Alhamdulillah..hari-hari silih berganti.. cepat sungguh waktu berlalu tanpa disedari.
kini kita semua telah berada di bulan Rejab (hari ini merupakan hari ke2), antara bulan-bulan yang sering ditunggu selain Syaaban dan Ramadan..
Memasuki bulan Rejab, bermakna kita semakin hampir dengan kedatangan Ramadhan, antara bulan barakah yang dijanjikan pelbagai nikmat oleh Allah Swt...Tidak kurang yang baru tersedar, bahawa dirinya sudah hampir kepada Ramadan seterusnya. Mungkin masih banyak hutang yang belum dilunaskan, Puasa Qada'dan sebagainya, namun amat menyedihkan jika ingatan itu lebih diisi untuk hal-hal keduniaan. Balik dari cuti hari itu agak terkejut sebenarnya, mendengar kebanyakan kedai-kedai jahit sudah tidak lagi menerima tempahan baju raya, kerana semuanya telah penuh di'booking'. Advanced sungguh masyarakat kita kalu bab persiapan untuk raya. =) Ramadan belum melambai, Syawal sudah di'rAi'kan.
Bagaimana dengan persiapan Puasa...menghadapi bulan2 barakah ini, dan persiapan kita untuk menjadikan diri ke arah yang lebih baik dari hari semalam, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. semoga Allah masih panjangkan umur kita untuk mencapainya.
Berbalik kepada kedatangan Rejab yang mulia, seperti biasa di awalnya saya yakin ramai diantara kita yang mendapat mesej-mesej ucapan dari kawan-kawan untuk mengucapkan ahlan kepada Rejab dan mengingatkan kita akan kehadiran bulan ini. Alhamdulillah, niat yang baik ini harus kita hargai, dan kita sendiri patut sama memperingatkan rakan-rakan kita,kerana mungkin sahaja ramai yang langsung tidak mengambil tahu tentang kedatangan bulan-bulan Islam malah tidak tersedar akannya. Ada melalui sms, tidak kurang pula yang memforward emel-emel dan sebagainya.
Namun tidak kurang yang menselitkan pelbagai hadis2 yang dhaif dan mungkin sebahagiannya (maudhu') tentang kelebihan amalan2 pada bulan Rejab.Adalah sesuatu perkara yang menakutkan jika kita melakukan perkara-perkara ibadah yang diluar ajaran Rasulullah saw atau yang langsung tidak sampai daripada Nabi. Jadi kefahaman dan pengetahuan yang sahih itu harus kita cari dan kaji lagi. Tidak kiralah samada melalui guru yang lebih pakar, atau ustaz, atau boleh sahaja kita layari laman-laman web yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat yang lebih mengenainya. Syukran juga kepada iluvislam yang turut memaparkan artikel tentang Rejab. =j
Sekadar untuk berkongsi, sebahagian respons & ilmu yang saya terima melalui emel yang sebahagiannya berkisar tentang bulan ini. Mudahan bermanfaat untuk semua. Dan mudahan REjab kali ini lebih mendatangkan banyak perubahan pada kita. LEbih IkhLAS kita kepada Allah Swt... LEbih Ikhlas kepada semuanya...LEbih mendatangkan penambahan kepada amal perbuatan dan sebagainya,...
Ahlan wasahlan Rejab...mudahan kita berpeluang juga menyentuh keberkahan udara Syaaban dan Ramadan kelak. Semoga kedatangan "RSR" kali ini lebih menatijahkan TAQWA kepada kita.. Insyaallah...
Aslih Nafsak wad'u ghairak. Perbaiki dirimu dan teruslah menyeru org lain....
Amin Ya Rabbal a'lamin....~
Emel Respon 1:
(merujuk kepada sebahagian hadis-hadis dhaif/maudhu'yang menceritakan kelebihan amal di bulan Rejab)
antaranya:
"Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:
* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat...."
dan seterusnya....
In question the query on the kesahihan of the hadith. Read on...got this from a family member....
Sahabat2 sekalian,
Apabila saya menerima email ini, terdahulu saya mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada saudari penghantar email ini kerana saya percaya beliau dgn penuh keikhlasan, ingin berkongsi, saling ingat mengingati satu sama lain untuk beribadah puasa. Ini adalah sikap terpuji yg patut dicontohi oleh kita semua. Semoga Allah memberi ganjaran ke atas usaha murni beliau ini.
Akan tetapi, sepanjang pengajian saya di dalam ilmu hadith yg cetek ini, teringat saya akan status hadith yg diselitkan bersama dgn email beliau td, bercakap mengenai kelebihan puasa sunat pada bulan Rejab.
Al-Sheikh Al-Allamah Al-Hafiz Ibn Jawzi telah mengkategorikan hadith ini sebagai hadith palsu di dalam kitabnya "Al-Maudhu'aat (Himpunan Hadith2 Palsu)".
Hadith ini pada asal matannya berbunyi "Rejab Bulan Allah, Sha'ban Bulan ku dan Ramadhan Bulan Ummatku" lalu disambung matan ini dgn "Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt …sehingga akhir matanya"
Hadith Palsu adalah hadith-hadith yang direka-reka oleh mereka yang tidak bertanggunjawab untuk menyesatkan umat Islam, walhal ini terang2 satu bentuk pendustaan keatas junjungan besar Rasulullah SAW. Baginda sendiri telah ada melarang dan mengutuk tindakan sedemikian sebagaimana sabda baginda SAW "barangsiapa berdusta ke atas aku secara sengaja (yakni mengenai baginda) maka tempat dia adalah neraka"
Hadith paslu adalah satu benda pendustaan yg disengajakan oleh penciptanya ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, kerana apabila pereka itu menisbahkan kata2 ini kepada Rasulullah SAW, maka memberi makna bahawa Rasulullah SAW yg berkata begitu, wal hal tidak bahkan ianya direka2. Pada hakikatnya, Rasulullah SAW tidak pernah pun berkata begitu. Ianya hanya dusta semata2.
Sahabat semua yg dirahmati Allah,
Perlulah diingat, setiap amalan ibadah kita mesti berpandukan kepada sumber yg sahih baik dr segi Quran mahupun Sunnah melayakkan ianya diterima oleh Allah SWT. Ini kerana Shariah Islam tidak tertegak atas keraguan (baik hadith2 yg sangat lemah (dha'if), lebih2 lg kalau ianya bertaraf palsu (madhu') maka lebih awla kita tinggalkan amalan itu).
Tidak syak sahabat2 semua bahawa berpuasa adalah satu ibadah yg mulia di sisi Allah SWT. Namun jika cara ia dilaksankan atau digalakkan berdasarkan kepalsuan, maka ianya bukan Shariah yg patut diambil.
Sebaliknya, bagi barangsiapa yg ingin berpuasa sunat pada bulan Rejab, puasalah mereka sepertimana mereka berpuasa pada bulan2 lain contohnya puasa Isnin Khamis, dan sebagainya dan bukan 15 hari seperti yg disebut di dalam hadith Rejab di bawah.
Dalam satu hadith yg Sahih yg lain, sbgmana diriwayatkan dr isteri baginda SAW; A'ishah RA bahawa "Rasulullah SAW tidak akan berpuasa bersungguh2 melainkan pada bulan Sha'ban dan dia (yakni A'ishah RA) tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa penuh selama sebulan melainkan pada bulan Ramadhan"
Oleh itu barangsiapa yg mempunyai keinginan untuk berpuasa dlm kuantiti yg banyak baik untuk mencari pahala dan keredhaan Allah dan sebagai persediaan menyambut Ramadhan, maka ikutilah sunnah yg diajar baginda SAW dengan memperbanyakkanlah berpuasa pada bulan Sha'ban sebab ianya dikira sekolah puasa pra-Ramadhan. Elok untuk kita memasuki bulan Ramadhan dgn melatih tubi dengan berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Sha'ban agar berpuasa di bulan Ramadhan selama sebulan nanti, bukanlah lagi satu kesukaran bagi kita untuk menyesuaikan diri.
Semoga kita bersama dgn mereka yg amalannya diterima olehNya dan mengikut sunnah rasulNya. Allahumma Amin.
Sekian, apa yg baik semuanya dr Allah SWT, dan yang kurang itu adalah dr kelemahan diri saya sendiri, dan dr shaitan yg dilaknati.
Yang Faqir di sisi Tuhannya,
Ahmad Fadhlan Yahaya
Vice President
Shariah Secretariat
Shariah Department
Ground Floor, East Block, Wisma Selangor Dredging
142-B Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
~
“Allahumma baariklanaa fii rajaba wasya’bana waballighnaa ramadhana. Yaa Allah berkahi kami dalam bulan Rajab dan Sya’ban, dan panjangkan umur kami untuk berjumpa bulan Ramadhan.”
Wednesday, June 24, 2009
RSR kini men'jengah'... Adakah aku semakin BAIK?
Labels:
Bulan Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
assalamualaikum wbt.
beberapajubah onlinedibawa khas dari jodan.
lawati www.busanasham.blogspot.com
sopan dan kemas bergaya.
banyakknya side bar blog ni....salam ziarah
Salam kak Ah, bilo kelik Kb??
Salam Rejab Syaaban n Ramadan =)
baru jah kelik, insyaallah, lps abih bbrpa pgrm sni kak kelik lgi dumoh. semestinye. insyaallah =)
ubaidah, byk sgt ke?..layan jelah. janji x masuk iklan sewa berjujuk =j
Post a Comment