Alhamdulillah, berakhir sudah pengembaraan kami ke semenanjung Sinai, Iskandariah dan juga Seminar Perubatan di Kaherah. Insyaallah jika diberi kelapangan waktu akan saya akan cuba kongsikan sedikit pengalaman sepanjang keberadaan di sana secara bersiri. Insyaallah..
Rehlah Sinai Akhawat Zaqaziq merupakan yang julung2 kalinya diadakan oleh Organisasi Perubatan Zaqaziq… Dengan temanya "Journey To The Top @ J3T," Sirah Inspired, Success Achieved" ia membawa makna yang tersendiri untuk kami... Jika sebelum ini senior2 telah mengikuti rombongan dibawah Perubatan mahupun Dpm sendiri. tapi Opz dengan langkah proaktifnya telah menganjurkan jaulah yang bermakna kali ini. Istimewanya juga rehlah kali ini kerana semua peserta adalah dari kalangan akhawat. Hanya beberapa ikhwah turut hadir bersama sebagai Mushrif kami selama permusafiran dan juga beberapa ajk perlaksana penting di sebalik tabir.Alhamdulillah, orang pakar dengan bumi Mesir seperti Ustaz Mumtaz, Kak Fai dan si kecil wirdani turut menemani kami ke Sinai.
Sedikit info tentang Sinai.
Sinai adalah sebuah dataran yang mirip sebuah pulau. Ia diapit oleh Teluk Suez dan Teluk A’qabah.Keluasannya adalah 61 ribu km2. Sinai terbahagi kepada 2 wilayah iaitu Sinai Utara dan Sinai Selatan. Hampir seluruh dataran Sinai diliputi oleh padang pasir dan gunung ganang. Sinai cukup kaya dengan hasil tambang sehingga selalu menjadi pertikaian antara Mesir dan negara2 tetangga.Pernah dijajah sebanyak 15 kali semenjak zaman Mesir kuno.Kali terakhir dijajah oleh Israel dan Berjaya ditewaskan sewaktu perang Oktober 1973.
Di dataran ini juga pernah terjadi pelbagai peristiwa kenabian dan sejarah2 silam yang terakam dalam Al-Quran. Bermula dengan Nabi Ibrahim dalam perjalanan ke Syam, Nabi Musa yang berbicara dengan Tuhan di puncak Gunung Sinai. (Toha:12)
Tempat ini juga terdapat kisah Bani Israel ketika dihukum tinggal di kawasan gersang Sinai (al-Maidah :20-26), al-A’raf (138-162)
Penaklukan Mesir yang dipimpin oleh ‘Amru al-Asr juga melalui dataran ini.Di samping itu, Sinai juga dikatakan sebagai tanah suci agama Islam, Kristian dan Yahudi.
Sinai diambil sempena nama tuhan mesir kuno, iaitu “sin” yang bermaksud “tuhan bulan”.
Kedudukan Sinai sangat strategic kerana menghubungkan 2 laut iaitu Laut Meditteranena dan laut Merah.
Seluruh wilayahnya dikelilingi laut kecuali sebelah Timur yang bersempadan dengan Palestin.
TEROWONG AHMAD HAMDI
Ba'da Subuh, perjalanan diteruskan kembali. Pemandangan sungguh indah pagi itu. Kami melalui terusan suez dan terowong Ahmad Hamdi yang menghubungkan tanah besar semenanjung mesir (barat) dan sinai (timur). Terowong ini siap dibina oleh kerajaan British pada 1983 tetapi mengalami beberapa kerosakan .Namun pada 1992, kerajaan Jepun memberikan sumbangan untuk proses baik pulih.
Terowong ini berfungsi sebagai penyambung antara benua bahagian Mesir di Asia iaitu Sinai dan pekan Suez di sebelah tanah besar Afrika bagi mesir. Dan nama Ahmad Hamdi diambil sempena nama jeneral tentera mesir semasa perang Oktober 1973.
BAR LEV LINE
Destinasi pertama yang kami tuju adalah “Bar lev Line” atau Bekas Kem Tentera Israel Laknatullah. Sebelum tiba, di dalam bas musyrif kami Ustaz Zuhaili menceritakan serba sedikit tentang sejarah kem ini. Hebat juga dengan fakta ustaz, Kagum dengan anak2 muda macam ni, sejarah islam seolah semuanya sudah dalam tangan.
Kem ini terletak ditengah2 padang pasir. Ia dinamakan sempena jeneral Israel yang menjaga Sinai iaitu jeneral Haim Bar Lev yang mana mempunyai kelengkapan canggih untuk melindungi kedudukan tentera Israel di semenanjung Sinai serta kedudukan kubu yang strategic.
Kubu ini ditawan pada perang Oktober 1973 selepas sheikul Azhar, Syeikh Abd Halim Mahmud mendapat mimpi tentang strategi penawanannya (iaitu dengan menjirus dan menyembur air ke arah padang pasir, sehingga terserlahlah kubu2nya yang selama ini terselindung di sebalik timbunan rel keretapi, daun2 dan dikelabui oleh padang pasir yang luas.
Begitulah.
“wamakaru wamakarallah… wallahukhairulmakirin…”
Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua… Seterer2 israel, sesombong2 mereka, semuanya tidak dapat melawan kekuatan dari Allah Swt.
jika dilihat di atas bumbung kubu ni, penuh dengan daun2 dan rel keretapi yang digunakan untuk mengelabui pandangan tentera dan satelit dari mengesan kedudukan kubu. Tapi mimpi sheikul azhar merupakan mimpi ngeri buat tentera israel ketika itu. hanya dengan semburan air, kubu mereka berjaya ditawan. padang pasir sendiri menzahirkan kubu2 mereka.
merasa masuk kubu...
syair berbahasa hebrew. nak translate ada bahasa arab kat situ..
U'YUN MUSA
Setelah puas menjelajah di sekitar kem, kami meneruskan perjalanan. Destinasi yang seterusnya adalah U’yun Musa (Mata air Musa).
Sedikit info tentang U’yun Musa.
Terletak pada kejauhan 143km dari kota Cairo. Ia merupakan 12 mata air yang berasal dari sebuah batu yang dipecahkan nabi Musa a.s dengan tongkatnya untuk memberi minum 12 suku kaumnya sebagaimana dikisahkan dalam Al-Quran (al-Baqarah : 60). Namun kedua belas sumur itu tidak seluruhnya dapat ditemukan kerana sebahagiannya telah ditutup pasir akibat pengaruh angin gurun.
salah satu daripada mata air yang dijumpai..
Di sana kami juga kami dibawa ke Bir Ayub (telaga Nabi Ayub). Kami meredah padang pasir yang luas untuk sampai ke sana. Seronok juga sebab terasa macam di gurun sahara.. Terimbas kembali sejarah2 para anbiya dan para mereka terdahulu… betapa kehidupan mereka tidak lepas dari kehidupan padang pasir..
Akhirnya kami tiba di telaga Ayub, telaga inilah dipercayai tempat Nabi AYub yang ditimpa penyakit saat itu mendapat penawar bagi penyakitnya. Berhampiran dengan telaga tersebut, nun jauh disana terbentang luas laut merah yang dapat dilihat dari tempat kami berdiri.
telaga Nabi Ayub...sesuam airnya..
laut merah di belakang kami...
HAMMAN FIRAUN
9 am – bertolak ke Hamman Firaun . Ianya terletak dalam kawasan Sinai Selatan. Dulunya tempat ini adalah tempat permandian air panas yang keluar dari salah satu gunung di pinggir teluk Suez. Dinamakan Hamman Firaun kerana menurut cerita tempat ini pernah disinggahi Raja Firaun dan kini masih dijumpai sisa guanya yang hamper tertutup. Jaraknya dari Kota Kaherah ialah 224km atau 50 km dari Ra’su Sidr.
Berhadapan dengan gua terbentang luas laut yang sangat cantik ... satu biru tua dan satu biru muda... Hati saya terdetik adakah ini laut yang dimaksudkan Allah dalam surah Ar-Rahman...
"Dia membiarkan dua laut mengalir yang keduanya kemudiannya bertemu.Antara keduanya ada bata yang tidak dilampaui oleh batas masing2.Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" (Ar-Rahman 19-21)
LEMBU SAMIRI & MAKAM NABI HARUN
10.46 am --- bertolak ke Makam Nabi Harun dan Lembu Samiri (‘ijil) yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dalam perjalanan kami berhenti di sebuah kawasan kedai makan untuk solat zohor dan makan. Terima kasih buat para ustaz dan ajk pelaksana yang menyediakan makanan yang enak untuk kami. Malah tempat letak beg bas menjadi dapur setia sepanjang jaulah kami ke Sinai.
Supposedly kami singgah ke Makam Nabi saleh terlebih dahulu tetapi ammu bas terlepas pandang. Maka kami meneruskan perjalanan ke makam nabi harun dan lembu samiri. Insyaallah pulang dari Sinai nanti akan singgah kembali ke makam nabi saleh,
Akhirnya tibalah ke tempat yang dituju. Nun jauh diatas bukit berbatu kelihatan ukiran seakan2 berbentuk lembu. Saya teruja tatkala melihatnya kerana ia adalah gambara yang sama yang saya lihat dari blog jhazkitaro pada malam sebelum bertolak, Cuma bezanya kini saya melihatnya live dengan mata sendiri.
Lembu samiri..
di Makam Nabi Harun
Adik2 arab yang ditemui di sekitar pergunungan menjual batu
12 MATA AIR & WADI ARBAIEN
Di sebelah petangnya kami bertolak ke Wadi arbaen. Walaupun hampir maghrib, kami cuba juga mengejar masa agar dapat tiba di 12 mata air. Disinilah bermulanya pendakian kami yang pertama. 12 mata air ini agak jauh ke dalam. Di kiri kanan terdapat rumah2 arab nomad mungkin, unta2 . agak kedalam sedikit maka sampai jualah kami ke tempat bersejarah ini. Pertama kali melihat 12 mata air, sebelum ini tidak pernah dapat saya bayangkan. Satu batu yang mempunyai pecahan jalur 12 padanya. 6 di hadapan dan 6 dibelakang.
12 mata air
Merupakan tempat dimana terdapatnya sebuah batu yang mempunyai 12 punca air yang terbentuk setelah Nabi Musa mengetuknya dengan tongkat. Ini juga merupakan dari 8 mukjizat yang dikurniakan Allah untuk Nabi Musa. 12 punca air melambangkan 12 puak Bani Israel.
Wadi arbaen lebih ke dalam tapi memandangkan malam sudah melabuhkan jubah hitamnya, maka kami beransur pulang ke tempat asal dan tempat penginapan.. mungkin untuk persiapan hari esok yang lebih mencabar…
Malam dihiasi bintang2. Sempat lagi kami hiasi dengan nasyid2 nostalgia….lagu2 masa kecik2 dlu..lagu bintang2..ia juga mengembalikan rindu saya pada DOE ketika alevel dulu. Turun naik bukit,. Bermalam di tengah2 hutan… pasang khemah, bawa rucksack, masak atas penunu Bunsen, survive sendiri bersama teman2 seperjuangan.. Betapa saya amat meminati outdoor activities sebegini, saya merindukan itu semua dan Alhamdulillah kini ia terubat kembali.
Alhamdulillah setelah puas meredah kegelapan malam, tiba kembali ke tempat bas. Sebelum tu singgah di kedai ammu arab dulu membeli bekal biskut dan coklat2 yang bakal kami bawa sebagai bekal ke Tursina pada hari esoknya. Setelah Makan malam dan setelah khidmat diri dan menunaikan solat jamak, kami kembali ke dewan untuk sesi taklimat pendakian pada pagi esoknya..
Iaitu Aktiviti kemuncak kami...
TURSINA..
kami menujumu.... insyaallah
0 comments:
Post a Comment