UMAT ISLAM DAN PENJUAL BASIKAL..
George W Bush dan Donald Rumsfeld sedang membuang masa di sebuah karaoke sambil menyanyikan lagu Balik Kampung karya Allahyarham Sudirman Hj Arsyad.
Seorang lelaki (terpaksa dirahsiakan identitinya atas alasan keselamatan)
masuk dan bertanya kepada seorang pelayan,
"Bukankah itu Bush dan Rumsfeld?"
Pelayan itu menjawab
"Iya, itu memang mereka."
Lelaki itu lalu mendekati mereka.
"Hello," kata lelaki itu (kerana Bush dan Rumsfeld bukanlah mereka yang layak diberi salam),
" Apa yang sedang anda berdua bincangkan?"
Bush menjawab selamba sambil meneguk air kencing setan,
"Perang dunia ke-3."
"Apa? Perang dunia ke-3? Kenapa?",
tanya lelaki itu agak terkejut.
"Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal"
Sekali lagi, lelaki itu bertanya dengan nada terkejut,
"Penjual Basikal?"
Bush lantas menoleh ke arah Rumsfeld dan berkata,
"Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?"
Wednesday, September 28, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment