Ramadan boleh diibaratkan sebagai bulan ibadah dan bulan mengkoreksi diri dalam meniti hari sepanjang bulan Ramadan. Sudah sewajarnya kehadiran Ramadan dilalui dengan penuh keimanan, kesabaran, keinsafan dan mengharapkan keredhaan Allah. Dari amalan sebulan Ramadan kita mengharapkan agar lahir sifat takwa di dalam diri kita. Semoga ibadah puasa pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Meh kita tgk apa antara amalan yang sunat dilakukan pada bulan Ramadan..InsyaAllah..sm2 kita mengejar rahmat Allah di bulan yg penuh barakah ini..=p
Melewatkan sahur
Waktu sahur yang paling baik ialah menjelang Subuh, kira-kira sama dengan orang membaca 50 ayat al-Quran, iaitu lebih kurang 10 minit atau 15 minit sebelum waktu Subuh.
Hal ini dinyatakan dalam hadis yang bererti:
Dari Zaid bin Tsabit berkata:
"Kami sahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian kami berdiri solat." Saya bertanya:"Berapa lama jarak antara keduanya itu?" Baginda bersabda: "Lima puluh ayat al-Quran" (HR Bukhari).
Dari Abu Zar al-Ghifari r.a. secara marfu', bahawa Rasulullah bersabda; Sentiasalah umatku dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur."
Bersahur dengan kurma
Bahan makanan untuk sahur yang paling besar berkahnya dan paling baik adalah buah kurma. Buah kurma tidak hanya untuk berbuka, tapi juga sangat baik untuk sahur. Bersahur dengan buah kurma merupakan sunnah Nabi. Ada keuntungan yang berlipat kali ganda bagi orang yang bersahur dengan kurma, iaitu pahala berjumpa Allah dan rasa kenyang.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dari Abu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma" (HR Ibnu Hibban dan Baihaqi).
Meninggalkan ucapan dan perbuatan sia-sia
Orang yang berpuasa tetapi berbohong atau berbicara kotor dan melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, tidak akan dapat pahala dari puasanya kerana puasanya itu tidak diredai Allah. Puasa yang diredai Allah ialah puasa yang dilakukan dengan akhlak yang baik dan ucapan yang terpuji.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan curang, maka Allah sama sekali tidak memerlukan perbuatannya meninggalkan makan dan minum (puasa)" (HRBukhari).
Menahan diri dari cercaan orang lain
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Dari Abu Hurairah, berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah dikatakan berpuasa kerana tidak makan dan tidak minum. Akan tetapi, yang dinamakan berpuasa adalah kerana meninggalkan ucapan sia-sia dan perbuatan yang buruk. Kerana itu jika ada orang yang memakimu atau berlaku jahil kepadamu, katakanlah (kepadanya): 'Aku sedang berpuasa. Aku sedang berpuasa" (HR IbnuKhuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim).
Menyegerakan berbuka
Disebutkan dalam sebuah hadis: "Dari Sahl bin Sa'ad, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana ia menyegerakan dalam berbuka" (HR Bukhari).
Memperbanyakkan doa ketika berbuka
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Dari Abdullah bin Amr bin Ash, berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Bagi orang yang berpuasa ada doa yang tidak akan ditolak ketika ia berbuka. Dan bila Abdullah berbuka, ia berdoa: Wahai Tuhan, aku meminta kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang meliputi segala-galanya agar Engkau ampuni aku" (HR Ibnu Majah).
Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa
Seseorang yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang sedang berpuasa, akan memperoleh pahala sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurang sedikit pun.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
Dari Zaid bin Khalid al-Juhani, dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperolehi pahala sama dengan orang yang berpuasa sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikitpun" (HR Tirmizi. la berkata: Hadis ini hasan shahih)
Menghidupkan malam Ramadan dengan solat
Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa melakukan solat pada malam-malam Ramadan dengan iman dan mengharap keredaan-Nya, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni" (HR Bukhari dan Muslim)"
Memperbanyak sedekah
Bulan Ramadan merupakan kesempatan terbesar bagi setiap orang Islam untuk meningkatkan amal kebajikannya. Bahkan Rasulullah SAW memanfaatkan bulan Ramadan dengan mengeluarkan sedekah jauh lebih banyak dibanding pada bulan-bulan yang lain. Ibnu Abbas menggambarkan kedermawanan baginda pada bulan Ramadan lebih banyak dibanding tiupan angin. Kerana itu setiap muslim yang mampu hendaknya memperbanyak sedekah pada bulan Ramadan.
Memberbanyak tadarus al-Quran
Pada setiap malam bulan Ramadan, Jibril berkunjung kepada Rasulullah SAW. Pada saat itu Rasulullah membaca al-Quran dan Jibril menyemak atau mendengarkannya seumpama orang bertadarus. Perbuatan Rasulullah SAW ini menegaskan betapa utamanya kegiatan al-Quran pada bulan Ramadan.
Memperbanyak istighfar
Amalan kebajikan yang perlu ditingkatkan sepanjang bulan Ramadan, antaranya mengucapkan "Laa ilaha illallah", mengucapkan 'astaghfirullah", memohon masuk syurga dan memohon dijauhkan dari seksa neraka. Dengan memperbanyak bacaan istighfar, kalimah toyyibah, permohonan masuk ke syurga dan menjauhi neraka, akan bertambah banyaklah amal kebajikan kita dalam bulan Ramadan. Sebab bulan Ramadan adalah bulan terbukanya pintu pengampunan Allah dan tertutupnya pintu-pintu neraka.
Solat tarawih
Rasulullah s.a.w. bersabda: "(Bulan Ramadan adalah bulan) Allah menetapkan kewajipan puasa kepada kamu; dan aku disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Barang siapa berpuasa pada siang harinya dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharap keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan oleh ibunya" (HR Ibnu Khuzaimah).
Iktikaf
Aisyah meriwayatkan hadis sebagai berikut: "Adalah (Nabi SAW) beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan sampai Allah mewafatkan baginda, kemudian isteri-isteri baginda beriktikaf sesudah itu" (HR Bukhari Muslim).
Iktikaf ertinya duduk dengan diam atau duduk menyendiri. Menurut istilah syariat, iktikaf ialah tinggal menyendiri di dalam masjid untuk melakukan ibadah selama sepuluh hari akhir bulan Ramadan tanpa keluar, kecuali kerana keperluan yang mendesak.
Mencari Lailatul Qadar
Diriwayatkan dalam hadis Abdullah bin Shamid bahawa Rasulullah SAW bersabda: "...(laitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir" (HR Ahmad)
Malam Lailatur Qadar adalah malam ketika Allah menurunkan firman-Nya ke langit dunia sekali gus. Hal ini berbeza pengertiannya dengan malam nuzul Quran, iaitu saat pertama al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. di gua Hira' yang terjadi pada 17 Ramadan ketika baginda berusia 40 tahun.
Mengenai malam Lailatul Qadar ini disebutkan dalam firman Allah:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbitfajar" (Al-Qadar: 1-5).
Memperbanyak ibadah pada 10 hari terakhir Ramadan
Disebutkan dalam sebuah hadis: Dari Aisyah: "Adalah Rasulullah SAW bila memasuki sepuluh hari terakhir, baginda menguatkan ikat pinggangnya dan menghidupkan malamnya serta membangunkan isteri-isterinya" (HR Bukhari dan Muslim).
Monday, October 10, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment