid is a Day Of Remembrance: We, muslims, pray to Allah & glorify His name to demonstrates our remembrance of His favours....

Eid is a Day of Victory: The devotee who succeeds in attaining his spiritual rights and growth receives the Eid with a victorious spirit....

Eid is a Day of Harvest: Allah gives infinitely to those who are sincerely concerned with the general welfare of their fellow believers....

Eid is Day of Forgiveness: When muslims assemble in the congregation of the Day, they whole-heartedly pray for forgiveness & strength in faith...and Allah has assured those who approach Him with sincerety of His Mercy & Forgiveness....

Eid is a Day of Peace: When a muslim establishes peace within his heart by obeying the Law of Allah & leading a disciplinary life, he has certainly concluded a most inviable treaty of peace with Allah....

taqabballahu minna wa minkum wa ahaala allahu alaika...wallahualam....

p/s: slm lebaran dr ana..maaf zahir batin..

HOMESICK?

Slmwbt...sorry 4 d long silence...so bz with d exam..still have 7 papers to go..

I began to feel homesick the last few days. (Saturday-When d college officially closed for RAYA Holidays, and when most of d students were leaving d college..the feeling strangely and painfully elevates. Nak baliiikkkkk!!MAybe i really miss d home..(tmbh2 dah nak dekat raya dah ni..) n d college also become more lengang after ramai yg dah balik kmpg..just 100> of us (those who got physic n maths paper were still here, setia utk meneruskan perjuangan di medan peperiksaan..hehe)

God, I'm am soo officially stuffed with informations and facts and figures.(statistik punye pasal..Can't stop thinking how wonderful it is when exam's finally over and I will finally go back to my beloved home sweet home..huhu..Owh..mg2 belajarku betul2 kerana Lillahi..Aamiin..

Sometimes I wonder if I'm really being optimistic and happy everyday. At one point, I will start feeling pressure that I don't even know where it comes from and want to cry. Like today. Wouldn't it be nice to have someone that can give you a hug whenever you need? yes. I said whenever.Friends can't do that because they can only give you hugs when they see you. Now I really want my mum n my dad. Those that I really want to hug..owh..really miss em'

But,Kpd shbt2 yg berada kat kolej ni..if we realize..a lot of hiKmah dat we hv gt tru..Just think.Think why ALLAH has choose us to stay here, when d others already got on their bed at home.. tidakkah kita merasa bertuah, kita masih berpeluang melakukan solat terawih beramai2 di kolej yg tercinta ni.. diberi peluang oleh Allah utk merasai saat2 akhir RAmadan di dlm suasana yg totally different compared if we r at home rite now..mungkin tidak bisa utk kita bersama2 beribadah di surau, bertadarus dan sebagainya jika tidak ditakdirkan utk terus berada di sini..

In conclusion, don't dwell too much over what you don't get, and you will be liberated. You will then be able to say "AlhamdulilLah, I am thankful that ALLAH has created me the way I am.." Wallahua'lam.

The more you want somthing, the harder it gets. Will you give it up or will you keep on trying because you just want it so bad? even if it hurts? well,ketahuilah bhwa dat's only Allah's way to make our spirit strong.. usaha,doa tawakkal k..

All d best!! MAá taufiq wannajah..
WAlau sampai pagi raye, sy redha.. =p
because I know Allah knows the best for me..

Kita adalah hamba...

walaupun di pagi raya.

Hamba selamanya... =p

Monday, October 10, 2005

Ramadan boleh diibaratkan sebagai bulan ibadah dan bulan mengkoreksi diri dalam meniti hari sepanjang bulan Ramadan. Sudah sewajarnya kehadiran Ramadan dilalui dengan penuh keimanan, kesabaran, keinsafan dan mengharapkan keredhaan Allah. Dari amalan sebulan Ramadan kita mengharapkan agar lahir sifat takwa di dalam diri kita. Semoga ibadah puasa pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Meh kita tgk apa antara amalan yang sunat dilakukan pada bulan Ramadan..InsyaAllah..sm2 kita mengejar rahmat Allah di bulan yg penuh barakah ini..=p

Melewatkan sahur
Waktu sahur yang paling baik ialah menjelang Subuh, kira-kira sama dengan orang membaca 50 ayat al-Quran, iaitu lebih kurang 10 minit atau 15 minit sebelum waktu Subuh.

Hal ini dinyatakan dalam hadis yang bererti:
Dari Zaid bin Tsabit berkata:
"Kami sahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian kami berdiri solat." Saya bertanya:"Berapa lama jarak antara keduanya itu?" Baginda bersabda: "Lima puluh ayat al-Quran" (HR Bukhari).

Dari Abu Zar al-Ghifari r.a. secara marfu', bahawa Rasulullah bersabda; Sentiasalah umatku dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur."

Bersahur dengan kurma
Bahan makanan untuk sahur yang paling besar berkahnya dan paling baik adalah buah kurma. Buah kurma tidak hanya untuk berbuka, tapi juga sangat baik untuk sahur. Bersahur dengan buah kurma merupakan sunnah Nabi. Ada keuntungan yang berlipat kali ganda bagi orang yang bersahur dengan kurma, iaitu pahala berjumpa Allah dan rasa kenyang.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dari Abu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma" (HR Ibnu Hibban dan Baihaqi).

Meninggalkan ucapan dan perbuatan sia-sia
Orang yang berpuasa tetapi berbohong atau berbicara kotor dan melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, tidak akan dapat pahala dari puasanya kerana puasanya itu tidak diredai Allah. Puasa yang diredai Allah ialah puasa yang dilakukan dengan akhlak yang baik dan ucapan yang terpuji.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan curang, maka Allah sama sekali tidak memerlukan perbuatannya meninggalkan makan dan minum (puasa)" (HRBukhari).

Menahan diri dari cercaan orang lain
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Dari Abu Hurairah, berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah dikatakan berpuasa kerana tidak makan dan tidak minum. Akan tetapi, yang dinamakan berpuasa adalah kerana meninggalkan ucapan sia-sia dan perbuatan yang buruk. Kerana itu jika ada orang yang memakimu atau berlaku jahil kepadamu, katakanlah (kepadanya): 'Aku sedang berpuasa. Aku sedang berpuasa" (HR IbnuKhuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim).

Menyegerakan berbuka
Disebutkan dalam sebuah hadis: "Dari Sahl bin Sa'ad, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana ia menyegerakan dalam berbuka" (HR Bukhari).

Memperbanyakkan doa ketika berbuka
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Dari Abdullah bin Amr bin Ash, berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Bagi orang yang berpuasa ada doa yang tidak akan ditolak ketika ia berbuka. Dan bila Abdullah berbuka, ia berdoa: Wahai Tuhan, aku meminta kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang meliputi segala-galanya agar Engkau ampuni aku" (HR Ibnu Majah).

Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa
Seseorang yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang sedang berpuasa, akan memperoleh pahala sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurang sedikit pun.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
Dari Zaid bin Khalid al-Juhani, dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperolehi pahala sama dengan orang yang berpuasa sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikitpun" (HR Tirmizi. la berkata: Hadis ini hasan shahih)

Menghidupkan malam Ramadan dengan solat
Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa melakukan solat pada malam-malam Ramadan dengan iman dan mengharap keredaan-Nya, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni" (HR Bukhari dan Muslim)"

Memperbanyak sedekah
Bulan Ramadan merupakan kesempatan terbesar bagi setiap orang Islam untuk meningkatkan amal kebajikannya. Bahkan Rasulullah SAW memanfaatkan bulan Ramadan dengan mengeluarkan sedekah jauh lebih banyak dibanding pada bulan-bulan yang lain. Ibnu Abbas menggambarkan kedermawanan baginda pada bulan Ramadan lebih banyak dibanding tiupan angin. Kerana itu setiap muslim yang mampu hendaknya memperbanyak sedekah pada bulan Ramadan.

Memberbanyak tadarus al-Quran
Pada setiap malam bulan Ramadan, Jibril berkunjung kepada Rasulullah SAW. Pada saat itu Rasulullah membaca al-Quran dan Jibril menyemak atau mendengarkannya seumpama orang bertadarus. Perbuatan Rasulullah SAW ini menegaskan betapa utamanya kegiatan al-Quran pada bulan Ramadan.

Memperbanyak istighfar
Amalan kebajikan yang perlu ditingkatkan sepanjang bulan Ramadan, antaranya mengucapkan "Laa ilaha illallah", mengucapkan 'astaghfirullah", memohon masuk syurga dan memohon dijauhkan dari seksa neraka. Dengan memperbanyak bacaan istighfar, kalimah toyyibah, permohonan masuk ke syurga dan menjauhi neraka, akan bertambah banyaklah amal kebajikan kita dalam bulan Ramadan. Sebab bulan Ramadan adalah bulan terbukanya pintu pengampunan Allah dan tertutupnya pintu-pintu neraka.

Solat tarawih
Rasulullah s.a.w. bersabda: "(Bulan Ramadan adalah bulan) Allah menetapkan kewajipan puasa kepada kamu; dan aku disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Barang siapa berpuasa pada siang harinya dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharap keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan oleh ibunya" (HR Ibnu Khuzaimah).

Iktikaf
Aisyah meriwayatkan hadis sebagai berikut: "Adalah (Nabi SAW) beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan sampai Allah mewafatkan baginda, kemudian isteri-isteri baginda beriktikaf sesudah itu" (HR Bukhari Muslim).

Iktikaf ertinya duduk dengan diam atau duduk menyendiri. Menurut istilah syariat, iktikaf ialah tinggal menyendiri di dalam masjid untuk melakukan ibadah selama sepuluh hari akhir bulan Ramadan tanpa keluar, kecuali kerana keperluan yang mendesak.

Mencari Lailatul Qadar
Diriwayatkan dalam hadis Abdullah bin Shamid bahawa Rasulullah SAW bersabda: "...(laitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir" (HR Ahmad)

Malam Lailatur Qadar adalah malam ketika Allah menurunkan firman-Nya ke langit dunia sekali gus. Hal ini berbeza pengertiannya dengan malam nuzul Quran, iaitu saat pertama al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. di gua Hira' yang terjadi pada 17 Ramadan ketika baginda berusia 40 tahun.

Mengenai malam Lailatul Qadar ini disebutkan dalam firman Allah:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbitfajar" (Al-Qadar: 1-5).

Memperbanyak ibadah pada 10 hari terakhir Ramadan
Disebutkan dalam sebuah hadis: Dari Aisyah: "Adalah Rasulullah SAW bila memasuki sepuluh hari terakhir, baginda menguatkan ikat pinggangnya dan menghidupkan malamnya serta membangunkan isteri-isterinya" (HR Bukhari dan Muslim).

Wednesday, October 05, 2005

.: Ujian itu Mehnah :.


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12



Maka, Nikmat Tuhan yang manakah yang hndk kamu dustakan??

"Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-gaLanya"






Monday, October 03, 2005

.:1 RAMADAN 1426 H:.

Assalamualaikumwbt..

Alhamdulillah.. Ramadan telah menggamit tiba..May Allah(SWT) allow us to go through it with ease. Amin.
Mlm td alhamdulillah..slmt mengerjakn solat terawih brjemaah kat surau..
(sejuk ati tgk ramai orang..blh dikatakn agak penuh jgla surau mlm td..alhamdulillah),
and di pghujung mlm nanti (insyaAllah), mg dibangunkan oleh Allah utk
menghidupkan sunnah RAsulullah... iaitu bErSaHUr.. eheh..(sama2la kejutkan k)
(qiamullail pekaba? mg diberi kekuatan utk mengerjakannya =p)
sudah menjadi kebiasaan,mak n abah akan call untuk mengejutkan anak2 nye yg berada jauh2 ni..
(wlwpun biasenye mmg akn terbangun sndri dikejut oleh alarm henset n jg shbt2 yg sememangnye pantas lagi tangkas..hehe)
rindunye bersahur dgn serunding & sambal tumis penangan mak..huhu..
xpe..ni lah pengorbanan dlm menuntut ilmu.. terpaksa berjauhan dgn keluarga..

Okla.. ana skip jap eh isu pasal Ramadan..
hari ni ana nak share satu watikah..
eh..silap..warkah sbenanye.. (diposting oleh seorang shbt di extro)

yang ana kira cukup bermakna utk insan bergelar MUSLIMAH..

(kalianlah sayap kiri perjuangan suami kelak..=)

slmt membaca k..=p


Titipan Buat Calon Zaujahku ..

Image hosted by Photobucket.com



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assolatuwassalam a’la Rasulillah
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam...

Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.

'Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu'

Kukira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.

'Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.' (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Calon zaujahku yang dirahmati,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa--bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.” (Al-Hujarat: 13)

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon zaujahku.

Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?” Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya” Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.
“Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.
Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya ,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.

Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak

Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.

Bakal isteriku yang dirahmati,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.

Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.

Salam buat teman solehahku...

Saturday, October 01, 2005

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN....

Image hosted by Photobucket.com


Salam alaik...

Tinggal brape hari je lagi kita umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan...kejap kan?pejam celik..pejam celik..dah tiba ramadan seterusnya..

"Shahru RAmadan"
Bulan yang disebut oleh Rasulullah sbg 'bulan Umatku'...
(alangkah bertuahnya kita dilahirkan sbg Umat NAbi Muhammad Saw)..
bulan yg x patut kita sia2kan..
utk kita memperELOKkan lagi ibadah kita Tuhan Yang Esa..
menguji kesabaran & keimanan..yg sudah pasti dpt mendeKAtkan lagi diri kpd-Nya..

di kala ni dah terbayang2 keseronokan berpuasa, sahur ramai2 dgn keluarga
(@ klau yg duk menuntut ilmu cam ana ni,berbuka dgn shbt2 pun sudah cukup menggembirakan)....
best sgt2..
rindu berbuka dgn akak2,kwn2 kat surau..
berbuka dgn tamar...
kemanisan bersolat terawih jemaah kat masjid..
moreh bubur lambuk scra "berjemaah"..n sbgnyelah..
dan situlah terserlah kekuatan ukhwah antara kita..

kesimpulannya, diri ini x sbr menantikan kedatangan bln Ramadan yg penuh barakah.. n Moga masih ada kesempatan utk ana n shbt2 suma bertemu dgn RAmadan kali ini..InsyaAllah..

Sesungguhnya Ramadan itu mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. seperti sabda Rasulullah, maksudnya:

"Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka."
(Hadis riwayat Ibn Majah).

Firman Allah yg bermaksud:-

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur" [2: 185]

Akhirulkalam..Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak buat smua..
mg kita sm2 dpt memanfaatkan bulan ini dgn sebaiknya..
InsyaAllah..

Ahlan wasahlan Ya RAmadan!!


Friday, September 30, 2005

.:RINdU PADa UsRAti:.

Image hosted by Photobucket.com


SATU..
kasih nan abadi..tiada tandingi, Dia yg Satu..
DUA..

kasih berpanjangan..membawa ke syurga kasihnya ibu,,
TIGA..

lapar dan dahaga..rela berpayahan setianya ayah..
EMPAT..

mudah kau ketemuberhati selalu beza antara..
kasih dan kekasih..

ibu, kuingat dahulu..
menyisir rambutku kemas selalu..
ayah, menghantar ku ke sekolah..
bergunalah ilmu bila dewasa..

sayang, dengar lagu ini..
untuk kau sandarkan..buat pedoman..
manis jangan terus ditelan..pahit terus dibuang..
itu bidalan..harus kau renungkan..

andai kau beroleh bahagia
ingat itu bukan utk selamanya,,
andai kau dalam sengsara
ingat itu bukan untuk selamanya..
dunia ini sementara..

p/s: YA Allah.. jadikanlah riNdu diri iNi, RiNdu UtaMA kpd-Mu..

Image hosted by Photobucket.com
dik dihah ku syg ..

Wednesday, September 28, 2005

UMAT ISLAM DAN PENJUAL BASIKAL..

George W Bush dan Donald Rumsfeld sedang membuang masa di sebuah karaoke sambil menyanyikan lagu Balik Kampung karya Allahyarham Sudirman Hj Arsyad.

Seorang lelaki (terpaksa dirahsiakan identitinya atas alasan keselamatan)
masuk dan bertanya kepada seorang pelayan,

"Bukankah itu Bush dan Rumsfeld?"

Pelayan itu menjawab

"Iya, itu memang mereka."

Lelaki itu lalu mendekati mereka.

"Hello," kata lelaki itu (kerana Bush dan Rumsfeld bukanlah mereka yang layak diberi salam),

" Apa yang sedang anda berdua bincangkan?"
Bush menjawab selamba sambil meneguk air kencing setan,

"Perang dunia ke-3."

"Apa? Perang dunia ke-3? Kenapa?",
tanya lelaki itu agak terkejut.

"Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal"

Sekali lagi, lelaki itu bertanya dengan nada terkejut,

"Penjual Basikal?"

Bush lantas menoleh ke arah Rumsfeld dan berkata,

"Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?"

Tuesday, September 27, 2005

JAUH ITU DEKAT..


"tak terasa bila dia pergi,
tapi sayu bila dia tak kembali..

mencarinya dengan hati suci lebih indah,
drpd memiliki tapi tak menghargai...

dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan..
kejarilah dia sebelum hilang dari pandangan,
kerana hadirnya anugerah yang tiada tandingan..

Khas buat shbt2 yg amat ana rindui..
thank you ALLAH for the gift of....ukhwah!"

uhibbukunnalillah..

Image hosted by Photobucket.com

ALhamdulillah..DOE 's completed!!

alhamdulillah..
ari ahad ari tu..tepat kul 3 ptg..HIKMAH KEMBARA ana utk expiditon kali ni dah berjaye dicompletekan..fuuh..penat..sampai skrg masih terasa sengal2 bdn..nak nangis rase naik bukit turun bukit..pusing brape ladang klape sawit,ladang kgetah sumer kami redah...pengalaman paling mengGigil kne kejor 3 ekor anjing..huhu..nasib baik Allah selamatkan kami.. ana spjg duk lam utan tu dgq Ikim.fm..lehla layan nasyid di tengah2 keijauan hutan belantare..kami berjalan n trus berjalan sejauh 25 km..brenti pun kekadang je utk ilangkan penat,takut tak sempat sampai checkpoint...first day ok lagi..masuk second day bertambahla ke'ádvencer'ánnya sbb kne pusing lereng2bukit..kesimpulannya,pengajaran yg ana dpt adlh,bwklah walkman masa pi camping,leh jgk dapat pengisian ceramah dr ikim tengah2 jalan..jangan makan banyak sangat..(mcm malam td,segala bende dimasak,maggi,bubur nasik,sambal ikan bilis,air milo berpaket2,spirulina pun ada yg bwk..waduuh)..minum air masak byk2..,jimat2 guna air..(speseli utk brwuduk..)..klau ade sungai,jgn excited sgt..bwk handset,blh call sesape klau sesat sbb zmn skrg,kat atas bukit pun coverage ok..Subhanallah =p..bwk windbreaker,stokin lebih sbb memalam sejuk..pasang khemah leklok..karang diterbang jugak dek encik angin..pastu,pengajaran sterusnye,mintak college sediakn rucksack kecik sbb sakit bdn btoi pikul rucksack besaq lg berat tu..lagi satu..pakailah topi peladang yang besar utk mengelakkn dr terkene sinaran Uv n panas sang mentari..(ni ana tgk kekawan ana yg lain ramai yg pakai topi tu..cam petani pulak..hehe..)ana pakai topi kecik je..sbb tu la skrg ni rs nak demam..dehydrated..pengajarn seterusnya,x perlu nak bercaMp fire n berparty2 kat tengah hutan tu, mengganggu ketenteraman awam je...kan Ada lg hiburan lain yg lebih berfaedah utk dibuat..hmm.. Hubungan sesama bkn mahram & non muslim jg kne jaga...aurat n etc..Pastu,klau blh,smua org kne pandai navigate via compass n peta..jd risiko nak sesat dpt direducekan..=p teamwork sgt penting.. itulah nikmat ukhwah..lg satu,nikmatilah keindahan alam ciptaan tuhan di setiap langkah kembara kita..itulah HikmAh kEmBAra yg paling besar sebenarnye....Subhanallah..(^_^)

p/s: terlepas marathon di kolej hari ahad hari tu..hehe..nasibla.. pepun, Sapphire tetap juara bertahan..tahniah2.. kpd dIamond..kamu tetap juara ape.. (^_^)

Monday, September 26, 2005

BANGKIT DARI TiDUR YG LENA..(^_^)

Assalamua'laikum..

setelah sekian lama menyepi..jari2 ini menari lagi di papan keyboard,
membuka lembaran baru utk blog ana yg telah lm x diupdate..hehe..
kesian kat blog..x sempat ana nak bermanja..
..x sempat rekod hal2 penting lam blog ni utk kenangan diri sndri
n peringatan brsama..ece..
Xpelah..yg penting.."jalan mesti kedepan..bukan ke belakang"..
(tringat iklan petronas smpene hari kebangsaan x lama dulu)..
perjalanan kat depan masih jauh.. jadikan pengalaman yg lalu sbg perkara yg dpt mematangkan kita k..

skrg ni smua orang cam tgh bz dgn minggu exam.. ana punye AS insyaAllah 13/10 nanti akn start..
sampaila sehari sblm raye..(huhu..makk..nak balikk..) kali ni ana kne pulun smua paper As sekaligus.. maklumla..result maths yg mantap..jadi,nak tak nak kne berusaha utk dptkan result yg lebih mantap..hehe..kekadang kecut perut juga..pk Ucas sumer..interview.. dgn keadaan study pun yg masih x profesional lagi..(muslihah..muslihah..bilela nak brubah ni...) ari tu, ms meeting with our headmaster, mr small,lg skali kecut perut when he said that most of universities dat hv been chosen by students ,mostly U yg sama..yg terhangat di psrn adlh Leeds, Soton, Aberdeen, Nootingham n adala satu due lagi.. cm mn x kecut perutnye, ke-4-4 u yg ana pilih, smuanye tersenarai lam top 5 tu..hot sehh mengalahkan pisang goreng panas..hehe..naib baik dpt can edit lagi Ucas form..kali ni tawakkal jela..letak je mana2 U..janji Leeds ana x tuka..(hehe..ade rezki..insyaAllah leh dptkan kak balqis?)..ewahh..
sebenanye,Ana x kisah pun dpt smbg blaja kat mn2..yg ana harapkn dpt buat medical degree..sbb tu lah cita2 ana sejak dr kecik..dr tapak kaki masih merah org kata..ece..hyperbola ke nih..ape2la.. Apapun,itu smua ana serah je kat Allah..sbb perancangn Dia adalah yg terbaik..Yakin dengan Allah..Dia yang lebih mengetahu apa yg terbaik utk hamba-hambaNyq..tugas ana skrg..blaja, n blaja..n blaja..tuntut ilmu seberapa byk yg boleh..sbb tanpa ilmu..we are nothing! lagipun,apa plg penting lg,Allah yg suruh kita tuntut ilmu ni..tak kirela A-Level ke..ape ke..Ilmu FArdhu Ain lgla==wajib tu..
best sbenarnye menuntut ilmu ni..mengajak otak untuk berfikir..berfkir ttg betapa LuasNya Ilmu Allah..berfikir ttg btpa pentingnye ilmu Allah ni kat kita..fi dun ya, mahupun utk saham di akhirah kelak..
jadi..xdela kita duk ditakuk yg lama je..klau cmtu,sampai bile2 pun x berkembang.. sbb tu kita sbg umat Islam yg alhamdulillah diberi kelebihan oleh Allah utk mengutip ilmu ni..kutipla seberapa byk yg mungkin..n bila dah kutip tu,jgn letak dlm poket je, tp aMalkan.. sbb ilmu tanpa amal tu,ibarat pokok yg x berbuah.. tul dak.. (^_^)
(Ya Allah..let me n my friends practise what we said..Ameen)

akhirul kalam..tringat kata2 hikmah ..

"Belajarlah kamu akan ilmu,
belajar itu kebajikan,
menuntut akan ia ibadat,
muzakarah ilmu itu tasbih,
hujahnya pada ilmu itu jihad,
mengerjakan bagi yang tahu itu sedekah"..


wallahualam
slm perjuangan!!

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, September 08, 2005

Rasakan Kelazatan Persaudaraan

Ayuh! Rasakan Kelazatan Persaudaraan

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim Sahabat...

Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya. Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat...

Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah.Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut.Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." Q.S Al-Hujurat : 10 Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." HR. Muttafaqun 'Alaih

Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya?
Wallahualam.

Yesterday is history,
Tommorow's a mystery,
Today's a gift,
That's why we call it the Present. "
Each day I wake in gratitude.
Thanking Allah, He let me rise And To Him I only Seek His assistance."



Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.

PESANAN AL-QAMAH
Sekiranya engkau memilih teman, pilihlah teman yang…..

Apabila engkau memandang wajahnya, segera engkau akan ingat Allah SWT.

Apabila engkau melihat dia beribadat, teringatlah engkau akan amalanmu.

Apabila engkau berbicara dengannya, bertambahlah ilmu pengetahuanmu.

Apabila engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

Apabila engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu.




Apabila engkau memerlukan pertolongan daripadanya, ia akan membantumu.

Apabila engkau menghulurkan sesuatu kebaikan dan kebajikan kepadanya, ia akan menerimanya dengan baik.

Apabila ia mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan kepadannya daripadamu, ia akan menghargai ataau menyebutnya.

Apabila ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan segera menutupnya.

Apabila engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

Apabila engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

Apabila engkkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkannya.

Apabila engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

Apabila engkau berselisih faham dengannya, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Apabila datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu

Monday, September 05, 2005

cANtik..atau tidak caNtik??

CanTik? atau tiDak cAntik??

Image hosted by Photobucket.com


(source-my previous entry)

Assalamualaikumwbt..
skdr peringatan kpd shbt2 & diri ana sndri..hrp2nye,kita sm2 akn dpt muhasabah diri,stakat mn dah kita ni bersyukur dgn kurniaan Tuhan sbenarnya..Hmm..biasanya, manusia akan sedih bila rasa dirinya kurang dari yang lain.. Contohnyela kan, rasa kurang cantik, kurang rupa paras.. cuba kita fikir sekejap..kenapa kita perlu sedih atau bangga dengan kecantikan? sebab memang semua manusia nak cantik, tapi TUHAN yang bagi rupa paras.Semua manusia itu cantik dan unik, tapi manusia yang mengkelaskan siapa yang cantik dan siapa yang kurang cantik. kalau orang itu cacat, sebenarnya dia cantik.. kalau orang itu gelap, sebenarnya dia cantik.. kalau orang itu hidung tak mancung, sebenarnya dia cantik.. tapi, sebab kita selalu fikir, yang cantik itu, mesti kurus, tinggi, putih,tak de jerawat,hidung mancung jadi kita mengkelaskan yang itu cantik, yang itu tak cantik.. itu tak benar, sahabat2,kita tertipu, sebab semua memang cantik. kalau kita rasa orang itu tak cantik, atau diri kita tak cantik, kita akan menyalahkan TUHAN sebab TUHAN yang bagi rupa paras. oleh sebab itu, patutkah pujian kecantikan diberikan pada manusia? "awak cantiklah.." padahal, yang jadikan dia cantik ialah ALLAH.. jadi, pujian itu milik ALLAH, bukan milik manusia..jadi, janganlah sedih kalau rasa tak cantik.. sahabat2 silap, sebab semua manusia cantik.. gembiralah.. jadikan kita insan yang paling cantik disisi Tuhan..Ssghnya kecantikan dalaman & rohaniah itu yg akn memancarkan sinar bahagia di wajah kita..
Allah itu CanTik,dan SukA yg CAnTik..jadi percantikkanlah diri dr segenap segi..mg kita menjadi hamba yg dikasihiNya..Kesimpulannye, bersyukurlah dengan apa yg ada.. x perlu nak mengubah kejadian Allah yg serba indah ni..Jangan sampai Tuhan menarik balik segala nikmat yg telah dikurniakan kpd kita tanpa kita sedari.. wanau'zubillahiminzalik..