Thursday, June 10, 2010
Selamat ke ESQ adik...
Alhamdulillah, Seronok mendengar suara ceria adik kat telefon pagi tadi, begitu juga dengan kakak.
Setelah setahun lebih menunggu ke Esq, akhirnya adik dan kak (insyaallah) akan berpeluang ke training ni pada hari esok-Esq Kids Pertama di kelantan. Jika dulu tak putus-putus dia duk tanya bila dapat ke ESq, kini tertunai sudah janjinya. Dah lama mendaftar, dan mereka sendiri sudah lama mengenal Esq , tapi kerana clashing dengan tarikh dan jarak yang jauh menyebabkan saya selalu tidak berkesempatan membawa mereka ke ESQ Kids di KL (kerana sebelum ini training kids hanya dibuat di Kuala Lumpur). Kesian juga tatkala saya melihat mereka teruja bila mendengar cerita tentang Esq, tetapi banyak kali terlepas untuk ke training Kids di Malaysia sewaktu saya masih ada di sana. Keputusan singkat pemergian saya ke Mesir menyebabkan ianya menjadi tertangguh tanpa berita.
Nekad sungguh2, Hajat dihati insyaallah nak melangsaikan 'hutang' dengan mereka ini sekembalinya saya ke Malaysia nanti. Dah bertahun saya daftarkan adik, tapi tak tahu bila dapat membawa mereka ke training. Mujurlah pendaftarannya boleh dibawa ke mana2 training [move forward],maka ianya tidak 'burn' begitu sahaja. Syukurlah, Selasa lepas terima mesej dari abah, katanya Esq Kids akan dibuat di Kelantan. hati gembira tatkala mendengar abah nak hantar adik2 ke sana..
Mendaftar sejak Nov 2008, tapi besok baru adik dapat pergi. Tertunai sudah janjinya, walaupun sedikit sebak sebab tidak dapat bersama mereka, mahu memeluk mereka di saat kanak2 yang lain bersama keluarga dan ibu bapa, tetapi hati tetap bersyukur kerana Allah Yang Maha Penyayang memilih adik2 bongsu saya ini untuk mengutip secebis ilmu dan pengalaman hidup di sana insyaallah. Jika sebelum ini, untuk Abah (Training Kelantan 1), Kak Mai (Mcb Putrajaya), Adik Hanif (Training ESq with Iluvislam 1) and Adik Syahmi (Training Remaja) saya sempat bersama2 mereka walaupun tidak full 2, atau 3 days. tapi untuk adik kecil 2 orang ini saya tidak dapat menemani mereka hatta sebagai alumni atau ATs. Harap adik tetap gembira semasa di training. Cukuplah doa ku dari Bumi Anbiya' mengiringi kalian, semoga Allah memberi yang terbaik buat adik sepanjang perjalanan jiwa di sana... Insyaallah..
Tengoklah betapa adik ni nak gi Esq, sampai saya terjumpa mesej ini dalam 'folder' microsoft word saya... ;p
=) adik2...
"Kak Ah, ESQ tu sama dengan Mekah ke?"
Itulah soalan adik tadi. Jauh dia membayangkan. =)
"Xpa, adik gi esok adik tahulah gapo"...
Insyaallah.. Semoga adik akan mendapat yang jauh lebih baik lagi dari Kak Ah...
Saya memesan kat adik untuk bawa telekung sembahyang and bawa sweater, takut adik sejuk.
Jangan nakal2, n mintak kak tolong tengokkan adik.
Semoga cuti adik kali ini akan terisi dengan benda yang bermanfaat.. Daripada duk main game entah apa2 tu baik pergi Esq...
Semoga apa yang bakal diperoleh esok dan lusa akan lebih mendewasakan adik2ku dalam mengharungi hidup sebagai hamba Allah dan membesar sebagai KhalifahNya yang terbaik di muka bumi... Insyaallah..
Ku pohon padaMu, Jagalah mereka Ya Allah....
Merekalah permata2 hati tinggalan berharga arwah Ma... Maafkan aku yang selalu berjauhan dengan mereka, tidak sempat untuk menemani dan melihat mereka membesar di depan mata...
Semoga hari esok akan lebih membahagiakan dan menceriakan hidup mereka untuk lebih tabah menghadapi hari2 yang mendatang..Insyaallah...
Sayang adik2 Kak Ah....
Ya Allah, jadikan mereka insan2 yang Engkau Cintai selamanya.....
curahkan mereka ilmu dan hikmah dariMu, semoga lebih kenal dan bertambah Cinta mereka kepada Mu...
Amin.... Ya Rabbal A'lamin...
.:~Satria Esq go! go! go!:~ Salam Kak Ah buat MR Zero k! :)......
link:
Esq Malaysia
Esq Pantai Timur
Labels:
Usrati Jannati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
terharu.
Call adik pd malamnya ..
"kak ah, best gok esq. adik jeghik 3 kali.."
huhu..
" kalu kak ah ada kat sana mesti kak ah dah peluk adik"..
insyaallah, selamat meneruskan kembara sehari lg.
insyaallah smg banyak lagi yg akan membuka mata adik..
selamat bertraining...
[baru dpt tahu smlm spupu dia siti hajar pun dihantar juga oleh makcik]..
alhamdulillah, smg cuti kalian bermanfaat..! syg smua...
p/s:(jenghik - nangis versi kelantan)
tadi dapat call adik lagi.
alhamdulillah, selesai sudah training kids kelantan 1 yang bertempat di new pacific hotel kb.. [hotel ungu ini memang menjadi kecintaan saya di kb]..
walaupun x pernah sampai sana, syukurlah adik pun dah sampai malah dapat menambah ilmu dalam usianya yang masih muda di sana...
tadi dia bercerita penuh tentang apa yang diperolehnya pada kakaknya yang jauh ni...
x sangka adik sekecil tu mampu mengeluarkan mutiara2 hikmah yang diperolehnya.
"Kak Ah.. adik nangis 4 kali hari ni. Adik Sdih sgguh... terutama bila cerita psl Allah dan Nabi..
Terasa bertambah cinta pd Allah.pada Rasul. Adik tahu dah skrg, Allah lah yang Menciptakan kita..semenjak dari bayi lagi."
[dengan sungguh2 dia bercerita.mulut mongelnya itu tulus bercerita kepada saya dihujung telefon. saya hanya mampu bertasbih dalam hati dan mengucapkan hamdalah..] terutama apabila dia beberapa kali menekankan tentang cinta kepada Allah...
~Subhanallah adikku, [ x sdr hampir menitis air mata, terasa rindu sgt nak peluk adik n kak..] saya amat merindui mereka...
teruslah mengenal Allah adik2ku. Dialah Pencipta Kita. Dialah yang dah ciptakan Ma dan Abah untuk kita semua, dan dah beri adik untuk Kak Ah. Allah Yang Maha Baik dan Sentiasa berlaku Baik kepada hambaNya...
Saya meninggalkan pesanan di hujung telefon,
Alhamdulillah, itu yang kak Ah nak kongsi pada Adik.. "Allah sangat sayang pada adik." Sebab tu lps ni adik jangan tinggal sembahyang. Baru tanda adik sayang kat Allah.Kena buat baik kat org.. Kena slalu dgr kata abah dan ma.. Kalu ada kwn2 adik x smyg, adik kena bgtahu dia Allah x suka. Adik kena buat apa yang Allah nak,baru Allah sayang adik"..
walaupun tidak berada di hdpn sy, tp saya tahu dia mengangguk2 dan merenung panjang di hujung telefon...berfikir mungkin.
Semoga jiwa kecil itu lebih memahami segalanya....
[Saya sendiri terasa kerdil dan malu di hadapan adik.. Dia yang lebih muda sudah mampu mengungkap cinta kepada Allah...]
bagaimanakah pula dengan saya...
Adakah diri ini sudah benar2 mencintai Allah sepenuhnya...
Allahuakbar.. Ampuni aku Ya Allah..
Lailahailla Anta Subhanaka inni kuntum minazzhalimin...
Alhamdulillah... Segala Puji hanya BagiMu Ya Allah...
Post a Comment