Wednesday, June 24, 2009

Kisahmu..kisahku..



Sebuah kisah menyentuh hati.... untuk setiap yang bergelar ANAK...



Dialog Di Pusara Ayahanda


OLEH PAHROL MOHAMAD JUOI

Seluruh kampung semacam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Ramli,
anak arwah Pak Hamid (bukan nama sebenar) pulang dari luar negara sebagai
seorang jurutera dan hafiz. Semalam dia mengimamkan solat Tarawih.
Lunak dan lancar bacaannya. Mereka yang tidak kenal asal-usul Ramli, kagum.
Mereka yang mengenali lebih kagum.

Saya ada!ah antara generasi anak kampung yang masih mengingati Pak
Hamid.Malam setelah pulang dari Solat Tarawih, saya berbual-bual dengan anak
saya.

''Ayah nak kamu contohi imam muda tadi. Sudahlah hafiz, jurutera
pula...''

''Hebat betul.''

''Kalau kamu tahu sejarah hidup dia, kamu akan lebih kagum.''

''Ayah tahu?''

Saya mengangguk.

''Dah tentu, kan ayah anak jati kampung ni''.

* * *

Mata saya merenung ke luar tingkap rumah. Pohon nyiur melambai-lambai
di kegelapan malam yang disinari cahaya purnarna. Dua hari lagi,
Aidilfitri menjelang tiba. Sesekali pulang ke kampung terasa kedamaiannya.
Nostalgia kisah Pak Hamid terbayang kembali di ruang mata.

"Ayah nak cerita ni sekadar mengambil iktibar. Bukan hendak
memburuk-burukkan orang yang telah mati..." perlahan saya memulakan
cerita.

''Kenapa begitu sekali ayah ?"

''Pak Hamid terkenal di kampung ni sebagai orang yang buruk
perangainya.Solat tidak. Puasa tidak. Menjengah ke surau langsung tak pernah.
Berjudi,minum arak dah jadi kebiasaannya."

''Ramli tu terseksa sejak kecil lagi. Dibentak-bentak. Makan minum,
pakaian dan sekolahnya tak terurus langsung... ''

"Tapi macam mana dia boleh mencapai kedudukan seperti sekarang?''

"Itulah luar biasanya Ramli ni. Dalam serba kekurangan dan cabaran tu
dia gigih. Rajin belajar. Berdikari mencari rezeki."

"Ibunya macam mana ?''

"Ibunya dah lama meninggal dunia. Kata orang itulah sebabnya Pak Hamid
jadi begitu. Berubah sejak kematian isteri.''

"Sedih juga..."

"Kalau orang lain dah lama putus asa. Tapi Ramli tidak. Hasil keputusan
cemerlang di sekolah rendah dia terus belajar ke sekolah asrama penuh.
Dan entah macam mana kaedah dia mampu meneruskan pencapaian akademik dan
hafaz Quran sekaligus. Hebat."

"Sekarang ni ayah, dah ramai yang menempuh sistem itu. Ada caranya."

"Baguslah, jika berpeluang kamu ikuti jejaknya. Kembali kepada kisah
Pak Hamid... dia meninggal tak lama selepas Ramli melanjutkan pelajaran ke
sekolah asrama penuh. Ayah masih ingat... " saya sebak.

"Kenapa ayah?"

"Waktu Ramli pulang menjelang pengkebumian jenazah ayahnya, dia
menangis. Sebatang kara. Orang kampung kata macam-macam tentang arwah ayahnya.
Berdosa besar. Jenazahnya berat... berat dosalah. Macam-macam. Sedih
ayah rasakan. Ramli yang masih muda tu terpaksa menanggung kecaman di hari
kehilangan orang yang disayanginya. Mujurlah ada datuk kamu..."

* * *

"Hai, datuk pun ada peranan dalam kisah ni?" Tanya anak saya.

"Ayah masih ingat datuk kamu panggil Ramli untuk berjalan bersama dari
tanah perkuburan. Ayah ada sekali."

"Apa kata datuk?"

''Ramli, kalau benar sayangkan ayah kamu... jadi anak yang soleh.
Doakan dia. Itu sahaja jalannya untuk menyelamatkan ayah kamu di akhirat."

Anak saya diam. Terkesima agaknya. Matanya mula redup.

''Datuk kamu menyambung lagi.. untuk harumkan kembali nama ayah kamu di
dunia, kamu belajar sungguh-sungguh. Jadi orang yang berjaya dalam
hidup. Insya-Allah, kecemerlangan kamu akan menjulang kembali nama ayah kamu
yang dikata-katakan orang pada hari ini."

''Macam mana reaksi Imam Ramli waktu tu?"

''Dia hanya mengesat air mata dan mengangguk-angguk."

* * *

''Hebat betul ayah, sekarang semuanya semacam menjadi realiti."

''Memang hebat. Anak yang baik daripada seorang ayah yang sedemikian.
Kamu bagaimana?"

''Saya bertuah... ada ayahl"

Saya diam. Terusik hati saya. Adakah aku ayah yang baik?

''Kamu mesti terima kenyataan bahawa kita masih mampu menjadi anak yang
soleh walaupun bapa kita bukan seorang yang soleh... Dan tidak
semestinya bapa soleh maka anaknya secara automatik jadi anak yang soleh."

''Kenapa ya?"

"Itulah bukti keadilan Allah. Dosa dan pahala tidak boleh diwariskan.
Setelah akil baligh setiap kita punya potensi sendiri, nak menjadi baik
atau sebaliknya."

* * *

"Jadi, seorang ayah yang soleh tak boleh membentuk anak yang soleh?"

''Tak begitu. Didikan ibu bapa sangat memainkan peranan. Anak yang
dididik secara baik, berpotensi besar menjadi anak yang soleh bila dewasa.
Tetapi masih ada usaha yang dia sendiri perlu lakukan untuk meneruskan program
menjadi insan soleh. Jika program itu dipatuhinya, alhamdulillah. Jika
menyimpang, dia terima akibatnya."

''Saya setuju dengan pandangan ayah. Ini bukti keadilan Tuhan. Jika
tidak?setiap anak terpaksa menanggung akibat kesalahan ibu bapanya
tanpa berpeluang untuk mengubah keadaan dirinya."

''Ya, itulah yang dibuat oleh Imam Ramli. Demi cinta kepada ayahnya.
Dibela maruah ayahnya di dunia dan akhirat. Tolong buat begitu jika ayah telah
tiada..." Semacam wasiat pula kata-kata saya.

* * *

Pada pagi raya, selepas solat Aidilfitri... kami sama-sama menziarahi
pusara di pinggiran kampung. Saya lihat Imam Ramli duduk di tepi pusara
ibu dan ayahnya. Saya dan anak duduk di tepi pusara insan yang paling kami
sayangi... ayah saya, datuk anak saya. Lelaki yang pemah menasihati
Imam Ramli. Mudah-mudahan rohnya bersemadi di sisi orang soleh. Nasihatnya
sangat memberi bekas... saya yakin ayah ikhlas waktu itu. Saya masih
ingat dialog ayah dengan Imam Ramli belasan tahun yang lalu di kawasan
perkuburan ini. Saya di sisi mereka. Saya melihat air mata ayah mengalir sewaktu
meluahkan nasihatnya... Oh, mampukah saya seikhlas itu?

(Artikel ini saya petik dari buku NOTA HATI SEORANG LELAKI karya Ust PAhrol Mohd Juoi. Sebuah buku yang sangat bermakna untuk saya. Niat asal adalah sebagai hadiah untuk Abah, tapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengkhatamkannya terlebih dahulu dan ternyata ianya sungguh menyentuh hati. Mudahan kefahaman dan pengalaman yang dapat saya kutip dari buku ini sentiasa berbekas dihati saya..
menjadi HADIAH yang lebih bermakna buat ABAH...)


Terima kasih Ust Pahrol! Atas perkongsian hati..
kini diriku lebih memahami besarnya erti kisah di sebalik seorang LELAKI bergelar anak, ayah, suami dan DAIE.

Bukankah kalian Imam dan Pelengkap hidup kami...
Subhanallah!



######################################################

Buat semua Ayah-ayah di dunia ini
terutamanya ayahanda tersayang Mohd Nor bin Hashim,

Terima kasih kerana telah menjadi Ayah terbaik untuk kami.

Terima kasih kerana telah mendidik dan membimbing kami sejak dari kecil
dan membesarkan kami sehingga menjadi seperti hari ini.

Tak pernah kutanya kemana tumpahnya keringat abah.
Tak pernah kuhitung berapa banyak kerutan didahimu..

Besarnya pengorbanan Abah, hanya Tuhan yang Tahu...

Sekalipun segunung emas diberikan,
tidak terbalas segala jasamu.

Moga Allah merahmati kalian.....

TERIMA KASIH ABAH. Kaulah Cahaya Hati kami..
Si Lilin pembakar diri..

"Selamat Hari Bapa"

Sayang abah! Moga Syurga Allah untukmu...

"Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibubapaku,
dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani aku semasa waktu kecil"


5 comments:

mushroomHONEYDEW said...

salam..insaf sy bce post nie..mcm best je bku ustaz pahrol yg kak mus beli tue..=)

Zaiem Al-Hilmee said...

salam..blog nie perlukan shoutbox.. teruskan usaha menegakkan Islam..

Ahyana Solehah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam...

bila cerita bab ayah ni macam-macam rasa ada dan bila jalan cerita yang menarik sebegini makin sebak jadinya....mgkn boleh beli masa balik nanti...semacam buku ni menyimpan pure inspiration untuk semua yang bergelar anak...

Ahyana Solehah said...

saiful,jika crita ayah pun kita dh sebak mcm ni,mcm mana agaknya kisah di sebalik seorg 'mak' dih...tntu 3x ganda jauh luar biasanya.. subhanallah.. itulah kasih sejati seorg mak dn ayah. x mampu ditukar gnti.

apapun mg kuat slalu! jaga mak elok2..jadi anak terbaik utk ma dan arwah abah awk deh..

p/s: alhamdulillah...buku tu bukan skdr sesuai utk anak2, tp jg utk suami, ayah, datuk dn lelaki sbg seorg daie. stiap didlmnya ada part masing2. itu yg mnjadikan ia istimewa. 4 dalam 1.=) insyaallah, balik nti sy blh bntu utk dptkn klux jupo.. byk ksh2 tldn ddlmnya.

smg brmnfaat..