Antara benda yang saya baru belajar di bumi Mesir ni ialah ttg Musyrif dan Musyrifah, dan Kekuatan Persaudaraan kerana Allah tanpa mengira tempat dan jantina.
Alhamdulillah Kami disini (zaqaziq) sangat dijaga dan ditatang bagai minyak yg penuh...
Akhawat X boleh keluar malam meLAINkan dengan ditemani oleh Musyrif. (yang terdiri dari beberapa org doctor ikhwah kami di zaqaziq dan ustaz2 DPMZ sendiri– majority mereka adalah student2 darasat Malaysia yang belajar di Uni Azhar yg mujur sgt dkt dgn zaqaziq uni). Nasib baikla ustaz2 ni ada, kalu x tak tahula kami ni terkapai2 agaknya..
Nak gi mana2 mesti berteman, paling kurang 3,4 orang.
Nak gi klinik, sakit? Angkut barang? Pindah barang?
Smuanya UStaz @ dengan kata lainnya mesti ada atleast seorang ikhwah yang teman bagi mengawasi keselamatan dan membantu penunjuk jalan di bumi yang asing jauh dari keluarga ni.
(x masuk lagi kalu bab2 beli barang dan tawar menawar, rata2 senior ni memang fasih bercakap bhsa arab ammiyah, maka xde mslh utk mereka menepung tawar pak2 arab di sini) maka ihsannya utk kami juga, dapat barang dgn harga terendah dan jauh dari ditipu mahupun tErTIPU! =)
X masuk lagi bab angkat beras sampai tgkt 12, eh rmh 12,..(kira yg paling ttgi la tu)… angkut beg kami yang mcm lesung batu time2 tiba dari airport..bab2 pecah rumah dan jadi spiderman tatkala rumah kami terkunci dari dalam atau kami ‘terlupa’ bawak kunci… dn mcam2 lagi masalah yang kami bwk kluar… maka kami terpaksa serahkan pada yang Pakar…
Tidak kurang juga snr yang doktor, mereka medical student, mereka jugalah yang jadi tukang paip atau tukang penyelesai masalah kami yang macam2 ni. amat kagum jugalah dgn mereka2 ini. Di celah2 kesibukan sebagai medical student pun masih turun membantu adik2 hingga ke rumah. Mana x nya, pasal sarkonah (pemanas air), paip bocor., wayarless pun Dr yang kena fikir..
Bukan x nak ajar kami berdikari, tapi mungkin lebih kepada me’mudah’kan kerja kami sebagai manusia yang masih baru di bumi Mesir. dari pengalaman ini jugalah mereka sebenarnya mengajar kami untuk berdikari. Kita belajar dari pengalaman. Whats goes around goes around. Nanti adik2 sok2 kita pula yang harus buat macam ni pada depa.. tolong tunjukkan jalan… dan sebagainya
Sama juga dengan Musyrifah dari kalangan akhawat, boleh katakan setiap hari ada yang datang menjenguk imarah bagi menanyakan kabar dan jika ada perkabaran yang perlu disampaikan. Sangat terharu dengan keprihatinan dan kasih sayang mereka.
Ya, kita umpama sebuah keluarga. Keluarga sendiri sudah jauh di Bumi Malaysia, ini sahajalah keluarga kita yang tinggal sekarang. Maka kepada siapa lagi yang harus kita harapkan.
Alhamdulillah, thanx Allah 4 d ukhuwwah dan dengan rahmat kasih sayang Mu juga Kau curahkan rasa cinta kepada mereka untuk menjaga kami.
Buat semua musyrif musyrifah, THANX 4 being a great sisters n brothers for us.
Maaf jika malam2 mahupun siang kami menganggu keamanan dan mencuri sedikit dari masa kalian untuk mendengar dan membantu menyelesaikan masalah kami.
Terima kasih juga dah jadi penunjukjalan yang baik. Insyaallah lepas ni kami tidak ‘buta’ lagi =) Lepas ni bolehla Master Zaqaziq dan Bumi mesir insyaallah..
Bukankah kalian sedang membantu kami keluar dari kegelapan kepada cahaya.
Insyaallah, hanya Allah sahaja yang membalas keikhlasan antum. =)
Jazakumullahu khayr kathir!...
p/s: Thanx buat Musyrifah saya & rakan2 di shakkoh 12, yang sangat caring dan sangat suka berkongsi terutama pasal study-- Dr Syafiah, (bukan calang2 orang ni, walaupun bertudung labuh tapi dialah antara pelajar MUMtaz di Kuliyyah Tibb Zaqaziq tahun lepas.=) hebat kan? Insyaallah,mudahan dapat ikut jejak langkah beliau…. Amin
Believe me, SHARING IS CARING =)
Bantu dan berkongsilah. Kerana di sana terselitnya ERTI Hidup pada Memberi Kerana Allah…
0 comments:
Post a Comment