Saturday, July 02, 2011

Menang atau Syahid di jalan-Nya.



Duhai Diri

Kejayaan apapun yang dikau damba..

Biarlah segalanya kerana-Nya.


Falaula nafaraa…

Sejauh manapun kau mengejar Cita

Biarlah segalanya kerana Redha Yang Esa..


Hayya Alal Falah..

Hayya Alal Falah..

Marilah Mengejar Kejayaan

Kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan

Tetapi mengingatkan tentang Kemenangan yang Tertunda


Hidup ini

Adalah Keyakinan dan Perjuangan

Dan Perjuangan Mukmin yang Sejati

Tidak akan Berhenti

Kecuali Kedua Tapak Kakinya

Telah menginjak Pintu Syurga..



~.. Terima kasih Ya Allah. Kau izinkan Aku mengembara di bumi Mu.

Melihat bukti-bukti kebesaran Mu di bumi para awliya’Mu..

Mengutip mutiara2 hikmah dalam perjalanan ini.

Biar apapun natijah di akhirnya,

moga aku pulang dengan sebuah kemenangan.

Menang atau Syahid di jalanMu.

Insyaallah.

Amin. Ya Rabbal A’lamin…~


0 comments: