"Hari ini sudah hari ke-14 tuan-tuan, puasa berturut-turut pulak tu, takkan  langsung tak rasa apa?", soalan ustaz Najib memecah kesunyian  malam.
"err, rasa yang macam mana tu ustaz?", soal Karim ingin sedikit  pencerahan.
"rasa apa-apalah, yang kamu tak pernah rasa dalam bulan-bulan  lain", jawab ustaz Najib bersahaja, cuba membuat mereka lebih  berfikir.
"rasa penat la ustaz", Ajim menyampuk selamba. "Mana taknya  ustaz, puasa lagi, kerja lagi. Hish, memang penat lah!" Macam la dalam bulan  lain tak rasa penat.
"saya rasa bosan yang teramat la ustaz. Duduk rumah  tak tau nak buat apa. Kalau dulu boleh jugak main bukak tutup peti ais tu. Ada  la jugak pekdahnya", Karim membalas. Faedah apa entah yang  dimaksudkannya.
"kamu ni, takkan la tak rasa seronok langsung?", ustaz  Najib kembali bersuara. Seronok berpuasa? ish, pelik ustaz ni. ada ke ustaz yang  dikatanya pelik?
"haa, ada ustaz. Waktu berbuka tu la. Erm, masa  jalan-jalan kat bazar Ramadhan tu pun boleh jugak la nak rasa seronok  sikit-sikit",Eman pula cuba masuk dalam perbualan mereka. Tapi kalau duit takda  tak seronok la jugak.
Begitulah gamaknya sembang-sembang moreh malam itu.  Ibadah ini adalah antara 'manual hamba' yang telah ditetapkan Allah. Harini depa  boleh yakin beno dengan manual yang dikeluarkan Acer untuk memastikan ciptaan  mereka sentiasa baik dan berfungsi secara optimum. Tapi tidak ramai yang yakin  dengan panduan Allah untuk ciptaannya. Eh, manual tu untuk apa? Untuk hampa la,  sapa lagi. Haish, tanya lain jawab lain. Untuk apa la, bukan sapa!. Aa, untuk  berfungsi secara optimum la, sama macam komputer tadi.
Esok masuk hari  ke-15 puasa, setengah bulan sudah. Kalau dalam kursus tu dah boleh nak buat mid  exam. Yelah, nak uji apa la agaknya ini orang dapat selepas setengah kursus. Dan  semestinya, markah mid exam mempengaruhi final exam nanti. Eh, buat tak faham  pulak, raya tu lah final examnya.
Kualiti ke  Kuantiti?"saya nak tanya kamu, ada tak orang puasa Ramadhan 60  hari?", ustaz bertanya lagi..
"eh, ada ke? tak pernah dengar pulak. Ko  pernah dengar ke Karim?",sambung Ajim. Orang tanya dia, dia tanya orang lain  pulak.
"setakat ni belum lagi ustaz. Tak tau lah kalau ustaz sebenarnya  memang puasa 60 hari selama ni. Boleh kami ikut ustaz." "Macam nak buat ajaran  sesat pulak kita ni. Tapi kalau ustaz suruh, kami ikut aje.", tambah Ajim lagi,  memang selamba ini budak.
"hish kamu nih! Ke situ pulak. Cuba jawab ikut  skema jawapan aje, kan senang. mesti tak pernah dengar kan?..",bingung juga  ustaz ni melayan mereka.
Itulah, bilangan hari puasa pastinya mengikut  bilangan hari dalam bulan Ramadhan. Kalau 30 hari, 30 lah. 29 hari, 29 lah  (ramai juga yang harap 29 hari tu). itupun mungkin tambah lagi 6 hari dalam  bulan syawal. Akan tetapi 1 Syawal masih hukumnya haram untuk berpuasa. atau  dengan istilah sains sikit, hari berpuasa itu menjadi pembolehubah yang  dimalarkan. (boleh tahan jugak ini ustaz)
"Jadinya....", ustaz cuba  membiarkan mereka membuat kesimpulan. "jadinya apa ustaz?",Eman  bersuara.
"jadinya, tak jadi la kita nak buat ajaran sesat baru. Selamat la  kita..", Ajim makin selamba. Masih tak mahu ketinggalan dengan isu ajaran  sesatnya.
"jadinya, persoalannya adalah persoalan Kualiti puasa kita,  bukannya Kuantiti" Nak jugak diketuk si Ajim tu, biar longgar sikit  otaknya.
Dalam banyak perkara kita melihat kuantiti dan kualiti itu  saling berkait. tetapi dalam sesetengah perkara, kualiti itu jelas lebih  bermakna. Dengan jumlah duit yang sama, dua chef diminta membeli sendiri dan  memasak resepi masing-masing. Chef terkemuka hotel pun memasak resepi rahsianya.  Yang diberi untuk dirasa adalah sepinggan kecil sahaja(kedekut beno), tapi rasa  dan kualiti masakannya tiada tandingannya. Berbanding chef mamak yang mungkin  memasak masakan biasa yang kualitinya kurang dan membosankan,ditambah dengan  bahan masakan yang kurang kualiti dan murah. Silap-silap lepas tu sakit perut.  (chef mamak pon masak sedap jugak ustaz..).
Jadinya... kesan akhir nanti  bergantung kepada kualiti itu, bukannya kuantiti. Tinggi kualitinya, banyaklah  kesan baiknya insyaAllah. Mudahnya, teliti betul-betul apa yang dibuat daripada  lepas sahur tu, dengan solat fardhunya, qurannya, urusan kerjanya, tvnya,  motornya, hanphonenya, ish.. semuanya.. sampai lah berbuka. Sudah cantik elok  niat puasanya kerana Allah, dan berbukanya pun diulangi 'kernaMu dan untukMu aku  berpuasa'. Dan esoknya diulang, dan diulang lagi. Maka 'isi'nya pun biarlah  benar mengikut apa yang sering diulanginya.
"kalau harini saya buat exam  pertengahan bulan kamu sedia tak? boleh lulus tak?"
"err... aaa.. uuu.. erm..  eee.. ", dan entah apa lagi reaksi mereka. Yang pastinya baki puasa ada lagi  setengah bulan.
Jika 14 hari ini masih tidak dirasakan apa-apa.. Iman  juga masih segan bersuara sedangkan nafsu masih memegang takhta, walaupun rakan  karibnya tiada... 
makanya, KUALITI itu persoalkanlah  segera..."dah, balik..balik.. tido awal.. esok tambah 2 rakaat lagi  daripada qiam sebelum ni..", Ajim pantas menepuk rakan-rakannya.
sumber: shbt Ikatan Siswa PerubatanMohamad Ashraf M.Isa
Jzkk! (",)