Alhamdulillah, akhirnya Muhammad Adam Syauki selamat dicukurkan...
Wajah 'bahagia' seorang ibu...
Seronok Adam jadi cucu pertama dirasmikan cukur oleh tangan tok abah sendiri....
Bercukur merupakan salah satu dari sunnah yang dilakukan Nabi.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Tirmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik.
Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.
Antara hikmah bercukur rambut yang ada saya ambil dari beberapa sumber adalah :
Hikmah kesihatan.
Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.
Hikmah kemasyarakatan.
Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”.
Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud
Adam selepas dicukurkan..
Macam baru balik buat Haji dah Adam... =)
Ha...Maryam pun sayang baby...
Sekarang Adam dah semakin berisi. 3.49 kilo.
Moga terus sihat dan membesar jadi anak yang soleh wa musleh insyaallah!
Sayang Adam...
2 comments:
tahniah muslihah...dh jd mak saudara dh..pnggil mak lang mus la lps ni kn?? bl lg turn awk? hehehe...
anynomous ni sape? alhamdulillah, syukur pd Allah. gembira x terkata.. tu bru anak sdare, anak sndri xtahulah mcm mna nti.
kat klantan jrg pggil maklang2... pggil cik ah je kot. tggu adam besar skit tgk dia pggil apa. mana tahu kecek arab pulak dgn makcik dia ni..^_^
Post a Comment