Friday, November 13, 2009

JAULAH KE PORT SAI’ED....

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah yang masih memberikan kita nafas & makna mendalam di sebalik sebuah kehidupan....


Alhamdulillah, diri baru saja tiba ke ‘kampung halaman’ Zaqaziq setelah 3 jam perjalanan jauh sepanjang hari ini. Keseluruhan pelajar perubatan Malaysia dari tahun 1,2 dan 4 Kuliah Tibb Zaqaziq mendapat cuti free hari ni. (Kami sangat suka berjalan,maka x tahulah kenapa mudah sungguh mendapat cuti dari pihak Universiti..).. Syukurlah awal2 ni x banyak exam mengejut lagi. TQ Doctors 4 understanding us… sekali sekala mungkin kami perlu keluar mencari ilham untuk menambah input dan rangsangan kepada cell2 otak bagi mengabsorb segala mcm jenis nota2 medik yang banyak tu... Insyaallah..

Baru sahaja sebulan di mesir, masih banyak yang belum sempat diterokai. Sebelum ni pun kali pertama keluar dari bumi Zaqaziq adalah ketika sambutan Hari Raya bersama sahabat2 PERUBATAN Malaysia- Mesir di Dewan Abbasiyah (Arma), Cairo tempoh hari dan juga trip kami ke Piramid GIZA & Makam Imam Syafie oleh pihak pengurusan Akademi Al-Quran Medik yang sudi membawa kami jalan-jalan kenal-kenal di bumi Mesir. Sempat juga kami singgah sebentar menghirup udara malam di Abu I’lak membeli winter coat dan naik Unta beramai2. Thanx Abg Dinnur! sungguh berkebajikan menjaga kebajikan kami sejak beliau sampai ke bumi mesir. (Beliau jugalah yang sampai tersengguk2 hantar saya dan Hasan sampai dengan selamatnya ke bumi Zaqaziq bersama Ust Syed yang sanggup memandu berjam2 dari Cairo)..

Port Saied? Apa tu?

Tidak banyak yang saya ketahui tentang tempat yang bakal kami terjah ni. Tahunya tempat membeli belah dan dengarnya banyak baju winter coat murah2 kat sini selain di Abu Ilak. =j Nasib baik Durra (she’s one ofour senior, committee of d jaulah dn exco PERUBATAN zaqziq) sempat ambik mike dan bagi penerangan dalam bas, bagi tahu serba sikit tentang tempat yang bakal kami tuju ni malah siap buat Kuiz Minda lagi.

Ustaz Mumtaz pun x lepas peluang, beliau dan isteri dan si kecil Wirdani turut menyertai jaulah. Walaupun ustaz kata dia musyrif yang ‘musyaarif’ ttg Port saied, ustaz tetap maintain dgn confidentnya.Kat mana2 kita dicampakkan pun insyaallah kita boleh hidup jika tahu bahasa mereka.. (waa,,ustaz takpelah sbb ustaz dah terer kecek arab..) Paling best ustaz banyak bagi tips untuk keselamatan dan paling penting teknik ‘menawar’ harga dgn Pak2 arab =) jangan tertipu dan biarkan diri anda ditipu =p. (Sbb tu penting kena master bahasa arab kat sni, baru anda akan kelihatan mcm org AraB,

Walaupun muka mcm CINA.

--kami kat sini org arab ingat kami org cina, jumpa je nihaoma nihaoma…. bukan pemandangan yang pelik dah, tapi AJAIB lagi kelakar… kat university pun sama. Kwn2 Arab ingat kami dari cina.

Mana x kelakar kan? Ada muka cina ke kami ni?huhu… muka siam dan jawa adalah…..

Syukurlah sekarang mereka dah kenal kami dgn memanggil Malizi..Malizi…


Berbalik kepada cerita Port Saeid, ia adalah sebuah pelabuhan terpenting di Misr. Terletak di Timur Laut Mesir, ia menjadi laluan utama kapal2 yang singgah dan melalui Terusan Suez.. Dalam hati saya terdetik keharuan, Subhanallah, betapa aku sangat dekat dengan tinggalan2 sejarah kini..Jika dulu kenal dalam buku sejarah sahaja, saya kini dapat melihat dengan mata kepala sendiri.. Peluang mengembara ke tempat orang sangat membuka minat saya untuk lebih menghayati sejarah dan kenangan2nya.. (Firyal, baru kini saya mengerti mengapa kamu sangat2 menggalakkan saya untuk terbang tempoh hari.. Terima kasih sangat3..)

Port Saied ni dikatakan seperti Pelabuhan Klang jika di Malaysia. Tapi saya rasa lebih dari tu sebab tengok memang maju dan berkembang dengan perniagaannya yang macam2. Macam terkagum skejap, owh, macam ni ke Pelabuhan. Mcm datang kat Cairo.

Sebelum tu Ustaz bawa kami meninjau2 ke Port Fuad terlebih dahulu. Tempatnya sangat dekat dengan Port Saied, tapi disana lebih banyak tempat menarik untuk dinikmati. Tersergam sebuah masjid indah seperti taj Mahal (x tahu apa nama masjid ni tapi kami singgah untuk solat Zohor & Jamak Asar.) Betul2 depan pelabuhan dan kami naik feri ulang alik untuk ke sana. Percuma. =) Kat Malaysia pun jarang2 dapat naik feri sebab jarang pergi P.pinang. Skali kat mesir dapat naik feri…walaupun perlu berebut dengan kereta2 Mesir tu, tapi puas hati sebab dapat tengok pemandangan Mesir yang cantik. [cantik Mesir ni mungkin pada beberapa tempat yang tertentu sahaja sbb yang lain banyak berdebu, jadi jangan lepaskan peluang tengok. =j]

Kapal Mekah di pinggir Terusan Suez...

“tu kapal yang bawak orang ke Mekah, dalam 3,4 hari sampai sana” – kata Dr Adila, antara guider akhawat kami, shes’ 4th year right now.

Tergamam skejap. “Ye ke?” kami terkejut. terharu, terkesima sekejap.

“Subhanallah...Seronoknya… nak pegi Mekah jugak….”

“Betul, ustaz2 nak ke Mekah slalu depa nek kapal ni la. Ha nanti satu hari kita pi la na insyaallah… tapi kat MEsir ni wajib kena ada muhrimla kalu nak pi sana.” terang dia lagi sambil senyum penuh makna kepada chek. [ha…dah kluar loghat utagha dia]…

Muhrim? Maknanya kalu x dengan abah, dengan family. X dengan Hanif, dengan Syahmi. Kalu x pun dengan ‘suami ‘lah.. tu jelah maknanya. Ha…dalam betul maknanya kan =)

Insyaallah... Allah will plan d best...Saya hanya mampu mengharapkan yang terbaik dari Allah..

Insyaallah, ada rezeki akan ku sampai menjadi Tetamu –Mu Ya Rabbi…....



antara tujuan utama ke sini [Port Saied] adalah (tidak lain tidak bukan untuk membeli baju winter kerana semakin hari kami semakin ‘sejuk membeku’ di sini). Dengan izin Allah, 2,3 mnggu lps Hujan telah turun di bumi mesir dan itu menandakan Musim winter dah masuk.. Memang sangat sejuk sekarang ni kadang2 pagi2 dah berkabus dengan jayanya sampai pernah sekali tu nak jalan ke fakulti pun x nampak jalan kiri kanan.. Putih je sekeliling mcm dibaluti awan.

Dan angin Mesir.. MasyaAllah hanya Allah jelah yang tahu betapa sejuk dan ‘tajam’ nya angin mesir ni sampai mencengkam hingga ke tulang.. Nak amik wuduk pun menggigil. Makanya kami sejak dari awal lagi telah diasuh oleh mereka yang berpengalaman disini untuk me’makesure’kan lap badan dengan betul2 kering sebelum keluar dari dauratul miyah atau nama pendeknya bilik air. Nasib baik x boleh bawak sartoga masuk, kalu x dah bawak dah…

(sartoga = selimut panas kami di mesir, stiap org wajib ada utk menjamin kepanasan badan berada di tahap equilibrium di saat musim sejuk =p)

Trip seketika di Abu Ila’ tempoh hri tidak cukup untuk saya mborong winter coat. Maklum saja masa tu masih pelat lagi nak ckp bahasa arab ammiyah..bukan stkt bhsa arab ammiyah je, yang fushah pun x lepas ,nak ckp ammiyah.=j Patutla tadi pun asyik kena halau je dari pak Arab tu. Tahunya LA’ LA’,SYUKRAN, MAA’LISH ANA MUSHFAHIM, pastu siap mintak kurang dr Seratus ke 50 Le pulak tu. Mana x bergaduh dengan Pak Arab, heheh. Namun di sudut hati Alhamdulillah,saya bersyukur skrg2nya saya dtg ke Mesir dgn pernah adanya basic arab.. walau tidaklah byk berbanding rakan2 yang pernah belajar di maahad atau sekolah agama,ia amat2 membantu saya disini…Dan syukurlah saya memang meminati b.arab sejak dari dulu lagi.. Alhamdulillah,kini Sudah takdirNya saya smpai ke Mesir.. Kiri kanan smua arab…so no compromise. By hook or by crook kne tahu b.arab. =j And I’ll work for it insyaallah. (Maalish ya ammu. Insyaallah saya akn brusaha utk mengasahkan lagi keammiyan & kefushahan bhsa arab saya biar sampai fasih. Saya yakin ia bkn skdr pntg utk kehidupan dunia akhirat (fushah of course), tp jg penting untuk kemudahan kami (espcly for ours clinical years nanti) n next2 kegunaan lah hatta dah balik mlsyia pun... Insyaallah, doakan saya dpt menguasai b. arab dgn baik. Nanti dah terer skit bolehla campur loghat Kelantan skit..Siapla pakcik arab saya serang dengan budu!.. heheheh. ‘Maalish deh’.. )

Akhir kalam, Syukran pada akak2 n abg2 committee PERUBATAN cawangan zaqaziq yang menganjurkan jaulah yang baik untuk kami. Walau agak kesuntukan waktu, Alhamdulillah dapat pengalaman dan pemandangan yang menarik dah cukup memadai buat saya memaknai sebuah Permusafiran singkat di Bumi Tuhan ni.


AYUH, mengembaralah.

Walau di dalam dirimu sendiri..di tempat kita sendiri, hatta kampung @ rumah kita sendiri,

Mengembaralah mencari kebesaran-Nya.., kerana Cinta-Nya sentiasa Ada di Mana-mana…

Barakallah ilaina.. Insyaallah. Amin..



Ahyana

Salam Sa'nawi, Zaqaziq

Khamis

12 November 2009’

11.10 pm.

5 comments:

zaffankhalid said...

Salam Muslihah

masyaAllah, gembira mendengar enti selamat dan bahagia di sana.

Selamat menuntut ilmu dalam mengembara

manfaatkan masa dan peluang Mus

=)

Sayang kamu kerana Allah

Ummu Khaulah said...

wah..gembira juga seperti zaffan...

gunakan peluang yg ada utk timba pengalaman berada di negara org..

semoga selamat segalanya di sana..

nk g Mekah juga..:P

Anonymous said...

wah kak musliha baru smpi dh g port said..sy pon xgi lg :D

kct said...

salam..hepi nkmpk mus kt sna...kct xpnh p lg port said..suka bc diari mus..truskn menulis yer dik..mg terubt rindu akak kt mus..
take care...ukwah fillah abadan

mushroomHONEYDEW said...

assalamualaikum..

1st rasenye x lmbt lg say congrates to kak mus..seronok bace pengalamn kak mus di bumi asing..nyway wish u good lucks..may ALLAH bless u owez..=)..jgn lupe sy ek..