Friday, June 11, 2010

Semoga terus menjadi permata Islam yang bersinar...



"Salam. tcr, maaf ganggu. Sye doa smuga Tcr brjaya dlm pelajaran & sy doa jg.. smuga tcr, capaikn semua hajat tcr. Sy nk minta maaf, selama sy belajar dengan tcr, klau ada salah silap, maafkan saya. Tcr, tolong doakan saya, supaya lancar Quran & tolong doa juga, hidup sy sentiasa dalam keredhaan Allah..

Tcr.. hr ni sy nk balik dah.. "


Begitulah antara serba ringkas bunyi mesej yang saya terima dari Malaysia semalam2..

Mesej dari seorang anak murid yang pernah menjadi student saya di sebuah Maahad Tahfiz.

Seorang pelajar yang amat saya hormati kerana ketawadhu'kannya dan ilmu agama yang ada padanya..

Kini mungkin dia telah selamat berada di kampung halamannya di Thailand, meneruskan sisa2 perjuangannya sebagai penuntut ilmu dan harapan ummah di sana. :j InsyaAllah.

Sebak dan terharu. Semuanya bercampur.

Sebak kerana dia akan kembali ke kampung halamannya, jauh dari Malaysia.
[read: mesir]

Gembira dan terharu kerana mereka masih mengingati diri saya sebagai guru walaupun saya tidaklah lama mengajar mereka..

Pengalaman yang sebentar cuma, kesempatan yang dihadiahkan oleh Allah kepada saya untuk mengenali pelajar2 tahfiz, dan berkongsi sedikit ilmu bahasa inggeris yang saya miliki kepada mereka, tidak mungkin saya lupakan.

Terlalu banyak kenangan manis semasa berada di Maahad..

Merekalah anak2 murid kesayangan saya.
dan selamanya akan berada di hati saya,
insyaallah..


.





Teruslah membawa Al-Quran dan sunnah dalam hati kalian, teruslah berada dalam keredhaanNya, dimana pun kalian berada, semoga Allah tetap bersama.

Doa saya semoga kalian akan terus dewasa menjadi pembela dan Pejuang Agama-Nya..

Menjadi hamlatul Quran yang hebat di sisi Allah....

teacher pasti tidak akan melupakan kalian..Semoga terus berjaya dunia akhirat insyaallah..


utk arif, awe, din, elias, hamizan, baihaqi, lutfi, zul dan hadi,
terima kasih kerana pernah mewarnai hidup teacher..

Doakan kejayaan kita bersama. Walau dalam bidang berlainan, kita tetap berpaksikan tunjang yang Sama. Insyaallah. semoga akan bertemu lagi kalian suatu hari nanti.
mungkin masa tu smua dah jadi ulama2' ummah.. :) Insyaallah....

Be the Best for the Ummah ok..

Amin ya RAbb... Semoga Kau terus menjaga mereka....
menjadi permata2 acuan Islam selamanya.

Seeru a'la barakatillah..

Salam perjuangan
-teacher Muslihah-


maahad's previous entry:

0 comments: