Saturday, June 25, 2011

Rakyatku : Masanya untuk Memilih Jalan Keselamatan




Alhamdulillah..

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang kerana perjuangan baginda dan sahabat-sahabat jualah akhirnya sampai Islam kepada kita hari ini...


Gembira melihat 'ummah' yang sudah matang berfikir..

Apakah lagi celupan yang baik melainkan celupan Allah?...

Sistem Islam sudah terang-terangan membawa kebaikan dan keadilan untuk semua.

Maka merugilah bagi pihak yang selama ini 'mengotorinya'...

mengotori dengan sistem jahiliyah, sistem sekular, sistem liberal, dan macam2 sistem ciptaan manusia mengikut kehendak nafsu dan akal semata...

yang 'merana'nya rakyat.. usahkan urusan Agama, urusan dunia juga sudah kucar kacir..

Allah... Besarnya tanggungjawab dan beban yang dipikul pemimpin.

Salah memilih jalan buruk padahnya.

Apakah mereka tidak memerhatikan yang segalanya di dunia ini hanyalah pinjaman... Sentiasa ada malaikat yang mencatat di kanan dan kirinya..

dan segalanya akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak..

Maka segala penipuan dan 'pengotoran' tidak sama sekali boleh dibiarkan.~

Bersihkan segalanya. Sucikan ia dengan Kefahaman.

Pilihlah jalan keselamatan..

dan hanya jalan 'ISLAM' yang mampu menyelamatkan kita dan menyucikan diri kita dari segala kotoran jahiliyah dan tipuan dunia...

"..Allah mengilhami (sukma) keburukan dan kebaikan; beruntunglah bagi siapa yang mensucikan, rugilah bagi yang mengotorinya.."
(As-syams : 8-10)


~Mendoakan yang terbaik untuk "mini-tsaurah" di negara2 yang kuyakin masih dicintai Allah.

Salam kerinduan dari Mesir..

Ahyana
Syarqiyah
Zaqaziq

0 comments: